28 January 2008

Hari Bersejarah di Lowyat

Haha, slamba nya beta mengupdate blog dgn laptop yg sedang dipamer untuk dijual :P

14 January 2008

parti atau pati? :)

Malam tadi selepas balik dari JJ Wangsa Maju, saya masuk kejap ke CC untuk check baki duit dalam akaun. Kali ketiga beli barang guna ATM card maybank(function debit card). :P

Alang-alang buka Maybank2u, terus buka YM, mana tau kut2 ada kawan yang sedang online, boleh berbual rancak :)

Ternampak pula message dari rakan di Mesir. Ada conference rupanya ttg parti baru.

Parti apa?

Ya, parti baru. Kuasa Mahasiswa. Nama parti tu adalah Parti Mahasiswa Negara.

pun begitu, fami tak tahu apa yang dibincangkan, sbb speakernya guna mic. Komp di CC takde mic n speaker.

Jadi, dari apa yang ditulis di skrin YM conference tu, Parti Mahasiswa Negara ni cuba untuk menggunakan kuasa Mahasiswa untuk menolong membantu membina kerajaan ayng lebih baik :)

tapi nampak tak teratur. dan saya merasakan something yang agak fishy juga. bincang lagi nanti. something big is on the move ;)

03 January 2008

Akhirnya... :)

Akhirnya, ada juga contoh yang bagus dari Menteri kita. Beliau adalah contoh prima kepada orang yang bersalah dan sedia mengaku kesalahannya. Juga memiliki rasa tanggungjawab dan memikirkan kesan jangka panjang.

Jika dilihat dari aspek multiracial perspective, beliau boleh menjadi trendsetter atau lambang kepada kejujuran kaumnya. Juga boleh menunjukkan bahawa bukan Melayu tidak semestinya bersikap negatif sebagaimana yang mungkin dialami oleh segelintir golongan Melayu.

JIka dilihat dari aspek kepimpinan, beliau menonjolkan ciri yang ada seperti di zaman sahabat Nabi junjungan kita, bersedia melepaskan jawatan dan amanah, dengan rela hati, apabila bukti yang ada membuktikan sahabat tersebut sudah tidak boleh untuk dipertanggungjawabkan.

Mungkin inilah sebenarnya contoh yang telah lama dinanti2kan oleh seluruh rakyat; mencari pemimpin yang bertanggungjawab pada kesalahan sendiri, bukan terus menyelindungkan cerita di sebalik statistik yang boleh dipertikaikan reliabilitinya, atau mempolemikkan isu lain bagi menutup kelemahan dirinya.

Akhirnya :)

baca: Letak semua jawatan: Oleh Abdul Razak Raaff

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header