20 February 2008

Cerita Tentang Sesuatu

Sesuatu yang indah kadangkala memang sukar untuk tidak dikongsikan bersama. namun, jarang sekali orang berjaya menuntut kita mengkongsikan perkara yang tidak menyenangkan.

Sesuatu yang menuntut keberanian paling tinggi biasanya akan menuntut keberanian kedua untuk meneruskan langkah seterusnya.

Sesuatu yang hanya dapat dirasakan dan tidak dapat dikongsikan, sering dijadikan alasan untuk mengatakan "kau tak faham".

Sesuatu perbualan boleh bermula dengan sekadar senyuman, tapi kadangkala ia boleh berakhir dengan kutukan, cacian dan tangisan.

Sesuatu yang tidak boleh dimiliki sekarang tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak boleh dimiliki pada masa akan datang.

Sesuatu yang menggembirakan boleh jadi sesuatu yang menyedihkan, jika kita terlalu gembira pada awalnya. Kata orang tua, jangan seronok sangat, nanti menangis di akhirnya.

Sesuatu yang menuntut pengorbanan seringkali menjadi harapan yang tidak kunjung padam, walaupun hakikatnya ia masih harapan dan mungkin tidak akan jadi kenyataan.

13 February 2008

Betulkan Paradigma Tu Dulu

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, kenapa si suami sering mengatakan dia perlu balik lambat ke rumah, sedangkan si isteri merasa tanggungjawab suami bukan sekadar bekerja dan mencari nafkah tetapi juga menjaga kebajikan dan hati isteri.

Si suami menjawab, kerana prioriti atau kepentingan mencari nafkah lebih utama dari menjaga hati isteri. Soalnya, sebenarnya apa yang lebih penting, dan paling penting, bagaimana satu perkara boleh menjadi lebih penting dari yang lain?

Kepentingan dan prioriti dibentuk dari paradigma pemikiran seseorang. Paling jelas, paradigma seseorang akan menentukan segala2nya dalam hidup.

Paradigma adalah asas bagi membentuk kepentingan. Jadi, dari kita bergaduh bertekak tentang apa yang lebih penting, adalah lebih baik bagi kita untuk memeriksa paradigma kita.

Apakah itu paradigma? Paradigma ni lebih kurang macam spek yang awak semua pakai. Iya, spek awak tu lah. Rayban atau tak, saya tak kisah pun :P Paradigma adalah cara awak memandang dunia awak. Dan cara saya memandang dunia saya.

Jika awak adalah seorang yang berpaksikan keluarga, awak akan cenderung untuk membuat keputusan bekerja di lokasi yang dekat dengan rumah, sebab awak nak duduk dekat dengan keluarga.

Jika awak adalah seorang yang berpaksikan kegembiraan, awak akan cenderung untuk kerja dengan apa yang awak paling suka, sebab awak nak bekerja dengan gembira, tak mahu tensen2.

Jika awak adalah seorang yang berpaksikan teman tersayang, (buat apa2pun mesti fikir orang tersayang), awak mungkin bekerja sebab awak nak belikan dia hantaran paling grand untuk dia.

Ada banyak paradigma lain, contohnya kebebasan, kewangan dan pangkat. Tapi apa yang saya nak sampaikan, kepentingan dibentuk melalui paradigma.

Contohnya, kalau awak dengan paradigma kewangan, dan satu hari teman tersayang awak ajak awak ke dinner special di rumahnya Sabtu ni, sedangkan pada hari yang sama awak perlu siapkan editing video untuk bos (sbb awak keja kat syarikat iklan Asia Media), kepentingan pertama awak adalah editing video, bukan dinner. Dinner akan jatuh nombor dua, mungkin tiga, mungkin 10, ikut awak lah.

Tiada satu pun paradigma yang paling betul. Ia relatif mengikut context awak. Tapi berhati-hati, kerana kepentingan awak akan dibentuk dari paradigma, jadi, kalau awak nak salahkan orang sebab biarkan mereka anggap diri mereka tak penting dalam hidup awak, better tengok balik paradigma awak :)

(ulasan mengenai entri din) No offense din :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header