14 April 2008

Sweet kan? :)

entri dari Bearrister, satu ketika dahulu :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar danguru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik kekelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya,apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas.

02 April 2008

Sufiah: Kecerdasan Emosi, Pentingkah?

Kecerdasan emosi bukan perkara baru dalam dunia akademik, mahupun eksistensial. Bagi saya, kecerdasan emosi lebih bermakna dari kecerdasan intelek. Sebab, emosi yang terurus boleh memacu kehendak akal untuk terus mencari dan meningkattaraf kecerdasan intelek.

Sebaliknya kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi yang pintar, lazimnya akan mencenderungkan tindaktanduk dan kelakuan ke arah jalan yang tidak baik.

Saya tidak mahu beritahu pembaca bagaimanakah jalan yang tidak baik yang saya maksudkan. Cukup bagi saya untuk beritahu pembaca, bahawa Ted Bundy, serial killer di us sekitar 1985-1990 adalah pembunuh dengan iq tinggi. Sekarang pembaca fikirkan, adakah intelektual yang tinggi menjamin hidup kita lebih bahagia dari orang lain?

Sebaliknya, dengan kecerdasan emosi, kita membangunkan potensi diri kita, mencungkil bakat yang terpadam sekian lama, dan menguruskan kelebihan-kelebihan kita yang lain, untuk terus survive dan bermandiri dalam dunia kita sendiri.

Apa pentingnya kecerdasan emosi? Jawapan saya, ia amat penting. Bagi seorang yang mencari makna hidup, kecerdasan emosi amat penting baginya, untuk menimbangtara baik buruk pilihan yang ditempuhi. Andai kata tiada kecerdasan emosi, atau rendah, makna hidup mungkin akan hanya bergelar sekitar dua perkara "wang" dan "masa lapang." (bergantung kepada diri masing2)

Bagaimana mahu cerdas emosi? Itu yang kita mahukan. Tetapi bagaimana?

Satu contoh. Dalam hadis, menyatakan sebaik-baik manusia adalah yang berusaha sebaik2nya, kemudian menyerahkan kesudahannya kepada Allah. Ini adalah satu daripada bentuk emosi yang cerdas.

Maksud saya, dengan menyerahkan kesudahannya kepada allah selepas berusaha, kita membebaskan diri kita dari emosi negatif yang bakal terhasil, sekiranya kita gagal dalam usaha.

Ini kerana, emosi yang diikat dengan rasa ketuhan adalah emosi yang redha dan akur dengan kuasa tuhan. Ia menyedari bahawa hidup bukanlah di tangannya semata, tapi sebahagian besar darinya di tangan kuasa yang lebih besar.

Ada banyak aspek yang terkandung dalam kecerdasan emosi. Watak Sufiah, Gaddafi, Ted, adalah watak-watak dunia dan kehidupan, yang emosinya tidak begitu cerdas dalam beberapa aspek, apabila kita melihat cerminan produk yang terhasil dalam hidup mereka. Anda bagaimana? :)

01 April 2008

Sufiah: Satu Refleksi

Cerita ttg sufiah faruk yang pintar-ajaib semasa kecil, sudah berulang2kali disuapkan dalam beberapa kelas psikologi yang saya sertai. Tapi dari pespektif berbeza, mengikut jenis kelas tersebut.

Sbg contoh, dalam kelas br Zaki Samsudin, tajuk kelas tersebut ialah personality psychology, beliau ada membangkitkan isu mengenai pentingnya emotional quotient, di samping intellectual quotient yang tinggi.

Kebetulan saya dan kawan telah mengajukan soalan, sebetulnya lebih kepada membuka perbincangan mengenai stigma genius di kalangan masyarakat. Ketika itu isu adiputra telah pun berlegar sekitar orang2 kebanyakan amnya, dan mahasiswa khasnya.

Beliau ada menyebut mengenai sufiah. Katanya, sufiah dididik menjadi genius kerana ayahnya seorang professor matematik, mengajar sufiah sedari kecil dengan matematik. Ketika kanak2 seusianya bermain dengan jigsaw puzzle dan melukis, atau bermain role play dengan anak patung kesayangan, sufiah telah dididik secara auhoritarian (keras) dengan matematik.

Dengan didikan yang berterusan, sudah tentu sufiah mampu menjadi seorang yang genius. Masakan tidak, dengan faktor keturunan (gen dna matematik hebat dari ayah) dan faktor asuhan (didikan matematik seawal 3 tahun), tidak ada apa yang perlu disangkal lagi.

Tetapi, masalah timbul apabila perkembangan kognitif tidak selari dengan perkembangan emosi. Kanak2 dipaksa untuk dewasa dan menerima pertimbangan yang tidak seimbang dengan emosi mereka. Apabila dewasa, emosi mereka tidak begitu matang kerana tidak diasuh dengan baik, dan mereka cenderung memberontak dengan cara tersendiri.

Kerana itu, pada ketika itu juga, saya memberikan pendapat bahawa adiputra tidak perlu ditonjolkan sangat, kerana takut perkara yang sama akan berlaku. Bukan baru sekali dua malaysia menerima "anugerah kanak2 genius", yang kemudian hari menjadi seorang yang kontroversi. Tetapi pendapat itu telah disanggah oleh beberapa kawan yang lain.

Dan pada hari ini, berita tentang sufiah keluar lagi di utusan.

Pekerja seks? Ini bukanlah terma yang sesuai sebenarnya. Kalau benar pun itu kerjanya, itu bukanlah pekerjaan fulltimenya. Buat pengetahuan pembaca, memang ramai pelajar universiti baik di luar negara atau dalam negara, yang terlibat dengan "bisnes" ini, sebagai part time, kerana habuannya lumayan. Bahkan majalah seperti playboy juga memuatkan gadis kolej tempatan di sana, sekadar menceritakan bahawa isu keterlibatan pelajar dalam hal seumpama ini bukan sesuatu yang baru.

Tetapi gelaran "pekerja seks" sangat mengaibkan. Ini membabitkan maruah keluarga, keturunan, dan juga maruah sufiah sendiri. Utusan patut cuba mencari gelaran yang lebih sopan untuk dibaca, bukan sekadar mencipta gelaran bagi meningkatkan jualan.

Tekanan yang dihadapi, akibat gelaran genius, pada awalnya adalah konstruktif, tapi ia jadi destruktif pad akhirnya. Dan ini bukan yang pertama. Gaddafi juga begini, walau prof ungku aziz (antara akademician malaysia yang saya kagumi) sendiri menjadi ayah angkatnya.

Mungkin kita patut berhenti sejenak, dan berfikir. Bagaimanakah caranya untuk kita memberi penghargaan dan jalan bagi meningkatkan potensi, kepada mereka yang istimewa dari sejak kecil, tetapi dalam masa yang sama, tidak terlalu memberi tekanan kepada mereka, sehingga mereka menyasar jauh dari kelompok masyarakat.

Saya masih dengan idea konservatif saya, selagi minda masyarakat kita, minda media kita, minda kerajaan kita, masih dengan sikap lama.


Baca: keluarga sufiah di Malaysia terkejut

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header