27 November 2008

marah dan sunnah

Iklan utama:
Blog ini dalam proses pemindahan. Paling lambat, naik semester hadapan, ia akan mula beroperasi di domain dan hosting sendiri.

_________________________


Sesekali membelek majalah2 lama dalam simpanan, terusik rasanya melihat satu artikel dalam anis 2006 april.

Ketika ini, masyarakat Muslim Malaysia dikejutkan dengan karikatur oleh pelukis Denmark yang menghina Islam dengan menggambarkan Nabi Besar Junjungan kita s.a.w dengan sifat dan ciri-ciri yang tidak sepatutnya.

Tajuk artikel ini, Marah kerana Cinta, bukan kerana Benci. ia telah ditulis oleh saudara Pahrol Muhammad Juoi, seorang yang bagi saya, adalah antara pasak gerlobolan aktivis Islam yang bergerak dalam dak'wah bil kitabah, atau jihad dakwah penulisan.

Walau ada segelintir di kalangan sahabat saya sndiri yang mengkritik gaya penulisannya. Isi kandungan tulisan artikel Sdr Pahrol ini, amat mengusik hati saya apabila membacanya kembali pada waktu ini.

Kita mengaku kita cintakan Nabi kita, tetapi kita masih belum boleh melekakan diri kita mendengar orang yang membaca Al Quran di radio, atau sekadar bacaan kawan2 kita, lebih lama dari kita mendengar lagu-lagu kegemaran kita. Sedang Nabi s.a.w, antara kegemarannya juga adalah mendengar bacaan al Quran dari sahabat-sahabat yang memiliki bacaaan dan suara yang merdu.

Khas buat lelaki. Kita mengaku kita cintakan Nabi kita, tapi kita cuma ingin mengamalkan sunnahnya dalam poligami saja. Itu pun belum tentu kita boleh berlaku adil sebaik-baiknya. Ini tak, sibuk nak pasang spare, kahwin pun belum usai masalahnya lagi. Disuruh jadi imam di rumah atuk/nenek (sebab jadi cucu yang paling tua) tak nak pula, pandai pula cari macam2 alasan.

Kita mengaku kita cintakan nabi, dan bila orang hina Nabi dan sunnahnya kita marah. Namun, sunnahnya yang kecil, kita nak amalkan pun segan - beri salam terlebih dahulu pada orang yang kita kenal dan kita tidak kenal.

Sdr Pahrol membuat analogi Muslim Malaysia dan sunnah, seperti orang tua dengan barang antik di bawah rumah. Barang tersebut disimpan di bawah rumah, dipakai tidak, dibuang pun tidak. Namun bila ada orang mahu menggunakan, baru kecoh marah2. Takut rosak, takut hilang, takut tak pandai jaga, dan macam2 lagi.

Bagi saya, saya harapkan analoginya untuk sikap Muslim Malaysia dan sunnah, di masa akan datang, akan jadi seperti makan nasi - kalau tak makan, rasa gelisah. Kalau tak buat satu sunnah setiap hari@istiqamah, rasa gelisah. Rasa bersalah.

Mari kita doakan bersama, agar rasa cinta pada Muhammad s.a.w yang sebenarnya, terimplan kekal dalam hati dan sikap kita. :)

Later.

15 November 2008

Orang Gaji Import: Adakah Masih Relevan

Situasi A
Isteri anda baru sahaja bersalin, dua hari yang lepas. Rezeki anak baru mungkin, anda telah menerima anugerah dan dinaikkan pangkat. kerja anda menjadi lebih sibuk. Anda teras sukar pula, kerana risau bahawa tidak ada yang dapat menjaga isteri dan anak anda seperti isteri anda sendiri. Sementelahan pula, anda dan isteri adalah anak yang baik , dan tidak mahu menyusahkan mentua.

Situasi B
Orang tua anda (ibu atau bapa ,atau keduanya)baru sahaja pulang dari rumah anda, akibat tidak betahnya mereka di suasana bandar yang hiruk pikuk, setelah sebulan tinggal di rumah anda. Antara alasan mereka, ayam di rumah tak ada sesapa nak tengok dan bagi makan. Anda cuma risau bahawa orang tua anda tidak ada yang menjaga di kampung. (adik bongsu anda baru sahaja kahwin 2 bulan yang lepas dan mengikut suaminya ke luar negara, anak paling pandai katakan, dapat pun mat saleh hehe.)semua adik beradik yang lain sibuk dengan bisnes mereka.


Dalam situasi ini, anda ternyata perlukan seseorang untuk menolong menyelesaikan masalah - orang gaji. Namun, apakah orang gaji benar-benar layak untuk menyelesaikannya?

Dalam hal mencari orang gaji, sikit punya susah nak jumpa orang tempatan (jiran, anak jiran, sedara, atau anak sedara) yang suka bekerja sebagai orang gaji.Lantas, pilihan diexpand kepada second list - orang gaji import.

Persoalan kedua pula muncul : Adakah orang gaji import masih relevan?

Kajian kes sepanjang tahun 2008 menunjukkan keganasan dan jenayah yang dilakukan oleh orang gaji import, baik yang dikenali atau yang baru sahaja dikenali melalui agen mereka.

Kes terbaru orang gaji import di harian Metro 14 November 2008, melibatkan mereka membuat laporan palsu kepada polis untuk kes kecurian barang kemas yang disimpan dalam tempat tersembunyi dalam rumah. Laporan yang dibuat meragukan polis kerana tiada kesan pergelutan atau pun dipecah masuk ataupun penyelongkaran barang.

Kes sebelumnya , orang gjai import mencederakan tuan rumah untuk mencuri.

Kes sebelumnya, orang gaji import merekacipta poket khas dalam seluar dalam mereka untuk mencuri barang2 kemas berharga.

Kes sebelumnya, orang gaji import memukau tuan rumah.

Kes sebelumnya lagi, orang gaji import menyebabkan anak yang baru dua bulan dilahirkan, mati. (kan tak pasal2 je tuh? punyalah susah nak dapat anak, berusaha dengan gigih, maklumlah dua2 ada masalah, sekali dah dapat, meninggal la pulak... ish3)

Kes sebelumnya lagi, orang gaji import lari dari rumah setelah baru sehari bekerja , kerana ejen tidak bertanggungjawab. Ejen pula yang merancang escape route untuk orang gaji ini dengan modus operandi yang tertentu.

Dalam kebanyakan kes-kes yang tidak dihebahkan, orang gaji tidak sama kebolehan dengan yang diiklankan. (ini pun satu hal juga, marketing tak betul.)

Semua ini kalau anda perasan, adalah cerita orang gaji import. (Orang gaji yang tidak diimport, saya cuma pernah baca ceritanya dalam buku Sharifah Abu Salem penulis novel dan skrip yang prolifik. Judulnya tak berapa ingat. Sekadar memberitahu yang saya sangat jarang jumpa dengan orang gaji tempatan).

Persoalannya : bagaimanakah kita menangani masalah orang gaji import?

Cadangan jawapan:
A) tukar mentaliti
Mentaliti orang kita mengatakan bahawa orang gaji mestilah orang gaji yang diimport. Tapi memandang rendah pada orang tempatan yang mahu bekerja jadi orang gaji. Kan? (Saya tahu anda sedar, jangan gelak)

B) tukar label
Label orang gaji@pembantu rumah@amah ini tidak menarik minat orang lain untuk bekerja seperti mereka. label ini label yang merendahkan manusia. Apa yang sama antara orang gaji dan orang minyak? Ya, mereka dipandang rendah.

Tukang cuci lantai di Eropah tidak dipanggil cleaner, mereka dipanggil Floor Engineer. (kebersihan lantai tempat kerja turut termasuk dalam ciri ergonomik tempat kerja itu, jangan lupa.)

Apa kata kalau label orang gaji@pembantu rumah@amah ini, ia digantikan dengan nama yang lebih sesuai? Contohnya : pegawai sokongan keluarga professional, atau dlm English, Professional Family Support Assistant?

Bila label ditukar, barulah mentaliti juga boleh diubah. bila mentaliti diubah, barulah taraf pendapatan mereka boleh diubah. (dan mereka di sini, tidak semestinya yang diimport).

C) tambahkan minat untuk membuat kajian seterusnya untuk menambah skill dan minat orang ramai, khasnya remaja, untuk bekerja sebagai mereka2 ini.

D) wujudkan institusi tempatan / kursus-kursus di institut kemahiran yang diiktiraf untuk melatih "orang gaji".Barulah mereka ada class. Dan, label professional itu layak untuk mereka pakai.

Apakah kesudahannya nanti? Saya memandang satu masa depan yang cerah, tanpa pertambahan golongan Non-Malaysian yang tidak mempunyai sumbangan relatif kepada kemajuan Malaysia dan keamananan rumah tangga, dengan satu harapan positif.

Later.

12 November 2008

Nyanyian Jiwaku yang Pedih

Di cebisan masa yang berserpih,
minda ini melagukan kosanostra melankolik,
pada gugusan peristiwa,
terpisah jujuknya,
namun tercantum juzuk semangatnya,
pada secangkir emosi bernama pilu.


1
dua nombor yang tidak bermakna apa
namun bila tercantum
lain pula lagu jiwanya.
lebih-lebih lagi bila tercantum kata
revolusi 48.
puing-puing pedih
dan duka
bermain-main sebaknya dalam dada
kenapa aku dibuai dalam mimpi lena
tak sedarkan aku sejak sekian lama
tentang tipunya, bohongnya mereka
pada satu sensasi prefrontal korteks
bernama kecewa?

Sejarah dipermainkan
manusia ditakut-takutkan
dan anak-anak menangis
takutkan kebenaran
menelangkupkan naga mini
dalam sungai rasa bernama paksa

2
teori semata
tak mungkin menafaskan sejuta gerak
pada manifestasi alam
namun,
sampaikah kita
pada matlamat cerita
andai hanya mahu berteori saja?

3
mereka berkata bodohnya engkau
mereka berkata lemahlah engkau
namun engkaukah bodoh,
engkaukah lemah?
saat pasrah bukanlah pilihan
dan kebencian bukanlah paksaan,
perginya engkau dari dewan itu,
bukanlah kerana engkau adalah engkau,
tetapi kerana engkau adalah kami,
dan kami bersama engkau?
saat cebisan pelepah tak lagi
bisa menulis warkah-warkah kebenaran,
dan burung-burung bayan
mendenyar kicau bit
satu dan sifar
di kanvas-kanvas maya,
engkau tetap tahu,
bahawa benar tetap benar,
dan yang lemah tetap salah.
bodohkah mereka?
atau, hinakah engkau?
tidak, tidak, sama sekali tidak.


.....
dua kata berbeza
namun tercantum pada satu makna
dan harapan.
Harapan untuk menjunjung
langit keadilan
dan berpijak
pada bumi bernama kesaksamaan.

Malaysia Boleh - bolehkah?
(Tuhan, yakinkanlah aku..)

10 November 2008

Teori : Kesedaran tentang kesan peniruannya

Teori menjelaskan hampir kesemua fenomena yang berlaku dalam setiap aspek kehidupan manusia. Baik teori yang kita pelajari sejak kita disekolah rendah sehingga peringkat umur kita, mahupun teori yang kita sendiri fikirkan , ia boleh digunakan untuk untuk menerangkan apa yang terjadi pada kita hari ini.

Kita ada teori domino yang mengaitkan bagaimana kumpulan siri peristiwa boleh membawa kepada satu peristiwa akhir yang besar.

Kita ada teori kesan rama-rama yang menerangkan bagaimana satu peristiwa boleh membawa kepada satu peristiwa lain yang tidak begitu jelas kelihatan perkaitannya.

Kita ada teori ketakselanjaran masa yang menjelaskan masa yang kita telah lalui tidak akan sama seperti sebelumnya jika kita berjaya sampai kepada ruang masa itu.

Kita juga ada teori berbilang kecerdasan yang menjelaskan bagaimana kecerdasan tidak hanya perlu dinilai melalui kepintaran IQ.

Namun, walau teori menjelaskan soalan kenapa dan apa, ia tidak begitu menerangkan bagaimana untuk kita mendapatkan kesan keseluruhan teori tersebut, atau menjauhi kesan teori tersebut.

Sebagai contoh, kita tahu kita ada teori berbilang kecerdasan, namun ia tidak memberitahu bagaimana kita boleh mencapai berbilang kecerdasan, atau sekurang-kurangnya mengekalkan 3 atau 4 kecerdasan itu pada anak2 kita. (which made me wondered up until now: how did my parents able to do that?)

Kesimpulannya, sekadar mengetahui teori itu memberi kesan kepada diri kita tidak cukup. Kita juga perlu memiliki kerendahan hati bahawa ia memang boleh berlaku, dan keazaman untuk mencari bagaimanakah caranya untuk kita memberi kesan teori yang sama pada orang lain, ataupun menjauhkan teori itu daripada memberi kesan kepada orang lain.

Later.

p/s: entri ini difikirkan ketika proses penyahtinjaan berlaku. Ia membuktikan bahawa artikel tentang kesan penyahtinjaan kepada proses pemikiran aktif dlm Dewan Kosmik keluaran bulan November 2008 ini, adalah realistik dan boleh dipanjangkan kepada kajian-kajian lanjut. (oleh itu, para pengkaji cognitive psychology sekalian, anda boleh bersedia, begitu juga dengan sample subject yang tak kisah buang air sambil pakai elektrod2 di kepala mereka :P )

06 November 2008

Eurocopter: Bila PAC dah bersuara..

Kes Eurocopter ni makin menimbulkan syak wasangka betul lah. Bila Jawatankuasa Penelitian Awam (PAC) memberikan komen bahawa tidak ada penyelewengan dalam kes ini, penyelewengan apa yang tidak ada sebenarnya?

Di akhir berita, ada pula klausa yang mengatakan, lebih kurang, kalau PAC kata lulus, tak mesti BPR akan kata lulus juga. Satu lagi, PAC cuma kurang senang dengan cara spesifikasi Cougar ditelitiperiksa (tanpa sebarang ujipandu oleh juruuji bertauliah TUDM). Hai, kurang senang aje ke...? Takut gaknya nak cakap lebih2. nyeh3 :P

Nasib ada recession ekonomi, klu tak, hilang lah lagi 4 billion duit orang2 Malaysia ni. (pembelian belum diselesai sepenuhnya kerana hold akibat economic recession).

OK. Sekarang kita nak kata apa: PAC mewakili kata2 awam masyarakat Malaysia, dan BPR mewakili kata2 pihak berkecuali?

Ces. Pastu, BPR boleh ke nak lawan kata2 PAC ni? Tah2, nanti BPR pulak kata,
"Hm, dah PAC pun kata takde penyelewengan, takde point lagi lah nak siasat. Baik kita siasat menda lain yang lebih berpekdah."

Tak ke naya tu.... harapkan pagaq, pagaq hilang, dengan padi2 pun hilang skali.. kuikuikui :D

Apabila Faktor Baka Dan Alam Sekitar Diajak Berbual

Dalam kesibukan kebanyakan psikologis dalam perdebatan mereka bagi menentukan faktor mana yang lebih penting dalam mengawal pembangunan seorang manusia, samada faktor alam sekitar ataupun faktor baka, saya ditemukan dengan satu formula pelik dalam buku Dr Hassan Langgulung.

formula ini, seolah2 menyatakan bahawa, dalam banyak keadaan, kebarangkalian untuk faktor alam sekitar mempengarui pembangunan (development) manusia, adalah lebih mungkin ,dari faktor baka.

(macamana pula nak letak formula dlm entri ni? ces~)

Dan satu lagi fakta dalam buku ini, ingin saya kongsikan kepada anda.

Faktor alam sekitar juga bertindak balas dengan faktor baka, untuk menghasilkan faktor baru dlm pembangunan manusia.

Phenylketoneuric acid (PNA)adalah bahan yang turut bertindak balas dalam pembangunan manusia. Melalui PNA, asid amino berlebihan dalam badan tidak dapat diclearkan. Dan apabila PNA berlebihan dalam badan, badan tidak dapat menyerap asid amino yang selebihnya, untuk tumbesaran. Dan dalam jangkamasa panjang, asid amino yang berlebihan menjadi masalah kepada hati/hepar untuk dikumuhkan. Dan, it can be deadly.

Secara asasnya, PNA wujud apabila adanya penyakit phenylketonuria, yang diwariskan melalui baka/genetik. namun, faktor alam sekitar/environmentnya berfungsi apabila makanan2 kaya dengan protein disuapkan kepada anak2 kecil yang tidak tahu ini, saban hari, dengan notion bahawa "protein baik untuk tumbesaran." Ia menyebabkan PNA mengumpulkan asid2 amino yang tersangatlah banyaknya dalam badan.

Dan akhirnya, anak kecil ini membesar menjadi sang dewasa yang memiliki flaw dlm kebolehan mental (mental capacity) mereka.

Oleh itu, penghasilan bahan ini secara proliferatif dlm badan, ternyata menunjukkan bahawa tumbesaran lebih boleh dikawal melalui faktor alam sekitar, dan bukannya sekadar faktor baka.

Jadi, adakah ini bermaksud yang kita sudah tidak perlu memisahkan lagi kedua2 faktor berikut (sebab kedua2nya boleh mempengaruhi antara satu sama lain)?

Atau, kita perlu menambah faktor lain dalam episod pertumbuhan manusia - faktor ketuhanan?

Faktor ketuhanan tentun lebih mempengaruhi segala-galanya - kerana manusia adalah makhluk Tuhan, dan ternyata, Tuhan lebih mengetahui segala2nya.

Dan kalau kita benar2 mahu menghindarkan penyakit phenylketonuria untuk tidak dicipta dlm gen anak kita, pun kita akan bermohon kepada Tuhan, bukan?

Di akhir idea ini, saya menyimpulkannya - faktor ketuhanan lebih mempengaruhi tumbesaran manusia daripada faktor alam sekitar dan baka.

later :)

bacaan lebih lanjut: Phenylketonuria

05 November 2008

Dunia Legari Sekelilingku

Amerika Syarikat
Obama memenangi pilihanraya US kali ini dengan mencatatkan dua sejarah.

1) Pemimpin pertama dari golongan kelas bukan pilihan. Ramai orang tau, ramai orang atasan yang tidak senang dengan Obama sejak dari awal lagi, atas sebab2 merka yang tersendiri. Kita akan melihat hasil pilihan rakyat ini menentukan nasib mereka. kuakuakua

2) Kuasa pilihan majoriti rakyat, berjaya membentuk era baru, tanpa campurtangan sang korup dan sang ghaib. Sang korup dan sang ghaib adalah kuasa2 yang menentukan pemutaran jumlah undi, sama seperti ketika Al Gore melawan Bush, satu ketika dulu. Al Gore telah pun leading, tapi tiba2 dalam masa kurang dari sejam, akibat propaganda dua syarikat broadcasting terkemuka, hoax telah berjaya dicipta, dan akhirnya pengiraan dijalankan semula (dengan penambahan beberapa ratus undi di kawasan2 tertentu), dan Bush menang, walaupun rakyat mahu membuat perubahan dengan kuasa mereka sendiri.

Masa akan membuktikan adakah beliau dapat mencipta sejarah2 seterusnya. Saya mengharapkan Obama dapat berbuat sesuatu untuk menangani US Recession dengan lebih efisyen dan selamat.

ISA dan AUKU
AUKU sudah pun dalam proses untuk dimansuhkan (baca:digantikan dengan yang lain, bukan mansuh betul pun. tak caya, tny orang2 aspirasi di IPT masing2 by your own ). Kita masih menunggu ISA untuk juga dimansuhkan. Dalam jeluakan kata2 dari akhbar2 yang menyalakkan bahasa yang bukan bahasa mereka sendiri, kita boleh menjadi nanar pada kelamkabut informasi. Namun, yakin sajalah, yang salah tetap salah, yang sudah tu sudahlah. :)

Later.

01 November 2008

You Are What You Are Repeatedly Do

Quote hari ini: "Anda adalah apa yang anda sering lakukan."

Kupasan :

Self explanatory. Kita akan jadi apa yang kita sering lakukan untuk diri kita. Nampak mudah untuk difahami, tapi, adakah mudah untuk diambil iktibar?

Contoh:

A) adakah anda sanggup untuk menerima kenyataan apabila kami katakan yang anda obsess dengan Social Networking Site? bahawa anda register ke semua Social Networking Site yang pernah wujud dalam dunia Online?

- tahukah anda bahawa, Social Networking Site adalah rentetan dari doktrin yang diasaskan oleh masyarakat Baby Bloomer di US sekitar tahun 1960, dan diwariskan untuk generasi anak mereka?

- Social Networking Site menghukum anda dengan menambahkan lebih banyak ciri-ciri individualistik kepada diri anda. ya, tambahkan lagi bahasa "Ini aku punya.. ", "ini kawan aku..", "ini gambar terbaru aku".. "ini boyfren baru aku".. Lantas, semakin kehilangan nilai "kami" dan "kita".

- tahukah anda istilah dan ciri2 Narcissistic Personality? Narcissitik adalah satu personaliti seorang manusia, yang ditandakan dengan keinginan yang membuak-buak untuk melebihkan diri sendiri dari orang lain, dan to an extreme extent, mencintai imej diri sendiri, lebih dari orang lain, dalam hampir semua aspek kehidupan.

(Narcisstik penting untuk mewujudkan keseimbangan peranan manusia dalam hidup bermasyarakat dengan ruang privasinya sendiri. Tetapi apabila ia berlebihan...anda boleh mendapatkan lebih info di sini)

-Social Networking Site perlu untuk anda, khususnya untuk membuat rangkaian rakan2 berpotensi untuk menjadi :
a) sumber perkongsian maklumat
b) bakal rakan niaga
c) kolaborasi penting untuk tugasan dan mata pelajaran anda
d) pemudah cara untuk masalah-masalah anda di masa akan datang

tetapi ia kurang penting untuk dijadikan sebagai;
a) sumber perkongsian "Broadband" - anda tau apa maksudnya
b) tempat untuk anda membuat Online Bully
c) jalan eskapism anda dari dunia sebenar
d) mencipta penipuan untuk mengenakan orang lain, baik dengan penglibatan wang ataupun identiti, atau kedua2nya
e) dan lain2 yang relevan

B) adakah anda sedar bahawa apa yang anda buat setiap hari menjadi siapa diri anda di mata orang lain?
a) anda selalu buat lawak lucah - anda kelihatan sebagai Mat Lucah
b) anda selalu buat lawak poyo - anda jadi Mat Poyo
c) anda suka buat kacau - Anda jadi Mat Kacau (boleh tag team dengan Mat Kacau Gerak Geri Gasing Astro)
d) dsb nya yang berkaitan lah...

Rumusan:
Adakah anda sedar sekarang? Kita memang apa yang kita selalu buat. Jadi, sekiranya anda sedar ada yang tidak begitu betul dalam hidup anda, marilah kita bertindak besama-sama untuk menjadi lebih positif untuk diri sendiri :)


p/s: contoh Social Networking Site:
Friendster, Facebook, Hi5, MySpace, Tagged, dan lain2 yang anda lebih tahu

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header