18 July 2010

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Gombak - Sebuah SCAM terbaru FB menipu pengguna melanggan perkhidmatan penyedia kandungan mudah alih premium, dan melakukan spamming ke seluruh friend list pengguna, dengan janji palsu bagi memaparkan senarai pengunjung ke profile pengguna tersebut. Lebih teruk lagi, ia mengarahkan pengguna mematikan program anti-iklan (ad-blocking programs).

Semuanya bermula apabila seorang mangsa menerima satu mesej spam dari mangsa yang lain, bertajuk "OMG OMG OMG..I can't believe this actually works! Now you really can see who views your profile!!! WOAH ? --> [URL]” Melalui link yang dipautkan, pengguna dibawa ke site external, keluar dari FB, ke domain luar bertajuk "ilikefacebook.in."

Web ini kemudiannya memaparkan "notification ala2 Facebook", dan di sini, ia memuatkan contoh "alerts" yang bakal diterima seandainya ada pengguna lain menyaksikan profil mereka. Logo sebuah app Facebook bernama Profile Spy juga dapat disaksikan di page ini.

Pengguna juga diberitahu, bagi membolehkan apps ini berfungsi sepenuhnya, pengguna perlu like" dan menyebarkan/share apps ini kepada kawan2 lain. Dalam masa kurang 2 jam dari artikel asal ditulis, 29000 pengguna telah menekan "like" dan 27000 pengguna pula telah
menekan "share".

Sesudah pengguna terperangkap dengan arahan "spamming" kawan2 pengguna lain, mereka akan dibawa ke suatu page lain, bagi menyiapkan survey, yang boleh dipilih dari 6 buah pilihan, secara berterusan. "Proses verifikasi untuk survey2 ini, hanya bertujuan mendapatkan no telefon bimbit anda, dan akan menyebabkan anda dibil sebanyak $10USD setiap bulan", tegas Tom Kelchner, seorang penganalisa sekuriti di Sunbelt Software.

Pengguna seharusnya sedar, Facebook melalui polisi terma dan syarat web nya, tidak pernah mendedahkan dan tidak akan mendedahkan pengunjung profil, kerana ini secara asasnya mencabuli privasi pengguna lain. Ia mungkin dapat dijamin tidak akan dilakukan pada bila-bila waktu baik dalam masa terdekat atau pun masa akan datang.

Oleh itu, sebarang mesej yang mendakwa maksud sebaliknya, sudah pasti merupakan scam.

06 July 2010

A Blessing

The days are counted.
And i am prepared for today.

Alhamdulillah.

the contract has ended. And i am taking it with full responsibility.

A lot has been through. Working with them, is a blessing in its own way.

This is not the end of the journey.
But it is the beginning of another greatest adventure in life.

*****************************

Hi ga kaunto sa re masu. Soshite watashi wa kyō no tame ni junbi shite i masu.

Alhamdulillah.

Keiyaku wa shūryō shi mashi ta.
Soshite watashi wa kanzen na sekinin o motte sore o totte i masu.

Ōku o kaishite iru.

Issho ni hataraku no wa, sono dokuji no hōhō de shukufuku desu.

Kore wa, tabi no owari de wa nai.
Shikashi, sore wa seikatsu no naka de betsu no idai na bōken no hajimari desu.

=)

02 July 2010

Polemik yang tak Isometrik

Semua perkara yang jadi sekeliling ada agenda. Agenda yang tak berfikiran panjang, rata-ratanya.

1)Tukar UPSR and PMR kepada talent search sebab program Permata-what-so-ever dikecam gagal capai objektif.

Jadi, untuk tunjukkan ia benar2 mampu capai objektif, perlukan program yang long term based.

Dan sebagai langkah antara yang terbaik boleh difikirkan oleh thinktank (tingtong je lebih), rombak UPSR dan PMR.

Selepas beberapa bulan jek PPSMI dibatalkan dan berabis berapa juta daripada Rancangan Malaysia untuk re-create sistem, batalkan lak lah peperiksaan yang sangat affected dgn proses pemansuhan PPSMI nih.

2)alihkan perhatian kepada kes Anwar (sekali lagi?) untuk cover cerita tentang Polis, tentang Kerajaan... tentang pembinaan istana baru?

Aduilah.

Gali lubang tutup lubang daa. Polemik yang tak isometrik langsung.

Kesopanan dan kesusilaan? Sopan ke buat kes bersumpah main2?

Keluhuran perlembagaan?
Tang mana luhurnya kalau dah keputusan mahkamah tak dihormati.

Kedaulatan undang-undang?
No more comment. Action speaks louder than words, don't they?.

Kepercayaan kepada raja dan negara?
Macamana nak percaya raja yang diam and boneka-ed.. kesian dorang.

Mana?

Kalau nak ikut rukunegara pun dah leh fail, tak yah lah berusaha sangat nak tegakkan satu Malaysia..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header