12 March 2011

Bila Alam Kembali Berbicara:Tsunami dan Kegigihan Jepun

Ahmad@Media Jer kata, Kereta dah macam botol

Melihat angkaubah (variable) bergelar kegigihan, dalam masa kurang dari 24 jam Jepun dilanda musibah tsunami ini, masih ramai yang percaya Jepun pasti akan mampu membina semula negara mereka.



Akhbar Herald Online dan komentar pembaca2nya, rata-rata mempercayai Japan akan tabah dan mampu membina semula negara mereka dari tsunami ini.  Meskipun agak keterlaluan awalnya untuk memperkatakan kestabilan ekonomi (yelah depa kan baru je kena serang Tsunami dan GempaBumi), pasaran saham mereka dijangka meningkat semula lebih stabil dan cepat berbanding Mesir, Tunisia dan Jordan yang juga mengalami kekacauan.

Sejarah memperlihatkan kurang dari 30 tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki diserang bom nuklear, Japan meninggalkan zaman Meiji jauh di belakang dan membangunkan tamadun teknologi , lebih baik dari apa yang berada di sebelah Barat.  Sejarah juga memaparkan beberapa siri tsunami yang melanda Jepun. Tiap kali ia melanda, Jepun meladeni tsunami ini dengan lebih baik.

Hebat bukan?

Geografi menyedarkan bahawa penduduk Jepun hidup setiap hari dengan mengingati mereka sedang berjalan, bermain basikal, ketawa, dan bekerja di atas kawasan berlingkaran api paling aktif yang 'terapung'. Juga secara automatik membawa maksud mereka juga melakukan semua itu di atas kawasan berisiko tinggi untuk tsunami. I mean, like, setiap hari.

Seolahnya melihat batu nisan kuburan mereka tiap kali keluar rumah bekerja, dan tidak akan masuk rumah sebelum melihat batu nisan itu sendiri.

Zikrul maut? Andai mereka dilihat dari aspek itu, maka sah2lah mereka bolehlah dianggap golongan yang menggunakan impact of  'momentous death' ke tahap paling positif.

Lantas, siapa berani kata mengingati mati itu menjadikan kita mandom?

Lihat saja negara ini dan budaya kerjanya. Juga budaya innovasinya juga penciptaanya. Hampir semua bahan yang menyenangkan dan menyeronokkan hidup keluarnya dari kawasan negara ini. Tanya remaja di US mana yang tidak tahu Wii, tidak bermain PSP? Tanya pekerja mana yang tidak kisah menggunakan Lexus dan Acura, sebagai kenderaan mereka, meski Ford itu jenama negara US sendiri?

Bukan mahu membanggakan Jepun, atau menggelar diri 'Japanism' atau "Japanistic'. Tetapi rasa berbeza sungguh dengan kita.

Dikisahkan semasa tsunami melanda Kuala Muda, orang sibuk mencari besi buruk dan barang milik orang lain yang masih boleh dijual, lalu diambil tanpa kebenaran.

Begitu juga di sebelah Sumatera sana.

Lain. Kan?

Terlalu banyak ibrah yang boleh diambil dari segala kejadian sekitar kita pada tahun 2011 kan?

1 comment:

Unknown said...

aah... jepun mampu kot bangunkan kmbali ngra diorg tu....

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails