3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 February 2014

Cerpen sulung di Ilham


http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2538&idc=12280

Cerpen sulung online di ILHAM Karangkraf saya dengan cover design sendiri, sudah pun menerima 81 jumlah bacaan sejak muatnaik malam tadi sekitar 11.30pm.


"Mahukah aku khabarkan kau dua jenis doa yang makbulnya jauh lebih laju dari roket?"


Alhamdulillah.

Saya cuma mahu kembali kepada fitrah berpenulisan. Mudah-mudahan ia bukan mati di sini saja.

Apa kah yang menarik dalam cerpen ini?

21 January 2014

Maulidur Rasul 1435

Usai ceramah Maulidur Rasul lepas di Institut Perguruan Darul Aman(IPDA) seminggu yang lepas, saya sering terbayang-bayang menaipkan  entri berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru dengan para pembaca.

Namun, bayangan itu hanya tinggal bayangan rindu gurauan sahaja. Sibuk ke sana ke sini, terkejar-kejar saya dibuatnya.

Hari ini insya-Allah saya kongsikan ceramah yang telah saya hadiri itu.

(apa kandungan ceramah tu, Fahmi?)

13 January 2014

Balistik: Antara Peluru, Maruah, dan Persahabatan

Klik Gambar Untuk ke Laman Facebook Balistik
Balistik bukan sebarang naskhah cerita. Banyak isu yang dikupas sebetulnya kali ini.

Antara peluru yang dibidik laju, ada bahagia keluarga yang hilang, normal yang tak dapat dikejar, persahabatan yang tak dapat difahami, dan matlamat yang takkan pernah habis.




Isu famili berantakan kerana ayah yang lebih dikenali sebagai pembunuh.
Isu kes pembunuh upahan yang dari dulu lagi wujud, tapi baru kini dihighlightkan dalam media (barangkali untuk mengalih tumpuan dan konspirasi politik)
Isu dari kawan-jadi-isteri.
Isu setiakawan antara bangsa.
Isu pihak berkuasa yang pandai manipulasi ruang dan kelemahan untuk dapatkan bukti dan maklumat.
Isu anak kurang kasih sayang, dan isteri yang belum benar-benar dapat memahami suami.
Isu suami yang tertekan tiada hidup normal kerana amanah tugasan yang amat sulit untuk dikongsikan.

Apalagi, Fahmi, jom kita bedah!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header