29 September 2006

Anda Cemburu? :)

Berikut adalah beberapa sebab yang dpt dijadikan panduan dalam mengendalikan perasaan cemburu, sekurang2nya dapat membantu mengekalkan hubungan terutamanya bagi mereka yang kurang daya tahan emosi.

Kongsi perasaan positif dan maklumat berguna mengenai rakan atau pasangan kita
Seringkali perasaan cemburu membuat kita hilang sabar, kecewa dan marah. Oleh itu, kongsi rasa positif yang kita rasa tentang pasangan, dengan orang lain, supaya perbualan itu mengingatkan kita tentang kebaikannya. Ini dapat membantu mengawal perasaan negatif dan salah sangka terhadap pasangan kita.

Bincang hasil yang diperoleh drpd interaksi dgn org lain
Menerusi pergaulan luas, tapi terbatas, kita lebih mengenali erti suatu perhubungan. Dari sini juga, kita mampu menilai hubungan yang terjalin dgn lebih rasional. Memang lebih baik sekiranya hasil yang diperoleh daripada interaksi tersebut dibincang dan dikongsi bersama dgn pasangan kita.

Fikirkan mengapa kita begitu istimewa di matanya ...
Sekiranya pasangan kita merapati org lain, ini tidak lah bererti yang dia mengetepikan kita. Kita hendaklah sentiasa berkata kepada diri sendiri yang kita begitu istimewa buatnya dan beberapa ciri2 keperibadian yang kita miliki sangat diminatinya. Justeru itu jugalah, dia mendampingi kita.

Kongsikan pendapat dan perasaan secara terbuka dgn psgn
Cuba berterus terang dgn menyatakan perasaan kita ekoran dari perlakuan dan tindakannya. Perlu diingatkan bahawa emosi masing2 perlulah terkawal terlebih dahulu, dan perkongsian dibuat atas dasar mahu menyelamatkan atau memperbaiki hubungan tersebut.

Dapatkan bantuan org lain
Sekiranya perasaaan ini tidak terkawal, tunggu hingga ia reda, atau dapatkan bantuan org lain seperti ibu bapa, rakan-rakan, guru, penasihat agama, atau kaunselor yang professional.

Bila Ada Cemburu ... :)

Kenapa kita rasa cemburu?
Benarkah cemburu itu tanda sayang?
Bukankah kepercayaan juga tanda sayang?

Salahkah kita merasa cemburu pada teman kita yang berbual dengan orang lain?


Pada penulis ,cemburu itu tetap perlu. Walau macammana percaya dan yakinnya kita pada teman kita, cemburu tetap perlu, kerana prasangka tetap ada. Sekiranya prasangka tiada, barulah kita tidak akan merasa cemburu.

Kita tidak menghalang dia untuk berbual atau berkawan dengan sesapa saja yang dia suka. Tetapi kita mahu diri kita dihormati dan dihargai. Umumnya, cara yang mudah untuk berbuat begitu, adalah terlebih dahulu dia itu memberitahu pada orang yang menjadi teman bualnya ketika itu, bahawa dia

1) sudah dimiliki
2) tidak mahu memanjang2kan perbualan ke topic-topic yang meleret2
3) tidak merasa terkongkong dengan pesanan temannya agar berhati2 dan mengambil kira perasaan temannya itu.

Cukuplah sekadar itu. Sbb cemburu yang berlebihan tidak membawa apa2 makna yang baik kepada pasangan. Cukuplah sekadarnya. :)

Merdeka:Suatu Reintrepretasi

Merdeka.
Kini, tahun 2006, menyaksikan Malaysia menyambut kelahirannya ke 49. Juga membawa maksud bahawa kita telah 49 tahun merdeka daripada penjajahan British, melarikan diri dari bayangan Malayan Union.

Tapi, merdekanya kita ini pada apa sebenarnya?

Pemikiran? Adakah kita jelas tentang kemerdekaan pemikiran dan fikiran? Tentang merdekanya kita pada kepercayaan? Agama? Agama adalah kebenaran yang dianuti semua manusia, dan kebenaran yang ditakuti adalah kebenaran kontroversi, dan kebenaran kepahitan alam yang akan sampai pada titik kiamatnya.

Merdeka itu macamana sebenarnya?

Merdeka seorang pemikir, positifkah merdekanya jika dia bebas berfikir tanpa sebarang sekatan minda? Bukan negatifkah pula merdekanya jika dia mempersoal perkara yang tak perlu dipersoal, atau terlalu mengagungkan “bebasnya” karya dan ideanya, hingga menyentuh banyak perkara yang tak perlu disentuh pun sebenarnya?

Merdeka seorang hamba kepada Tuhannya, adakah bila ia tak perlu lagi berkhidmat pad tuannya? Adakah khidmatnya sebagai membalas budi, atau khidmatnya itu benar-benar sebagai hamba yang bersifat mengabdi, tak kira situasi?

Sedang sebenarnya, merdeka tak bererti bebas pada praktikalnya. Contohnya: mampukah kita hidup aman tanpa undang-undang, (bila merdeka didefinisikan sebagai bebas dari kepatuhan pada undang-undang, terutamanya pada MALAM MERDEKA)? Sama juga logiknya, mampukah kita berfikir atau mencari jawapan tanpa sesuatu yang memandu fikiran tersebut? Begitu juga, mampukah hidup bebas aman, stanpa akhlak, jika merdeka bererti bebas dari sistem moral yang kononnya ortodoks, kuno dan jumud?

Berjumpa di bahagian kedua. (maaf, entri ini agak terkebelakang.)

27 September 2006

Tabuh Masih Berbunyi... :)

Masih ingat lagi pada lagu raihan?

"Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam..."

Hingga ke hari ini, rupanya masih ada komuniti Islam yang menggunakan beduk. Penulis merasakan beduk dan tabuh, adalah benda yang sama. tak tahu pula kalau ia memang dua benda yang berbeza..

Beduk atau tabuh ini, sememangnya unik.. dan ia suatu yang asli. Tak tahu kenapa, tetapi menulis lebih menghargai sesuatu yang asli, berbanding yang tidak asli. (kecualikan VCD, memang penulis tak mampu nak berhabis duit membeli yang asli kerana harganya. Penulis cuma suka menonton dan menilai, tapi tak suka menggunakan terlalu banyak sumber ekonomi untuk itu :P ).

Tabuh unik, kerana bunyinya yang menusuk ke hati, seperti tangisan yang sayu. Penulis teringat satu adegan dalam cerekarama, di mana si penggali kubur memalu tabuh di surau tengah2 malam, untuk berkomunikasi, menyampaikan perasaan marah dan kecewanya pada si isteri yang nusyuz, meninggalkan dirinya... dan isteri tersedar lalu memegang perutnya.

Mungkinkah sebenarnya tabuh@beduk mempunyai kuasa komunikasi dengan otak bawah sedar, menyebabkan masih ada orang yang menggunakannya untuk mengejutkan penduduk kampung untuk menunaikan Subuh berjamaah?

Berita selanjutnya:
tabuh masih berbunyi (berita harian)

19 September 2006

Ahlan Ya Ramadhan!


Ahlan Ya Ramadhan!

18 September 2006

Undang-Undang


Ini yang terjadi bila undang2 manusia tak dapat dipatuhi.

Tapi, cuba bayangkan macamana pula jika undang2 Tuhan tak dipatuhi.

“bila Tuhan tak ditakuti
Macam2 boleh terjadi
Semua orang tak ketahuan
Gaya hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini”

[mawaddah, Bila Tuhan Tak Ditakuti]

08 September 2006

Mara oh Mara..

"Lenient"nya MARA untuk memudahkan para peminjamnya membayar hutang, apabila dilihat dari aspek psikologi, mampu mengakibatkan MARA sendiri menghadapi learned helplessness. [bagaimana?]

Semakin lama MARA mengharapkan peminjam (baca:penghutang) membayar, semakin lama jugalah MARA dilayan acuh tak acuh oleh mereka.

MARA bermula dengan tindakan mengeluarkan senarai nama peminjam liat di akhbar tempatan, namun tindakan tersebut tidak membuahkan hasil yang diharapkan, dan ia tidak banyak membantu menyelesaikan masalah.

Akhirnya MARA mengambil langkah merendahkan bayaran semula pada kadar RM 20 sebulan. Memang terlalu rendah-rokok pun sekotak RM6, sebulan RM 180. Tapi itukah saja?

Tindakan ini akan memberi satu persepsi kepada peminjam liat, bahawa, MARA sangat terdesak dan tidak mampu untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang yang lebih baik, dek kerana hutang sebanyak RM550 juta.. dan mereka akan terus membiarkan keterdesakan MARA ini, berlarutan, kerana mereka rasa mereka yang menentukan masa depan MARA, bukan pengarah MARA.

Pendapat peribadi penulis, sekurang2nya MARA tak perlu pergi serendah itu, tapi mungkin RM 150 sebulan, seperti kadar bayaran semula PTPTN untuk partial loan seperti penulis.

Kembali ke persoalan asas kita.

Learned helplessness terjadi apabila kita menyambut suatu kedatangan peristiwa yang berulang2 dengan hati yang dah tiada harapan untuk keluar dari walangnya peristiwa itu. Dalam erti kata lain, learned helplessness terjadi apabila kita tersangkut dalam situasi negatif yang berulang-ulang, hingga kita dibiasakan dengan kenyataan bahawa kita akan terus dalam keadaan seperti itu.

Samalah dengan keadaan MARA sekarang. kemelut hutang pinjaman ini bukanlah isu yang sekejap. Sudah berapa tahun penghutang ini menangguhkan pembayaran?10 tahun bukanlah satu jangkamasa yang sekejap. Sekurang2nya, jika revenue MARA setahun adalah RM 150 juta, sepatutnya dalam masa tersebut, taraf ekonomi Bumiputera benar2 terpacu dengan suntikan dana dari persatuan Melayu sendiri-tanpa perlu terbeban dengan hutang2 along dan ceti2, lintah2 darat yang lain.

Jika dibiarkan tanpa pemantauan orang2 hebat dalam komuniti Melayu, contohnya para menteri, tidak mustahil Mara akan terperangkap dalam lingkaran learned helplessness, dan tidak mustahil juga jika MRSM Mara pun akan diturunkan taraf menjadi sekolah berasrama di bawah kerajaan negeri, atau lebih teruk dari itu, di'naikkan taraf' menjadi sekolah menengah kebangsaan integrasi generasi baru, kerana pengurusan sumber dan hutang yang tak terkawal lagi. (ex student MRSM, apa pendapat anda?)

Sekian dulu. Ketemu di entri lain.

Baca: Mara kena wujud formula baru pungut hutang bekas pelajar, Berita Harian, 8 September 2006

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header