3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

01 February 2012

FB Page for Biz : NiloufarShoppe

Klik untuk Tumbesaran XD
Template FB Page for Biz yang terbaru saya siapkan adalah untuk Biz NiloufarShoppe. Jemputlah Like untuk dapatkan content keseluruhan ya!

Saya cari mood untuk Fb Page dulu, sebab lagi senang dari template codifying. Templatenya sudah 87% disiapkan, tinggal Flash Header, Banner, dan coding untuk Item. Lepas Siap baru saya release linknya~ =)

(Apa tu NiloufarShoppe, Fahmi?)

Oh, sorry, lupa pula nak explain. Nak tahu? Jom!

23 January 2012

FB Page Untuk Bisnes

Salam alaikum pembaca InilahFahmi , hopefully cuti anda sehingga hari Selasa ni anda sedang enjoykannya dengan baik. ^^ #apelahBahasaKaoFahmi

Sewaktu anda beriang ria (mungkin) menghabiskan masa terbaik bersama diri anda sendiri, mahupun bersama kawan-kawan, saudara dan keluarga, saya menghabiskan masa melihat2 peluang yang ada di Internet untuk tahun 2012 dan 2013 =)

Terkini, saya terlibat dalam penghasilan FB Page untuk Bisnes.

13 January 2012

Status-Facebook

Assalamualaikum pembaca InilahFahmi hari ini. Harapnya anda semua ok2 je. =)

Buat reader merangkap Facebooker tegar, apa pendapat anda tentang entry kali ini?
Post-post di Facebook yang tak ingin kita lihat selalu sangat.
1) Ingrateful: Hari ni makan tengahari di kedai yang sama macam semalam. Tapi lauk tah hape-hape.
2) Stalker Attention Seeker: Jap lagi ke library. Petang ni pula ke Wangsa Walk. Jumpa korang kat sana!
3) Inconsiderate: Memanglah kau sorang je ada washing machine. Tak boleh basuh perlahan sikit malam-malam buta ni ke. Aku penat balik kerjalah, aku nak tido, faham?

Post-post di Facebook yang tak ingin kita lihat langsung.
1) Holier Than Thou : Tak payah lah tunjuk alim sangat di Facebook. Macam tak pernah buat salah je
2) Paranoidly Annoying : Kalau satu hari tak like atau kacau aku di Wall, tak boleh ke? Jangan stalk sangat, boleh tak!
3) Lupa Fungsi Home FB: Memang Facebook ni tempat kau berdua je yang punya. Sakit mata lah aku tengok. Takyah lah menunjuk sangat.
4) Cari Pasal: Kalau berani postlah lah lagi. b***h betul! Aku tunggu part 2.

Post-post di Facebook yang kita mahu lihat selalu 
1) Motivasi: Bagus, i know you can do this!
2) Doa: Mudah-mudahan ada orang baik hati pulangkan thumbdrive yang tercicir di lab komputer tadi.
3) Sharing Moments dari Filem Positif : Yesterday was a history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. that's why it's called PRESENT. Kungfu Panda I





Bagaimanakah cara untuk anda nampak lebih banyak post yang positif dari yang negatif?

10 January 2012

Hargailah Bakat Anda

Apa yang penting dalam hidup anda, (selain dari mencari kebahagiaan dan keredhaan)?

Jika anda tanyakan saya, antara perkara yang penting adalah, mengetahui diri saya berkembang ke tahap yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang saya minati.

Itu belum lagi termasuk melakukan perkara yang saya minati dan dibayar untuknya.

Dalam hampir 3 minggu ini, saya diinvite masuk ke group Facebook berkaitan dengan seni digital painting atau digital colouring. WeLoveArts namanya. Group ni bagus sebab membernya peramah, tak ramai (lebih fokus), kurang gosip, dan banyak aktiviti memperbaiki seni lukis yang dianjurkan. Agak fun sebab ..... nak tahu? jemputlah join! =)

Dan setelah berkenal-kenal, komen mengomel mengomen dan belajar, dari aktiviti-aktiviti mereka, akhirnya saya menghasilkan vector pertama full body, untuk dua orang, dalam masa 4 jam. Lamanya~


Sekiranya anda berada di life-path yang lain dari apa yang anda pernah inginkan sebelum ni, tidak ada masalah jika anda masih mahu mengekalkan hobi + minat anda, dan dibayar untuknya.. asalkan anda tahu, minat dan sanggup bayar harganya.

Antara yang saya kagumi dalam designing, adalah Azah Ku Mi Ko.
Beliau tidak mengambil subjek Pendidikan Seni dalam SPM, apatah lagi dalam tempoh pengajian yang selanjutnya.

Namun bila saya ke artwork blognya, saya memang serius jawdroppingly  terkejut.

Hasil kerjanya macam yang saya biasa tengok di kalangan kawan-kawan yang ambil Arts. Tak percaya? Jemput tengok!

Ini adalah satu dari mungkin beratus-ratus bukti yang berjaya. Anda dalam ratusan yang mana? :)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

27 September 2011

JOm Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda II

Seperti yang dijanjikan, kita kembali dengan editing Like Box :)

Kali ini pula adalah cara untuk Wordpress,
Cara untuk editing KakiNetwork FB Like Box versi JQuery LightBox pula , ada dua cara:

cara pertama, cara untuk orang yang nak@suka belajar coding.
Cara nya adalah;:
1) masuk ke Theme Editor
2) pergi ke bahagian yang anda masukkan widget. Ada orang masukkan di header.php.
3) cari code tersebut dan tambahkan coding berwarna merah ini pada awal dan akhir coding tadi.

contohnya:

<?php
if ( is_home() ) {
<script type='text/javascript' src='http://kakinetwork.com/javascript/jquery.min.js'></script>
<link rel='stylesheet' type='text/css' href='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/themes/default/jquery.lightbox.css' />
<!--[if IE 6]><link rel='stylesheet' type='text/css' href='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/themes/default/jquery.lightbox.ie6.css' /><![endif]-->
<script type='text/javascript' src='http://kakinetwork.com/javascript/lightbox/jquery.lightbox.min.js'></script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
jQuery(document).ready(function(){

jQuery.lightbox('http://kakinetwork.com/facebook/?fbfans=NAMA_BLOG_ANDA_YANG_DIREGISTER_DI_KAKINETWORK&lightbox[iframe]=true&lightbox[width]=360&lightbox[height]=200');
}
?>

Sebelum buat yang ini, select all coding dalam header.php tadi, dan pastekan ke Notepad. Bukan apa, kalau terjadi apa2, boleh replace semula code asal =)

Cara Kedua: Untuk mereka yang tak kisah tambah plugin
Download dan install plugin ini.
http://wordpress.org/extend/plugins/widget-logic/
Seterusnya, anda  boleh ikuti step2 mudah selepas anda Activatekan plugin tadi.


Tak gunakan Wordpress lagi, tapi gunakan Blogger.com? Tak ada masalah, silalah rujuk cara untuk Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda untuk Blogger.com ya :)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Jom Kurangkan Annoyance FB Page Like Box Anda!

Assalamualaikumm~ :)

FB Fan Page like memang bagus. Tapi kadang2 tanpa custom yang baik, bagi yang gunakan versi popu up, reader akan rasa jelak untuk klik  kalau keluarnya berulang2 kali.

Jadi, dengan usaha yang tak seberapa, saya harapkan bloggers yang mempergunakan, eh, silap, yang menggunakan lightbox style Facebook Page Like rekaan Freddie Kaki Network  boleh refer tutorial customizationnya kali ini di sini.. =)

Editing terbaru (updated on 3/10/2011):
Untuk Blogger anda hanya perlu tekan butang di bawah untuk tambah Widget ini terus ke Blogger:









Sebaik saja anda click butto tadi, Tekan Edit Content dan gantikan NAMA_BLOG_ANDA_YANG_DIREGISTER_DI_KAKINETWORK dengan ID FanPage Anda yang anda daftarkan di LikeBox KakiNetwork pada awal2 step tadi. =)

Jika anda gunakan Wordpress, anda boleh tengok cara Kurangkan Annoyance FB Page Like Box versi Wordpress










Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

02 June 2011

RT: Facebook Page

RT= Respond To. RT saya ilhamkan buat blogger yang suka buat entri respon pada entri kawan2 lain, dan juga blogger yang mungkin belum ada idea yang mampu tertuliskan.  Ini bukan contest, tapi saja2 meramaikan pengikut budaya membaca dan menulis jek =)

Caranya mudah.
1) Mulakan tajuk entri dengan RT , dan tuliskan tajuk anda sendiri.
2) Copy link entri kawan yang mahu di RT, backlink kan dalam entri,
3) Tag kawan tadi dalam geng blogger yang anda join, ketika ping, dalam main status. dan kawan2 lain yang anda suka, dalam comment =)
4)

kalau nak cantik, tambahlah image ni. kalau tak nak, no entry, eh silap, no hal =) boleh copy di sini :)
Takde had limit dalam sehari. Boleh post ikut seberapa banyak anda mampu, mahu dan tahu. =)

08 February 2011

butang Like Facebook di Blog kita

Kenapa butang Like on Facebook bila dipasang di blog, menyebabkan kesan viral pada traffic? dan apakah cara yang betul?

1) bila kita tambah butang like, kita letak di bawah post.
2) sebelum orang lain like, kita leh like dulu. kenapa?
3) bila kita like, frenlist dlm Facebook kita akan respon, sebab Like'ing akan juga dimasukkan dalam Home kita. Juga home mereka =)
4) orang lain dlm frenlist akan respon.
5) Ini belum kira lagi frenlist orang yang like post blog kita tadi.

6) apa pun, bila da pasang widget ni, kita wajib like page kita dulu. kenapa?
7) common sense, bila kita dah suka something, baru kita leh ajak orang lain untuk suka mcmana @ apa yang kita suka jugak . kan?

Selamat mencuba!

18 July 2010

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Profile Spamming Terbaru di FB: Adakah anda seorang mangsanya??

Gombak - Sebuah SCAM terbaru FB menipu pengguna melanggan perkhidmatan penyedia kandungan mudah alih premium, dan melakukan spamming ke seluruh friend list pengguna, dengan janji palsu bagi memaparkan senarai pengunjung ke profile pengguna tersebut. Lebih teruk lagi, ia mengarahkan pengguna mematikan program anti-iklan (ad-blocking programs).

Semuanya bermula apabila seorang mangsa menerima satu mesej spam dari mangsa yang lain, bertajuk "OMG OMG OMG..I can't believe this actually works! Now you really can see who views your profile!!! WOAH ? --> [URL]” Melalui link yang dipautkan, pengguna dibawa ke site external, keluar dari FB, ke domain luar bertajuk "ilikefacebook.in."

Web ini kemudiannya memaparkan "notification ala2 Facebook", dan di sini, ia memuatkan contoh "alerts" yang bakal diterima seandainya ada pengguna lain menyaksikan profil mereka. Logo sebuah app Facebook bernama Profile Spy juga dapat disaksikan di page ini.

Pengguna juga diberitahu, bagi membolehkan apps ini berfungsi sepenuhnya, pengguna perlu like" dan menyebarkan/share apps ini kepada kawan2 lain. Dalam masa kurang 2 jam dari artikel asal ditulis, 29000 pengguna telah menekan "like" dan 27000 pengguna pula telah
menekan "share".

Sesudah pengguna terperangkap dengan arahan "spamming" kawan2 pengguna lain, mereka akan dibawa ke suatu page lain, bagi menyiapkan survey, yang boleh dipilih dari 6 buah pilihan, secara berterusan. "Proses verifikasi untuk survey2 ini, hanya bertujuan mendapatkan no telefon bimbit anda, dan akan menyebabkan anda dibil sebanyak $10USD setiap bulan", tegas Tom Kelchner, seorang penganalisa sekuriti di Sunbelt Software.

Pengguna seharusnya sedar, Facebook melalui polisi terma dan syarat web nya, tidak pernah mendedahkan dan tidak akan mendedahkan pengunjung profil, kerana ini secara asasnya mencabuli privasi pengguna lain. Ia mungkin dapat dijamin tidak akan dilakukan pada bila-bila waktu baik dalam masa terdekat atau pun masa akan datang.

Oleh itu, sebarang mesej yang mendakwa maksud sebaliknya, sudah pasti merupakan scam.

03 September 2009

Facebook: Scary yet True




1) Dalam Facebook, anda tidak akan tahu siapa yang sedang melihat profile anda, baik secara realtime atau non real time. Unless ada seseorang yang tinggalkan komen, like@unlike feed anda.
Ia membenarkan profile anda dilihat oleh sesiapa sahaja. Dan anda takkan tahu siapa mereka. Scary?yet true.

2) Glitch tertentu dalam Facebook :
apabila terlalu byk access dlm satu-satu Facebook's webserver (highload), sesetengah data anda boleh terlepas pada orang lain, tak kira dalam bentuk newsfeed, atau plain code. Pernah alami saat di mana anda tidak dapat nak padam semula komen atau feed anda yang baru saja ditaip, kerana akaun anda secara tiba2 tidak dapat diakses? Lagi2 komen tu adalah komen yang merbahaya@ negatif? Scary? Yet true.

3) Cabaran Social network kepada pengguna Muslim:
Selain menghubungkan manusia melalui Online Network, Facebook mengalihkan tumpuan manusia kepada perkara yang seolah2 boleh dikawal, tapi sebenarnya tak ; penggunaan masa.

Dalam teori CMC, (computer mediated communication), masa adalah ruang yang sangat subjektif. Internet meruntuhkan dimensi masa.. contohnya, ia mampu membuatkan kita rasa masa yang kita lalui dalam Facebook sangat sekejap, atau sangat lama.

Perasan atau tidak, apabila kita dalam dunia Facebook, kita rasa kita cuma online sekejap. Tetapi realitinya, kita mungkin menggunakan lebih masa kita untuk update dgn segala mcm feed yang ada dalam connection kita. Mcm double-edged sword yang tak fair, kita akan gunakan lebih masa untuk perkara yang tak sepatutnya berlaku dalam perhubungan kita sesama manusia.. melalui Facebook. Back biting dan Flaming isn't so ovverated anymore..is it?

4) Not so scary, tapi inilah cabaran dari Jews untuk pengguna Facebook Muslim. Contohnya, bolehkah kita dalam masa yang sama, mengumpulkan sasaran da'wah seramai mungkin, dan meminimakan masa yang diambil untuk komen semua feed yang mungkin berpotensi untuk menyentuh hati sasaran2 ini?

Sekian. Mari kita kongsi idea bersama mengenai apa yang saya bincang di ruang komen ;)

p/s : komen yang boleh dibuat apabila masa berfacebook dipotong dari masa online - sebab Facebook mengakibatkan connection congests dalam semua Kuliyyah dan Administration's Network, ergo, disconnect Facebook dari connection ICS.
p/p/s: siapa kata addiction is good? Not even an FB Addiction. :D

06 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!" part 2

Cara mudah untuk dapatkan lebih paw point dan jump to new level :)

a) gi exercise. :)
pergi ke Stadium, join Race dan Practice. Untuk kemenangan di Race, anda akan menerima 30 coin, dan 20 paw point. untuk kemenangan Practice, anda tidak menerima coin, tapi paw point tetap akan diterima. tempat pertama 20, tempat kedua 10, dan tempat ketiga 5.

b) berziarah ke petshouse lain :)
setiap kali ziarah, "make them happy". anda akan menerima 17 paw point untuk :
-gift yang anda hadiahkan pada mereka,
-untuk setiap makanan yang anda feed pada mereka,

Sehingga penuh bar hygiene, health dan happiness, anda akan menerima 5 paw point untuk:
- setiap effective brushing dan soaping yang anda lakukan pada mereka

Hikmah tersembunyi ;
a) Kita memang digalakkan bertukar-tukar hadiah sesama kawan2 dan jiran. Ada hadis nabi yang sahih, yang memaklumkan kita tentang ini. budaya bertukar hadiah setahu saya setakat ini masih belum berjangkit kepada masyarakat melayu kita, tetapi di US dan UK ia telah lama dipraktiskan, bukan semasa Thanksgiving atau halloween sahaja.

b) exercise memang sangat2 perlu kepada badan. tak kisahlah untuk Pets atau tuan punya Pets. kajian menunjukkan sel yang tidak menerima oksigen secukupnya dalam badan punya kecenderungan untuk menjadi sel kanser.

05 April 2009

PetSociety: Paw Points "Maxed out!"


Antara cara memaksimumkan paw point value untuk setiap coin yang dibelanjakan dalam Pet Society, anda boleh cuba untuk:

a) lebihkan pembelian makanan berbentuk buah-buahan.. dan hadiahkan pada pets lain.
Makanan ini bernilai biasanya kurang dari 10 coin@sen. Setiap kali anda memberi pets lain makan makanan anda, anda akan mendapat +17 point, tidak kira berapa mahal makanan yang anda berikan pada pets tersebut. Untuk memenuhkan Bar health mereka, adalah lebih menguntungkan bagi anda, untuk memberi 5 biji epal dari sebiji Salami atau Loaf Bread, walaupun kedua-duanya memberi kadar kekenyangan yang hampir sama.

b) lebihkan pembelian mystery gift dari furniture dan clothes.
Dengan pembelian mystery box, anda mengurangkan risiko overspent untuk coin yang anda perolehi. hanya dengan 50 coin, anda mampu memperolehi unique furniture, clothes, yang pet anda boleh pakai. Kalau tak mahu barangan tersebut, select dan drag item tadi ke "Sell" dan dapatkan nilai coin anda semula. Walaupun ia tak sebanyak mana, namun ia lebih menjimatkan dari membeli barang di kedai furniture dan clothes asal.

cthnya, Red Playfish Shirt bernilai hampir 300 coin. tapi dengan mystery gift anda boleh membelinya dengan 50 coin sahaja. Jika tak mahu, ia boleh dijual dengan separuh harga, iaitu 150 coin.

(disclaimer: mystery gift adalah misteri. kalau tak dapat apa yang anda inginkan, cuba lah lagi ya :P )

X faham apa yang saya ceritakan? Join Facebook hari ini, dan search PetSociety Aps. boleh kita berjiran. ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header