31 March 2011

Blogger Benar2 Berwajah Baru!

Terkini dari Blogger! Kini anda (ya, anda yang tengah klik2 mouse tu, sapa lagi?) mampu blogwalking dengan lebih mudah, lebih eye-candy, dan lebih semangat dengan penambahan feature baru dari Blogger. (tepuk3)


Mudah macamamana tu? Haa, mari2 dekat sini, kalau jauh2 macamana nak dengar~

Design BenchmarkKu

Alhamdulillah~
...Pencapaian terbaru takat ni dalam blogging~ =) apa pencapaiannya tu?

30 March 2011

Membiawakkan Poco-Poco


Apakah perkara prinsip?

Prinsip adalah asas kepada suatu perkara. Yang membina kepada suatu perkara. Bila kita menolak dan menerima sesuatu kerana pada prinsipnya, perkara itu memang betul atau salah, itu keperluan.

Mencari Diri XV : Kenangan dan Penghargaan

Pengakuan sebenar.. Dah hampir sepuluh tahun juga ada blog. Namun rasanya macam  baru 1 tahun lepas je bersungguh2 update blog. Dan rasanya baru sebulan setengah yang lepas jumpa keseronokan berblog. TQ Sahabat Blogger~ =)

Setakat ni, kenangan indah2 sepanjang berblog adalah~

29 March 2011

Perlukah IV: Sebuah Catan Rasa

Kiranya aku sering berusaha sehabis baikku
menjanjikan yang terbaik
dari diri ini
buatmu,
perlukah setiaku pada janji
sering diuji?

Review Sahabat Blogger 7 :Mira Hussin

 Dari Hati Mira

Review Blogger ke 7 ini adalah untuk seorang yang saya tegur selepas Ery Farieha. Tengok dari header pun dah kenal siapa, kan =)

Perlukah III : Lagu Untukmu

Perlukah aku menciptakan lagu
agar kau bisa mengerti rasa ku
yang cuma mahu kau tahu
jangan dekati lagi aku?

Perlukah aku menghentikan masa
agar kita terperangkap sama
biarpun berpaling ke arah tak lagi sama
biar kenangan kita terhenti sama?

Perlukah aku iringkan sendu
pada tiap bait kata
terlukis pada kanvas bisu
biar kata kita terhenti di situ?

Perlukah aku teruskan lagi
dengan ucapan basa basi
untuk menjadikan kita pasti
bersua bukan lagi pilihan hati?

p/s: aku rasa tak perlu dah. Sejarah biarlah begitu.

Perlukah II : Perlukah Aku?

Perlukah aku meniup asap
melukis namamu di angkasa
agar kau tahu aku merindukanmu kawan?

perlukah aku menggores bulan
dengan nickname YM mu
agar kau tahu aku mahu kau on YM , kawan?

perlukah aku bertempur dengan Aang the AirBender
dengan buah pemutus Helang Putih
untuk meminjam Appa dan terbang mendekatimu, kawan?

perlukah aku ?
katakanlah, perlukah aku?

sebab, andai kau perlukan aku,
aku mahu kau tahu,
aku reload BB Unlimited
untuk YM laju semata2
buat membayar masa menunggumu

kerana aku tahu,
a friend in need is still, is a friend indeed.

p/s :you know who you are. :)

Perlukah I : Ertinya Menunggu

perlukah kau berjanji kata
tunggulah aku,
hanya untuk buatkan aku tahu
apa ertinya menunggu?
apa kau ingat aku tak pernah tahu ertinya menunggu?

tidaklah masa aku lebih bermakna
dari masamu
tidaklah juga masa mu lebih penting dari masa ku
andai kau tidak mahu menunggu
janganlah biar orang lain menunggu

andai kau tidak mahu orang menunggu
bukankah cukup SMS sebagai penghapus kelu?
andai kau tidak mahu orang menunggu
bukankah cukup SMS sebagai
pelerai bisu?

tidakkah kau tahu,
dalam ramai2 manusia yang tak suka menunggu,
masih ada manusia yang menghargai erti masa,
andai boleh ku aju,
mahu kutanyakan,

di mana kau campakkan erti penghargaan itu?

belakang boot kereta?
dalam pasu bunga kaktusmu?
belakang rumahmu?
atau sudah kau pijak dan injak
di bawah tapak kakimu?

pleaselah.
SMS is just a click away, or two.


p/s: pesanan untuk diri sendiri juga. tolong ingatkan aku bila aku lupa.maklumlah, LUPA ini insan.

27 March 2011

Review Sahabat Blogger 6 :Aliaa Farhana



Mulanya masuk ke SB, adalah disebabkan supreme single connection dengan makhluk Allah yang sorang ini. Mungkin tanpa ajakan, tadelah nak review blog. Takdelah nak datang gath. yelah, tanpa invi, mana nya nak masuk group macam ni kan?

26 March 2011

Mencari Diri XIV : Melankolik di Astaka


Ku mencari diri yang telah hilang lama,
di dalam lembayung dosa dan kesal lama,
di dalam derap langkah menghampiri,
ku temukan kasihmu

dan kasihmu ku terbau
dalam wanginya pelukan
dan hangatnya dakapan ibu

dan kasihmu ku merindu
dalam sebak keluh kesah
dan lembapnya sajadahku

dan kasihmu ku memerlu
dalam timbun sesak nafas
dan timbunan aksara failku

dan kasihmu tidak jauh
bila aku mendekat
seribu kau menjejakiku

dan kasihmu ada
dalam senyum rakan2 ceria,
dalam kata insan bermakna,
terasa kuat kasihmu menyerbu
dalam tiap penerimaan mereka
kau masih sayangkan aku , nyata

tak terbias kasihmu
cuma teganya hatiku
bila tak semena hilang syukur
saat dengki marak subur

tak terpunggah deru sesal
bila hakikat sebenar berkias
di depan mata terbias
dan aku kelu

semakin aku hilang
semakin ketukanmu kuat
di hati yang ralat
akankah kau ampuni aku?


di hati kecilku menangis
mengenagkan dosa hadir bagai gerimis
membawa aku pergi mendekatimu

di hati kecilku merayu
adakah kau ampuni aku?
adakah kau ampuni aku....

4.10 PM,
Rooftop PKNS Bangi,
26/3/2011.

Review-Itu-Senyuman-dan-Sedekah


Kyerol adalah salah sorang student persijilan programming yang kewl, (konvo esok!) tak sangat macam budak yang terer computer, tetapi down to earth dan juga, seperti KSP, mudah mesra dengan orang yang baru dikenali. Beliau masih di dalam proses penyembuhan dari accident sejak 4 bulan lepas, dan katanya, sedang berjuang memenangi kes bulan 6 nanti. Mari kita doakan moga2 beliau menang kes tersebut

Kyerol memiliki suara yang bertenaga, personaliti yang atractive macam matahari (jap2, matahari attractive ke), dan kamera yang hebat... juga dibekalkan dengan rupa (baca: rambut dan mata bulat LOL)yang mampu menawan sukma gadis2 di luar mahupun di dalam SB. hehe.. (oi aku da puji ni, takkan xde pape kut)

Sewaktu ditemui buat kali pertama juga di Wangsa Walk, Kyerol lebih kurang macam dalam SB juga. So kita boleh andaikan beliau ini jujur orangnya, tak bermuka-muka sangat. Kita juga boleh andaikan, bila beliau memberi pujian, beliau bukan membodek, coz he's got nothing to lose, watpe nak bodek ye dak~ =) *thumbs up

[Kali kedua berjumpa, Kyerol, di Wangsa Walk jugak, time ni dah nampak lain sket. Terdengkut dah dia. Esoknya patah balik kaki dia. Peh]

Kali ketiga berjumpa di HKL, dapat tengok , dan dapat buat satu puisi untuk beliau. =)

Blog beliau, Kaif AMB, memiliki tarikan tersendiri. Lihat saja pada profile descriptionnya. Lihat juga pada Page2 di atas, kita akan tahu bahawa Kyerol adalah manusia yang hidup dengan seni dan dalam seni.

Dari blognya juga, kita juga akan tahu Kyerol adalah kategori manusia yang tahu mengenang kebaikan orang2 di sekelilingnya, juga menghargai ahli keluarga nya =) buat gadis2 juga, kalau nak tahu contoh lelaki yang baik, mereka akrab dan mesra dengan ahli keluarga sendiri.(terbukti di Hospital dpn mata sendirik hehe)

Untuk blog revamp in future, >> Bro, kalau kat buat Facebook Page untuk blog aku rasa mesti gempak weh! =)

Ayat takleh dilupakan sampai sekarang : "Oi Fahmi, jom kita duet lagu Mawi, aku Mawi kau M Nasir" hahaha XD

Laksanya Semerah Cili




25 March 2011

Lelaki & Wanita : III

Untuk mengatasi masalah komunikasi seperti tadi,

Lelaki boleh:
1) Mengenal pasti emosi yang dipamerkan melalui pertanyaan dan uji-cuba.
2) tidak perlu mengalah,
3) tidak pula terburu2 jump to conclusion
4) mendengar lebih, sebelum mengutarakan pendapat + keputusan
5) tidak perlu cepat marah dan kecewa pada diri sendiri  bila gagal memahami perempuan.
6) jangan mudah putus asa. .. dan tahu berhenti rehat sebelum mula semula untuk memahami. Take 5!

Perempuan pula boleh:
1) belajar merendahkan expectation bahawa lelaki mampu tahu segala-galanya termasuk apa yang mereka perempuan fikir dan rasa.
2) belajar menjadi sedikit direct dan jujur memberitahu apa yang mereka rasa + fikir tentang sesuatu isu.
3) sekali-sekala keluar dari kerangka pemikiran seorang wanita dan cuba lihat dunia dari kacamata lelaki.
4) jangan cepat sedih + marah bila lelaki tak memahami. Katakan pada diri sendiri, dia bukan tak memahami, tapi belum memahami.
5) beri masa untuk lelaki memahami anda. Ada yang berpendapat , lelaki lambang matang kerana emosinya lambat matang.

Moga bermanfat apa adanya =)

Lelaki & Wanita : II

Perempuan mahu difahami bila disayangi dan lelaki mahu memahami untuk mula menyayangi.

Kalau betul, then why on earth, perempuan suka nak expect lelaki faham apa yang dia fikir, kalau dia tak  bagitau?

Kenapa lelaki pulak lambat nak faham kalau perempuan  buat signal2 tertentu?


Review Sahabat Blogger 5 : Syam Creative Heart


Syam Creative Heart

Ini adalah juga antara blogger yang terawal saya notice waktu masuk ke SB. Dan sehingga sekarang, masih mengagumi sentuhan kreatifnya. Waktu tu, saya cuma  baca status2 nya dari SB, tapi tak komen sangat, sebab masih baru.

Khutbah Hari Ini: Kafan Tu Takde Poket

Dalam Khutbah hari ini, apa yang khatib pesan adalah:

Bila Gagal Sehabis Baik

Bila kita dianugerah sesuatu yang mampu menolong, tapi pertolongan itu cuma setakat itu yang termampu, rasa tersayat2 hati.

Kita dah buat seabis baik. Setakat kita mampu pada waktu ini.

Namun hampanya rasa, bila mana itu masih tidak cukup untuk menyelesaikan masalah dan keributan.

24 March 2011

Entri Hari Ini

Pejamkan matamu dan tidur
kerana esok berkata-kata
usahlah engkau selalu risaukan
apa yang engkau akan updatekan
kita baca,
selagi kau masih Belogger

membaca, terbaca, tersuka
mereka semua berkata-kata
update lah apa saja yang kau inginkan
kerana ini belog mu saja semata-mata
kuharap kau masih percaya

uuuuuu....
Updatelah apa saja yang kau inginkan
buatlah contest, review-review, semata-mata,
asalkan kau masih percaya


semua adalah sumber entrimu,
minda belogmu maintain muda bukan mentah,
ku harap kau masih percaya


selama ini..
selama ini..
selama ini...

spoof cover of Aizat Sg Lui
by FahmiMahat


Moral : Update je pape, orang still akan ada baca. Yang penting, keep the good name, keep up the good work. keep up with good contents. SEO content Melayu masih kurang. Never give up~

Review Sahabat Blogger 4 :Munira Sajuti



Nengok nama nya pun tau agak2 dia ni asal nya suku mana? Wait a sec, I know that look O_o.

Inilah dia orang yang kedua saya tegur waktu masuk SB buat kali pertama. Time tu kecoh lagi tentang isu spam link.

Kawan : Keperluan, Bukan Obsessi

Dan akhirnya aku sedar kita tak akan mampu kawan dengan semua orang.

Apatah lagi untuk please semua orang.

namun itu bukan alasan untuk tidak menerima ucapan "boleh jadi kawan awak?" . Bukan juga alasan untuk ucapkan ayat tu bila nak add dlm FB. atau dalam #realworld. (eh, kata real, nape guna hashtag twt)

Review Sahabat Blogger 3 :Taufiq Helios



Inilah mamat blogger yang kelima saya notice dalam SB. Mula2 sembang untuk tengok rules dan response rate. Lama barulah notice, dia ni kelakar dan easy-going person jugak. Tapi you wouldnt want to mess with this guy. Sebab dia ada hidden power yang ... well, cuma saya je maybe yang perasan. XD

23 March 2011

Lelaki & Wanita : I

Lelaki mahu rasa diperlukan.
Dan wanita mahu merasai mereka tidak berseorangan.

Seringkali saya dengar Wanita merungut kenapa Lelaki perlu ditunggu disuruh baru mahu buat kerja.

21 March 2011

Mencari Diri XIII: Apa Ertinya Kata

Mendengar lagu Chris Medina bagaikan mengujakan hati dengan tonik semangat (bukan tonik hati al jabbar ya kawan2) untuk go all out and, menjaga satu sama lain, dan further continuing the mutual contract.

20 March 2011

Mencari diri XII: Hikayat Merong Mahawangsa


Di satu hari yang cukup cantik, berjanjilah sembilan hati.
Menjelangnya malam purnama penuh,
kita menyulam mimpi
buat bertemu di siang hari.

19 March 2011

Mencari diri IX: Rawaknya Dunia Ini

What goes around , comes around. =)

Dunia dan randomnessnya wujud dalam pattern yang sangat tersusun, sangat cantik. maha suci Allah pencipta segala.


18 March 2011

Design : Latest Punya Latest

Aliaa Farhana

Aslan As

Asalnya untuk Taufik Helios, tp dia dah ada.

Cik Tiniey pnya blog.

Ika my significant others.

Muna Rahimah , from Blogger Perak  Group

Semua design disiapkan semalam dan kelmarin, dengan Photoshop, tanpa tablet.~ Alhamdulillah~ =)

LIKE? komen lah sikit~ =)

Design : Renungan Untuk Dikongsi

Click untuk besarkan lagi, sbb takut kalau besar , loading, reader lari =)

Bila berkarya grafik, antara perkara yang kita perlu renung2kan , mungkin fikir2kan, adalah :

17 March 2011

Kenapa Tak Boleh, Mak?

Aku termenung di tepi jendela, memikirkan nasib diri. Kenapa dia tak mahu berkawan dengan ku seperti yang lain?

Apa kurangnya aku?

Tengok kat cermin. "Okay je, muka masih takde calar parut2 bagai."
"Hati? OK je, masih menyala dengan cahaya kebaikan"



16 March 2011

Posting Bisu I

ejas sini.

Realiti sebuah Realiti Show

Perasan atau tak,bila seseorang memenangi AF atau mana2 TV realiti, johannya tak ke mana2 sangat pun selepas dua tahun.

Belum percaya?  cuba tengok ni:

OIAM
pemenang : Suki, 
first runner up : Faizal Tahir (FT)


AF (tanpa ikut urutan)
pemenang pertama Zahid, Mawi
first runner, atau runner yang bawah2 : Aizat Amdan, Vokalis Estranged,

fikirkan2 sendiri. Bila dah bersedia, boleh terus membaca sama2. Ready?

Latest Design: Header Rasaksa

Rasaksa Cute pnya header . Dia suka la harap2nya.

Dia nak simple. So kita bgi yang simple aje lah kan~ =) sangat tak pandai design untuk taste yang lawa di mata perempuan
-_-

15 March 2011

Invasion Battle Los Angeles di OneUtama

Jalan yang benar2 menguji kesabaran dan kecuakan. Huhu.


jam menunjukkan pukul 7.15.

"Oh da kena gerak da ni. nanti lambat sket lagi takut loading plak kat arae Kepong ke atas lagi."

Elok2 je masuk jalan Ampang, nak menghala ke Shell, tu dia...!!!!

gambar dari Dunia Kami dengan sedikit touch up time senja~ =)
Sebelah kanan jalan punyalah pack. pfft. dah sikit lagi macam tin sardin berbaris2 kat rak Giant.

14 March 2011

Solat dan Pemikiran (?)

Availabilility Heuristic dan Imaginability Heuristic <<--padia ni?

Make sense tak kalau saya cakap mcm ni? Possibillity bahawa kita sudah solat (ketika kita mamai) adalah bergantung kepada imaginability Heuristic. Kita akan bayangkan (imagine) kebarangkalian2 yang kita biasa buat sebelum kita solat. Contohnya :kalau kita biasa solat pakai kain pelekat kaler biru dan gantung semula di kerusi, kita akan bayangkan kita dah solat, sebab kita dah gantung kain tu di kerusi. Dan kita pun teruskan tido.

13 March 2011

Doodles Contest Untuk Amira Anorah

Sebelum.......

Tadaa~ Selepas ^^
(click dua2 gambar untuk lebih besar. Atau pun boleh terus klik sini juga)


12 March 2011

Bila Alam Kembali Berbicara:Tsunami dan Kegigihan Jepun

Ahmad@Media Jer kata, Kereta dah macam botol

Melihat angkaubah (variable) bergelar kegigihan, dalam masa kurang dari 24 jam Jepun dilanda musibah tsunami ini, masih ramai yang percaya Jepun pasti akan mampu membina semula negara mereka.

11 March 2011

Bila Alam Kembali Berbicara :Tsunami

antara gelombang kemarahan dan manipulasi cuaca?

Ada segelintir manusia yang mengatakan tsunami adalah kemarahan bumi terhadap manusia itu sendiri. Atas pergolakan dan kekacauan yang ditimbulkan manusia.

Tak kurang juga manusia yang berlepas tangan dan menyerahkan segalanya kepada takdir.


Mencari diri VIII: Dramatari I-City

gambar dari Tiffany
berakit rakit ke hulu,
berenang-renang sampai ke tepi,
usai majlis geraklah dulu,
akhir jalan sampai ke I-city.


speechless

Let it go, Fahmi. Let it go. if you truly loved her, once, let her go.

08 March 2011

Mencari Diri VII: Kebertanggungjawaban

Responsibility breeds accountability. Accountability breeds trust.

Kebertanggungjawaban membuahkan kepercayaan. apa yang aku nak orang percaya pada aku?

07 March 2011

Format : Kehidupan Seputar Windows 7 Hari Ini

Bila kemahuan  menolong bertembung dengan kepenatan dan kesempitan kewangan, apakah yang berlaku?

a) "sorry la, aku tak dapat nak tolong, aku penat"
b) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku tak banyak duit"
c) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku banyak kerja"

Untuk hari ni, jawapan saya takde dalam pilihan di atas. Maka apakah yang berlaku?

Lihat Mataku

Lihatlah ke dalam mataku. Siapakah aku yang kau kenal?
Lihatlah sekali lagi. Adakah aku masih sama di matamu?



p/s: tak suka connection perlahan time nak pakai.. Tapi bila connection laju,buat2 lupa pulak perkara terpenting nak dibuat..

04 March 2011

Takut dan Cinta

Khutbah Jumaat semakin lama semakin lambat habis.

Alhamdulillah lah, khutbahnya makin menarik. =)

So, khutbah hari citer apa ya?

Entri Pendek (Endek) 2010/11

Siapa yang rasa jadi cantik dan kacak tu menguntungkan byk aspek, dan jeles dgn orang yg lebih ber'rupa', kajian psikologist menunjukkan orang yang rupa bese2 je lebih ramai yang berpuas hati dan gembira dengan hidup ~ Allah Maha Adil kan?

p/:s: Entry paling pendek rasanya setakat  ni. Tapi belum  boleh kalahkan beliau ni lagi. Ringkas dan padat. Sangat amazed =)

p/p/s: Bila orang hebat SB approve friendlist baru, rasa tak boleh tidur pun datang. (Kalau Atuk kalau dengar ni dia akan kata ini justifikasi medongkrong. Bukan tak boleh tidur, tapi mengada2 tak nak pejam mata) 

03 March 2011

Format Laptop: Overall

Semua2 tentang format  yang kita perlu tahu. Saya dah compilekan di sini untuk memudahkan. jom2, cekidout :)


Betul2 perlu format ke ni?

sebelum format

semasa dan sebelum format

Latest Design


 designkan header untuk KSP pula. Tak tahu mana satu dia nak pilih.~ =)

Format Laptop : Semasa dan Selepas Format

DISCLAIMER: guide ini disediakan untuk panduan kasar. FahmiMahat hanya membantu di tahap ini sahaja. Sekiranya terdapat cadangan untuk tambah fakta, sila gunakan ruangan Komen, dan FahmiMahat akan update semula mengikut kesesuaian. Format dilakukan atas rasa tanggungjawab dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Yang tak berapa confident, better jangan buat dulu ya?!

OK. Bersambung dari nota sebelumnya. XD Semasa format, pastikan :

1) gunakan English (Malaysia) untuk setting default sewaktu format. Applicable to both Seven dan Vista (kalau anda masih nak Vista la)

2) tau apa yang anda mahu buat.
kalau mahu format, format drive C saja. drive D tak perlu diusik. Jadi, select drive C dan format quick NTFS. yang lain biar.
kalau mahu repair boot, pilih system restore. itu aje =)

3) bila guna crack, pastikan kamu tak pilih automatic update pada default settingnya, kalau tak, mungkin sia2 aje format, sebab akan ada isu genuine (bese la, siapa biz nak rugi).


selepas format, buat ini semua :

1)untuk yang format XP, selesai format, terus sambungkan thumdrive atau media yang ada software penting tadi, dan juga driver set. Copy dan letak di desktop , senang.

2) Dan ikut aturan install driver sebelum software.
aturan install driver adalah sperti berikut:

chipset driver > audio driver > video driver > modem driver > bluetooth +Wireless driver > driver2 lain


jangan segan untuk restart tiap kali diminta. Baru mula install software selepas setel isu driver.

3) install antivirus, sambungkan ke internet, update dabatase , dan full scan. selalunya virus akan masih ada di Drive D. inilah perlunya kita gunakan kuasa antivirus full version original + Internet.

4) buat image backup selepas siap semuanya. Dalam vista dan 7, boleh taip  backup sebaik saja butang "start" ditekan. click icon program atas sekali yang tertulis "backup and restore". Ikut step by step dari situ

total masa, lebih kurang 3 ke 4 jam kalau takde apa2 masalah yang signifikan. Tapi berbaloi apa, dari tunggu berhari2 di kedai komputer. LOL

Selamat mencuba!
p/s: untuk Vista dan 7, khasnya Ultimate, langkah 1 dan 2 biasanya boleh dilangkau (skipped). Tapi kalau ada masalah, boleh google di Internet dengan tag site:driver

contoh :

site:dell.com inspiron mini audio driver windows 7

02 March 2011

Format Laptop : Sebelum Format

untuk format, anda perlukan :
1) windows installer. siapa yang nak win 7, better anda dapatkan ultimate version untuk fullset driver. (tapi kalau netbook disarankan guna Starter atau XP aje) installer ni ada dalam bentuk DVD dan CD. Tapi lebih mudah untuk gunakan USB version, untuk elak masalah DVD/CD calar. Klik kalau nak tengok betapa riaknya CB format guna USB haha XD

2) koleksi driver untuk laptop anda. Boleh download siap2 dari website pengeluar mengikut jenama dan jenis model... juga jenis Windows anda. Ini penting, lagi2 kalau anda tidak menggunakan Windows Seven Ultimate (mungkin sebab tak semua laptop cukup kuat untuk install, lebih lagi kalau processor bawah dari Centrino, contohnya Celeron untuk laptop2 lama.)

3) set installer penting. contohnya, Office, WinRar, pdf reader, adobe photoshop (penting gak lah, ni basic je)

4) antivirus full version installer (better bukan yang crack). Nak dapatkan kaspersky Internet security pada harga bawah Rm50 kliklah saya.

5) broadband atau mana2 internet connection yang stabil

Format Laptop : Kenapa Kena Belajar Format?

"Kenapa nak biar orang format laptop kita, kalau..."

1) .... kita boleh belajar buat sendiri?
Contohnya, kalau kita pergi kedai makan, nampak sedap. harga pun mahal. Kita pun order "Bang, charkuey teow satu!". Bila dah sampai , kita pun suap. Sekali... " Laa. kalau rasa cam ni aku pun boleh buat sendiri kat rumah." pernah rasa? XD

Format laptop pun camtu gak. Bukan susah pun kalau dah tahu.

2) ... kita tahu dalam laptop kita ada barang2 sensitif?
bukan nak menakut2kan korang, lagi2 yang masih belajar, dan banyak gambar2 'panas' dalam laptop. Tak semua orang yang wat biz format laptop jujur macam saya kita. Oleh sebab itu, risiko@kebarangkalian untuk gambar2 tu terlepas ke tangan orang lain sangatlah tinggi. Lagi2 dengan orang yang selalu amik format murah2 cam gile. (RM10 contohnya... sila berjaga2 dengan orang yang letak harga ni merepek cam ni.)

Banyak dah jadi kes. Apa, takkan korang tak tahu?

3) .... kita tahu kena bayar mahal sangat? Pernah dengar orang cas sampai RM80 untuk format? Gile ke apa? Ya,sila percaya. Kedai di Shah Alam ada yang cas dengan harga ini. Nasib baik sepupu saya yang baik di UITM tu cuma  buat RM20 jek.

4) .... kita tahu masalah tak selesai pun
(sebab ada orang format tapi jadi gak mende yang sama)?

5) .... kita tahu laptop tu laptop mahal + canggih gile? tak takut hilang ke?

Hehe spoiler betul kan, tapi yelah, biasanya beli laptop2 mahal ni, formatnya mudah sangat. Tak perlu bersusah hantar kepada orang yang tah sapa-sapa. Cuma perlu buka manual yang diberikan. Dan gunakan software factory recovery. Tada~! dah siap. Cam baru tu, tak tipu! XD

Okay. Dah bagitau macam-macam tentang risiko format dengan orang lain ni. next time kalau dah ready, jom saya ajarkan macamana caranya untuk format lappy sendiri dan guna duit yang kita nak hantar format tu untuk belanja saya XD.

Jom2 =)

Latest Design : Header




Design terbaru header untuk Imama. Buat dua sebab tak tau dia nak pilih yang mana. :D

p/s: nanti click dulu bagi besar, baru download/ link tau imama =)

Format Laptop : Perlu Ke?

"Bang, kalau format laptop ni lama tak?"

"harga format laptop murah lagi tak boleh bang?"

"Bila format laptop, software dalam tu pirate ke ori bang?"

Suatu Hari Kelahiran: Tamat di Sini

Siri Entri sempena Hari Keputeraan Kelahiran tamat di sini.
Satu persoalan untuk kita fikir2kan bersama :

Andai kematian itu masih belum menyentak rasa, memperingatkan kita-kita tentang kejahilan, dosa, tanggungjawab dan harapan yang dibina,

apa lagi yang mampu melakukannya?

p/s: kau ingat aku berlakon sakit jantung ke? Kau ingat tak mustahil ke orang meninggal waktu birthday dia?

01 March 2011

Suatu Hari Kelahiran : Coklat dan Kita

Suzana, (peh nama budak sekarang ke ni? klasiknya), seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai darjah 5 telah menyertai pertandingan menulis sempena Minggu Makanan Seimbang peringkat sekolahnya.

Suzana diminta untuk menulis suatu karangan berbentuk kesimpulan tidak lebih dari 60 patah perkataan mengenai coklat.

Suatu Hari Kelahiran : Antara Teguran dan Penghormatan

Teguran dan peringatan itu penting, dan wajib sesama anggota komuniti. Banyak digariskan dalam Hadith dan Quran sendiri. 

Namun..

Memalukan itu suatu isu relatif.
Relatif secara internal dan external.

Dari secara internal atau dalaman, seorang manusia itu berbeza darjah sensitivitinya kepada suatu yang memalukan.

Sebab itu ada A yang tak kesah kentut di meja makan, dan ada B yang sanggup berlari dari meka jauh ke belakang sejauh 17 langkah sebelum kentut di balik kereta sebab tak mahu orang dengar.

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA! by Fahmi Mahat

Menyahut cabaran dari TiaFazunia, dengan kerjasama AkmalHilmi dan AndyHowtt, Fahmi Mahat cuba buat vlog pertama.
Tada~!

Tajuk lagu: Selamat Hari Lahir , Teristimewa



 selamat hari lahir kasih
selamat hari lahir sayang
kuucapkan buatmu
di hari yang bermakna

kerna
tiada ucapan yang paling bermakna
selain dari ucapan buat yang tercinta
di hari bahagia

selamat hari lahir kasih
selamat hari lahir sayang
selamat hari lahir cinta
terima kasih buatmu teristimewa

kuiringkan doa
buat menemani
dakapan malam
agar kau lena

moga umur diberkati
agar kasih kan bersemi
disirami mentari

selamat hari lahir kasih
selamat hari lahir sayang
selamat hari lahir cinta
terima kasih buatmu teristimewa

ku doakan buatmu
moga umur diberkati
dan bahagia
bersama kita
mengiringi ke akhirnya
ke penghujung pelamin dicita

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header