3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label wireless. Show all posts
Showing posts with label wireless. Show all posts

02 September 2008

Kaspersky Internet Security: Dapatkannya Sekarang~!




31 Julai 2008, Faruk A 3.10.




Anda baru saja berkira-kira mahu mendaftarkan laptop anda sebagai user untuk IIUM Wireless Community. Dengan beg laptop tersandang di bahu kanan anda, anda berlenggang menuju ke CAC. 10 minit kemudian, anda sampai di CAC, dan beratur di belakang orang terakhir untuk memasuki main hall.




Setelah menunggu 1 jam 10 minit mendengar taklimat, kini tibalah masa yang ditunggu untuk pendaftaran. Anda mengisi borang pendaftaran. Apabila sampai ke ruangan "MAC Address", anda pun dengan confidentnya membuka "Run", menaip "cmd", dengan harapan anda akan seterusnya menaip "ipconfig /all".




Eh? Tak boleh? Kenapa ni???? (laptop anda tidak mahu memaparkan command prompt. pelik bukan?)




Anda menjadi agak cuak, tetapi cuba berlagak cool.




Apabila anda ke troubleshooting, mereka menyatakan laptop anda telah pun dijangkiti virus. Sememangnya laptop anda tidak mempunyai sebarang antivirus pun.




Anda sebenarnya tidak berseorangan. Dalam 100 pelajar yang membuat pendaftaran wireless, 10 daripadanya tidak mempunyai antivirus pun. 70 tidak kisah menggunakan antivirus yang cikai. dari 70 orang tersebut, 90% tidak kisah tentang keperluan mengupdate antivirus mereka kepada definition file terkini.




Saya mencadangkan Anti Virus Kaspersky Internet Security terkini untuk anda. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan wireless. Kenapa?








Kaspersky Internet Security 7.0 baru2 ini telah pun memenangi anugerah perlindungan sistem bersepadu, yang direka untuk melindungi pc dan laptop anda dari serangan spam, program2 haprak dan sang penggodam.




Dalam ujian ini, Kaspersky Internet Security 7.0 mendahului sistem perlindungan keluaran Symantec, McAfee, Trend Micro, Panda, ESET dan Agnitum.


Dalam ujian malware, penulis review berpendapat bahawa,


“Kaspersky Internet Security mencapai kadar pengesanan 98% bagi setiap malware yang menceroboh.” Pakar2 PC Pro turut menjelaskan bahawa pengesanan ini juga mencapai piawaian tanpa "single false positive", iaitu, tiada program "standard" yang dikesan sebagai haprak oleh modul antivirusnya


.
Sistem firewall bersepadu Kaspersky Internet Security 7.0's turut melepasi ujian dengan cemerlang. menurut pakar dari majalah tersebut, "it was “among the most intelligent” they had ever seen."


Tidak seperti makmal ujian lain, Pakar PC Pro adalah satusatunya makmal ujan yang menggunakan peniruan sepenuhnya tindaktanduk pengguna dalam real time.




Mereka tidak hanya menggunakan on-demand scan, tetapi juga mendownload email dengan kandungan yang telah dijangkiti, dan juga mendownload fail2 dijangkiti yang dibina dengan skrip2 "istimewa."




Produk2 lain hanya mengesan file2 tersebut "on demand", dan mereka tidak mengekang program2 haprak@malicious.




Secara keseluruhannya, Kaspersky Internet Security berbaloi untuk dibeli kerana :






  • ia mudah dikendalikan,


  • memiliki "perlindungan sehebat tembok Zulkarnain" ,


  • dan nilainya sepadan dengan wang anda.


Apa tunggu lagi? Jangan amik yang pirate, nanti kena blacklist, dan wireless anda akan problematic. Saya cadangkan anda dapatkannya di sini.






30 August 2008

Troubleshooting dan Registration Wireless IIUM Community

kepada kawan2ku yang masih belum boleh masuk ke iium-community walaupun dah register, boleh jumpa daku di ITD female lab isnin - khamis dan di ITD male jumaat petang. Tetapi, anda akan hanya dilayan sekiranya:

1) anda register pada short sem 07-08 dan CAC's 30 & 31 July. jangan suka buat cerita. klu saya dapat tahu anda tak register tapi buat mcm dah register dan meracau2 kat situ macam orang tak masuk U, saya akan mempersilakan anda dengan segala hormatnya untuk meninggalkan ITD lab.
2) laptop anda menggunakan vista + XP - saya tak belajar lagi linux dan mac OS setting untuk wireless. maaf yer~
3) anda pandai menghormati orang lain. Kalau dah memang laptop anda bermasalah (memang tak lepas setting untuk wireless+virus+dsb), sila dengar arahan selanjutnya yang saya atau support lain bagitau, dan cuba buat + respek arahan tersebut.

okeh, later~ :)

16 August 2008

Kalau Takleh Guna Limewire~

ITD wireless IIUM 1st phase dah hampir ke penghujungnya. setiap minggu, 2 hingga 4.30 petang, berkerumun orang2 kat dpn ITD foyer, untuk trouble shoot wireless. Troubleshoot akan berlangsung sehingga tamat ogos. menurut director wireless, registration telah tamat, tetapi anda boleh datang ke SRC dan menulis nama di list untuk registration wireless. Jika lebih dari 100 orang memohon, ITD dgn budibicaranya akan membuka booth registration. boleh rujuk kepada SRC untuk keterangan lanjut, dengan berjumpa wakil2 atau email mereka di src@iiu.edu.my.

Kebanyakan yang troubleshoot, masalahnya adalah virus2 yang menghalang mereka dari memasuki network wireless IIUM. Tak kisah samada technically (virus block dari tgk IP atau install skrip wireless) atau virus sgt banyak hingga menyebabkan laptop terpaksa diformat (network akan disconnect connection by force bila virus + trojan ada dlm network).

Bila diselidik, rata2 mengakui mereka menggunakan Limewire dan Torrent untuk mendapatkan movie, lagu, dan berbagai2 lagi downloadables dari Net.

Mereka mungkin, sama ada tau atau pun tidak, memang tidak menyedari risiko menggunakan P2P seperti nama yang saya sebut tadi.

P2P memang menyeronokkan, tapi ia tidak stabil, dan tidak selamat. Paling penting, ia tidak selamat. Kerana apa?

Virus yang ada dalam komputer pembekal download (seed) akan merebak terus ke dalam komputer penerima (leech), sebaik saja connection dimulakan. Keadaan lebih gawat bila komputer leecher tidak dimuatkan dgn antivirus yang diupdate ke latest definition.

Lantas, apa pilihan anda untuk mendownload, sekiranya wireless tidak menerima installasi P2P seperti limewire?

Bagi saya, saya mencadangkan anda mengambil langkah untuk mula membuka akaun master prepaidcard/debit card sendiri + paypal.

Kemudian, topup master prepaidcard tersebut, dan beli satu akaun rapidshare untuk sebulan. Sekarang, harganya dalam lingkungan RM35. Boleh kongsi dengan kawan2 dalam dua tiga org, dan gunakan waktu yang berasingan untuk download. Ini adalah akaun premium, bukan free download yang berjam2 menunggu downloadnya.

Rapidshare adalah platform pemudah download untuk escape p2p. Bayangkan rapidshare sebagai lesen kereta, dan mastercard prepaid sebagai kereta anda. Anda dengan lesen ini pula, pergi ke kedai untuk membeli barang (d0wnload anything yang ada link rapidshare.)

Untuk mencari file rapidshare, hanya perlu google, dan taipkan site:rapidshare.com nama_fail di search box. Anda akan ketemu file yang diperlukan. Masa download paling lama, 20 minit, bergantung kepada connection strength, dan juga "pecahan" yang anda buat di download manager. Saya menggunakan 16 pecahan, laju sedikit dari 8 pecahan.

Fikir2kanlah. lebih berbaloi RM 35, sebulan, daripada mengambil risiko mendownload virus2 yang bukan2 dari sambungan P2P, yang akan mengambil banyak masa anda untuk menguruskan masalah2 tersebut.

So, sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah emailkan ke fahmi.mahat AT gmail DOT com, atau tinggalkan saja komen di sini :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header