19 December 2006

jauh panggang dari api

Berbual dengan seorang pakcik dari Singapura sewaktu menunggu bas balik ke Batu Pahat (Pagoh, sebenarnya) Jumaat lepas, 15/12/2006, terus menerus membuka fikiran penulis, untuk kembali membicarakan mengenai institusi masjid yang hidup segan mati tak mahu di Negara Islam Hadhari kita ni.

Alangkah terkilannya penulis, (di sebalik rasa bangga yang mercup di hati) apabila mendengar cerita tentang Masjid2 di singapura, khasnya di Woodland, yang besar, dan boleh generate income sendiri. Ada taska, ada madrasah, dalam kawasan masjid sendiri. Tak payah susah2 nak fikir ke mana anak akan belajar selepas tamat belajar di sekolah rendah, hantar saja ke sekolah menengah agama (madrasah) yang belajarnya lengkap dengan fasiliti, dan dekat dengan kawasan rumah.

Ada taska disediakan untuk anak2 penduduk berdekatan. Tenaganya dibekalkan dari kakitangan yang dilantik dari penduduk sendiri, (isi masa lapang sambil buat duit) sambil menabur sedekah jariah untuk dibawa ke mati.

Perpustakaan juga lengkap dengan bahan2, ada juga kelas untuk mengulangkaji, dan ada kemudahan untuk berprogram: LCD projector, Laptop.

Dengan semua kemudahan ini juga, disediakan bersama sekuriti untuk menjaga keselamatan masjid dan juga para pengunjung.

Anehnya, masjid2 di sini tidak bergerak dengan dana dari kerajaan, kerana kata pakcik Ibrahim, kerajaan tidak memperuntukkan apa2 dana untuk pembinaan rumah ibadah kaum2 di Singapura, baik kaum majority mereka sendiri.

Di Malaysia, semua ini memang kedengaran seperti satu utopia, satu melodi yang indah, namun hanya layak untuk dicerita dan diangan, bukan untuk direalisasikan.

Masjid yang mendapat anugerah kerana mampu menjana 50,000 setahun, (kalau penulis tak silap) adalah masjid besar petaling jaya. Itu dicatatkan dalam akhbar harian metro sekitar tahun 2004. antara program yang menjanakan keuntungan sebesar itu adalah dengan terbinanya pusat cybercafé di bahagian bawah masjid. Cyber café ini turut menyediakan khidmat membaiki computer (troubleshooting).

Masjid2 yang lain? Sunyi, sepi tanpa berita, sudahlah bergerak pun dengan dana kerajaan, harapkan hasil kutipan hari Jumaat ajelah. Itupun bukannya banyak sangat. Dalam dua tiga ratus, apalah sangat. Dengan maintainance bulanan masjidnya lagi. Padanlah tandasnya “bersih sekali”. Tak termasuk cerita AJK masjid berebut nak jadi bendahari sebab nak guna dana masjid macam duit sendiri….haduih…

Perpustakaan? Jauh skali. Boleh dikira dengan jari masjid yang ada perpustakaannya sendiri, kecuali masjid yang terletak dalam pentadbiran maahad tahfiz atau kolej universiti , Darul Quran contohnya (sekurang2nya mini perpustakaan). LCD dan projector jauh skali.

Tadika? Jauh panggang dari api.

Sekuriti guard? Apatah lagi. Apalah lagi yang boleh diharap, kalau dengan sekuriti skali pun buat kerja tak elok….

Entahlah apa nak jadi dengan masjid2 di Negara islam hadhari kita ni…

12 December 2006

.:bisikan nurani:.

.:bisikan nurani:.: "Masih terimbau, segar dalam ingatan, walau dah bertahun lamanya tak ke sana. Terutama bersama Janna, kariban di matrik dahulu. Dari semester pertama, hingga sekarang. Jika dihitung, sudah hampir 5 tahun perkenalan.

Namun, sahabat pun takkan selamanya bersama, kan? Janna dan sahabat-sahabat dari Kulliyyah Sciences telah dipindahkan ke kampus perubatan UIA di Kuantan.

Yang hilang akan berganti. Tapi takkan pernah sama. Lumrahnya, manusia akan kehilangan segala-galanya jua akhir nanti. Yang penting, kita hargai setiap yang kita ada sekarang, supaya hilangnya nanti bukanlah hilang segala-galanya, tapi menambahkan hikmat dan rahmat.

Buat apa lagi sekarang? Hidup dengan tenang. Jangan ribut-ribut nak itu ini. Pressure, stress, depress. Jangan. Sebab ia tak lama. Sekejap saja. Dan ia akan berlalu tinggalkan kita."

-tentang sahabat, kita memang tak akan upaya untuk terus menerus bersama sahabat kita. Tapi, apapun, hargai lah ia sewaktu ia masih ada. Jangan bila dah takde, baru nak ditangisi pemergiannya.

06 December 2006

Fikir-fikirkanlah :)

Salam pertemuan semula.

Setelah hampir sebulan lebih penulis “mengghaibkan diri”, kini penulis kembali semula untuk mengetuk minda dan hati anda, hati kita semua. Harap2 anda semua masih dalam lindungan Ilahi, dan sihat2 belaka.

Isu yang paling hangat diperkatakan sekarang: Rufaqa’.

Tapi, apakah pendirian anda terhadap organisasi ini, ketepikan dulu. Bukan kerana penulis tidak mahu mendengarnya (mmg penulis tidak dapat mendengar kata2 anda, melainkan anda meninggalkan komen di ruangan komentar). Tetapi, kerana apa yang penulis ingin sentuh bukanlah penulis ingin bermain tikam-perang-serang lidah, jadi, penulis ingin mengajak anda semua berfikir dari aspek yang lain tentang Rufaqa’ (yang mungkin anda juga pernah terfikir atau sekurang2nya terdengar dari orang lain).

Selepas puluhan tahun DEB diperkenalkan, ekuiti Melayu masih hanya 18.9%, dan ekuiti ini tidak meningkat pun dari tahun ke tahun.

Usahawan2 Melayu masih dengan mentality aku-jual-kat-orang-kaya-je, kelompok masyarakat Melayu dengan PhD (philosophy of hasad and dengki), dan kebanyakan Melayu, hartanya berlegar2 cuma di tembolok sendiri, dan kroni2 mereka.

Dasar kapitalisme menyebabkan jurang kemiskinan dalam masyarakat Melayu semakin melebar, yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin tersepit. (terima kasih untuk penerbit Bersamamu TV3, kerana menyedarkan ramai orang tentang hakikat ini melalui rancangannya.)

Dan dalam kebengikan masyarakat Melayu, baik korporat mahupun marhaen, muncul satu organisasi, yang permulaan perniagaannya disumbangkan oleh kelompok masyarakat, namun kini telah pun memiliki asset 700 premis perniagaan di lebih dari 10 buah Negara islam dan bukan Islam. Mereka menerobos masuk ke dalam industri perhotelan, resort, pertanian, hiburan, dengan konsep mereka yang tersendiri.

Mereka lambang kepada komuniti usahawan melayu Islam yang berjaya. Tidak banyak (atau mungkin sebenarnya tidak ada langsung) usahawan Melayu yang islamnya bergerak bergandingan dengan usaha perniagaannya. Realiti ini tidaklah patut dibiar berlegar di luar kotak fikiran orang Melayu saja khasnya , dan masyarakat Malaysia amnya. Inilah realiti yang sebenarnya menjadi idaman kelompok masyarakat kebanyakan,-orang kaya yang tak sombong, dan agamanya tak tercicir di belakang, sedang “kesibukannya” (business) begitu gah sekali.

Mereka mengambil pendekatan dakwah Islam pada jalan kekuatan ekonomi. Mereka merintis hubungan baik dengan golongan2 korporat dan menarik golongan korporat yang dipencilkan oleh golongan ahli masjid dan masyarakat ini ke jalan kehidupan Islam. Program-program berbentuk ceramah motivasi agama diadakan bersempena function-function besar di hotel2 terkemuka, bagi menarik minat golongan ini.

Seperkara yang patut difikirkan bersama, tidak ada lagi industri atau perniagaan Melayu yang mampu bangkit semula dari kejatuhan dan mengumpulkan aset-aset ini dalam masa kurang dari 10 tahun. Sekiranya benar mereka ini berbuat perkara yang tidak baik, tidak elok dalam perniagaan mereka, mereka tidak akan dapat bertahan walau 3 tahun pun sebenarnya. Tapi mereka mampu untuk membangunkan dan membina semula empayar mereka. Adakah ini masih tidak cukup untuk membuka minda anda, minda kita semua?

Kisah yang lepas itu adalah kisah silam yang lama. Mereka telah lama bertaubat. Cerita-cerita tentang aurad muhammadiyyah, wasilah, itu semua adalah cerita lama. Amalan-amalan itu telah tiada. Yang ada cumalah seruan dan ajakan supaya kita kembali kepada fitrah cinta kita, yang maha menciptakan segala karya dan cerita cinta.

Sekiranya anda masih skeptis tentang soal akidah mereka, jangan dengar dan mudah percaya kata2 dari mulut orang, tetapi carilah mereka dan dengarlah dari mulut mereka sendiri. Ketepikan soal malu, marah, ragu, yang penting, anda tahu apa yang anda mahukan. Penjelasan mereka, itu yang anda mahukan bukan? Penulis juga pernah seperti anda, tetapi penulis tahu apa yang penulis mahukan, dan penulis masih lagi mencari kebenaran di sebalik kisah di dada akhbar tempatan. Tidak rugi mencari kebenaran daripada hanya bergantung pada suapan cerita-cerita yang cuba menyelindungkan.

Fikirkanlah.

05 November 2006

tanpa kita, mereka tak punya apa....

Once a thief always a thief.

stigma lebih kurang inilah yang mengurung kita semua dalam ketakutan, kerana tak mampu untuk percaya pada orang yang pernah berbuat jahat pada kita. Tak kira samada kita terlibat secara langsung a tau tidak dalam keadaan tu.

sama juga hal nya dengan penagih dadah. mereka ditakuti walaupun setelah mereka bergelar bekas penagih.

takut penagih akan buat kacau lagi.
takut penagih akan rompak rumah mereka lagi.
takut penagih akan curi enjin bot nelayan mereka lagi.

walau mereka amat perlu sokongan masyarakat agar mereka boleh berhenti seratus peratus, tanpa perlu pergantungan kepada barua2 dadah ni..

tapi..

malangnya, sokongan itu, tidak diperolehi, walau dari ahli keluarga mereka sendiri. tentunya sedih sangat rasanya apabila keluarga yang diharapkan, untuk membela diri di mata masyarakat, sudah tidak dapat memberi naungan dan perlindungan, malah mengecaikan pengharapan yang dibina dua atau tiga tahun semasa di dalam tahanan.

di mana silapnya?

Adakah memang semuanya salah mereka, kerana terpengaruh dengan rakan sebaya?
adakah memang semuanya silap mereka, bila tak dapat cari jalan keluar dari masalah keluarga?

masyarakat tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila mereka tidak memberi sokongan moral kepada bekas penagih yang baru saja keluar dari penjara atau pusat serenti, kerana mereka masih mempunyai satu stigma yang akan kekal hingga bila2, terhadap bekas penagih ini.masyarakat masih mahu melabel, kerana label itu membuatkan mereka berjaga2 terhadap bekas penagih ini.

iya, sapa yang mahu cd player keretanya dicuri oleh matpit2 ni...
sapa yang mahu rantai gelang emasnya dikebas oleh mereka2 ini...

sedang, apa yang bekas penagih ini semua perlukan, cumalah ruang dan kepercayaan...

kadang2 masyarakat sendiri menghukum keterlaluan. sudahlah dituduh, diancam buang kampung pula.. kerana sikap segelintir ahli masyarakat yang menjadikan penagih ini kambing hitam bagi kegiatan jahat mereka..

memang fitrah manusia, kesemua kebaikannya pada orang, memang boleh hilang dari pandangan mata hitam dan mata hati, bila dia tersilap langkah berbuat kejahatan, walau sekali...

apapun, hanya yang insan mengenal insani.. peluang itu masih perlu buat mereka, kerana tanpa kita, mereka ini tak punya apa...

(sebuah kisah dari kamal, sedara penulis, bukan nama sebenar)

18 October 2006

Hakcipta dalam Islam (bahagian 2)

Masih lagi mengenai isu hakcipta (tak sudah2 lagi berfikir sejak penulis menerima tulisan dari seorang rakan yang terlibat dalam Forum Intelektual Nusantara, group underground sejak di matrik lagi.)

Hujah yang dikongsikan kepada penulis, adalah, hakcipta tak pernah dan tidak akan ada dalam Islam.

Perkongsian pintar lahir dari pemilikan hakcipta. Sekiranya hakcipta tidak dibenarkan, maka perkongsian pintar tidak akan lahir. Adakah dengan mengharamkan penggunaan hakcipta dalam Islam, maka kita tidak boleh lagi untuk berkongsi kepintaran pembuatan dan penghasilan?

Atau, adakah sebenarnya perkongsian pintar itu memang tidak wujud dalam Islam, sebagaimana pemilikan hakcipta?

Iya, memang tidak dinafikan, apabila hakcipta diwujudkan, ia nampak seolah2 untungnya kepada barat. Kenapa? Kerana, apabila Barat merekacipta sesuatu, mereka mempatenkannya dgn harga yang mahal, agar tiada org dapat membeli rekacipta tersebut. Tetapi, apabila orang Asia mempatenkan hakcipta mereka, walau pada harga semahal mana pun, mereka tetap akan boleh membelinya, by playing around with some legal issue....

Tetapi, dgn adanya hakcipta, intelektual dan produk intelektual seseorang dilindungi. Kita tentu tidak mahu rasa dianiaya atau teraniaya, apabila apa yang kita cipta, ditiru sewenang2nya dan diberikan kepada orang lain, sedangkan kita adalah pioneer kepada penciptaan itu.

Analogi yang diberikan dalam artikel tersebut, adalah penyebaran ilmu di zaman RAsulullah, di mana setiap tawanan dikehendaki mengajar ilmu kepada anak2 sahabat, sebagai harga tebusan untuk mereka. Penulis artikel itu mengibaratkan pengajaran tersebut sebagai bentuk penyebaran hakcipta. Ilmu yang diperoleh dari pengajar tersebut (tingkat pertama/first level) kemudian diajar kepada orang lain (tingkat kedua/second level), tanpa perlu kepada keizinan pengajar tersebut (analogi kepada hakcipta-tak perlu beritau atau bayar apa2 pada pencipta asal kalau anda nak tiru).

Kalau untuk ilmu pun tak perlukan keizinan untuk disebarkan, apatah lagi kalau untuk hasil atau produk dari ilmu itu sendiri.. inilah hujah dalam artikel tersebut.

Bagi penulis, kisah pengajaran tawanan kepada anak2 sahabat ini tidak dapat dijadikan hujah sepenuhnya untuk mengatakan bahawa hakcipta itu tiada dalam Islam. Ini bukan isu main2 dalam Islam. Mengatakan bahawa hakcipta itu memang tiada dalam Islam, sedangkan dalam Quran pun mengiktiraf akal, (dan seharusnya juga bermaksud mengiktiraf apa yang dikeluarkan oleh akal) dengan frasa "afala ta'qilun", "afala tatafakkarun"....

Pemikiran adalah aspek paling penting dalam tamadun manusia, maka ia seharusnya dilindungi. Jika ia tidak dilindungi, maka tidak akan ada lagi rasa hormat manusia pada pemikiran manusia lain.

Jika mencontohi, itu memang perlu, tapi kita tidak perlu menggunakan peniruan bulat2 untuk memajukan diri kita.

Apapun, penulis berpegang kepada: Inovasi bukan copyright infringe, tetapi ia adalah usaha menghasilkan satu lagi hakcipta.

Sekiranya inilah yang dimaksudkan dengan artikel itu untuk membatalkan pewujudan hakcipta, maka definisi "tiada hakcipta dalam Islam" dalam artikel itulah yang perlu diubahsuai.

05 October 2006

Isu Colgate

merujuk kpd perkara di  bawah, dan juga iklan colgate dalam akhbar beberapa hari yang lepas... penulis sebenarnya masih ragu2 dgn usaha colgate untuk mengkhabarkan pada masyarakat yang produk mereka disahkan halal.
 
1) kerana logonya yang "aneh". Adakah ini logo halal terbaru jakim ?
2) setelah 40 tahun Colgate mendiamkan diri, adakah cuma ini yang mampu di keluarkan oleh syarikat Colgate?tanpa sebarang surat maaf secara terbuka kepada masyarakat  Islam malaysia?
 
Cuma ini saja usaha mereka?

 
 
From: thecnn@yahoogroups.com [mailto:thecnn@yahoogroups.com] On Behalf Of ainul sariah
Sent: 25 September 2006 8:20
To: thecnn@yahoogroups.com
Cc: ridzuan@puas.com.my; islah1225@yahoo.com; ismala_ismail@yahoo.com
Subject: [thecnn] FW: Colgate
 
MINTA DISEBARKAN PADA SAUDARA ISLAM YG LAIN.
                                    NOTA

                Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
     dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT
  MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli
  dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP,
   ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA,
  NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA
  dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan
    silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi
    IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik,
kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang
  keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat
     agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar
                            menghormati pengguna.

                  Kita renung antara fakta-fakta berikut :-

·               COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada
sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia
tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM
bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka
HALAL;

   ·               Tanpa sijil halal ini se jak begitu lama dan tanpa
sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita
menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak
mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

·               COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan
pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi
sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status
halal produk mereka hingga ke hari ini;

·               Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi
Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan
Thailand   (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada
pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand );

·               Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat
ini untuk pengiklanan  tetapi  kenapa tidak ada peruntukan  kewangan  untuk
menjaga  hati masyarakat Islam,  contohnya  mendapatkan sijil halal
daripada  JAKIM. Kos untuk  mendapatkan   sijil halal   kurang RM 1,000
sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama
rasminya Islam;

·               Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk
membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan
bahawa produk-produknya  HALAL.

·               Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang
daripada China , Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini?
Bush...?

·               Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang
menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk
daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan
masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

·               Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta
menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau
produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

  BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan
   dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan
    bantahan kepada syarikat multi-nasional  yang tidak menghormati serta
            mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.

   Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI
   KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna  tidak
  mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita
              mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.


  "BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA"

  PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN

  Norashikin Othman
ACS Business Process Solutions Pte Ltd - M'sia Branch
Norashikin.Othman@ acs-inc.com
Tel  : 03-78847125
H/P : 012-2701936

29 September 2006

Anda Cemburu? :)

Berikut adalah beberapa sebab yang dpt dijadikan panduan dalam mengendalikan perasaan cemburu, sekurang2nya dapat membantu mengekalkan hubungan terutamanya bagi mereka yang kurang daya tahan emosi.

Kongsi perasaan positif dan maklumat berguna mengenai rakan atau pasangan kita
Seringkali perasaan cemburu membuat kita hilang sabar, kecewa dan marah. Oleh itu, kongsi rasa positif yang kita rasa tentang pasangan, dengan orang lain, supaya perbualan itu mengingatkan kita tentang kebaikannya. Ini dapat membantu mengawal perasaan negatif dan salah sangka terhadap pasangan kita.

Bincang hasil yang diperoleh drpd interaksi dgn org lain
Menerusi pergaulan luas, tapi terbatas, kita lebih mengenali erti suatu perhubungan. Dari sini juga, kita mampu menilai hubungan yang terjalin dgn lebih rasional. Memang lebih baik sekiranya hasil yang diperoleh daripada interaksi tersebut dibincang dan dikongsi bersama dgn pasangan kita.

Fikirkan mengapa kita begitu istimewa di matanya ...
Sekiranya pasangan kita merapati org lain, ini tidak lah bererti yang dia mengetepikan kita. Kita hendaklah sentiasa berkata kepada diri sendiri yang kita begitu istimewa buatnya dan beberapa ciri2 keperibadian yang kita miliki sangat diminatinya. Justeru itu jugalah, dia mendampingi kita.

Kongsikan pendapat dan perasaan secara terbuka dgn psgn
Cuba berterus terang dgn menyatakan perasaan kita ekoran dari perlakuan dan tindakannya. Perlu diingatkan bahawa emosi masing2 perlulah terkawal terlebih dahulu, dan perkongsian dibuat atas dasar mahu menyelamatkan atau memperbaiki hubungan tersebut.

Dapatkan bantuan org lain
Sekiranya perasaaan ini tidak terkawal, tunggu hingga ia reda, atau dapatkan bantuan org lain seperti ibu bapa, rakan-rakan, guru, penasihat agama, atau kaunselor yang professional.

Bila Ada Cemburu ... :)

Kenapa kita rasa cemburu?
Benarkah cemburu itu tanda sayang?
Bukankah kepercayaan juga tanda sayang?

Salahkah kita merasa cemburu pada teman kita yang berbual dengan orang lain?


Pada penulis ,cemburu itu tetap perlu. Walau macammana percaya dan yakinnya kita pada teman kita, cemburu tetap perlu, kerana prasangka tetap ada. Sekiranya prasangka tiada, barulah kita tidak akan merasa cemburu.

Kita tidak menghalang dia untuk berbual atau berkawan dengan sesapa saja yang dia suka. Tetapi kita mahu diri kita dihormati dan dihargai. Umumnya, cara yang mudah untuk berbuat begitu, adalah terlebih dahulu dia itu memberitahu pada orang yang menjadi teman bualnya ketika itu, bahawa dia

1) sudah dimiliki
2) tidak mahu memanjang2kan perbualan ke topic-topic yang meleret2
3) tidak merasa terkongkong dengan pesanan temannya agar berhati2 dan mengambil kira perasaan temannya itu.

Cukuplah sekadar itu. Sbb cemburu yang berlebihan tidak membawa apa2 makna yang baik kepada pasangan. Cukuplah sekadarnya. :)

Merdeka:Suatu Reintrepretasi

Merdeka.
Kini, tahun 2006, menyaksikan Malaysia menyambut kelahirannya ke 49. Juga membawa maksud bahawa kita telah 49 tahun merdeka daripada penjajahan British, melarikan diri dari bayangan Malayan Union.

Tapi, merdekanya kita ini pada apa sebenarnya?

Pemikiran? Adakah kita jelas tentang kemerdekaan pemikiran dan fikiran? Tentang merdekanya kita pada kepercayaan? Agama? Agama adalah kebenaran yang dianuti semua manusia, dan kebenaran yang ditakuti adalah kebenaran kontroversi, dan kebenaran kepahitan alam yang akan sampai pada titik kiamatnya.

Merdeka itu macamana sebenarnya?

Merdeka seorang pemikir, positifkah merdekanya jika dia bebas berfikir tanpa sebarang sekatan minda? Bukan negatifkah pula merdekanya jika dia mempersoal perkara yang tak perlu dipersoal, atau terlalu mengagungkan “bebasnya” karya dan ideanya, hingga menyentuh banyak perkara yang tak perlu disentuh pun sebenarnya?

Merdeka seorang hamba kepada Tuhannya, adakah bila ia tak perlu lagi berkhidmat pad tuannya? Adakah khidmatnya sebagai membalas budi, atau khidmatnya itu benar-benar sebagai hamba yang bersifat mengabdi, tak kira situasi?

Sedang sebenarnya, merdeka tak bererti bebas pada praktikalnya. Contohnya: mampukah kita hidup aman tanpa undang-undang, (bila merdeka didefinisikan sebagai bebas dari kepatuhan pada undang-undang, terutamanya pada MALAM MERDEKA)? Sama juga logiknya, mampukah kita berfikir atau mencari jawapan tanpa sesuatu yang memandu fikiran tersebut? Begitu juga, mampukah hidup bebas aman, stanpa akhlak, jika merdeka bererti bebas dari sistem moral yang kononnya ortodoks, kuno dan jumud?

Berjumpa di bahagian kedua. (maaf, entri ini agak terkebelakang.)

27 September 2006

Tabuh Masih Berbunyi... :)

Masih ingat lagi pada lagu raihan?

"Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam..."

Hingga ke hari ini, rupanya masih ada komuniti Islam yang menggunakan beduk. Penulis merasakan beduk dan tabuh, adalah benda yang sama. tak tahu pula kalau ia memang dua benda yang berbeza..

Beduk atau tabuh ini, sememangnya unik.. dan ia suatu yang asli. Tak tahu kenapa, tetapi menulis lebih menghargai sesuatu yang asli, berbanding yang tidak asli. (kecualikan VCD, memang penulis tak mampu nak berhabis duit membeli yang asli kerana harganya. Penulis cuma suka menonton dan menilai, tapi tak suka menggunakan terlalu banyak sumber ekonomi untuk itu :P ).

Tabuh unik, kerana bunyinya yang menusuk ke hati, seperti tangisan yang sayu. Penulis teringat satu adegan dalam cerekarama, di mana si penggali kubur memalu tabuh di surau tengah2 malam, untuk berkomunikasi, menyampaikan perasaan marah dan kecewanya pada si isteri yang nusyuz, meninggalkan dirinya... dan isteri tersedar lalu memegang perutnya.

Mungkinkah sebenarnya tabuh@beduk mempunyai kuasa komunikasi dengan otak bawah sedar, menyebabkan masih ada orang yang menggunakannya untuk mengejutkan penduduk kampung untuk menunaikan Subuh berjamaah?

Berita selanjutnya:
tabuh masih berbunyi (berita harian)

19 September 2006

Ahlan Ya Ramadhan!


Ahlan Ya Ramadhan!

18 September 2006

Undang-Undang


Ini yang terjadi bila undang2 manusia tak dapat dipatuhi.

Tapi, cuba bayangkan macamana pula jika undang2 Tuhan tak dipatuhi.

“bila Tuhan tak ditakuti
Macam2 boleh terjadi
Semua orang tak ketahuan
Gaya hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini”

[mawaddah, Bila Tuhan Tak Ditakuti]

08 September 2006

Mara oh Mara..

"Lenient"nya MARA untuk memudahkan para peminjamnya membayar hutang, apabila dilihat dari aspek psikologi, mampu mengakibatkan MARA sendiri menghadapi learned helplessness. [bagaimana?]

Semakin lama MARA mengharapkan peminjam (baca:penghutang) membayar, semakin lama jugalah MARA dilayan acuh tak acuh oleh mereka.

MARA bermula dengan tindakan mengeluarkan senarai nama peminjam liat di akhbar tempatan, namun tindakan tersebut tidak membuahkan hasil yang diharapkan, dan ia tidak banyak membantu menyelesaikan masalah.

Akhirnya MARA mengambil langkah merendahkan bayaran semula pada kadar RM 20 sebulan. Memang terlalu rendah-rokok pun sekotak RM6, sebulan RM 180. Tapi itukah saja?

Tindakan ini akan memberi satu persepsi kepada peminjam liat, bahawa, MARA sangat terdesak dan tidak mampu untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang yang lebih baik, dek kerana hutang sebanyak RM550 juta.. dan mereka akan terus membiarkan keterdesakan MARA ini, berlarutan, kerana mereka rasa mereka yang menentukan masa depan MARA, bukan pengarah MARA.

Pendapat peribadi penulis, sekurang2nya MARA tak perlu pergi serendah itu, tapi mungkin RM 150 sebulan, seperti kadar bayaran semula PTPTN untuk partial loan seperti penulis.

Kembali ke persoalan asas kita.

Learned helplessness terjadi apabila kita menyambut suatu kedatangan peristiwa yang berulang2 dengan hati yang dah tiada harapan untuk keluar dari walangnya peristiwa itu. Dalam erti kata lain, learned helplessness terjadi apabila kita tersangkut dalam situasi negatif yang berulang-ulang, hingga kita dibiasakan dengan kenyataan bahawa kita akan terus dalam keadaan seperti itu.

Samalah dengan keadaan MARA sekarang. kemelut hutang pinjaman ini bukanlah isu yang sekejap. Sudah berapa tahun penghutang ini menangguhkan pembayaran?10 tahun bukanlah satu jangkamasa yang sekejap. Sekurang2nya, jika revenue MARA setahun adalah RM 150 juta, sepatutnya dalam masa tersebut, taraf ekonomi Bumiputera benar2 terpacu dengan suntikan dana dari persatuan Melayu sendiri-tanpa perlu terbeban dengan hutang2 along dan ceti2, lintah2 darat yang lain.

Jika dibiarkan tanpa pemantauan orang2 hebat dalam komuniti Melayu, contohnya para menteri, tidak mustahil Mara akan terperangkap dalam lingkaran learned helplessness, dan tidak mustahil juga jika MRSM Mara pun akan diturunkan taraf menjadi sekolah berasrama di bawah kerajaan negeri, atau lebih teruk dari itu, di'naikkan taraf' menjadi sekolah menengah kebangsaan integrasi generasi baru, kerana pengurusan sumber dan hutang yang tak terkawal lagi. (ex student MRSM, apa pendapat anda?)

Sekian dulu. Ketemu di entri lain.

Baca: Mara kena wujud formula baru pungut hutang bekas pelajar, Berita Harian, 8 September 2006

28 August 2006

Ketaksempurnaan Pemikiran

Ketaksempurnaan pemikiran manusia tak akan membenarkan pembebasan dirinya dari perburuan perasaan-perasaan negatif dan positif.

Atas sebab itu, kita akan rasa positif, (contohnya gembira, ceria, bangga, senang hati, tenang), atau kita akan rasa negative (sedih, marah, kecewa, dan sebagainya).

Bagi penulis, bila manusia jadi terlalu menginginkan kesempurnaan, mereka akan terlalu mencari perasaan-perasaan ini pada endpoint yang melampau.. jadi mereka akan mencari sesuatu yang boleh membuatkan mereka terlalu gembira..

Akan tetapi, bila tak ketemu perkara yang boleh buat mereka jadi gembira, mereka mungkin akan remorseful (sayu), membawa mereka pada endpoint yang terlalu extreme untuk perasaan2 negatif.

Dengan sebab itu, munculnya lagu2 seperti lagu Dealova nyanyian Dewa, memuja perempuan dalam suatu bentuk kesempurnaan yang terlalu … seolah perempuan adalah segalanya dalam hidup. Sedang matlamat pencarian cinta, bukanlah hanya untuk memuja perempuan, keindahannya, kebaikannya, kecantikannya.. tetapi itu semua adalah Cuma sebahagian dari keseluruhan gambar. Gambar yang terbesar, bagi penulis, adalah perasaan untuk mengasihi, dan merasa bertanggungjawab kepada keseluruhan komitmen cinta itu sendiri.

Tak cukup untuk sekadar mengasihi, dan membelai hati wanita yang kita sayangi, kita dan wanita itu perlu sama2 belajar jalan-jalan untuk menghampirkan cinta itu kepada jalan cinta yang tak memudaratkan dan tak melewakan perasaan yang utama itu.. sebaiknya dibawa terus kepada jalan-jalan menghampirkan diri pada penyempurnaan ibadah am dan khusus, dengan cinta berteman sebagai kunci semangat.

Kembali ke pokok persoalan asas.

Susulan persepsi terhadap ketaksempurnaan pemikiran ini, sungguhpun kelihatan janggal untuk dipersoalkan kesahihan dan perlunya mempersoalkannya, satu perkara yang tidak patut kita pandang sebelah mata adalah, bagaimana perkara ini, sebenarnya adalah suatu rahmat, jika kita memandangnya dari sudut yang positif.

Tak perlu terlalu susah mencari contoh, tak perlu pergi terlalu jauh.. ambil saja satu daripada ciri-ciri manusia - cerewet.

Manusia yang cerewet (boleh jadi terlalu cerewet) mengidamkan suatu yang ideal, bergantung kepada aturan dan bidang mana yang menjadi fokusnya ketika itu. Mahukan segalanya sempurna.

Orang cerewet kerana pemikirannya memandang suatu perkara sebagai tak sempurna, dan berusaha menyeimbangkan perkara itu dalam fikirannya, dengan melakukan sesuatu yang dia mampu kepada perkara tersebut. Dalam contoh mudah, orang yang cerewet tentang pakaian yang lunyai (renyuk) akan berusaha menghilangkan kedutan tersebut, walau sesusah mana.

Jadi, apa yang penulis ingin katakan, adalah, berbanggalah, dan bersyukurlah dengan siapa anda, dan apa yang anda punyai sekarang… walau seindah2 harta yang anda miliki cumalah kasih seorang teman yang sejati.. Mudah2an anda belajar menghargai diri sendiri dengan lebih baik.

Ketemu lagi.

21 August 2006

Kerana Aku Diam, Maka.....

Kenapa kita diam?

Kita diam bila kita tak tahu jawapan pada soalan yang ditanya. Barangkali sememangnya kita mahu mengelak dari menjawab. Maka kita pun diam.

Kita diam bila kita mengiyakan. Diam Nabi (walau tak layak nak membandingkan diri dengan nabi, tapi kita boleh bandingkan dengan nabi pada persamaan sebagai manusia biasa) ketika Umar mengajukan dhob (biawak pasir) kepada nabi, menunjukkan persetujuan nabi pada dhob sebagai makanan am org Arab ketika itu, walau Nabi tak suka memakannya.

Kita diam bila kita marah. Bila kita tak mahu meluahkan kemarahan atas sebab untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Biasanya dipraktikkan oleh lelaki dan para suami mithali. Mereka cuma meluahkan kemarahan tersebut setelah ia lama dan tak tahan untuk dipendam. (ulangan; cuma untuk lelaki @ suami mithali saja. Sebab ramai juga lelaki yang jenis panas baran, mudah-mudah je sepak terajang tulang rusuk mereka sendiri, tanpa rasa rasional langsung.)

Tapi bila teman penulis sendiri mengajukan diam sebagai cara untuk merasakan perasaan sayang, maka ia jadi satu persoalan sendiri pada penulis, sama ada penulis patut meletakkannya sebagai satu yang positif atau negatif. Itu satu hal.

Dari sudut lain, penulis sendiri tak pernah praktikkan sebegitu, oleh itu, mampukah penulis untuk merasakan sayang dengan mendiamkan diri dan tak memberitahu yang penulis sayang padanya? Itu hal yang kedua.

Kita lihat, apa sebenarnya persoalan asas yang wujud dalam kerangka berfikir itu, untuk perbuatan diam.

Dari kaca mata sosial, diam kebanyakannya tidak dilihat sebagai penyelesai masalah, tapi ia adalah satu teknik atau cara untuk mengecilkan pengaruh masalah kepada kehidupan. Maksudnya, dengan cara lain yang lebih mudah, diam memberikan kuasa kepada manusia untuk mengelak membicarakan masalah (peribadi, atau umum), seterusnya mengurangkan pengaruh masalah tersebut kepada kehidupan sendiri, (walaupun ia sebenarnya tidak begitu menyelesaikan masalah).

Dari aspek lain, diam adalah masa. Kerana lebih lama diam, lebih lama masa yang akan diambil. Dan, apabila masa digunakan dengan diam, otak mengambil masa yang lebih untuk berfikir.

Dan, kasih sayang, tidak terletak hanya di hati, tapi juga di fikiran. Banyak kali bukan, apabila kita merasa jauh (distant) dengan orang yang kita rapat, sayang, apabila kita mengenang kembali masa-masa gembira yang kita lalui bersama (aktiviti kognitif/pemikiran), kita akan kembali merasakan sayang itu dalam hati kita (aktiviti emosi/hati). Maka, siapa kata kasih sayang itu cuma di hati saja? :)

Teman yang tersayang membahaskan persoalan diam sebagai fungsi untuk merasa perasaaan sayang , tak perlu untuk terlalu verbal setiap masa, luahkan apa yang dirasa, kerna pada akhirnya nanti, berantakan semuanya, kerna tak mampu jujur pada apa yang ditutur dan dirasa…. Maka inilah bicara penulis….

Penulis tak biasa, tapi tak bererti penulis tak boleh berusaha untuk melakukannya. Kenapa perlu hesitate untuk mencuba suatu yang baru, andai sumber, tenaga, ruang, dan keperluan emosi, fikiran, sosial dan fizikal tak menghalang? Tapi janganlah pula terabai rasa yang satu itu, hingga diam bukan lagi untuk merasa, tapi untuk mengalas rasional agar punya alasan untuk tak berkata dan meluahkannya.

Haha. Cuma tak mahu perkara yang tak begitu besar ini menghalang penulis dari mencapai cita dan cinta yang lebih besar. :)

Cinta bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan cinta. :)Cinta Tuhan itu cinta yang teragung, paling tinggi, mencapai segalanya.

17 August 2006

Persoalan:Bhg 2

Bila kita mula menanyakan soalan tentang sesuatu yang kita tidak tahu, adakah kita sedar dan pasti tentang apa yang kita mahukan?

Adakah kita mahu dia yang ditanya memberi semua pendapat ulama/ahli fikir terdahulu, kemudian baru dia menyuarakan kecenderungannya pada pendapat yang mana satu, mengikut hujah dan rasionalnya mengikut waqi' (situasi setempat) dan uruf (adat setempat)?

Ataupun, adakah kita berpuas hati dengan jawapannya sendiri, bahawa, menurut fikirannya sendiri, jawapan yang diberikan adalah suatu yang benar?

Adakah kita mencari jawapan yang memuaskan hati kita,atau sekurang2nya sependapat dengan pilihan yang kita tunjukkan padanya, untuk membolehkan kita menghilangkan perasaan resah akibat takut tersalah pilihan, atau kita lebih menyandarkan ketenangan pilihan menurut pilihan terbaik di sisi Tuhan?

Ataupun, kita mencari satu jawapan yang mutlak untuk setiap persoalan yang kita fikirkan... kerana tidak mahu tahu, fikir dan ambil peduli tentang pilihan jawapan yang lain, takut2 kita akan tersalah pilih, dan tak tahu nak salahkan siapa lepas kita tersalah pilih?

Bagaimanakah mentaliti kita? Adakah kita ini mencari jawapan yang absolute (mutlak), atau kita mencari pilihan2 jawapan dari yang ditanya agar kita boleh mencari sendiri jawapannya mengikut gerak hati dan akal kita? Atau, kita memang mengikut saja apa yang kita anggap 'sacred' dari orang atau idola kita yang kita memang puja dalam hebat ilmunya dan ketinggian so-called makamnya (tak kisah lah samada dia ustaz, peguam, doktor, atau penulis blog)?

Di mana pula kebenaran hadis sahih yang menyatakan, "ambillah kebenaran (ilmu) walau dari seorang pemetik kurma di atas pokok", dan sejauh mana atau sedetail mana ciri-ciri yang dirujuk oleh Rasulullah sebagai orang yang ahli dalam bidangnya dalam kata-kata terkenal Baginda, "antum a'lamu bi umuri duniaakum" (kamu lebih tahu tentang hal-hal urusan dunia kamu"?

Persoalan-persoalan ini adalah antara persoalan pemikiran yang kita perlu jelas, tentang apa yang kita mahukan sebenarnya. Ramai orang terperangkap dalam either perangkap soalan tertutup,kerangka minda yang mengharap satu jawapan mutlak dan menidakkan jawapan2 atau perspektif2 lain, atau terperangkap dalam perangkap "personaliti agung", lantas mengiyakan saja apa yang keluar dari mulut idola yang ditanya.

Seorang yang berilmu dan menghormati nilai ilmu yang ada dalam dirinya, menjawab persoalan yang dikemukakan dengan hikmah, dan tidak cuma bermegah pada pendapatnya, tapi mampu untuk mengaitkannya dengan nas2 tertentu, dan isu semasa... InsyaAllah.

Ketemu di lain masa.

16 August 2006

my MyTeam.. :)

Berita terkini tentang MyTeam ialah MyTeam telah dipilih untuk menggantikan Perak UPB, dan akan menyertai Liga Malaysia.
Hm..

Inilah wajah baru yang menjadi harapan saya, untuk sekurang-kurangnya meyakinkan Malaysia bahawa kita boleh dicalonkan semula dalam Piala Dunia, sekiranya kita benar-benar berusaha untuk mencapainya.

Tapi, usaha ini hendaklah benar-benar dipantau. Tiga sebab.

Pertama, kerana mereka ini adalah projek sulung myTV3 (baca:Khairi Jamaludin). Sudah tentu peminat mengharapkan sesuatu yang sangat besar ertinya dalam arena bola sepak yang semakin merudum daya tarikan dan mutu persembahannya.

Kedua, kerana sikap PhD orang Melayu khususnya (sebab majoriti pemain bola sepak, dan pengurusan bola sepak di Malaysia ialah orang Melayu) boleh membunuh rasa gembira dan mematikan harapan peminat2 bola khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia amnya, untuk melihat peningkatan mutu bola sepak Malaysia.

Ketiga, aspek latihan, disiplin dan mindset perlulah seiring dengan apa yang dicita. Contohnya, jurulatih yang dipilih pun perlulah sehebat Shebby Singh dan rakannya (tak ingat sapa pulak namanya), janganlah ambil yang cikai2 aje, semata-mata nak memenuhi tembolokmu itu.. mentang-mentang projek gempak, nak fikir mudah aje... Iya, memang money comes first, tapi quality does not come second. Ingat tu, wahai kepimpinan, jurulatih dan pemain MyTeam sekalian! Jangan lagi timbul isu tentang disiplin pemain. Pegawai pula tak usahlah memprovok keadaan dan cuba menangguk di air yang keruh.

Ala kulli haal, quality is the best yardstick. Ramai mana pun yang bersorak, bergolok bergadai untuk kemajuan bola sepak Malaysia, yang menentukan permainan akan jadi lebih baik adalah pemain dan jurulatih juga.

Fikir-fikirkan....

Baca seterusnya: MyTeam ambil alih Perak UPB, sertai Liga M

14 August 2006

Mari kita fikirkan bersama :)

Bila ilmu makin banyak di dada, sepatutnya makin banyak pilihan yang boleh dilakukan. Sebab, adanya ilmu akan memberikan ruang yang lebih besar untuk sebarang perlakuan, idea dan tindakan, kerana pengetahuan adalah asas kepada perbuatan. lebih banyak asas, lebih banyak perbuatan yang boleh dilakukan dengan adanya dalil dan hujah yang meyakinkan.

Tapi, apa yang terjadi adalah, baik di dalam fikiran sendiri, atau dalam fikiran masyarakat, adalah pencarian titik-titik dalam ilmu itu sendiri, untuk menampakkan jawapan yang paling betul, mengikut entah neraca apa...

Sama ada neraca peribadi, (aku belajar paling tinggi dalam Hadith, tentu apa yang aku belajar dari guru aku adalah paling betul), neraca kebijaksanaan (aku paling tahu, orang lain semua salah), neraca sosial (segala apa yang aku tahu tentu orang akan terima dan anggap sebagai fatwa)...dan neraca-neraca lain...

Persoalannya, yang mana satu adalah lebih jelas, lebih tepat, dan lebih sahih? Lebih banyak ilmu bermakna lebih banyak pilihan boleh dibuat, dengan pelbagai perspektif dan paradigma... ATAU, lebih tinggi ilmu bermakna cuma satu pilihan jawapan saja yang betul, dan orang lain salah?

Mari kita fikirkan bersama.....

Gencatan Senjata:Adakah Ia Jawapannya?

Israel, dan Lubnan, masih berperang hingga ke saat ini. Waktu entri ini ditaip, berita terkini melaporkan gencatan senjata telah pun dilaksanakan kira2 jam 1 tghari tadi.

Persoalan demi persoalan akan dan terus timbul..

Soalan pertama: mampukah Israel memahami dan melaksanakan tuntutan gencatan senjata?
Soalan kedua: Adakah perang BENAR2 AKAN BERHENTI? atau gencatan senjata akan terus dicabuli, seperti yang berlaku di Palestin?
Soalan ketiga: Tidakkah Israel merasa beban kerana menghadapi dua perang sekaligus, iaitu memerangi kedua2 Lubnan dan Palestin?
Soalan keempat: Apa yang dah terjadi pada rakan-rakan tentera pengaman dari Malaysia, dan Indonesia? Apakah mereka bersama Hizbullah, atau mereka memerangi kedua-duanya?

dan seterusnya.....

Baca: Israel tertekan

03 August 2006

apa nak jadi ngan ko ni...




Apa nak jadi..
time org semua sibuk2 bincang tentang serangan ke atas Islam oleh org bukan Islam
Nak kata kurang ajaran, dah jadi pegawai bahagian agama Islam, bukan pegawai bahagian sistem maklumat, tapi bahgian tangkapan khalwat..

Ape cerita kau pegi mintak oral sex ngan budak yang kau kantoikan...

Kau tak fikir mak bapak kau kat rumah (atau kat kubur, klu diorang dah takde) sedih tengok gambar kau masuk paper..

Kau tak fikir anak2 kau malu kat sekolah, bapak aku gila sex, tak puas mintak ngan bini, mintak lagi ngan orang2 lain...

Kau tak fikir jiran2 kau akan pulaukan kau, sbb perangai kau yang tah hape2 tu?
Sedarlah sikit.. Ko tu PEGAWAI JAIS.

Perbuatan kau tu tak bermaruah, dan memalukan rakan2 sejawat kau la, kau tau tak? Alangkah tebalnya muka dorang lepas ni, bila nak buat ambush kat KLCC or Titiwangsa punya Tasik.. nanti orang cakap, "woi, pigidaa.. nak sound orang, sound member ko tu dulu!"

Apa dorang nak cakap?

02 August 2006

tambahkan jumlah petisyen untuk menentang IFC

Cepat, tambahkan jumlah petisyen untuk menentang IFC dan memenangkan mahkamah syariah! Sekarang baru 30,000 je.. target kita 1 juta! Kalau kita tak dapatkan 1 juta sblm 4 hb ogos, masalah besar akan timbul!

Tambah petisyen anda di sini!

23 July 2006

Kak, fasilitator tu apa?

Kenapa trainer dan fasilitator tak sama? Sebelum tu, siapakah trainer, dan siapakah fasilitator? adakah mereka di bawah bidang kaunseling, atau motivator?

Apakah fasilitator ada kaitan dengan peers atau PRS?

Apakah teknik yang berkesan untuk buat orang dengar cakap kita dan boleh ubah sikap kepada yang lebih positif, tanpa perlu kita being pushy?

Kalau anda semua berminat @ nak tau sangat jawapan pada soalan2 ni, apa kata kalau anda semua datang ke booth PGG (Personal Growth Group) yang akan dibuka di area HS cafe (gerai bernombor CB 13, dekat dengan info machine IIUM yang boleh baca surah Al - Alaq tu :P ).

Booth akan dibuka pada sepanjang minggu depan, mulai esok (24 hb Julai), hingga hari Jumaat..

Kita jumpa di sana eh? :)

21 July 2006

Mari Warisi Ilmu Islam!!

Mari kita mengimarahkan kuliah2 ilmu! Kalau tak kita, siapa? kalau tak sekarang, bila? :)

a)Kuliah Sifat Solat Nabi
ADM LR 1B
Universiti Islam Antarabangsa
Oleh: Ustaz Arif, bekas Imam Masjid SHAHS

Setiap Isnin malam Selasa, selepas Isya'


b) Kuliah Hadis 40 untuk Generasi Baru
LT 2, E Nod (E0) Kuliyyah of Engineering
Universiti Islam Antarabangsa
Oleh: Ustaz Maszleee Malik

Setiap Jumaat, 5pm, lepas Asar

Kehadiran anda dialu2kan.... Marilah kita mewarisi semula era kegemilangan Ilmu Islam!!!

13 July 2006

Kastam, Polis, dan dot dot dot

Membaca mengenai isu kastam, satu demi satu badan berkuasa dalam kerajaan disiasat dgn kuasa media. Lepas ni apa pula?

baca seterusnya:

laporan berita harian tentang kastam (paling baru)

Sewaktu penulis balik kampung, 2 minggu lepas, sblm balik ke UIAM, penulis berbual2 dengan pakcik penulis, cik Halim namanya. Beliau polis di kampung asal penulis. (cuma tak tau dan tak diberitau apa jawatannya.)

Penulis saja berbual2, tapi tak tahu nak bual apa. Akhirnya penulis tanya tentang penubuhan IPCMC dan penulis dengar pandangannya.

Cik Halim katakan yang penubuhan suruhanjaya tersebut tidak akan berjalan sepenuhnya, sbb campurtangan sendiri dari kerajaan akan tetap wujud untuk menyelamatkan pentadbirannya sendiri.

Penulis tanya. kenapa.

Cik Halim katakan, hampir semua, seluruh jabatan yang ada dalam kerajaan, ADA KAITAN DENGAN POLIS, DAN ADA KES DENGAN POLIS.

Terkejut juga dengar keterangan ni.

Tapi cik Halim kata, kalau suruhanjaya tersebut dicipta untuk melancarkan dan menambah keberkesanan tindakan polis, maka ia mungkin boleh membantu. Tapi untuk mengorek hingga ke dalam2, usaha mereka takkan berjaya.

Itu kata cik Halim. Apa pula kata anda? :) dan apa pula pendapat anda tentang isu "bongkar" media ni?

12 July 2006

Apa Yang Kau Tahu ??!!

apa yang kau tahu tentang hidup?
apa yang kau tahu tentang budak sekolah rendah yang sudah pandai merogol?
apa yang kau tahu tentang bapak yang perkosa anak sendiri?
apa yang kau tahu tentang si ibu yang berzina di depan mata zuriatnya sendiri?
apa yang kau tahu tentang muda mudi yang memurahkan maruah mereka?
apa yang kau tahu tentang lubuk tupah?
apa yang kau tahu tentang nilai sehelai tudung?
apa nilai peluk cium?
apa nilai aurat?
nilai dara?
nilai seorang bayi?
kenapa ke tong sampah?
di mana manusia dan kemanusiaan?
sedang kau di dalam kepompong selesa, bersama kawan, berhibur, berseronok dan sibuk dengan piala dunia
tanpa pernah terfikir apa yang terjadi kepada jiran sebelah, tetangga dan anak bangsa sendiri.
sudah makankah?
sudah solatkah?
hidup atau matikah?
atau sudah murtadkah?
dan kau pula masih di kepompong itu lagi, bersama isme-isme ciptaan sendiri,
untuk kegunaan mengangkat bakul sendiri,
melaungkan aku lah yang paling ilmu di kalangan kamu,
sedang dunia semakin menghitam.
sudah terngadah,
lalu tersedar,
aku cuba menjenguk keluar kepompong ku,
melihat kalau-kalau ada yang boleh aku bantu,
beritahulah aku,
sedarkanlah aku,
kita khalifah, bertugaslah kita..

saifullah_almaslul@yahoo.com
Gombak,
8 julai 06,
12 r/akhir 1427,
jam0048,
sedang merenung..

_______________________________________

dari sahabat maya, saifullah_almaslul. semoga kita sama2 ambil iktibar.

07 July 2006

mari menonton!

Hadirnya Sebuah Harapan

Harapan memang indah.

Harapan memang payah.

Harapan memberi kekuatan.. untuk meneruskan segala, sedang realitinya mengongkong, tak memberi ruang untuk apa2 di tengahnya..

Salah kah kita berharap?

Perlukah kita menyalahkan mereka yang berharap,dan terus mematikan harapan dengan menjadi mereka2 yang tak punya apa2 harapan..

Sedang syurga dan neraka juga adalah harapan yang pasti ada.. dan pasti dapat salah satunya.

Sedang Allah menyediakan kita ruang untuk berharap dengan dosa dan pahala, mengapa kita pandai-pandai mengatakan berharap itu satu kesalahan?

Malah, pandai-pandai membenci untuk berharap, dan tak ingin langsung untuk berharap atau memberi harapan pada manusia lain?

Tak perlu penulis katakan yang penulis ini prejudis atau pro pada harapan. Kerana pada penulis, ia sama sahaja seperti mengatakan nasi itu perlu atau tidak perlu untuk di makan. sedang hakikatnya kalau orang tak makan nasi, dia tak mati pun (sebab dia boleh makan mi atau roti).

Tapi harapan memberikan semangat pada seseorang untuk terus berusaha mencapai matlamatnya. Salahkah kalau kita mengatakan bahawa harapan itu suatu yang positif?

Oleh itu, janganlah kita berhenti berharap... dan janganlah kita benci untuk berharap ,atau membenci orang yang memberikan kita harapan...

Kerana, harapan itu adalah luahan hati yang inginkan pencapaian matlamat dan realisasi kehidupan.

06 July 2006

Cinta Oh Cinta..



Selepas membaca entri yang tersayang tentang pegang tangan, seketika penulis terfikir tentang kisah pegang tangan, perasaan (bukan perasan) dan classical conditioning.. sesuatu yang penulis belajar awal2 dulu waktu nak memohon untuk pengkhususan dalam psikologi, bidang yang penulis minat.

Akhirnya, penulis sampai ke akhir kesimpulan, bahawa pegang tangan hanyalah keseronokan, dan tak membantu pun pasangan dalam menghayati erti sebenar rasa kasih dan sayang terhadap pasangan mereka sendiri.

Kenapa?

Mari kita lihat.

Dalam classical conditioning, idea yang dipelopori oleh Ivan Pavlov, seorang scientist Poland, (atau jerman, penulis kurangpasti), unconditioned stimulus (UCS) pada asalnya akan sentiasa menghasilkan unconditioned response (UCR). tapi, apabila unconditioned stimulus mula dipasangkan bersama conditioned stimulus (CS), ia akan mula menghasilkan conditioned response (CR). dan akhirnya, pada satu peringkat, tanpa perlu dipasangkan bersama unconditioned stimulus, conditioned stimulus akan menghasilkan conditinoed response.

Anjing, bila dihulurkan daging, mulutnya akan berairliurbasi. :p tetapi, bila penghuluran daging dipasangkan bersama bunyi loceng, mulutnya akan berairliur basi, apabila loceng dibunyikan sebelum daging dihulurkan.

Lama kelamaan, sebaik sahaja mendengar loceng, anjing akan berairliurbasi (atau bahasa jawanya salivate).

Ini adalah asas kepada classical conditioning yang boleh dikembangkan kepada konsep yang saya akan ceritakan sebentar sahaja lagi.

Dalam kisah saya ini, UCS ialah kata-kata atau madah cinta, dan UCR dan CR ialah rasa sayang terhadap pasangan.

Pada awalnya, UCS akan menghasilkan UCR, iaitu, kata2 cinta akan membuatkan pasangan kita sayang pada kita iaitu UCR.

Kemudian, apabila kita masing2 telah "tumbuh tanduk dan ekor", kita akan menyentuh tangan pasangan kita. Kemudian, berpegangan tangan, iaitu CR. ketika ini, UCS dipasangkan dengan CR. Lalu, apa yang terjadi, ialah, pasangan kita juga merasa sayang pada kita, dan begitu juga kita, merasa sayang padanya, kerana kata2 dan pegangan tangan tersebut.

Lama kelamaan, apabila kita membiarkan perkara itu berlaku tanpa kawalan, sebaik sahaja pasangan kita menghulurkan tangan, kita pun menyambutnya, untuk kita merasakan yang kita masih sayang padanya, dan kita juga merasa bahawa dia juga menyayangi kita. (walau tanpa madah cinta.sedang madah cinta adalah cara terbaik dan paling romantik untuk membelai hati pasangan kita.)

Tetapi, ADAKAH DIA SEBENARNYA MENYAYANGI KITA?

Tahukah kita bahawa "sayang" kita kali ini dah jadi sayang yang palsu? kerana apa? kerana sayang kita sekarang ini, telah diikat dengan "aksi berpegangan tangan."

Sayang kita bukan sayang yang original.

Sebab itu, pasangan yang intimya mereka ukur dari kerap mana mereka berpegangan tangan, pasangan ini tidaklah sebagus mana pun hubungannya.

Sayang mereka tidak asli, dan mereka asyik bergantung pada berpegangan tangan untuk meluahkan sayang, kerana mereka akan kurang meluah madah cinta.

Jadi apabila mereka sudah bosan dengan cara fizikal ini, mereka mencari keseronokan yang lebih agar mereka dapat lebih menyayangi.. yang akhirnya merosakkan mereka sendiri.

Kesimpulannya? katakan TAKNAK pada holding hand. insyaAllah tuhan akan memelihara sayang anda pada teman anda. Luahan jujur itu lebih baik, dan lebih selamat. :)

05 July 2006

iklan baru Sunsilk : apakah ia sekadar iklan?

quoted from .:bisikan nurani:.:

"Kalian ada terlintas iklan terbaru Sunsilk? Pasal seorang siswi ni yang dapat mengembalikan keyakinannya berlakon dalam teater Laila Majnun selepas menghilangkan masalah kelemumur menggunakan syampu Sunsilk?

Apa yang tak kena dalam iklan tu? Pakai tudung dah ok [jadi penghormatan pada wanita bertudung sejak iklan pertama Sunsilk yang bemodelkan Wardina Safiyyah]. Tapi scene last tu macam ada yang tak betul."

..........................

Iklan adalah bentuk pemasaran yang dikawal oleh tindakbalas otak dan penerimaan sosial masyarakat.

Iklan yang mempunyai pengaruh yang baik, adalah iklan yang berulang-ulang, memiliki daya tarikan unik dan mampu untuk membuat pengguna membeli barangan tersebut.

Iklan sunsilk semakin lama semakin unik, kerana ideanya menggamit hati pengguna yang bertudung untuk memakai syampunya.. walau kita sebenarnya tak tahu adakah dengan memakai sunsilk kita takkan gatal kulit kepala dalam satu jangkamasa yang lama, mungkin dalam 10 jam (waktu standard bekerja sekarang di Malaysia).

Namun keunikannya kini telah pun mengundang satu persepsi skeptikal yang tidak lah begitu baru sebenarnya, tentang wanita bertudung, adab dan batas pergaulan sosialnya.

Dalam iklan ini, gambaran diberikan berlaku di kolej. Seorang gadis merasa tidak yakin untuk menyertai latihan teater Laila dan Majnun (mgkn Qaisy dan Laila, saya baru tgk iklan ni dua kali), disebabkan kelumumur di bahu kiri kanannya.

Akhirnya, setelah maju mundur beberapa kali, sahabat sebiliknya membelikannya Syampu Sunsilk edisi baru khas untuknya. Ini membolehkan masalah ketombe (atau kelemumurnya) dapat dikawal, (atau mungkin hilang terus, siapa tahu), seterusnya meningkatkan keyakinannya..

Keyakinannya terpancar apabila...... dia menyambut huluran tangan hero teater yang melutut di depannya, sambil tersipu2 malu.

Ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Muslimah zaman kini, khasnya remaja, yang baru berjinak2 memakai tudung, (tidak mengecualikan remaja yang telah pun memakai tudung sejak kecil lagi), kerana skop personaliti mereka telah pun dikecilkan oleh iklan ini.

Iya, memang, personaliti kita adalah hak kita. Kita punya apa2 cara dan stail untuk menjadikan diri kita adalah kita.

Namun perkara prinsip tetap prinsip. Bukan muhrim perlu faham bahawa sesama mereka , TIDAK ADA SENTUHAN YANG DIHALALKAN.

Ini bukanlah provokasi, tetapi kenyataan yang benar memang biasanya mengundang kontroversi. Kita bukanlah terlalu naif untuk memahami bahawa iklan ini bisa saja mengundang beberapa persepsi yang persis kepada penghinaan dan perendahan taraf wanita dan gadis remaja yang bertudung.

Harapan penulis, agar kita para pembaca dapat berbuat sesuatu mengenai ini.

di blog mirakimura, beliau meminta agar anda merefer sendiri kepada website sunsillk.

Tapi, di blog saya, anda saya sediakan ruang untuk memberi penghormatan kepada wanita2 bertudung. Peliharalah adik, kakak, teman, rakan sejawat, ibu, dan siapa2 perempuan yang ada dalam hidup anda, agar mereka tidak disalahfaham oleh persepsi masyarakat akan datang, yang telah dan akan sering disalahkelirukan oleh kuasa media.

Dengan ini, sila forward artikel ini ke mana2 sumber yang anda tahu dan kenali. semoga usaha kita diberkati dan ditunjukkan jalan. Amin.

Yang benar,
tintamadani
Nurul Fahmi Mahat
pelajar UIAM Gombak.

04 July 2006

Body Dysmorphic Disorder, satu penyakit personaliti

Ini adalah sejenis penyakit psikotik. Ia lebih dahsyat dari skizofrenia dan lebih dahsyat dari anorexia nervosa. Malah kedua2nya berkaitan dengan personality.

Body dismorphic disorder, atau dalam bahasa Melayu, disebut sebagai Penyakit Kesilapbentukan Tubuh, adalah ilusi merbahaya yang dialami oleh mereka yang merasakan tubuh badan dan penampilan mereka sangat2 tidak sempurna dan menakutkan orang yang melihatnya, sedang tubuh mereka sebenarnya elok2 saja.

Penulis telah saksikan tiga responden yang menghidap penyakit ini dalam rancangan talkshow Oprah di channel5 TCS Singapore pada 12 April 2006. Anda takkan percaya hingga anda melihatnya sendiri.

Responden pertama, Jenny, mengalami BDD yang teruk , tapi beliau tidak tahu dan tidak menyedarinya. Dengan kemampuan kewangan yang baik, obsessinya bertambah terhadap pembedahan plastik. Pada usia 28 tahun, Jenny telah melalui 26 pembedahan plastic, 5 kali untuk membentuk dagu, 3 untuk pembedahn liposuction (sedutan lemak di bahagian tubuh), dan ini tidak termasuk pembedahan untuk menaikkan rahang untuk kelihatan seperti Jennifer Aniston, menebalkan bibir seperti Angelina Pitt, menghaluskan kulit untuk kulit profilik seperti J.Lo, dan kesemuanya pembedahan plastik ini (istilah pendeknya ialah “surgy”), sudahg pasti mencecah ratus ribuan dollar, malah mungkin mencecah juta dollar US. Fuh, memang banyak!

Kini, beliau tertekan kerana saudaranya, dan rakan2nya hampir tidak mengenali beliau.

Setiap pagi, jenny bangun seawall 6.15 pagi dan membelek2 muka dan badannya sehingga 5 jam. Lebih memburukkan keadaan, Jenny turut mengalami was-was yang teruk. Apabila dia telah benar2 yakin untuk keluar rumah, sebaik sahaja dia menghampiri kereta, dia akan masuk ke dalam rumah semula.

Pesakit kedua, adalah seorang lelaki muda, yang merasakan dia melihat seekor “rasaksa yang mengerikan” apabila melihat ke dalam cermin. Penulis hamper tidak percaya apabila melihat wajah sebenarnya. Mak aih, terlalu hansamu! Dengan kening lebat yang halus, mata coklat yang besar, dan dagu yang terbentuk (ya, dia putih orangnya, biasalah orang putih) dia mempunyai bentuk muka yang seimbang dan sempurna!

Tapi John, merasakan yang dia mempunyai parut jerawat yang amat buruk (sedang parut penulis lebih teruk darinya.. :P ), mempunyai tangan yang uratnya tersembul, dan sepasang mata yang besar.

John bercerita pada penonton yang dia sering tertinggal parti2 yang dibuat oleh kawannya kerana mengambil masa terlalu lama untuk bersiap dan bila beliau sampai ke sana, parti dah pun tamat. Huu, kesian betul.

Dia mendapati dia mula merasa seperti itu sewaktu dia berusia 16 tahun. Ia bermula dengan penilaiannya yang ekstrem tentang bentuk badan dan tangannya, dan lama kelamaan ia melarat pada rupa mukanya.

Pesakit ketiga penulis miss, kerana penulis bersiap2 untuk ke masjid.

Ketiga2 mereka, menurut Dr Kathleen Williams, pakar psikologi klinikal yang menjadi pakar undangan, berpendapat bahawa mereka ini tidak mungkin menghidap penyakit itu hanya kerana obsess, sebaliknya berpendapat ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan pengaruh genetik.

Di akhir rancangan, mereka disyorkan untuk mengurangkan jumlah cermin dan jumlah masa yang mereka ambil untuk bersiap di hadapan cermin, secara beransur-ansur. Mereka juga perlukan bimbingan kanunseling dan pakar psikoterapi.

Penulis memandang dari 2 aspek. Pertama, pada penyakit BDD dan kedua pada rancangan tersebut..

Pertama: BDD adalah penyakit, yang pada penulis, terjadi lebih dari sekadar rasa tidak bersyukur pada ciptaan Tuhan pada diri mereka. Penulis meraskan yang ia adalah sesuatu yang tidak adil untuk kita katakan,
“isy, tak tau bersyukur langsung!” sedang kita tak pernah mengalami atau merasakan penderitaan yang mereka tanggung.

Kedua: Oprah, adalah rancangan yang sangat bagus. Pengendaliannya professional, personalitinya menarik, dan penonton di rumah mudah untuk merasakan “parasocial relationship” itu wujud antara mereka dengan Oprah. Sungguh bertuah mereka yang dapat berbual semeja dengannya, penulis kira. Harap2nya di Malaysia akan ada program sebaik Oprah, yang sedang kita rintiskan jalan ke arahnya, dengan Aznil Hj Nawawi dan Chef Wan.

14 June 2006

Gula Oh Gula

Penuils baca akhbar Utusan Malaysia, hari ini, dan rasa geram.

kenapa?

Sbb isu keperluan umum untuk gula cuba diselindungkan dengan isu keperluan badan untuk gula.

Bagi penulis, mereka2 ni (sape2 yang terasa mereka adalah orangnya) adalah orang yang tak habis2 dari dulu lagi cuba melindungan fakta sebenar dan memperbodohkan manusia yang bergelar rakyat ni.

Aduh, memanglah itu satu fakta kalau dikatakan orang Malaysia ambil gula dua kali ganda dari penggunaan manusia biasa, tapi budak sekolah rendah pun faham yang itu. Yang jadi masalah ialah, takkanlah peningkatan penggunaan sebanyak dua kali ganda ni boleh mendefisitkan stok gula seluruh negara? tak masuk akallah weh! Kadar pengeluaran gula negara kita kan masih ok, masih melebihi keperluan, apa cerita kena naikkan harga gula dan kena "kurung" gula tu dalam stor?

Apa yang cuba disembunyikan dari mata rakyat?

Negara Malaysia ni, dari dulu lagi, kalau nak naikkan harga barang mesti timbulkan spekulasi dan kontroversi dulu baru boleh naik. Mungkin itu sebabnya para peniaga dan pengedar berpakat seluruh negara untuk sorok gula, baru boleh confirm naikkan harga. Sebab kalau nak harap kerajaan naikkan, mereka takkan bagi naik, atas banyak alasan2 logik yang menyenang dan memudahkan rakyat. Maklumlah, gula ni barang keperluan yang paling asas.

Tak tahulah kalau2 tahun depan, 2, 3 tahun lagi, diorang pakat ramai2 sorok beras, garam dan minyak pulak untuk mintak kerajaan naikkan harga beras, garam, minyak, dan barang2 lain.

Pastu kerajaan ikut je.

"kita perlu naikkan harga2 ni sbb dah terlalu lama harga ni stay mcm ni, kita
pun nak senangkan peniaga, pengguna perlu bertolak ansur..."
Piirah!!

Sampai bila? Sampai bila baru pengguna sedar kuasa mereka untuk lawan peniaga2 yang mangkuk ayun ni? Adakah bila semua barang keperluan sama harga dengan harga barang2 kehendak?



09 June 2006

.:bisikan nurani:.

kursus kawen!

KURSUS PRA PERKAHWINAN


TEMPAT:
AUDITORIUM MINI, UIA

MASA:
8 AM

YURAN:
RM25 (SAHAJA!!!)

OLEH:
MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)


TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UIA

SIJIL ADALAH UNTUK SEPANJANG HAYAT

MARI SERTAI! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

08 June 2006

Pencarian Titik Baru


Lebih banyak perkara yang kita patut kasihankan dari diri kita sendiri.


Betul ke pernyataan ni? Bukankah kita selalunya fikir untuk cari sebab untuk kasihankan diri sendiri?

lagipun, bukannya kita minta orang untuk kasihankan diri kita.. kan? Siapa lagi nak kasihankan diri kita kalau bukan kita sendiri?

Haha. Ini hanyalah satu daripada berpuluh2 isu tentang self-centeredness.

Apakah self-centeredness? dan apa relevannya penulis cuba beritahu di sini?

Self-centeredness adalah paradigma memandang diri sendiri lebih dari kehidupan.

Menganggap segala-galanya bermula dari diri sendiri..

Perspektif ini ada baik dan buruknya.

Sebenarnya penulis sedang buat perbandingan antara self centeredness dan principle-centeredness yang dibaca semula dalam buku 7 habits of highly effective people tulisan Stephen R. Covey.

Dalam kebanyakan ciri-ciri yang diterangkan, penulis yang sekarang terlalu indulged dalam self centeredness dan terlalu lama.

Penulis yang dahulu tidak begini.

Daripada berkata "alangkah baiknya jika..", sebaiknya jika langkah pertama dimulakan.. untuk keluar dari lingkaran kebiasaan self centeredness.

Ubahsuai paradigma yang penulis gunakan untuk memandang kehidupan. Secara umum dan khusus. (haha, adakah bunyinya terlalu teknikal.. ?)

(bersambung di bahagian kedua)

22 May 2006

6perhentian

satu perhentian hidup..
di perhentian masa...
pada perhentian nafas..
ke perhentian baru..
dan ke perhentian sesudahnya..
berjumpa perhentian yang sebenar..

19 May 2006

babi dan anjing serta maruah Islam!! mesti baca!!!

From: 
Sent: 02 Mei 2006 17:33
To:
Subject: babi dan anjing serta maruah Islam!! mesti baca!!!
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap
segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di
Malaysia...

  Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari
lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika
pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini
telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai
oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang
memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang
agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di
pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah,
pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya
dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing
yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki
tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si
Cina tersebut.\

  Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu
memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam
lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager
Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk
org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan
hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama
Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.

  Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan
turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh lake Cina tadi.

  Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina
tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu di saman
oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak
demikian.

  Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana
ingin menegakkan agama Islam.

  Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh
Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan
maruah Islam. Sebarkan kepada saudara2 Islam kita.



MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung
dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk
meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya
botol-botol,
tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya
di letakkan begitu sahaja. Diguna
tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu
hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak
boleh nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang
kemarahan umat Islam terhadap
penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah
khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi
tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas
saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh
lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian Tentangannya lebih
hebat. Bahkan daripada orang Islam
sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula
mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang
usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali,
tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak
digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa.
Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin
provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita
mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan,
kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan
keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan
punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah
bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah tapi cinta mereka
terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah
kemudian. Bila ada cinta, pasti ada
marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di
atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding
barang usang di bawah rumah?" balas
saya. Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu di
kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. Tiba-tiba dia bersuara, "tentu
tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak
sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya,
apalagi nak menghinanya"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah
orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang
mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar
mencintainya!"
"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci.
Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

**dari sumber bertulis tempatan

Aku Rindukan Hatiku!

[Rinduku pada Hati yang Dulu..]




Aku rindu hatiku yang dahulu,
yang khusyuk dalam mengingati
yang memberikan ku erti kejujuran
bila manusia lain berbohong
yang menunjukkan bukti2
bila yang lain menafikannya


yang menunjuki dan melindungi
menghalang dari salahsilapku
yang memberitahu dan meyakinkanku
bahawa aku adalah aku

aku rindu hatiku yang dahulu..
sekarang ia amat bingit
sejak ia melangkah ke alam realiti
yang sangat2 sibuk


kini ia bertutur
tentang perkara
takpenting,
dan ia mengambil mudah
perkara perkara penting
untuk "meredakan tekananku"
dan "kesedihanku"


ia sering memikir
tentang kehidupan yang
diringkaskan dgn "terlalu byk cinta"
supaya aku akan terus mengangani
dan bermimpi
sedang aku sebenarnya sedar dalam jaga..

hatiku mengunjukkan kecantikan dunia,
kilauan permata palsu...
ia mensirnakan warna warna jingga, merah dan biru muda,
perencah dunia...


ia menunjukkan kepadaku perkara dan benda,
tapi terlalu banyak, ku kira...
yang tak dapat kufahami,
yang tak dapat kuselami...


ia menyoalku dengan soalan2 "penting",
tetapi masih memberi jawapan tak pasti...

ia membuatku beranggapan,
tentang perkara yang tak dapat kupercayai...
lalu menyuruhku untuk "jadilah aku!",
yang sebenarnya kukira bukanlah aku...


ia buatkan aku adalah "aku",
bila hatiku bingit, bising berbicara...
"gembira" dan "terlalu gembira",
'bukan-bukan',
'sukakan cabaran' dan "hidup"…

bila aku terlupa langsung,
terlepas pandang...
atas apa yang Dia perintahkan dalam Quran,
atas apa yang pernah dia (nabi) dakwahkan,
atas perkara yang seharusnya aku ingatkan...


aku rindukan hatiku,
dan kini aku sangat bimbang
tentang perkara yang tak sepatutnya

aku rindukan hatiku,
Al-Qur'an,
dan dzikr,
alam yang mendamaikan,
dan hatiku...


aku rindukan hatiku...


Allahumma ...
aku mohon AMPUNANMU
aku mohon HIDAYAHMU
aku mohon KASIH dan RAHMATMU
tunjukkan padaku jalan ketenangan
terangilah dan pandulah hidupku,
halangilah diriku dari terhumban kembali
dalam dunia yang sibuk...
membingit perihal tak perlu,
membising perihal menipu,
tapi masih menggugah iman dan tabahku ..

kerana ia buat hatiku riuh
dan aku hilang diriku...
aku sayangkan hatiku,
yang aku tak sanggup jauh darinya...
dan aku rindukan hatiku!


allahummaghfirli zunubii
allahumma tohhir qalbi
allahumma ab'idni min makriddunya
wa ma minha minasy syarri...
allahumma la taj'al fi qalbi,
hubban min gheyri hubbik ...
fala ana illa 'abdik,
wa ma ana bisyai-in illa bimardhatik,
faghfirli, warhamni ...


allahumma tohhir qalbi ….


al faqir ilallah:

nurul fahmi mahat
190506,
3.05 pm


digarap semula dari:

alfaqeer ilallah,
khaleel el-wafy
201002,
1.31 am

Media Suatu WASILAH

Blog baru untuk anda semua lawati:

Media Suatu WASILAH

selamat membaca! :)

09 May 2006

alaisassubhu biqariib... (tidakkah subuh itu sangat hampir)

malam sabtu lepas, pulangnya dari berjumpa yang tersayang di kafe HS.. ikuti dialog berikut:

(bunyi sound effect hujan lebat)

(bunyi kereta menghampiri dari belakang)

(bunyi hon)

ustaz arif: salamualaikum fahmi.. dari mana dalam hujan2 ni?
penulis:saya.. hehee.. ustaz, nak ikut balik rumah ustaz malam ni boleh tak? tu macam nmpak yassir je kat belakang tu ustaz?
ustaz arif: ha.. boleh je. meh la masuk.
penulis:jap ustaz, saya gi amik barang!

(5 minit berlalu menyaksikan satu makhluk bergerak dengan kibasan air hujan di belakangnya... )

penulis: ustaz, jom!

kereta dipandu laju menuju bangi, bandar sri putra. jam menunjukkan angka satu. di belakang, yassir dah pun tertidur.

sesampainya di rumah, kami mengejutkan yassir. turut serta ialah arif osman, kawan penulis sewaktu di matrik dulu.

waktu menghampiri jam 1.30, dan lampu dipadam. kami tertidur kepenatan kerana semua orang, (kecuali saya) pun baru lepas pulang dari KLIA menghantar studentnya.

keesokan paginya..

ustaz kejut, "fahmi, bangun, dah kul 6.00 ni."

penulis bangun, amik wudhu, salin kain, dan berdiri untuk solat.

ustaz menolak meminta penulis menjadi imam.

penulis mengimamkan solat.. mengimamkan solat jamaah kepada yang bergelar ustaz, imam, dan PhD dalam bidang hadis.. fuhh... respek la ustaz!

sampai di rakaat kedua, selepas habis surah al Insan..

(nak baca qunut ke tak... baca je lah). penulis pun membaca qunut..

selesai solat subuh, ustaz bergurau2 dengan kami.

tiba2 ustaz meminta yassir mengambil kitab Zaadul Ma'adi, dari puluhan kitab di rak bukunya itu.

kitab dihulur. ustaz meminta saya membacanya sendiri. yassir berbaring di riba ustaz, masih mengantuk. arif duduk di kerusi, dengan tangan di tompang di dagu di atas meja.

(antara yang saya masih ingat lagi)

>>nabi pernah membaca qunut (tapi itu pun qunut nazilah) selama sebulan. nabi melaknat ke atas bani zakuan, kerana bani zakuan telah membunuh 70 orang alim yang mereka sendiri minta, untuk mengajar agama dan al Quran kepada mereka.

turunnya satu ayat dalam al Quran dalam surah Taubah..

yang mafhumnya lebih kurang..

"kalau engkau ya Muhammad melaknat mereka, takde apa 2 maknanya... kerana aku yang mengampunkan dan mengazab mereka."

nabi pun berhenti membaca qunut.

abu malik al-asjai' berkata kepada ayahnya, "engkau hidup di zaman sahabat nabi yang 4, adakah engkau pernah mengikuti qunut."

jawab ayahnya, 'tak pernah, ini muhaddis (perkara baru)"

banyak point2 dalam zaadul maadi yang membuka mata penulis. sebelum ini penulis cuma pernah mendengar org berkata, "takde qunut dalam subuh".. ada juga yang berkata , 'qunut klu tertinggal perlu kepada sujud sahwi"

kata ustaz; "imam syafie, walaupun dia imam, tapi dia tak maksum .ada perkara yang dia terlepas pandang. kerana imam lain, yg sezaman dengan dia, semuanya menolak qunut sewaktu subuh.apatah lagi qunut yg bukan nazilah dan qunut yang ada lafaznya allahumma ihdini fi man hadaita ila akhir.. ini adalah perkara baru yang diadakan selepas era sahabat."

"hadis yang mengatakan ada qunut untuk solat subuh itu hadis yang tarafnya hasan sahih.. tapi hadis itu mengatakan ia qunut nazilah. bukan qunut biasa. hadis diriwayat oleh sahih muslim."

ini adalah idea lama yang baru penulis jumpa. penulis nak baca kitab tu lagi sekali, sbb ada point yang penulis lupa dan tak dapat nak kongsi bersama di sini.

hingga ketemu lagi. salam.

20 April 2006

Jangan tuduh, tanya dulu...

Menuduh dan bertanya adalah dua perbuatan yg berbeza, walau keduanya diajukan untuk mendapatkan jawapan.

Menuduh menyiapkan yang dituduh dengan beberapa pilihan jawapan dalam satu ruangan yang terlingkup, manakala bertanya memberikan pilihan jawapan yang lebih luas kepada yang ditanya.

Menuduh memberikan kuasa khayalan kepada yang menuduh, memberikannnya persepsi seolah-olah dia memiliki kuasa tertentu kepada yang dituduh. sedang yang menanya biasanya memiliki kuasa setaraf dengan yang ditanya.

Orang yang menuduh memiliki kedudukan tertentu kepada yang dituduh, kerana ini memudahkannya untuk menuduh. mungkin dalam dunia sebenar, yang dituduh bergantung kepada yang menuduh. mungkin yang menuduh ialah ibu bapa, guru disiplin, penyelia, majikan, atau pihak atasan.

Dalam keterbalikan psikologi, sebenarnya yang menuduh memiliki kuasa yang amat terhad, bahkan kuasanya itu bergantung kepada yang dituduh. Ia dapat dilihat dari ruang jawapan yang dibataskan oleh yang menuduh. situasi ini sangat negative sekaligus mengurangkan keberkesanan pengaruh yang menuduh

Ia terjadi kerana biasanya yang dituduh, selain ‘mengumpul mata’ untuk membalas tuduhan itu di satu masa nanti, yang dituduh biasanya mendendami si penuduh, menjadikan komunikasi semakin lama semakin tidak berkesan, dan di akhir masa, tiada komunikasi yang berlangsung akibat emosi negative yang terpendam.

Situasi tersebut tidak berlaku dalam perlakuan bertanya. malah, dengan bertanya tanpa sebarang prasangka, si penanya melibatkan dirinya secara kolektif dalam ruang jawapan yang ditanya. Ini membantu merapatkan jurang komunikasi.

adakah anda lebih banyak menuduh dari bertanya? jika jawapan anda adalah ya, maka anda berpotensi untuk mengumpulkan lebih ramai musuh dari sahabat.

Manusia sememangnya cenderung untuk menuduh daripada bertanya mengenai perkara sebenar, kerana menuduh lebih mudah dari bertanya. Sediakan beberapa skema jawapan yang ada dalam kepala kita, dan mulakan tuduhan. Sudah pasti ada jawapan yang terkena, walaupun sipi, pada yang dituduh.

Namun, bertanya perlukan keberanian dan ketabahan yang lebih dari menuduh. Sebabnya, untuk bertanya kita perlu bersedia untuk menerima sebarang jawapan yang entah betul atau tidak.

tetapi ia sepuluh kali lebih baik dari menuduh. Quran tidak menyebut, “wahai orang yang beriman, menuduhlah kamu untuk mendapat jawapan,” tetapi Quran berkata, “maka bertanyalah kepada ahludzikri sekiranya kamu tidak tahu” (al -Hajj). Maka seharusnya bertanya lebih diutamakan dari menuduh.

Apa pilihan anda?

02 April 2006

Trip to Understand

Malam tadi tidak seperti malam-malam yang biasa penulis lalui. Penulis telah berjalan seorang diri, menuju KLCC, dan duduk di tepi kolam (yang ada air pancut tu lah..) dari pukul 8.30 hingga 10.00 sebelum bertolak pulang semula ke UIAM. Lepas stress sebab baru pulun dua exam dalam satu hari yang sama, plus dengan sedikit masalah dalaman.

Duduk di tepi kolam, penulis nampak sangat ramai orang Indonesia di situ. Kedapatan juga keluarga yang ganjil... (haha, tak tahu nak cakap camana.. tapi memang pelik).

Duduk sambil main game dalam henfon baru, Pocket Carrom. Penulis memang suka main carrom, jadi memang bes la main game ni depan kolam.


Balik dari KLCC sekitar jam 10.45 sampai ke bilik. Belum sempat penulis nampak pintu bilik, ada pulak kawan yang mengajak tido di rumah Ustaz Arif, (imam majid SHAHS (betul ke ejaannya ni?) atau lebih dikenali dengan nama masjid UIA,). Solat Isyak dan terus bergerak mencari topi keledar (bhs saintifik:helmet :P) dan motor. Sekitar jam 11.30, kami bertolak ke rumah beliau di sekitar Kedai Makan Kubor. Tak jauh, cuma 10 minit naik motor (sambil nyanyikan lagu baru Inteam, "Tiada Lagi Kasih.")

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah perbincangan penulis dengan Ustaz Arif, selaku orang yang agak arif dalam bidang agama, dengan mengambil pendekatan salafi sebagai titikpunca (source point) kepada setiap permasalahan yang dibincangkan bersama, sejak dulu lagi.

Apapun, kita tidak boleh cuma bergantung kepada satu pendapat, sebaliknya kita perlulah mencari pendapat2 yang lain, dan kemudian kita pilih pendapat mana yang lebih kuat untuk digunapakai.

Soalan penulis adalah mengenai nikah di Siam: adakah ia sah kerana menepati syarat, atau adakah ia tidak sah kerana tidak mengikut turutan wali?

Jawapan ustaz:
Nikah tidak sah kerana tidak menggunakan wali mujbir, iaitu ayah kepada perempuan itu sendiri. Wali hakim tiada fungsinya selagi wali mujbir masih ada.

Dalam satu hadis Nabi yang dijadikan sumber kepada hukum ini (legal source of rule):
"ayyamamra'ah nakahat nafsaha bigairi waliyyiha fanikahu baathil, fanikahu baathil, fanikahu baathil"

"Barang siapa (perempuan) di antara kamu menikahkan dirinya tanpa wali, maka nikahnya batal, nikahnya batal, nikahnya batal."

Dengan hadis ini, maka mana2 pasangan yang nikah di Siam, maka nikahnya batal, dan wajib nikah semula.

Daripada apa yang penulis belajar dalam kelas Fiqh (Introduction to Fiqh di Maincamp dan Fiqh di matrik)-anak perempuan adalah harta kepada ayah dan ibunya. Terutama sekali kepada ayahnya.

Ini adalah kerana ketaatan anak perempuan selepas Allah dan Rasul , adalah kepada ayah dan ibunya. Ketaatan ini pula akan berpindah kepada lelaki yang dinikahinya. Oleh itu, ketaatan perlu diberikan dengan cara yang betul iaitu melalui proses pernikahan yang betul. Apabila pernikahan dilakukan di Siam, ia jadi seolah2 nikah tersebut dilakukan dengan "sirr" dan lari dari masalah.

Lari masalah adalah perkara yang berbeza dengan mencipta masalah yang baru dan lebih besar, tapi dengan nikah di Siam, kita menjadikan kedua2nya muncul seiring. Dengan kata lain, kita bukan saja lari dari masalah tetapi juga mencipta masalah baru.

Hanya mazhab imam abu hanifah sahaja yang membenarkan nikah dengan wali selain wali mujbir, itupun selepas diberitahu kepada wali mujbir atau keluarganya sahaja, barulah boleh dinikahkan.

Masalah yang berlaku di Siam, keluarga memang tidak diberitahu langsung. Tahu2, dah nikah bersama "teman lelaki yang dikasihi".

Jika ada yang 'arif' dalam bidang munakahat mengatakan bahawa kita melakukan talqif, seharusnya talqif itu perlu kepada pelaksanaan hukum yang lebih rajih, bukan yang marjuh (lemah).

Talqif ini adalah seperti "kita mengambil sedikit dari mazhab ni, dan sedikit dari mazhab itu, untuk dijadikan amalan kita." Perkara ini dibolehkan selagi kita mengambil pilihan yang lebih kuat legal sourcenya dan tidak pula mengamalkan talazzuz, iaitu membuat pilihan yang terlalu senang, kerana jelas ia mengikut hawa nafsu.

(Memanglah Islam itu mudah dan memudahkan, dan nabi pun berkata "pilihlah mana yang lebih mudah", tetapi untuk pilih yang mudah kadang2 akan terkena pada yang payah juga mengikut syarak, jadi pilihlah sahaja yang mengikut hukum yang lebih syar'i..)

Sebagai analogi, ustaz memberikan perbandingannya yang agak kontroversi, iaitu,
zina lebih baik dari kawin di siam.Ini kerana orang zina melakukan intercourse dalam rasa takut, sedang orang yang nikah di siam melakukannya dalam rasa selesa dan tenang, kerana mereka berkahwin di Siam, sedang semua orang tak tahu, dan nikah itu pula tak guna wali mujbir, dan nikah itu tidak sah.

Tapi ini baru satu pandangan yang penulis kutip. Penulis akan cari lagi di mana yang boleh dan setakat mana yang termampu, supaya penulis sendiri boleh memilih pendapat yang lebih kuat. Penulis pun nak talqif juga lepas ni. Macam lebih meyakinkan je..

27 March 2006

Cintailah Bahasa Jawa! :P

Sikap prejudis membuatkan kita slalu skeptikal tentang semua yang ada di sekeliling kita. Kita hidup dengan pelbagai tanggapan dan mindset yang entah betul dan entah tidak.

Semalam penulis ke Summit USJ bersama yang tersayang. Huhu, pertama kali ke sana seumur hidup, walau hampir 5 tahun jugalah menghabiskan masa kehidupan di bumi KL dan Selangor. Takpe, orang Selangor pun belum tentu smua dah pernah pegi sana jugak..kan?

Disebabkan tak pernah pergi ke sana, jadi penulis tanya dengan ramai orang mcm mana nak ke sana. Mula dari orang dalam bas nak ke KL (mekasih pakcik driver! :P), konduktor bas yang tengah lepak2 hisap rokok kat tepi bus stop depan Kotaraya dengan selambayayanya... (huhuhu...), driver dalam bas no 10 Metrobus, makcik dalam bas tu, konduktor bas no 3 (bas ke Summit yg sebenar2nya..), dan terakhir sekali mamat Cina yang duduk kat belakang. (ramai, kan? :P )

Dari pemerhatian penulis, kempen budi bahasa budaya kita mungkin lebih banyak menyerap masuk ke dalam org yang berumur 30 ke atas, manakala, hanya seorg sahaja, iaitu mamat cina tadi, yang agak2nya berusia 20-25 tahun, nampak macam berbudi bahasa.

Yang lainnya, macam kureng skit. tak berapa mesra pengguna sangat (user friendly.. haha, boleh ke pakai term ni?). kenapa ya?

satu lagi nak bagitau, bukan semua Cina tak boleh percaya, dan bukan semua Melayu tu haprak.

Satu lagi, cintailah Bahasa kita. :) Penulis cuba berbual dengan pengawal keselamatan di depan Summit. Inilah hasilnya:

"hello Vijay, I'm Fahmi. I want to ask something. Where should we wait if we want to go back to KL?"

"oo.. encik fahmi, encik seberang jalan, encik naik jejantas ni je, senang. turun, tunggu sana je (smbil menunjukkan ke arah bus stop yang penulis tak nampak.haha.).

"ok vijay, mekasih."

Haha. Malu betul.

Tapi sebelum ni memang fikir kalau nak cakap dgn org bukan Melayu, mesti nak cakap English. Sebab dulu, masa berkawan dengan diorang waktu sekolah rendah, diorang bagitau yang diorang di rumah ckp English. Penulis fikir, mesti English orang Cina dan India ni power.

Rupanya, ia bukanlah setiap masa macam yang penulis fikir.

Takpe. Lain kali kita cakap Melayu pulak dengan diorang.

Cintailah bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa. (penulis jawa, kena cakap jawa ke? :P ) Salam.

15 March 2006

Journey After Graduation!!!

Journey After Graduation!!!

meh ramai2 kita datang blog dia.. semangat baca entri2 dia! ini baru usahawan sebenar.. tak takut dengan risk.. caya la brader..

08 March 2006

Syabas buat KOSMO!

Rasanya kali ini macam nak bercerita tentang perkembangan KOSMO, setakat yang dilihat hingga hari ini.
1)Kosmo mula dilancar pada __________? Agak2 sapa yang ingat ya? Kalau tak silap penulis, KOSMO mula dilancar pada lingkungan bulan April hingga Jun 2005. Sebab waktu tu penulis sedang mengambil short semester, di MainCamp UIA.
KOSMO menarik perhatian kerana saiznya yang bes, dan sedap untuk dipegang sambil berjalan, layoutnya yang kemas, headingnya yang menarik, dan yang paling penting, harganya yang memang murah.
Dengan spesifikasi semacam itu, di UIA kalau jumpa paper selain KOSMO di bilik member, penulis rasa pelik, sebab dah terbiasa jumpa paper KOSMO je.
2)Ruangan paling menarik yang takde pada akhbar lain tapi ada pada KOSMO? Hmm, rasanya jawapan paling sesuai ialah.. ruangan SMS! (tp penulis dah hantar 2 kali tak keluar pun. isy.. :P) Dengan adanya ruangan ni, KOSMO membina kelasnya tersendiri dalam akhbar tempatan. Sebab, dengan ruangan pembaca dalam berita harian dan utusan, mereka perlu menghantar artikel atau rungutan dalam bentuk yang panjang, sedangkan di sini mereka cuma perlu hantar SMS saja. Inilah daya tarikan utama bagi KOSMO (pada pemahaman penulis).
3. KONTROVERSI paling GEMPAK? Hmm.. meh kita tengok. setakat ni, ada yang paling baru ialah Siti Nurhaliza: "Saya Sudah Dimiliki". Sebelum tu ialah "Mee mengandungi Asid Borik". sebelum tu lagi ialah Bigfoot, dan sebelum tu lagi ialah kes keruntuhan moral (rasanya untuk kes ni KOSMO macam jadi Mastika versi akhbar la plak.)
Harap2nya KOSMO akan terus menyajikan minda para pembacanya dengan berita berkualiti, bukan setakat tangkap muat atau berita ntah apa2, tapi jadi macam Buletin Utama versi Akhbar. Syabas buat KOSMO...

17 February 2006

sampai padamu...

cintailah insan kau kasihi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
membencinya pula..

bencilah manusia kau musuhi
dengan sekadarnya
kerana kelak engkau mungkin akan
mencintainya pula...



[saujana]


bergelumang dan terhuyung hayang,
dalam keriuhan jiwa,
mencari erti kasih dan cinta,
sedang rindu tak pasti lagi untuk siapa,
kerana semuanya tak lagi seperti biasa...

bila sunyi bergemerincing,
tak terdengar suara hati yang membisik,
"jangan.. jangan.."
sedang di sini, (tunjuk dan usap2 kepala)
tekad dan semangat menyesak,
bergumpal-gumpal,
menyaksi prinsip pegun yang akhirnya teralih arah,
kerana hadirnya rasa itu,
tersaksi pada lenyapnya rasa benci,
silap dan bersalah..
sejak kau kembali ke situ,
bersemayam di singgahsana hati..

buatkan aku tersadung,
lelah, keputusan nafas,
dalam larian mencari kemaafan dan ruang,
untuk kuberikan hadiah pengharapan
pada kau yang sering kumimpikan...

tapi kau begitu gharib, asing,
dengan pendirianmu yang tersendiri,
teguh,
namun kadangkala mengundang pening,
kerana bolak balikmu
antara menyepaikan rasa kasihan,
dan membina ketegasan sekeras batu..

pintaku,
semoga diri ini
tak akan buat kau keliru, benci, atau tertipu...
semoga masih ada lagi ruang buatku,
agar bayu kasih berpuput
dan sampai padamu..

14 February 2006

mencari semangat yang hilang..



ni adalah portal yang penulis cuba libatkan diri, cuba nak aktifkan diri dalam alam maya, bukan sekadar tulis blog je. nak cuba sedaya yang mampu. tak harap jadi gemilang sangat atau jadi founder mana-mana forum, cuma nak memeriahkan je, dan mencari semangat yang hilang.http://alif.com.my

02 February 2006

Ikut kreatif sendiri. :)

Penulis berbual bual dengan insan tersayang malam kelmarin (selasa mlm rabu) masa tonton Natasya bersama famili. Kami berbual tentang satu adegan di awal cerita, di mana Rahimi ditikam ketika cuba selamatkan Natasya dari dirogol oleh perompak. Juga tentang Natasya yang 5 hari tak makan kerana sedih dan rasa bersalah sangat atas apa yang telah terjadi kepada Rahimi dan keluarganya. Bukan nak fokus kepada 2 babak ni, (walaupun perbincangannya agak menarik dan menyentuh jiwa), tapi nak fokus pada rancangan selepas Natasya, iaitu Mr Bean.

Insan tersayang ni cakap (via sms), "kenapa rancangan Mr Bean ni masih orang nak tengok walaupun dah boleh hafal lawak2 nya.. siap promo lagi tu."

Penulis berfikir seketika sebelum menjawab, "sebab sikap manusia sendiri yang suka mencari orang yang kurang akalnya dari dia untuk dijadikan bahan ketawa."

Alasan: memang susah nak jumpa orang yang tak suka gelakkan atau kutuk orang lain yang buat bende tak betul pada mata dia. (bukan nak menafikan memang ada sesetengah orang yang tak buat macam tu, malah tolong betulkan pun ada. penulis pernah jumpa orang macam ni.)

Dia reply semula: " mm.. mencari orang untuk diperbodohkan? menarik. tapi boleh tak kalau kita kata MrBean cipta lawak yang orang tak pernah nak fikir?"

penulis diam, untuk 3 minit, sebelum menjawab semula, "Itu bergantung sebenarnya. :)" (tak nak kalah, haha..)

Bagi penulis, lawak memang Mr Bean dicipta untuk buat orang ketawa, tapi kalau penulis nak kata lawak tu tak pernah difikir, ada betul dan ada salahnya.

Mr Bean dalam mewujudkan "Mr Bean" palsu pada kerusi (dgn ideanya bahawa TV mengesan kedudukan Mr Bean supaya Mr Bean tak dapat tengok TV), itu kreatif. Tapi dalam masa yang sama, kalau ikut logik, TV takde keupayaan mengesan haba, jadi dia tak boleh detect Mr Bean di mana. Mungkin logiknya pada sistem penerimaan signal TV yang memang boleh diganggu oleh aura (medan magnetik) pada badan manusia. Itu memang boleh dihujahkan.

Tapi kalau aksi berlawan pedang dengan seekor lebah yang nakkan kuih yang dipegang oleh Mr Bean, logik penulis tak dapat menerimanya sebagai kreatif. Orang tak pandai je buat camtu. (dalam babak ni, penulis terimanya sebagai lawak yang tah hape2.. kelakar2 saja je lah, takde yang merangsang pemikiran.).

Babak yang paling tak praktikal tapi buat penulis kagum dengan penyelesaian yang Mr Bean ambik ialah ketika dia cabut stering keretanya dan simpan dalam beg. Bila pencuri tu buka mangga pintu keretanya (ada pulak pakai mangga dan engsel kat kete.. :P) dan dah dapat hidupkan enjin, pencuri tu terpinga2 pasal tak dapat pegang stering untuk bawak lari keta hijau dia tu. :D

Point di sini ialah, sifat lawak menceriakan keadaan, tak kira masa dan tempat. tapi kita boleh kelihatan sangat bodoh, atau kelihatan sangat pandai (boleh kata opportunis lah) dengan lawak yang kita buat. Ikut kreatif sendiri. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header