26 June 2008

Buka Fail Word 2007 dengan Word 2003

Kisah 1:

Anda pelajar UIAM yang baru sahaja membeli laptop kedua selepas laptop anda tidak dijumpai. Penjual mencadangkan anda menggunakan Windows Vista dan Office 2007. Anda dengan girangnya bersetuju, kerana merasa anda "lebih" sedikit dari kawan2 yang menggunakan Windows dan Office 2003.

Pulang dari lowyat, anda membuka Word 2007 dan mula menaip entri terbaru "aku ada laptop baru". :D

keesokan harinya, ketika anda mahu upload entri, di ITD, anda gagal membuka fail entri yang anda siapkan semalam. Anda hampa...

Kisah 2:

Anda pelajar UIAM postgraduate yang sedang menyiapkan thesis di laptop anda, juga menggunakan office 2007. Thesis perlu dihantar hari ini sebelum jam 4.30 petang. tepat jam 4, anda bergegas ke ITD untuk print.

Sebaik saja anda membuka Word 2003, anda dapati fail thesis anda tidak dapat dibuka. Lab Assistant di situ juga tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Anda semakin buntu. Waktu semakin suntuk. Apakah yang perlu anda lakukan?

Jangan bimbang. Kini dengan Office 2003 anda boleh membuka fail2 Word, Excel, dan Power Point yang dibina menggunakan Office 2007.

Apa? Biar betul??!!!

Dapatkan Format File Converter produk dari Microsoft di sini. Install, dan semuanya akan berjalan lancar. Kepuasan anda, adalah kebanggaan kami. :)

21 June 2008

My 2 Cents

1) Majlis Tahlil Kenduri 7, 40 hari, 100 hari amalan Melayu
"dari ibnu Umar ra, Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya keluarga Ja'far telah disibukkan dengan urusan kematian, sediakanlah baginya makanan." Riwayat Muslim dan dikuatkan dengan matan yang lain dengan maksud yang sama dalam Riwayat Bukhari.


Jika inilah sikap Nabi, (dan semestinya sunnahnya, yang bila dikatakan sunnah, adalah cara hidup yang paling baik dan benar), mengapakah kita masih membenarkan budaya yang tak benar, dan meneruskan apa yang tidak patut diteruskan?

Mengapakah masih ada Muslim yang bila kematian ahli keluarga, Muslim ini jugalah yang bersusah payah mengadakan kenduri untuk orang yang datang, yang kemudiannya membacakan Yassin, tahlil (yang belum pasti pun diterima, atas sebab : bacaan Yassin atau surah2 lain kepada yang telah mati, tidak sampai, yang tinggal hanya 3, amal jariah si mati, doa anak yang soleh,bkn doa jiran kepada anak, dan ilmu yang diamalkan.)

2) Amal yang Benar
Bila kita nak berbuat baik, specifically berbuat amal ibadah, perlulah kita pastikan ada dalil atas setiap amal kita. Amal yang tidak ada dalil Nabi membuatnya atau Quran menyuruhnya, lebih baik saja ditinggalkan.

Takut2 kita meneruskan kesilapan yang diwarisi, dan takut2 juga kita membuat perkara yang sia2. Takut2 juga kita membuat apa yang tidak pernah diajar dalam Islam acuan Nabi besar junjungan.

Takut2, walau pun niat kita untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita dimurkai pula.

09 June 2008

Saya Mahukan Komen Anda! :)

Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada anda semua.

Bagi saya, ini adalah permulaan saya untuk berserius dalam bidang kedua yang saya minati selepas Flash Designing - Music Mixing. :)

Saya telah mula belajar menggunakan Fruity Loop dan Sony Acid Music Studio ketika semester pertama saya di kampus, iaitu sekitar April 2005. Pada ketika itu, saya berjaya mencipta dua lagu, lengkap dengan lirik. Satu lagu masih bersama saya, "Syahdu", dan satu lagi, "Langkah Seperjuangan" telah diserahkan pada individu tertentu.

Sepanjang Jun 2007 sehingga sekarang, saya telah mencipta 12 buah lagu, (ya, mungkin satu bulan satu lagu, hehe). S

Dengan kualiti beginner, terhasillah apa yang saya panggil sebagai, Lintasan Cinta. Album ini saya gubah muziknya sendiri, saya susun liriknya, dan saya nyanyikan sendiri.

Ingin saya kongsikan bersama anda semua, cerita, penghargaan dan impian saya, kepada kehidupan dan orang2 tertentu dalam hidup. Terimalah dari saya, Lintasan Cinta.

Klik link ini, dan anda akan dibawa ke page untuk download dari rapidshare.com. Anda boleh memilih mana2 lagu untuk download.

Saya cuma mahukan komen jujur anda, (tak ikhlas pun takpe, hehe) mengenai produk sulung saya. Ikut suka anda lah, nak tinggalkan di post comment pun takpe, shoutbox, atau email saya, bg yang tahu email saya. :)

nota: Mencari Firdaus, susunan muziknya adalah dari saya. Tapi liriknya bukan. Saya cuma melagukannya sahaja. Liriknya dicipta oleh seorang yang sangat berbakat dalam puisi. Mentor Ulung :) Mungkin anda pernah dengar namanya.

06 June 2008

Komisen awak berapa?

Ala, apalah sangat RM 120,000 berbanding RM billion2. Oh, kalau rakyat buat jadi rasuah, tapi kalau dorang buat jadi komisen? Heh. Cuba tukar tajuk dia,

Pesara didakwa terima komisen RM 120,000,

cuba tengok kut2 ada sapa peduli?

Well, absolute power corrupts absolutely. What else could I say? ;)

Pesara didakwa terima rasuah RM120,000

SEREMBAN: Seorang anggota Lembaga Pengarah Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah RM120,000 daripada seorang peniaga kereta.

Ramin @ Abdul Rahim Buang, 66, didakwa menerima wang itu dalam bentuk cek pada 12 Mac tahun lalu daripada seorang wakil penjual kereta Syarikat Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd untuk membolehkan syarikat itu menjual sebanyak 20 buah kenderaan kepada Koperasi Berjasa.

Ramin ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah pada 5 April tahun lalu.

Hakim Sabariah Atan menetapkan 10 September ini sebagai tarikh perbicaraan.

Beliau membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000. - Bernama

02 June 2008

Troubles BACK OFF!!

Dia menelusuri jalan yang berliku. Dan diakhirnya dia ketemui apa yang dicarinya. Happy ending.

Tetapi berapa ramai dari kita hari ini, yang merasakan, masalah yang berkunjung, tak putus-putus, bagai tiada penghujungnya?

Ketahuilah, anda tidak berseorangan. Dan tiada seorang pun yang masalahnya lebih kecil dari anda.

Jangan bersedih lagi. Teruskan redah kehidupan anda. It's your life, and it pays to clear the path with your will and perseverance.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" Al Imran 142.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header