3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

Showing posts with label sahabat blogger. Show all posts
Showing posts with label sahabat blogger. Show all posts

28 December 2011

Segmen: FiveFave

Assalamualaikum pembaca-pembaca InilahFahmi hari ni~ =)

Sebelum Disember melabuhkan tirainya mengensot menuju 2012, sebenarnya saya teringin sangat nak buat entri stail segmen, tapi nak kata segmen sangat pun tak tahulah ya ke tidak.~ Kalau ikut, direct translation 'segment' boleh jadi 'bahagian-bahagian'. Macam tak sesuai pun ada. Ntah lah labi~

Objektif entri ni, saya nak tahu bagi anda, apa dia 5 perkara yang penting, 5 tempat yang baru saja anda sampai, dan 5 orang penting yang baru anda kenali tahun 2011 ni. boleh , kan?

Semoga kita semua dapat sharing-sharing, dan juga dapat kenali kawan-kawan lain, dan tahu apa yang penting bagi mereka, sepanjang 2011 ni.~ =)

Sekurang-kurangnya pulak, bloggers akan ada point lebih untuk tulis entri malam ni pula~ =)




Segmen: FiveFave

Sepanjang 2011, senaraikan 5 perkara bes @ penting @ paling baik yang jadi, 5 orang baru yang sangat bermakna dan baru dikenali, 5 tempat baru yang anda sampai.
Boleh copy dan letakkan gambar atas tadi pada entri, tapi tak wajib pun, ~ =)

Sedia?  Saya mulakan dulu ok? :)

21 December 2011

Gathering Blogger Selatan Pengkalan Balak Disember 2011

Assalamualaikum pembaca InilahFahmi sekalian. Apa khabarlah anda semua hari ni yea :)
Kita mulakan hari ini dengan quote positif, mudah-mudahan hari ini hari yang lebih baik buat kita semua.
Jika kejayaan adalah satu rencana besar rahsia Tuhan, kegagalan pula adalah kesilapan insan yang dibiar berterusan. 
Mungkin ada yang maklum dan mungkin ada juga tidak maklum tentang nature blogger. Blogger rata-ratanya, adalah manusia yang keterlaluan menghargai spontaneous moment, instant gratification, dan juga lebih bersifat impromptu atau 'buat-mende-dan-dan-tu-jugak'.

(Okay... boleh cerita lagi, Fahmi?)

16 October 2011

Upin dan Ipin : Mari Bercerita



Upin:Penatnya lari. Ipin, jom kita duduk jap.

Ipin:Haa. Korang, nak dengar tak satu cerita? Tak, tak.. Ni bukan Hikayat Merong Mahawangsa, Merong Mahasuasa pun bukan.
Upin: Betul-betul-betul!

Ipin:Macam ni... time main CONGKAK, Upin dan Ipin selalu cakap kat Kak Ros, JANGAN PANDANG BELAKANG FLAT 3A tu, sbb dorang tahu, petang-petang memang HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH dia.

Upin:Tapi tak sangka jugaklah Kak Ros, walau Upin dan Ipin dah pesan, tapi Kak Ros degil.

Ipin:Ha semalam Kak Ros tu dah demam, kena BULI lah tu, dah lah malam semalamnya tu  sibuk minta Opah bukakkan AL-HIJAB dia. petang esoknya pula saja main lalu-lalu di flat tu. Kan dah susah?

Dari nak sarapan NASI LEMAK 2.0, sebab Kak Ros dah demam, tak sihat, kitorang pun terpaksa lah makan KARIPAP-KARIPAP CINTA yang tak berapa nak sedap tu.. alah, yang 2 seringgit tu lah, kawan kitorang  yang jual tu.

Ipin: Haaa.. betul betul betul!
Upin:Eh, korang, korang, nak pegi mana tu? Ada lagi cerita ni!

Flash Based Content Kami di FlashFave.com telah dicalonkan dalam Social Media Business di Social Media Awards 2012. Tunjukkanlah sokongan anda kepada industri design tempatan di sini!

Upin:Tak lama kemudian, lepas Kak Ros dah Opah bawak pergi jumpa Imam, Upin dengan Ipin, kitorang pergi main video game baru Ehsan beli.. Best! Game CicakMan lawan-lawan. Kelakar! Tengok Professor Klon kena LIBAS!

Ipin:Dalam perjalanan tu pulak, abang Sally yang lembut tu ajak kami borak-borak. Eh, tak nak lah Ipin. Kak Ros cakap, lelaki kalau lembut macam abang Sally tu, nanti dapat Bini-Biniku Gengster. Kalau tak nak, kenalah keraskan diri macam lelaki dalam KL GENGSTER tu. KL GENGSTER tau,  bukan GERAK KHAS THE MOVIE!

Upin:kalau tak boleh pun, tunjuk hero macam ADNAN SEMPIT tu pun okay. Kan Ipin kan?
Ipin: Betul- betul-betul!

Upin:Eh, okaylah, kitorang nak sambung pengembaraan ni. Lama pulak borak dengan awak. Raju, Mei-mei, jommm!!
Upin + Ipin:GENG: PENGEMBARAAN BERMULA!

Entri ini ditulis untuk kumpulan entri JueStan Mari Bercerita. tiap cerita perlu membariskan beberapa judul movie, antaranya,
Nasi Lemak 2.0. | Karipap Karipap Cinta | Congkak | Flat 3A | Al-Hijab | Buli | Libas | Bini Biniku Gangster | Cicakman | Adnan Sempit | KL Gengster | Gerak Khas The Movie | Hikayat Merong Mahawangsa | Geng : Pengembaraan Bermula | Jangan Pandang Belakang | Hantu Kak Limah Balik Rumah






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

29 August 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan Versi Inilah Fahmi

Bersama saya dalam ketuk-ketuk Ramadhan versi sesat. =_= Teruja betul. Tahu tak semalam saya buka puasa dengan siapa?

Buat kali keduanya saya berbuka puasa dengan kawan Blogger selepas 3 tahun.

Kali pertamanya adalah di Rumpun Gathering, tahun 2007 di Restoran Pelita Nasi Kandar cawangan KLCC, bersama tukang belanja Josh Lim (Adverlets), Izwan Robotys, MiraKimura, Fahmi Flavert, LisaMelur Raining Heaven dan Saudagar Mimpi Tuan Syarafuddin Sulaiman dan ramai lagi Bloggers seputar launching Advertlets. (Cerita dulu-dulu. Sekarang semua dah jadi manusia luar biasa).

Tapi, semalam, saya buka puasa di Taman Permai, di rumah #retis Tuan Admin SB (sahabat Blogger), bernicknamekan Kunci tertinggal Locker aka ******** nama dirahsiakan atas permintaan empunya badan, wahahaha , mengade betul).

Turut serta adalah old timer Nor Fatiah Yadz.

Sebetulnya nak buka di Sabak Aur Muar, tapi sebab ramai yang tak jadi, jadi, kami tarik diri dan buka di rumah Tuan Admin. Nasib baik keluarga dia okay. Yelah, bagitahu nak datang pukul 4, tak ke pitam mak dia kalau jenis macam mak yang suka entertain tetamu dengan makanan yang banyak, and bersemangat sangat prepare macam2?

Selepas dapat green light, kami terus mencari bazar ramadhan paling meriah terdekat, dan capai lah 4 jenis makanan berbeza.

Saya dapatkan karipap daging + sardin, tau foo fa (yang ayah Tuan Admin nampak suka benar makan, hehe) yadz pula dapatkan murtabak + otak-otak (Sidiq kesedapan, sampai tak cukup rupanya. takpe yadz, tahun depan kita beli rm10 ringggit k? hehe)

Sesampainya di rumah Tuan Admin, reaksi pertama saya dan yadz:

Wooaaaaaaaa~ rumah kaooooo :D

Sebelum makan, adalah sikit sesi ice breaking. Sempatlah mengusik adik beradik Tuan Admin, dan tengok movie Flat 3B 3A dengan Ika (zulaika, budak paling petah kat taman permai haha), Amat, dan lagi dua orang adik beradik Admin, sori belum tahu nama.

Aktiviti lain termasuklah anyam ketupat (nasib Bro takde, kalau tak, maybe dah dapat satu vlog anyam ketupat hahaha), dengan Tuan Admin. Yadz pura2 tak pandai, geram betul..

Usai makan, kami tumpang solat dan bergerak pulang, sebab lewat malamnya nanti saya gerak balik kampung di Semerah Batu Pahat pula.

Terima kasih sebab bagi kami tumpang buka puasa , ya, Tuan Admin? kalau tak , tak tahulah kami nak buka di mana. Hehehe...

p/s: Ade ke patut dikenenkan dengan akak Tuan Admin? Kesian pakwe akak dia jeles nanti #adehhhh




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

17 August 2011

Mencari Diri : Ramadhan di Perantauan (LA SANGAT)



 "man qaama ramadhaana iimaanan wahtisaaban ghufiralahu ma taqaddama min dzanbika wa mayata'akkhar" (riwayat Muslim)

maksud hadith mengatakan, barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan berhati-hati dengannya, diampunkan dosa yang terdahulu dan terkemudian. (Riwayat Muslim)

Jom kita combokan entri Ramadhan!

Berpuasa di Perantauan
Walaupun inilah kali pertama puasa sebulan di rumah selepas hampir 10 tahun tinggalkan puasa rumah ke tempat belajar, memang kali ini rasa best. Buka puasa di merata-rata, dan sahur pun macam time belajar dulu.

Kelmarin solat Tarawih di Masjid Wilayah. (Jalan Duta) , hari berikutnya di Surau Sri Iskandar. Puas hati? Hmm.. tak berapa. Tapi alhamdulillah. Imam tarawih import dan majlis agama ada perjanjian Pangkor sulit ke, untuk baca cuma satu - tiga ayat satu rakaat? Kalau dulu satu malam dah boleh dapat separuh juzuk. Kalau sekarang, bukankah sepatutnya sudah juzuk 6? Semalam  di sini baru juz 4.


the Next Milestone
7 jam untuk 4 hari bergila duduk dalam kereta, memanglah syok kalau ada orang layan bual. Lagi syok kalau orang itu #retis. (gelak tak hengat) Nak tahu siapa? Bro Framestone dan Reena Tan laaa ^^

gathering Iftar
Memang betul-betul seronok apabila berjumpa kawan-kawan yang sekepala. Sori lah tak dapat nak bual dengan semua orang lagi ya =) kali ini gathering ada lah dala m28 orang. Oh, dan ada kejutan untuk saya juga. Kawan lama di IIUM turut join, kawan pada Reez. Huda namanya. Ada 3 tahun tak jumpa beliau.

Antara yang datang dan sempat dikenal + dicam termasuklah:
1) jackie koh birhday guy
2) Pisyek
3) Adib
4) Mirul Abu
5) Padil the Penyu guy
6) Reez Luv
7) Rashid
8) Faridzul
9) Bro Framestone
10) Ain Laa
11) Rus Anisza
12) Ruzz Ezanie
13) Amalina Nay
14) Aliaa Farhana the Pinky Moo
15) Cik Reena Tan the Bunian Puteri
16) Syahirah Sabri
17) Qusya Azmi the Organizer
18) Pija Shamsudin
19) kawan sebelah Ain Laa
20) kawan sebelah Rus Anisza
21) kawan sebelah Nay
22) kawan sebelah Reena Tan
23) kawan sebelah kanan Padil
24) kawan sebelah Reez Luv, Huda
25) kawan sebelah Pisyek
26) kawan sebelah Adib
27) kawan sebelah Syahirah Sabri
28) Fahmi Mahat

seronok sebab, makan kuih Padil  buat (Untunglaa sapa jadi bini hang makan je kerja). Makan  bersuap2 dengan orang sebelah. Juga sebab jumpa member yang dah 3 bulan tak jumpa. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

09 August 2011

Apabila RM 50 bertemu RM 1 : Edisi Lain

Babak Satu

Pada suatu hari, duit seringgit terserempak dengan duit lima puluh ringgit. Mereka ni dah lama tak jumpa. Lalu kedua-dua mereka memulakan perbualan.

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah."

Dengan muka bangga + sinis, beliau bertanya kembali, 
"Eh, ko camner lak?"

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama............'SURAU...., MASJID......., SURAU........."

Rm50 terkesima. "adehhh.. terkena aku. nape le bijak sangat pegi tanya soalan tu tadi"


Babak Dua

RM50 menoleh ke sana, di kejauhan. Hajat di hati nak ubah topik.
Dia pun bertanya lagi pd RM1,

"Eh, aku dengar anak sedara kau , sePosen, duaPosen dengan limaPosen tu, dorang dah dapat plastic surgery baru.waahhh, hensem la dorg , mcm kau jugakkk. Diorang lepas ni kalau ke surau leh lepak-lepak lama lah dengan kau kan?"

RM1 tiba-tiba berpusing dan menjegil mata.
"Hensem? Memanglah hensem, tapi muka cam Israel buat apa. aku pak penakan depa ni pun segannn org duk kata, canang merata, depa muka Israel.

Aku masuk surau, masjid, surau... depa..? La ni surau pun tak mau pegi. segann kata depa org dok canang lagu ni. La ni depa selalu pegi mesin air mineral je, paling jauh pun nuu ha, Dr Sukida punya mesin depan masjid Pagoh tu. Mana ada lagii public phone mau depa dah"
 (Sob3)

Rm50 terdiam lagi. "aih, salah lagi ke aku cakap??"
Entri diilham dari status ping oleh Mawar Berduri dan entri Amal Espraza tentang duit syiling baru katanya.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

26 July 2011

Berat jadi Group Admin

Korang memang join group untuk ramaikan follower kenalan, reader, dan cari orang yang sekepala. Then, korang tersuka pulak, rasa nak buat group, untuk ping entry. Korang pun buka link buat Fb group, lantik diri korang jadi admin, dan ajak kawan-kawan masuk group. Entah mereka nak ke tak, korang pun tak tahu.

Tapi korang sebetulnya tahu tak?

Erm. Macam mana nak cakap eh..

Berat sebetulnya jadi Group Admin ni. Kenapa?

29 June 2011

#3Wordless Wednesday



Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka 
tanpa meletakkan apa apa description untuk explain gambar tersebut, 
biar gambar saja yang menceritakan segalanya :)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

19 June 2011

Bersama Datin Tyka: Kenangan Manis


Cerita tentang kenangan manis dan pahit? erm. kenangan manis boleh dikongsi. tapi kenangan pahit biarlah disimpan sendiri. Sebab kenangan pahit tu memang susah ditelan, dan selalunya libatkan orang lain yang tak patut dalam equation. Tak elok juga nanti terdedah aib~ =)

"Kenangan dahulu mendewasakan, mengajar erti kehidupan. Biar diduga derita, tabahlah sentiasa, semoga mendapat rahmatNya".

a)kenangan manis time sekolah? Hmm..
masuk aje tingkatan dua, terus market dalam bidang seni suara (kecuali nasyid) sampai tingkatan 4. Semuanya atas peluang yang tak disangka bermula, dari pendedahan dalam kelas Khas Kemahiran Al Quran. Dari situ, saya pernah  dipilih membaca Barzanji bersama-sama Sdr Suffian (Amrin) dan Sdr Hakimi (Harun) , ahli kumpulan Saujana ' skrg, sewaktu sambutan Maulidur Rasul.
Dari situ, berkawan dengan kawan2 hampir sekepala, belajar Multimedia dan term2 komputer, termasuklah Flash dan Photoshop. Dan membuka laluan menjadi Sidang Redaksi sekolah.
b) kenangan manis dengan ahli keluarga? Hmm.. let's see.
Kerap kali dipuji bila menjadi co-pilot dalam perjalanan di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Dari umur belasan tahun, sehinggalah saat ini.
c) Kenangan dengan yang tersayang? Alamak. soalan cepuklemas Cepu Cemas.
Bila dipercayai oleh bakal keluarga mertua dan anak2nya... yang lain.

Hmm. cukuplah tu. Err, tak pandai lah nak bercerita bagai macamni. Saya lebih suka mendengar dari bercerita sebetulnya. XD

17 June 2011

Birthday itu Hari Lahir II

Tibanya hari jadi kamu.
Dan aku tiba tiba tak semena menjadi rindu.
Dan hajat di hati pun datang bertamu,
teringin benar nak belikan hadiah satu.

Lama benar tak buat entri birthday rasanya.

Fikir2, belek2, tak jumpa2 apa yang rasanya terbaik.
Jadi, kita tujukan sebuah lagu.

"boleh tuju lagu?"

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kawan2 aku,
Allah selamatkan kamu~!!! =)

Sangat ramai rupanya mereka yang birthday hari ni, yang aku kenali. Tak pernah tahu mereka kongsi hari lahir pula sebelum ni.
=)

Antaranya:
1) Syarafudin Sulaiman Si Saudagar Mimpi
2) Melissa Wong si Melur Hujan
3) Farah Soraya as Herself
4) kak Idawati Saad akak pada Kayif.com

kepada semua 'belated bestday' people,

Selamat mentuakan diri. May the blessed day grew you wings so you'll soar higher, paints up your sky with colours of wonder, so you'll be out of sorrow and showered with laughter~ =)


birthday2 sebelum ni:
Nisa Menaip
Azihan Aripin
Saidah Hanisah
Saidah Taqiyyah

birthday akan datang:
Afifah N.A Azmi
Fiera Pirot
Yana Khairuddin


(motif tulis list ni? =_=)

14 June 2011

Best ke KL Gengster ni?

SERDANG, Selasa: Seorang penonton yang tidak mahu dikenali, mengaku bersalah atas tuduhan menyebarkan ayat berbaur hasutan mengenai filem KL Gengster yang hari ini mencapai kutipan melebihi RM2.5 juta menjelang tayangannya hari kelima, di dalam blog, dan juga akaun Facebook dan Twitternya.

Penonton yang dipercayai berbangsa Melayu, telah ditangkap di hadapan kiosk TM Everyone Connects di tingkat 3, Mines Shopping Complex, ketika cuba menyebarkan hasutan.

Ketika ditangkap, penonton ini sedang menyebarkan ancamannya secara online."kepada sesiapa yang berani mengatakan KL Gengster tak sebest mana, beliau akan menghack akaun Facebook mereka."

Penonton ini telah dibawa ke balai Polis Sri Kembangan beberapa minit kemudian untuk disoalsiasat selanjutnya bagi mencari kaitan antara siri hacking Jack Sparrow dan entiti Anonymous Operation yang telah berura-ura akan menyerang Laman2 milik Kerajaan Malaysia. Ketika dibawa, kedengaran penonton ini menjerit2, "KL GENGSTER TERBAIK! KL GENGSTER TERBAIK!"

Dalam berita lain, Jack Sparrow menafikan sekeras2nya bahawa beliau memiliki kaitan dengan Anonymous Operation. Beliau dikhabarkan telah menyahkaktifkan kesemua akaun onlinenya termasuk akaun2 shadow dan fake.

**********************

08 June 2011

Wordless Wednesday


06 June 2011

Gathering BP


Indah nya perasaaan bila berada berhampiran dengan laut. Kebetulan pula bila berada dekat dengan kawan2 yang rapat di hati, dan berhampiran dengan laut.  =)

Tak sangka bila kali ini berjalan ke Lumut pula, sampai ke Teluk Batik yang sibuk diceritakan orang.

Gathering Blogger Perak pada 4 Jun 2011 adalah antara kenangan manis yang akan dikenang dan diingat banyak tahun. (Kenapa, Fahmi?)

02 June 2011

RT: Facebook Page

RT= Respond To. RT saya ilhamkan buat blogger yang suka buat entri respon pada entri kawan2 lain, dan juga blogger yang mungkin belum ada idea yang mampu tertuliskan.  Ini bukan contest, tapi saja2 meramaikan pengikut budaya membaca dan menulis jek =)

Caranya mudah.
1) Mulakan tajuk entri dengan RT , dan tuliskan tajuk anda sendiri.
2) Copy link entri kawan yang mahu di RT, backlink kan dalam entri,
3) Tag kawan tadi dalam geng blogger yang anda join, ketika ping, dalam main status. dan kawan2 lain yang anda suka, dalam comment =)
4)

kalau nak cantik, tambahlah image ni. kalau tak nak, no entry, eh silap, no hal =) boleh copy di sini :)
Takde had limit dalam sehari. Boleh post ikut seberapa banyak anda mampu, mahu dan tahu. =)

30 May 2011

Gathering Sahabat Blogger


 Dalam senyum yang indah,
dalam tawa yang ceria,
kulihat riangnya bila bersua,
jelas,
masih terlihat persahabatan itu,
meski baru sekali dua berjumpa.

^^

=====================

Gathering kali ni sangat ramai, 30 orang.. ke lebih, kut :)

Antara yang hadir, termasuk saya,  dan AdyBudika, adalah:
1) Fad Ali (cameraman yg hebat tu)
2) Amal Garang  (Garang yang riang ria, haha)
3) Kyerol the Kayif
4) Syafiq Mukhtar (pendiam dia ni)
5) Muaz Faris (dia ni pun, hehe)
6) Faizal Harnis (jumpa haritu di gath Lanun di KLCC)
7) Faris Syazwan
8) Saiful Nizam
9) Azri the Ayie (suka2 je  bagi nama camni)
10) Danial (pun ada time gath haritu,...err, di Taman Tasik Metropolitan)
11) Tetaufiq (member rapat Aiman.. kut?)
12) Taufiq (member rapat Aina Aimi.. kut jugak) Aiman the Halia (jumpa di gath Taman Tasik Metropolitan gak)
14) Zamir Zanon ( ke Zonan? Dah confius jap)
15) AriffFahmi (ingat kazuhiko Fahmi, mula2 tadi. huhu)
16) Along Usop
17) Syed Graphix, (alahai pemalunya bro sorang ni)
18) Nor Azlan Mazli (stailo lah)
19) Aslan As (akhirnya jumpa gak!! Haha)
20) Bro Framestone (akhirnya jumpa gak... jugak. in person. haha. nice2)
21) Ijai Jejai (Jejai? suka terjah artis dia ni, haha)
22) Ahmad Jer (aktif betul dia hari ni haha)
23) Kirin Selama Perak (the KSP! hehe)
24) Zikrey
25) Kudin Oppa
26) Mas Ahmad Safwan
27) Aina Aimi (THE aina aimi, hehe)
28) Fiera Fieryhot (hari ni 1st time tgk dia pose atas arahan jurugambar Nisa Kay haha)
29) Tia Fazunia (vogue as usual)
30) Fariera Hasanz (tak makan , minum je, sambil tersipu2 tengok Bro Framestone)
31) Nisa K (yang dimaksudkan dalam 28 hehe)
32) Cik Bulat (designer paling meletop thegarang.com hehe)
33) Farah Hudson (dan rakan seblognya, sorry, lupa nama =_=)
34) Tengku Mahira (kerabat eh? hehe)
35) Iera Kan (kawan pada orang nombor 36 yang sweet)
36) Riben Putih (yang sweet, mcm nombor 35 gak hehe)
37) Siti Sabariah (wow. #motif-ckp-wow?HAHA)
38) Yana Nanako
39) Ann (Robin latest, DarkBatman punya SideKick hehe)
so total, lebih kurang 37 orang . Ini tak termasuk nama yang tak teringatkan sebab tak berbual sangat dan tak dikenalkan diri =)

Ramai kan?

So, apa yang kita buat kat sana?

23 May 2011

Birthday itu Hari Lahir


Bila Birthday tiba, ramai orang yang gembira.

Sebab gembira tu , biasanya :
a) dapat hadiah dari orang yang kita harap2kan dari dulu lagi
b) dapat wish tak terhingga banyaknya , Kalau dulu takat dari phone,  sekarang ni duk mengira wish di Wall Facebook dan RT2 di Twitter. Diorang lah, bukan saya. :D
c) dapat prank yang maha hebat. Haha
d) yang blogger tu, untung2 dapat vlog barang sekilo dua dari blogger lain. contohnya cam ni di Kayif.com buat Ayie.


Tapi ...

22 May 2011

Senyumnya Si Matahari



Senyumnya mentari,
takkan sama dengan senyum dari hati,
kerana senyum dari hati
lebih terang
andai tak sepanas senyumnya mentari~

^^
Untuk contest ni, saya dengan sukacitanya tag:
Fiera Pirot (sebab dia suka bergambar)
Kyerul L Fresco (sebab dia suka bergaya)
Nordiyana Khairudin (sebab dia stailo.err, sama ke dgn y kat atas? ntah. )

Entri khas untuk contes sunshine smile. nak join? Jom baca kat bwh~=)


diserang Lanun KLCC

Nyatakanlah apa adanya dalam minda,
namun,
bila letih menguasainya,
sebelum ia hancur,
haruslah aku rehatkan,
biar minda ini akan terus mampu ada
untuk kamu, kamu dan kamu.

Semalam adalah hari yang menarik untuk diceritakan di sini.
(Kenapa Fahmi, apa yang best sangat tu?)

16 May 2011

Mencari Diri: Gath Blogger SB melayang2~


Kredit dari masikarfan.blogspot.com



Meriahnya petang ini.

Penuh dengan bisik2 gembira.

Tawa.

Dan suka.

Indahnya!~

Meski kau hadir cuma sementara,
kita tetap berbual bagai sudah kenal lama.

Meski angin itu cemburu pada kita,
tetap layang2 tinggi, kita terbangkan sama.

Meski dalam hati tak kurang lebat hujan
bagai rintik yang tak pernah akan sampai kesudahan,
wajah dihias haruslah secerah matahari,
kawan2 bukanlah yang ketiga atau keempat, dan
yang tak harus ku papar hujan di hati..
Kredit buat Nisa yang juga dari masikarfan.blogspot.com

kata orang, kawan mungkin tidak akan selamanya bersama,
kahwin pun tak semestinya dengan kawan yang sama,
betul?

namun,
kata aku?

aku kata,
senyum kawan itu, bagai permata
cukup jari di tangan, lengkaplah sifat manusia.
tapi tak cukup meriangkan, andai tiada permata
menghias jari..

hadir kawan itu bagai keretapi
ditumpang buat bersusah2, dikongsi bersama dalam bergembira


hadir kawan itu bagai lauk makanan
boleh, andai makan nasi kosong,
tapi tawar,
khasiat tiada.

dan aku gembira,
ada kamu, sebagai kawan.
kerana aku tak akan pernah tahu,
betapa hidup indah,
bila adanya kawan2 seperti kamu.

What do I get from all these moments? Priceless! =)

10 May 2011

Mencari Diri : Training II


Anak itu tersenyum ketika melihat saya. Adakah dia tahu apa yang saya fikirkan ketika saya merenung ibunya, ayah nya , dan juga merenungnya?


Hakikatnya, dalam rosaknya telefon dari program fasi hari tu, saya menemukan lagi hikmah tentang kesombongan dunia dan pengaruh material dalam menentukan jatuh bangunnya jati diri anak dan keluarga.

(peh intro, poyo tak, poyo tak)

Ni lah rupa telefon yang masuk air tu


tapi bukan henfon ni yang saya repair. Sebetulnya saya repairkan henfon yang ini, sebab .... saya yang buat rosaknya jadi makin teruk~ =(



Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header