3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 October 2011

Nasi Lemak 2.0 : Satu Retrospeksi

kredit azimjamal.wordpress.com
Teka Teki: Apakah Nasi Lemak yang Pelik?



Jawapan : Nasi Lemaknya tu poinn oo. (2.0). Okay, sori, tak kelakar

Saya pun tak faham kenapa orang benci sangat cerita nasi lemak ni. akhirnya saya tonton juga, dalam kekdah-kekdah orang yang suka sangat bila cerita ni ditarik siaran dari Pawagam, wal hal sebabnya adalah telah cukup tempoh tayangan dua minggu pun, =)

Setelah Menonton nasi Lemak 2.0, saya dapati sebab-sebab orang benci cerita ini, bukanlah sebab cerita ini, tetapi semata-mata kerana dua perkara:

1) Sejarah Namawee waktu belajar di Taiwan dulu, dengan siri-siri satirical short clip yang beliau hasilkan tentang Malaysia.
2) Nasi Lemak yang dibaling ke bawah.
Dan saya bukan cuma mahu cakap kosong. Atau poyo-poyo nak perhangat keadaan yang dah sedia hangat.











tapi.. alah, malas cerita panjang2. Jom baca kalau nak tahu! =)




Sinis
Cerita ini memang ada beberapa perkara yang sinis terhadap Melayu. Tapi face it, itu lah tanggapan pada kita.  Juga sinis terhadap recent issue, yang saya kira, sangat menarik bila dijadikan lawak. At least, kita tau siapa yang dorang maksudkan, pun dah okay.

ai wan yu oll tu noe, tet guy fes is lai me, oso saun laik mi, bat yu kenot sei tet guy is 100% me
(I want you all to know, that guy face is like me, also sound like me, but you cannot say that guy is 100% me) 

Hahahh. KELAKAR OKAY. :D

Ada juga satirical Chin Peng yang setia pada negara China. Yang kemudiannya disindir di peringkat pra-pertengahan cerita, iaitu ketika Watak Utama berjumpa dengan seorang taukey kueyteow..

Taukey: Haiya, lu bikin kerang punya kueteow keras .. Ini macam mana boleh jual maa
Watak Utama: Tapi.. di China kita tak ade kerang, saya tak tahu macamana nak masak
Taukey: (sambil tunjuk botol kicap) Kicap banyak, baru sedap
Watak Utama: tapi kicap kita takde kat China.. saya tak pandai guna
Taukey: Aiyaa.... you lagi mahu cakap pasal mainland. main land , main land , main land ,.. . mana boleh . Kita bikin Kueyteow mahu jual sini. Kita kena 'localize'
Watak Utama: Localize? .. err... apa itu localize?
taukey: Localize itu............... err... localize itu..  Localize laaaa~


In a way, pengarah cuba menyampaikan pendapatnya bahawa, betapa Cinanya komuniti Cina Malaysia, mereka seharusnya sedar mereka telah pun berada di Malaysia. ia mungkin menonjolkan sisi lain yang kita tidak tahu (atau mungkin pernah tahu, sekitar 90an dulu), tentang Cina Malaysia, atau mungkin ia sekadar gurauan semata. But, it's nice anyway .=)

Tipikal 
Ciri- ciri tipikal Melayu, Cina dan India, memang ada beberapa yang jelas, ditonjolkan di sini. Ciri cerita Melayu, Bollywood dan Cina pun ada.

Cerita Bollwood contohnya: lari-lari, tukar baju, pergi depan padang, muncul tepi jalan... HAHA. kelakar tengok orang cina menari bollywood. Dah macam Ezad Exist orang JB tu, menari dalam Mami Jarum.


Parody
Ada parody yang saya nampak (mungkin ya, mungkin tak), contohnya, tetang Dewi Guan  (Kuan) Yin , iaitu Dewi Ular Putih, yang bakal ditayangkan tak lama lagi, yang juga turut dilakunkan bersama Jet Li. Dalam kisah Nasi Lemak 2.0, Dewi Putih cuma tahu terbang tapi tak tahu landing.

Dalam kisah hikayat sebenar, bukan Ular Putih yang tak tahu landing, tapi Ular Hijau, adik angkatnya. Ular Putih akhirnya berkahwin dengan Xiao Ping, budak lelaki yang dahulunya memakan kuih bebola , yang mana, bebola tadi menjadi sumber tenaga + pelemah sihir metaform Ular Putih, ... errr.. tapi tu kita review nanti2 lah yea. :D

Parody lain termasuklah underwear merah ketika watak utama 'terbang ke langit' tetapi tersangkut terkena kipas. Underwear merah adalah lambang Superman yang kita kenali, yang mana, dalam Men of Steel, 2012, underwear merah itu tidak akan lagi menjadi part of his costume.


orang yang memilih untuk tak tengok cerita Nasi Lemak 2.0, mungkin berselindung di sebalik chauvinisme. Kenapa?

Dalam keghairahan kita bicara tentang untungnya kedai 1Malaysia, program Kembara Saya Anak Malaysia, lagu video Klip Malaysian Boy ada hantu, dan macam-macam lagi tentang 1Malaysia, kita lupa.

Betapa keghairahan itu, hanyalah sekadar di peringkat peringkat tertentu, dan bidang tertentu. Tetapi pucuk penggerak pimpinan sendiri menggalak pertumbuhan racun perkauman dalam tindakan, dari dulu, sampailah sekarang. Tak macho betul. :D

Bila keluar cerita tema 1Malaysia macam Yasmin Ahmad buat dulu, pun, bukan semua orang mahu terima.
Bukan semua dalam cerita tu tak betul. bila arwah dah pergi, sibuk nak tribute lah, apa lah.

Tapi yelah, bak kata cognitivist psychologists,

the mind perceives what it wanted to perceive.

Jadi, kita cuma akan nampak, apa yang kita mahu nampak.

Kalau kita mahu lihat kebaikan, memang kita akan nampak kebaikan. Kalau orang buat teruk macamana pun, otak kita akan still kalih, cari justifikasi untuk lihat ia sebagai kebaikan.

Kalau gitu lagunya , guane 1Malaysia nya weh.. Lagu kemain sedap =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails