26 June 2009

Transformers. So..?

Enjoy, walaupun tengok sorang-sorang. Nasib baik transformers, kalau cerita lain, memang tak pegi la jawabnya.

Jadi, selepas 2 jam 15 minit tengok, nak tau komen saya?

A) too much colour. robot yang berwarna warni untuk Autobots. memang identiti dorang kut. Decepticons yang bewarna cuma devastator. plain said, too much colour, jadi kelakar citer ni.
B) simple plot. tapi kadang-kadang cam rubbish plak.
i)bayangkan bleh ada plak Decepticon jadi satelite and siap bleh hack sat system (Soundwave). Then, bila dia panggil, " It's time..", suddenly meteorit berisi robot decepticon tu sampai. Sekejap benar. Macam lah planet Cybertron tu dalam Milky Way plak ek..? :D
ii)boleh plak kereta T Henry Ford yang first tu jadi transformers Decepticon namanya Seeker ek?
C)nice way of linking astronomy to students :D lepricon of those three stars, resembling and pointing to the three piramids which contains three kings. nice~
D)boleh plak robot stim dengan manusia. adoyai~ (merujuk kepada Wheelie dengan Mikaela di depan Jetfire di Smithsonian Aircraft Museum.)
apa2 pun, boleh bg 10.5 out of 10. Ia masih lebih baik dari yang pertama, dalam banyak aspek lain. :)

p/s: suka concept NEST, gabungan tentera manusia dan mecha.

18 June 2009

Mana Setangginya

Tuhan(?)Uzza. :)

bila ditanya mana setangginya, di hati itulah tempatnya~?


Menonton teater buat kali pertama.

sebenarnya, memang ia kali pertama saya menonton teater di luar IIUM, dan yang pertama di Istana Budaya. Alhamdullllah, kerana yang pertama kalinya, saya ras ia sangat berkesan. Diikuti pula dengan jalan penceritaan yang sangat mengujakan. lakonan yang sangat mantap oleh semua yang melakonkan teater.



Bahagian pertama: jalan cerita
Pada mulanya, saya tidak dapat begitu mngikuti apa yang cuba disampaikan di babak pertama. (bila jump ke babak akhir, barulah saya tahu, cerita tentang anak jin yang disebut itu bukakanlah iryam, tetapi sebenarnya judas.) Dalam satu maknan yang lain, apa yang saya faham, ia menonjolkan bahawa, sebenarnya, sesuatu keadaan ganjil yang terjadi pada seseraong boleh dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Termasuklah negatif dan positifnya. Saya memandang apa yang terjadi kepada Iryam, sebagai suatu keajaiban yang baik. Saya rasa hadirin akan tertanya-tanya bagaimana Iryam mewujudkan senario pari-pari menari dengan bunyian, (kerana Judas tidak dapat mendengarnya. Hanya setelah debu setanggi direnjiskan di depan matanya, baru Judas mampu melihat Pari-pari, dan mendengar muzik.) Dengan keajaibannya ini, memang tidak mustahil orang akan percaya, sebenarnya, yang jahat dan yang menjadi anak jin, adalah Iryam. Sapa sangka ia adalah Judas?

Bahagian kedua: lagu
Wah, lagunya memang best. Juga, saya rasa, amazed, dengan lontaran suara Tony.

Bahagian ketiga: visual effect
Saya suka dengan pari-pari. Rasanya semua orang suka :) penggunaan pelantar bergerak (mungkin saya yang tak tahu sebab baru first time pergi IB) membolehkan set dialihkan dengan mudah, dan diputarkan menjadi set yang lain. Begitu juga dengan api dan penggunaan skrin yang dipancar dengan imej holografik.

Bahagian keempat: konflik
Kisah mana setanggi ini sarat dengan konflik yang terjadi dalam masyarakat, khasnya masyarakat yang sedang / telah membina kegemilangan.

Dari blog dan webpage lain saya google, mana setangginya berkisar di zaman Bani Israel. Oleh itu, kita mendengar nama sebeperti Tuhan Uzza, Mira (ya, nama kamu ada di sini), Judas, Ibra, Hawar. Hawar menurut kisah asal adalah nama kepada bapa nabi Musa a.s. Judas adalah nama manusia yang belot kepada Nabi Isa sebelum wajahnya ditukar menjadi wajah Nabi Isa, dan disalib.

Selaini tu, saya juga melihat ada 3 konflik yang wujud.
Ia adalah:
a) konflik agama
2) konflik peribadi : antara diri dan kekasih. Dan antara diri dan keluarga
c) konflik antara pentadbiran dan kekuasaan. Konflik yang paling relevan untuk setiap zaman. hehe.


Lain-lain
Ada babak saya rasa cam poyo sket saya nak menengoknya. Segan. >_< Pada siapa yang belum menonton, tayangan adalah hingga 21 jun ini. Pakat2lah tengok ramai2. :) p/s: Ya, saya tengok sorang. Tapi pergi beramai. Hilang dalam ramai? Whatever. :P

12 June 2009

Alhamdulillah.~

Alhamdulillah.

1) Rezeki yang tak disangka-sangka. Dari rm4, gaji part time dah jadi RM6 sejam.
2) Present dengan confident semalam, dan rasa apreciated dengan pujian lecturer. (tapi nature memang student psychology precise detail ke?:) )

student psychology, rata-ratanya, memang precise. Diorang akan jadikan menda yang kita selalu tengok, jadi something yang pleasing to our eyes, dan menda tu memang precise. - Mdm Siti
(tapi dia puji kat belakang waktu saya tengah scribble something kat board, untuk tunjukkan flow of the necessary understanding element.kawan-kawan yang cerita. :P )
3) Abah dah impressed kah dengan usaha saya sampai dapat second check RM300 untuk cerpen?

Later.

08 June 2009

Trauma Study

Tajuk di atas mungkin bunyinya macam poyo. Tapi itulah hakikat yang pedih~ uhuk

a) discussion non stop selama setengah hari sebelum masa tido: menyebabkan bila saya pejam mata sebelum tido, macam terdengar-dengar persoalan dan jawapan dari participant dalam dicussion.

b) membuat mind map berterusan selama sehari ; menyebabkan saya mimpi dalam mind map. Mimpi buat mind map, dan mimpi pun tersusun dalam bentuk mind map. (Saya jump dari keyword ke keyword untuk mimpi.)

apapun, study semester ni memang havoc, tapi happening~

Doakan saya terus keep moving forward dengan dream baru untuk semester ini~ :)

03 June 2009

Anda Rasa Apa Bila Kena Macam Ni?

Apa perasaan anda apabila rasa dikhianati?
Anda dipesan untuk jangan letak password dengan nama orang lain.

Apa perasaan anda pula, sekiranya anda diingatkan agar tidak mengkhianati (yang sebenarnya tak jadi macam yang dia risaukan), tetapi sebaliknya anda yang terasa dikhianati?
Rupanya, dia risau kita buat macam apa yang dia buat pada kita.

Time does heal people.

Tapi, "time change, people change", berubah kah mereka sebenarnya?

02 June 2009

Testosteron dan Pengambilannya

Testesteron adalah bahan yang natural@ alami dalam badan manusia.

Bagi lelaki, usaha untuk menjaga testosteron bolehlah diumpamakan menjaga kuantiti minyak hitam kereta anda. Kenapa? Jika minyak hitam terlalu sedikit, fungsi kereta akan kurang efisyen. Jika ia kering, kereta boleh overheat. (Tapi, tak perlu bimbang sangat, kerana testosteron taklah kering macam minyak hitam.)

Ada yang pandai menjaganya, contohnya bersenam, menjaga pemakanan dan juga kualitinya, juga pandai menjaga tahap stress sendiri melalui pengurusan diri yang tersendiri.

Biar macamana usaha penjagaan testosteron, sebaiknya ia tidak perlu sampai kita menggunakan kaedah yang tidak natural untuk menambah kuantiti hormon ini dalam badan.

Jika mahu menambah tahap testosteron ini, lebih baik kita fokuskan pada senaman dan pengambilan makanan yang kaya dengan zink dan vitamin C.

Ini kerana, pengambilan testosteron secara suntikan atau gel patch, ia mampu memberikan komplikasi tertentu.

Mengikut teori tindakbalas badan pada penambahan unsur@elemen dalam badan, penambahan testosteron dengan cara yang tidak natural, boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Sebagai contoh, testosteron yang rendah dalam badan lelaki boleh membawa kepada mood yang tidak ada momentum, dan kadang-kadang, lelaki akan rasa takde atau kurang mood.

Sekiranya pengambilan testosteron melalui suntikan atau gel patch diambil, mood tadi akan kembali menjadi OK, tapi kesannya tidak lama. Selepas hari ketiga atau keempat (bergantung kepada tahap kesihatan penerima), mood tadi akan turun, malah, ia akan turun dengan lebih teruk. Lalu, lelaki ini perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk menstabilkan moodnya.

Dan hal ini akan berterusan sehingga ia menjadi tidak dapat dikawal.

Sebaiknya, testosteron dibina dari dalam, bukannya diambil dari luar.


Baca lagi di sini.

01 June 2009

Testosteron dan Pembinaan Otot

Testosteron ialah hormon yang membantu pembianaan otot. Peratusannya dalam tubuh manusia berbeza dari seorang ke seorang yang lain, sama juga seperti kadar metabolisma. Seperti beberapa peratus manusia yang memiliki kadar metabolisme yang lebih tinggi, sesetengahnya memiliki level testosteron yang lebih tinggi dari manusia lain.

Untuk membina tubuh, anda perlu berusaha menjaga kadar testosteron badan dari jatuh, agar diri anda sentiasa dalam keadaan anabolik yang akan membolehkan badan anda berketak-ketak, haha... contohnya, pengambilan makanan yang kaya dengan protein, dan juga pra dan pasca senaman yang bagus.

Jaga juga diri anda selepas bersenam dengan memberi rehat yang cukup (kerana pada waktu inilah badan akan membesar, tapi jangan terlebih!), dan ambil vitamin C secukupnya (bagi menambah penyerapan zink ke dalam badan untuk meningkatkan hormon testosteron.)

[1] JANGAN TINGGALKAN DAGING DARI PINGGAN ANDA.
Kajian menunjukkan, menu diet vegetarian mengakibatkan testosteron jatuh. menu yang kaya dengan lemak sihat, akan menambahkan kadar testosteron. Ini kerana, diet yang mengandungi daging, mengandungi kolestrol, antara element penting yang membina kebanyakan hormon, termasuklah testosteron. Daging merah, tinggi dengan zink, yang sudah semestinya bahan penting untuk membina testosteron. Masukkan steak, daging keping (salai atau bakar) dalam dua daripada 6 hidangan kecil anda setiap hari untuk membantu mengekalkan hormon testosteron.

[2] TAMBAHKAN KARBOHIDRAT SELEPAS SENAMAN
karbohidrat yang mencukupi (5 hingga 6 gram per paun berat anda) membantuk menaikkan kadar insulin, seterusnya menukarkan metabolisme anda mengarah ke pembinaan otot-otot. Untuk sebab lain pula, kadar insulin yang tinggi selepas senaman akan menghalang tindakan hormon kortisol (hormon yang sama muncul apabila anda tertekan) yang akan memecahkan tisu-tisu otot. Hormon kortisol juga menurunkan testosteron.

[3] AMBIL PRODUK PROTEIN GANDUM SEBELUM BERSENAM.
Protein gandum adalah protein yang mudah dihadamkan. ia mengandungi asid amino berkualiti tinggi, yang menjadi batu blok kepada otot.Ambil sekurang-kurangnya 5 g sehari, untuk mengawal kortisol and testosteron. Ambil protein ini bersama makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, kira-kira 40 minit sebelum senaman bermula.

[4] AMBIL PS
Physphatidylserine (PS) adalah jenis protein yang diperolehi dari soya. Ambil 800 milligrams (mg) setiap hari jika mampu, atau sebaik-baiknya sejam sebelum hari senaman berat anda. Ia membantu menjaga hormon kortisol dari naik.

[5] TINGKATKAN PENGAMBILAN VITAMIN C.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zink, dan kalsium, dan seterusnya menaikkan hormon testosteron. Ambil 500 mg vitamin C ketika sarapan, dan 500 mg lagi di waktu malam ketika makan malam.

[6] JANGAN OVERDO SENAMAN ANDA.
Bila terlalu penat, dan tak cukup rehat, testosteron akan turun. Jadi, badan dan otot tidak akan membesar.

[7] KURANGKAN AKTIVITI AEROBIK.
Terkejut? Senaman aerobik berkesan untuk mengurangkan lemak badan, tetapi ia tidak boleh menambah bentuk badan, oleh itu, ia tidak membantu meningkatkan testosteron. Ia sebenarnya akan meningkatkan hormon kortisol.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header