16 June 2013

Lelaki Yang Besi

Lelaki yang diam,
Dalam diamnya dia teguh,
Pada satu tekad yang amat,
Dalam mata cerun yang membulat,
Azam tak pernah luntur,
Meneruskan juang semangat,

Tegakkan kebenaran
Sebarkan kebaikan
Pegang pancang hidup
itulah azimat

Biar dibenci namun tetap kuat
Selagi ampuh belikat

Bertahan lelaki besi
Agar generasi terus selamat
Dalam manfaat, salaam dan rahmat.

Buat men of steel,  dalam famili Haji Mahat
sempena Hari Bapa, 2013
15.06.2013

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header