17 May 2004

scottsummer aka cyclops

lagu: melompat lebih tinggi
mood: sakit hati.. ahaha.. gurau je.

setiap yang idup pasti akan merasai mati
maka adakah kita sudah bersedia untuknya?
kenapa kita dihidupkan?
Itu adalah jawapan yang perlu dicari oleh setiap orang
dalam dunia ni.
Semua orang dihidupkan dengan matlamat yang perlu dicari sendiri.
Maka, carilah tujuan hidup anda... semoga kita akan lebih mengenali diri kita sendiri.

07 May 2004

hahahaha

lagu: keabadian cinta anuar zain
mood: ntah apa apa ntah.

assalamulaikum..
tadi habis exam final maharah istima' (listening skills). So lepas ni basuh baju, packing dan gi UKM kalau boleh petang ni. tapi kena confirm ngan abang mat dulu. alhamdulillah exam dah abis.
Target balik kampung hari sabtu. Tengok la camana. alamak sakit perut lagi. adusss.....

seindah irama gemersik suaramu
lepas tu apa ha?
akan ku sahut cintamu itu
bersama kita menuju bahagia
takkan lagi kusendiri
kasih yang berlabuh kini
terasa keabadian cinta kau beri
mungkinkah daku bermimpi sebahagia begini
ini bukan ilusi oh kasih

06 May 2004

what a day!

song: Selfish.. Nsync... Celebrity

I've went through maharah alkalam.. (speaking test for Arabic language) with nabil and manan. I was asked to say someting about beautiful .. not beautiful ...but in malay we called it tempat pelancongan. I speak like a professional.. (acheh! =)) but I forgot to put daliil from Quran or hadeeth, so i get zero for additional verse section. My mark is 21.
Today I learn new thing. It happen while i was playing with my camera, with all of a sudden i accidentally pushed the roll button, causing my just-grab-7-photos film to roll to its end. What a heck!
Tomorrow we have the maharah istima'.. the listening test. On the next day I will go to UKM to meet my abang angkat, abang Mat Penang.
Some people say it is hard to find a true love, which will glow till the end of time. For me, it is a matter to be discussed about. I bet everyone of us know what is love. Love is not just a word, it is a verb. If we say we love something, we will take a good care of it, try not to lose it. It happens in so many events and time.
from my opinion, the greatest love of all is when you can connect every single thing u do to the almighty God. God is wise and he's always with u. he's inside u, always guiding u to do the good thing and leave all the bad habits.
Okay, times up. Got to go. Assalamualaikum.

05 May 2004

kenapa tak keluar

kenapa tak keluar mende yang aku baru taip tadi?

hari ni yang bes

lagu: Hidup bersama Ilahi.. HIJJAZ
mood: tenang

assalamualaikum! So.. hari ni habis satu exam... maharah kitabah wal qiraah. Esok pagi maharah kalam, lusa maharah istima'... tulat boleh balik.. yes! TAdi tengok dokumentari pasal kung fu kat Wudang. Bes gak. Dia citer pasal jade dragon, sorang budak pompuan yang terer kungfu, tapi akhirnya tinggalkan wudang pasal rindukan mak dia. Huu.. tetibe teringat lagu nowseeheart. "sayangi keluarga di situ bahagia!". Betul, kan? Dalam dokumentari ni jugak diceritakan falsafah Taoisme, Yin dan Yang. Diorang mempercayai bahwa Yin dan yang adalah segalanya. Bagi kita orang Islam, Allah adalah segalanya.
Tadi soalan punyalah susah. Tapi yang tak caya tu bila ustaz Azlan cakap final exam paper aku yang highest! fullamakatak....alhamdulillah la, kan? =) tapi kalau total dengan mid sem dapat 69. OK what? Aku target lulus je tapi dapat b- okay la kan? tetibe teringat kat syeikh amirul hamdi, kawan aku masa aku sekolah rendah dulu. Tah kat mana ntah dia ni. Start aku masuk SMAP aku terpisah terus dengan semua rakan rakan sekolah aku. Okeh... got to go! Akumz.

03 May 2004

hari yang pelik

aku bengang tul la ngan blog nih! Waaargh! Makan orang! Apsal tak leh hah? Apsal!

hari yang pelik

Lagu: i'm with u, avril lavrigne
Hari ni memang hari yang pelik. Aku bangun kul 6.30 pagi, solatsubuh, tido balik bangun kul 11.00.... sarapan, bawak kamera gi library, dan amik gambar nabil ngan gambar aku kat depan komputer lam library. Blog ni buat hal la plak kan?
Aku makin tak faham dengan fungsi blog ni. Tekan sini jadi lain, tekan situ jadi lain. Lain yang aku nak hasilkan, lain yang keluar.

hari yang pelik.

lagu: I'm with u... avril lavrigne
Assalamualaikum?


Hari ni adalah hari yang agak pelik. Kenapa? Sebabnya, aku rasa aku mula buat sesuatu yang unik hari ni. Hari ni dah masuk hari ketiga cuti tanpa study. Aku bangun tadi kul 6.30 pg, solat subuh, tido balik, 11.00 bangun, mandi, sarapan nasi goreng dan telor goreng, berborak dengan sorang mamat Penang, dan yang pelik adalah aku bawak kamera untuk ambil gambar aku ngan member member aku. Yang kedua, gi ke library. Actually, aku memang jarang gi library kecuali ada homework group @ assignment.

Aku teringat kata kata Albert Einstein, satu masalah tidak boleh diselesaikan dengan tahap pemikiran yang menghasilkannya. Ini bermakna bila timbul satu masalah, kita harus berfikir dengan tingkatan @ level pemikiran yang lebih tinggi dari tahap pemikiran yang menghasilkan masalah itu. Inilah yang dikatakan sebagai manipulasi kebijaksanaan otak bawah sedar. Ini adalah kerana otak bawah sedar berfungsi sebagai penyimpan data secara holistik, dan otak sedar akan mengorek segala data daripada otak bawah sedar untuk menghasilkan jawapan bagi masalah tersebut. Gunakan suara hati (iman), imaginasi kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau imam imam terdahulu, bila mereka nak menghasilkan fatwa, mereka akan solat hajat, puasa isnin khamis, untuk mengembalikan gelombang otak mereka kepada alpha (bukan alpa) untuk merenung dalam makrifat dan menantikan ilham ilham yang masuk dalam hati dan akal mereka.
Dalam teori keibubapaan DMFK (Datuk Mohd. Fadzlah Kamsah) dan Stephen Covey, ibu bapa menarik potensi, bakat dan ketrampilan yang ada pada anak dengan semaksima mungkin, dan dengan sifat sifat kesabaran. Tapi tak ramai yang tahu macam mana nak menarik potensi itu. Ada ibu bapa yang menggunakan langkah atau pendekatan yang sama untuk mendidik dan melatih setiap anak, sedangkan setiap anak mempunyai potensi yang berbeza beza. Cara mendidik anak sulung sudah semestinya tidak sama dengan anak bongsu, kerana anak sulung mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, berbanding anak bongsu. Begitu juga dengan anak kedua dan ketiga. Biasanya anak ketiga lebih cepat matang dalam perspektif emotional inteligence dan memiliki kelebihan intra personal yang tinggi kerana dia mempunyai abang, kakak dan adik.
Dan dalam Islam juga, ada diterangkan konsep atau ciri ciri anak yang menyerupai alam. contohnya air, api, tanah angin. Anak pertama mempunyai unsur air, anak kedua unsur api, anak ketiga unsur tanah dan anak keempat unsur angin. Keempat empat unsur ini jika digabungkan akan menjadi kekuatan yang sangat hebat.
Termenung jap. Tak tahu nak cakap apa. Tetiba teringatkan lagu Rabiatul Adawiyah yang telah fana dalam mengingati Allah tuhannya. Seronokkan jika kita boleh menghubungkan segala rasa kita dengan Allah. Bila nak marah, marah kerana Allah, bila nak senyum, senyum kerana Allah, bila cintakan seseorang, cintakannya kerana Allah. Memang lah ini semua kelihatan terlalu ideal, tapi seorang yang sentiasa berfikiran ideal, sekurang kurangnya dia telah berada di dalamnya. Kehidupan yang unggul hanya akan dapatdicapai apabila kita berjaya mengamalkan sunnah Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan.
Yang penting, bekerjalah seperti kita akan idup seribu tahun dan beribadah lah sepertimana kita akan mati esok harinya. Ini bermakna hiduplah dengan bersungguh dan manfaatkan segala apa yang ada disekeliling kita untuk Islam.
Razlan datang. Aku mintak dia ambil gambar aku depan computer dalam library nih.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header