24 March 2008

Suatu Kisah

keletah si penjujur
diamnya mencungkil rahsia
getarnya membisu sejiwa
tuturnya menghangat rasa

namun, dalam garit berwarna
ada lesu yang sendu
ada maung yang kelabu
ada pilu yang menyerbu

dan dia masih di sini
menunggu ketika dan waktu
pelangi cerita menghiaskan
bibit2 yang terukir
pada senyum dibibir
pada tangis yang melirih
pada tawa yang menghibur

dan dia akan terus menjujur
pada tiap hujung kata
agar muzika terus berlagu
dan cerita terus ke akhirnya...

19 March 2008

Matrix:Implo-volution"

"Can our Malaysian universities be free to do whatever they like to students, especially to intimidate those who wish to be set their minds free?"

(Dunia matrix dalam ilusi seorang pejalan kaki di sebuah universiti yang terikat dengan AUKU.)

Protagonis
Neo="aku"
Morpheus="orang yang mahu membebaskan minda aku"
Niobe, Trinity="sayap kiri yg sentiasa memberi sokongan"
Oracle="orang yang menyakini masa depan Malaysia"
Little Child="generasi selepas aku"
Seraph="NGO2 yang non partisan"
Tank, Dozer, and Tweek="bloggers2 yang aktif berblog dan meluahkan pendapat, menghubungkan minda aku kepada dunia matrix"
Keymaster="orang yang mengetahui banyak perkara tentang dunia sebenar, dan menghubungkan dunia matrix dengan dunia Malaysia"

Antagonis
Mr Smith="orang di belakang AUKU"
Men in Black="proxy-proxy yang sentiasa berlagak mcm SB"
the Twins="Rektor dan Timbalan Rektor"
FrenchMan="orang yang mengawal kuasa society2 di universiti"


Ini watak-wataknya. Ceritanya kita boleh buat sendiri. Atau tunggu saya dalam seminggu lagi, kalau tak sibuk. :P

"IS THIS THE END OF THE BEGINNING, OR BEGINNING OF AN END?"

13 March 2008

Citer Lama tentang PRU

Dari KL, balik ke Pagoh, dan terus ke Kota Tinggi sehari selepasnya.

Saat-saat mendebarkan, sebab pertama kalinya.

Dan detik2 mencemaskan menunggu keputusannya.

Walau kota tinggi dan pasir raja masih seperti asalnya, tetapi ceritanya sudah berbeza.

Ish, tak sangka langsung jadi sampai macam ni. Syukur aje lah.

Tapi byk lah pulak cerita2 di sebaliknya.

Dengan KL STock yang tergugat sampai kena offcircuit. Ish..

Citer pemilihan MB di Perak yang agak gawat..

Tapi harap2nya ini permulaan yang pertama, yang baik untuk kita. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header