20 April 2006

Jangan tuduh, tanya dulu...

Menuduh dan bertanya adalah dua perbuatan yg berbeza, walau keduanya diajukan untuk mendapatkan jawapan.

Menuduh menyiapkan yang dituduh dengan beberapa pilihan jawapan dalam satu ruangan yang terlingkup, manakala bertanya memberikan pilihan jawapan yang lebih luas kepada yang ditanya.

Menuduh memberikan kuasa khayalan kepada yang menuduh, memberikannnya persepsi seolah-olah dia memiliki kuasa tertentu kepada yang dituduh. sedang yang menanya biasanya memiliki kuasa setaraf dengan yang ditanya.

Orang yang menuduh memiliki kedudukan tertentu kepada yang dituduh, kerana ini memudahkannya untuk menuduh. mungkin dalam dunia sebenar, yang dituduh bergantung kepada yang menuduh. mungkin yang menuduh ialah ibu bapa, guru disiplin, penyelia, majikan, atau pihak atasan.

Dalam keterbalikan psikologi, sebenarnya yang menuduh memiliki kuasa yang amat terhad, bahkan kuasanya itu bergantung kepada yang dituduh. Ia dapat dilihat dari ruang jawapan yang dibataskan oleh yang menuduh. situasi ini sangat negative sekaligus mengurangkan keberkesanan pengaruh yang menuduh

Ia terjadi kerana biasanya yang dituduh, selain ‘mengumpul mata’ untuk membalas tuduhan itu di satu masa nanti, yang dituduh biasanya mendendami si penuduh, menjadikan komunikasi semakin lama semakin tidak berkesan, dan di akhir masa, tiada komunikasi yang berlangsung akibat emosi negative yang terpendam.

Situasi tersebut tidak berlaku dalam perlakuan bertanya. malah, dengan bertanya tanpa sebarang prasangka, si penanya melibatkan dirinya secara kolektif dalam ruang jawapan yang ditanya. Ini membantu merapatkan jurang komunikasi.

adakah anda lebih banyak menuduh dari bertanya? jika jawapan anda adalah ya, maka anda berpotensi untuk mengumpulkan lebih ramai musuh dari sahabat.

Manusia sememangnya cenderung untuk menuduh daripada bertanya mengenai perkara sebenar, kerana menuduh lebih mudah dari bertanya. Sediakan beberapa skema jawapan yang ada dalam kepala kita, dan mulakan tuduhan. Sudah pasti ada jawapan yang terkena, walaupun sipi, pada yang dituduh.

Namun, bertanya perlukan keberanian dan ketabahan yang lebih dari menuduh. Sebabnya, untuk bertanya kita perlu bersedia untuk menerima sebarang jawapan yang entah betul atau tidak.

tetapi ia sepuluh kali lebih baik dari menuduh. Quran tidak menyebut, “wahai orang yang beriman, menuduhlah kamu untuk mendapat jawapan,” tetapi Quran berkata, “maka bertanyalah kepada ahludzikri sekiranya kamu tidak tahu” (al -Hajj). Maka seharusnya bertanya lebih diutamakan dari menuduh.

Apa pilihan anda?

02 April 2006

Trip to Understand

Malam tadi tidak seperti malam-malam yang biasa penulis lalui. Penulis telah berjalan seorang diri, menuju KLCC, dan duduk di tepi kolam (yang ada air pancut tu lah..) dari pukul 8.30 hingga 10.00 sebelum bertolak pulang semula ke UIAM. Lepas stress sebab baru pulun dua exam dalam satu hari yang sama, plus dengan sedikit masalah dalaman.

Duduk di tepi kolam, penulis nampak sangat ramai orang Indonesia di situ. Kedapatan juga keluarga yang ganjil... (haha, tak tahu nak cakap camana.. tapi memang pelik).

Duduk sambil main game dalam henfon baru, Pocket Carrom. Penulis memang suka main carrom, jadi memang bes la main game ni depan kolam.


Balik dari KLCC sekitar jam 10.45 sampai ke bilik. Belum sempat penulis nampak pintu bilik, ada pulak kawan yang mengajak tido di rumah Ustaz Arif, (imam majid SHAHS (betul ke ejaannya ni?) atau lebih dikenali dengan nama masjid UIA,). Solat Isyak dan terus bergerak mencari topi keledar (bhs saintifik:helmet :P) dan motor. Sekitar jam 11.30, kami bertolak ke rumah beliau di sekitar Kedai Makan Kubor. Tak jauh, cuma 10 minit naik motor (sambil nyanyikan lagu baru Inteam, "Tiada Lagi Kasih.")

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah perbincangan penulis dengan Ustaz Arif, selaku orang yang agak arif dalam bidang agama, dengan mengambil pendekatan salafi sebagai titikpunca (source point) kepada setiap permasalahan yang dibincangkan bersama, sejak dulu lagi.

Apapun, kita tidak boleh cuma bergantung kepada satu pendapat, sebaliknya kita perlulah mencari pendapat2 yang lain, dan kemudian kita pilih pendapat mana yang lebih kuat untuk digunapakai.

Soalan penulis adalah mengenai nikah di Siam: adakah ia sah kerana menepati syarat, atau adakah ia tidak sah kerana tidak mengikut turutan wali?

Jawapan ustaz:
Nikah tidak sah kerana tidak menggunakan wali mujbir, iaitu ayah kepada perempuan itu sendiri. Wali hakim tiada fungsinya selagi wali mujbir masih ada.

Dalam satu hadis Nabi yang dijadikan sumber kepada hukum ini (legal source of rule):
"ayyamamra'ah nakahat nafsaha bigairi waliyyiha fanikahu baathil, fanikahu baathil, fanikahu baathil"

"Barang siapa (perempuan) di antara kamu menikahkan dirinya tanpa wali, maka nikahnya batal, nikahnya batal, nikahnya batal."

Dengan hadis ini, maka mana2 pasangan yang nikah di Siam, maka nikahnya batal, dan wajib nikah semula.

Daripada apa yang penulis belajar dalam kelas Fiqh (Introduction to Fiqh di Maincamp dan Fiqh di matrik)-anak perempuan adalah harta kepada ayah dan ibunya. Terutama sekali kepada ayahnya.

Ini adalah kerana ketaatan anak perempuan selepas Allah dan Rasul , adalah kepada ayah dan ibunya. Ketaatan ini pula akan berpindah kepada lelaki yang dinikahinya. Oleh itu, ketaatan perlu diberikan dengan cara yang betul iaitu melalui proses pernikahan yang betul. Apabila pernikahan dilakukan di Siam, ia jadi seolah2 nikah tersebut dilakukan dengan "sirr" dan lari dari masalah.

Lari masalah adalah perkara yang berbeza dengan mencipta masalah yang baru dan lebih besar, tapi dengan nikah di Siam, kita menjadikan kedua2nya muncul seiring. Dengan kata lain, kita bukan saja lari dari masalah tetapi juga mencipta masalah baru.

Hanya mazhab imam abu hanifah sahaja yang membenarkan nikah dengan wali selain wali mujbir, itupun selepas diberitahu kepada wali mujbir atau keluarganya sahaja, barulah boleh dinikahkan.

Masalah yang berlaku di Siam, keluarga memang tidak diberitahu langsung. Tahu2, dah nikah bersama "teman lelaki yang dikasihi".

Jika ada yang 'arif' dalam bidang munakahat mengatakan bahawa kita melakukan talqif, seharusnya talqif itu perlu kepada pelaksanaan hukum yang lebih rajih, bukan yang marjuh (lemah).

Talqif ini adalah seperti "kita mengambil sedikit dari mazhab ni, dan sedikit dari mazhab itu, untuk dijadikan amalan kita." Perkara ini dibolehkan selagi kita mengambil pilihan yang lebih kuat legal sourcenya dan tidak pula mengamalkan talazzuz, iaitu membuat pilihan yang terlalu senang, kerana jelas ia mengikut hawa nafsu.

(Memanglah Islam itu mudah dan memudahkan, dan nabi pun berkata "pilihlah mana yang lebih mudah", tetapi untuk pilih yang mudah kadang2 akan terkena pada yang payah juga mengikut syarak, jadi pilihlah sahaja yang mengikut hukum yang lebih syar'i..)

Sebagai analogi, ustaz memberikan perbandingannya yang agak kontroversi, iaitu,
zina lebih baik dari kawin di siam.Ini kerana orang zina melakukan intercourse dalam rasa takut, sedang orang yang nikah di siam melakukannya dalam rasa selesa dan tenang, kerana mereka berkahwin di Siam, sedang semua orang tak tahu, dan nikah itu pula tak guna wali mujbir, dan nikah itu tidak sah.

Tapi ini baru satu pandangan yang penulis kutip. Penulis akan cari lagi di mana yang boleh dan setakat mana yang termampu, supaya penulis sendiri boleh memilih pendapat yang lebih kuat. Penulis pun nak talqif juga lepas ni. Macam lebih meyakinkan je..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header