26 February 2011

Suatu Kisah Hari Lahir : Penghormatan

Kalau kita tidak hormat orang, kita tidak akan dihormati. Sebab perlakuan kita yang buatkan kita nampak atau dirasakan tidak begitu menghormati orang, akan menyebabkan kesan domino negatif yang membawa kepada orang lain tidak akan menghormati kita.

Suatu Hari Kelahiran: Mencari Diri dalam Alam


Water-strider adalah serangga paling cool atas permukaan air selepas pepatung. Jap, mungkin tak. Sebab pepatung terapung atas air, bukan atas permukaan air.

25 February 2011

Segmen Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 oleh si Luncai

(sekiranya zaman kerajaan Melayu Melaka dah ada Internet dan dah guna IPv6 dengan UNIFI v 2.0, mungkin ini dialog nak balik kampung guna jalan air.. sebab kalau ikut jalan darat banyak sangat kereta kuda, jam)

Scene berlaku setelah watak buka Blogger , Sahabat Blogger dan nampak iklan segmen pencarian blog paling hensem dan cantik oleh si Luncai.


Dengan teruja, watak utama terus buat apa yang disyaratkan si Luncai seperti di bawah :



24 February 2011

Mencari Diri VI : February Fahmi yang Fantastik

Klik untuk gambar yang lebih besau XD
Sungguh ku tak ku sangka . Jumlah entri Februari sahaja, sehingga 24.2.2011, sudah melebihi jumlah entri total untuk tahun 2010.

Whadda~ XD


Serius tak sangka. Sungguh 

Segmen Puitiskan Diri Anda

http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/02/segmen-puitiskan-diri-anda.html

"Puitiskan Diri Anda" << ---- ?? puitis itu apa sebenarya?
Ia cumalah adjektif tentang luahan yang jujur.
Tak mahu puitis dengan semestinya perlu touching, atau jiwang... XD

Atiq, saya nak wat puisi tentang seseorang yang bermakna dlm hidup saya. siapa agaknya orang itu ya? jom2 baca..... =)

23 February 2011

Combo Entry pertama 2011 : Melawat Rakan Blogger

Combo 1: Adab2 Ziarah orang kurang sihat

Ziarah menziarahi orang sakit adalah sunnah nabi yang sangat dituntut kerana ia memberikan manusia rasa penghargaan dan rasa wujud dalam hidup orang lain. Nabi dan para sahabat sering menziarahi sahabat lain yang sakit, dan contohnya turut beramai2 memasakkan makanan untuk ahli keluarga sahabat yang ditimpa kesakitan . Bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (Munira pernah tanya kuman ada hati ke? aku ingat lagi k hehe)

Siapa kata ziarah kawan sakit kat hospital tak fun? Fun gile. Tapi ada adabnya.
Menurut hadith Nabi Junjugan kita, antara adab ziarah orang tak sihat ialah:

a) Menghiburkan beliau dengan .. offcourse la bukan dengan hiburan yang melalaikan =_= kata2 yang baik. Kita boleh update cerita2 menarik yang boleh membuatkan beliau tak sabar untuk jadi sihat dan berjumpa kita semula. Tak perlu lah cerita tentang kesedihan2 kita waktu beliau tak ada, atau cerita pulak kesusahan yang kita alami waktu nak singgah jumpa beliau.
b) Memberikan hadiah2 yang menggembirakan, makanan yang disukai
c) Ni yang paling penting. Datanglah kerap tapi sekejap2. Tidak perlu berlama2 terlalu lama dengan pesakit. Dorang pun serba salah nak beritahu, jadi kita perlu fahamkan lah sendiri. =)

Oh ya. Malam ni dari jam 9, Kyerol dah kena puasa. dia operate esok pagi dari kul 9am, masuk besi baru dalam tulang. Jom kita doakan dia beramai2... Hopefully pembedahan beliau berjalan dengan lancar. nak selebrate birthday dengan budak besday sehari sebelumnya iaitu cheq  ramai2 dnegan korang katanya. =) 

Combo 2: Gift yang elok dibawa untuk menziarah orang sakit

1) makanan yang sesuai. Ada hospital yang melaksana polisi makanan luar tidak boleh dibawa masuk.  namun rata2nya okay je. Buah2an biasanya amat digalakkan. Begitu juga makanan berkhasiat lain seperti yogurt, susu. Spirulina pun okay. bagi yang berada, plasma marine sangat bagus. Tetapi untuk makanan yang bersifat 'mengidam' contohnya fast food, lauk kegemaran, perlu mendapatkan pengesahan dari doktor. Bukan apa, takut pula makanan bereaksi dengan ubat2an yang aneh.
2) bunga2an. Auww sweetnya. sila pastikan bukan bunga yang pesakit allergic, tak pasal2 anda boleh dituduh membunuh tanpa niat. maklumlah, dalam keadaan sakit, tindak balas antibodi melawan allergi lebih dahsyat dari biasa

3) Peralatan yang diperlukan oleh pesakit untuk membuatkannya terasa ingin bersemangat hidup semula. Kalau dia suka muzik, bawakanlah smentara Mp4 player dengan lagu kegemarannya. Kalau dia suka melukis, bawakanlah set melukis simple kegemarannya.Kalau dia suka blog, bawa2kanlah netbook beserta broadband untuk dia guna sekejap. Jangan tertinggal pulak, nanti hilang, kita gak yang sedih. haha

Okay. Tamat sudah combos. mahu teruskan kerja repair. laptop menanti dengan penuh sabar. Haha XD Zoom2, salam alaikum~

Facebook Already? Faceblog Now!

Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke the faceblog. Tujuan Faceblog diwujud ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh malaysia dan dunia amnya. Marilah kita bersatu dan berkerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh Malaysia. Seperti Facebook, mereka juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh malaysia selaras dengan tema yang mereka bangunkan yang seakan-akan Facebook. Jom sertai mereka dan bersama kita memeriahkan dunia blog Malaysia.

Terima kasih!


22 February 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger : Dia yang Aku Pernah Kenali




http://kaif-amb.blogspot.com

Dia yang aku pernah kenali..
Banyak yang masih sama dengan aku.
Walau banyak juga yang lain.

Seloka Gath di Superstar K'ok SB

malam ini malam seloka
seloka kita seloka suka
seloka suka tak mahu duka
kita buat untuk suka-suka

21 February 2011

Latest Design

Latest design termasuk header pemenang contest.
=)

untuk blog janjan.. nor Jannah. saja buatkan, sbb tgk dia dok tnya kat post SB tapi respon is not that helping. =)



Untuk blog Zimi sebab jadi pemenang contest pertama ~

Andai Kau Masih Di Sisi

Aku baru terbangun dari lelap pendekku.

19 February 2011

Yang Pernah Ada

Mencari sesuatu yang pernah ada di sini
dan aku membelai suatu janji

menghilang tanpa hati
dan kembali ku ke sini
berharap sang pelangiku
kan menjelma lagi

tika langit bercerita
pada erti suatu cinta
tika desir bayu
tiada lagi singgahi pipi

perginya ku dari sini
bukan tuk membiarkanmu sendiri
...
tetapi mencari
sesuatu yang pernah ada di sini

yang pernah ada
yang pernah ada
yang pernah ada
yang pernah ada di sini.....

16 February 2011

Mencari diri V: Sorcerer' Apprentice

Review yang sangat lambat. Haha. Takpelah, asalkan saya mampu berkongsi dengan semua. =)  Bagi saya...

HR into practice part 5: 10 Cara Mudah Mengatasi Pembaziran Masa


Semua orang mengadu kekurangan masa. Termasuk saya. Jadi apa yang kita harus buat supaya kita selalu mampu siapkan kerja pada masa yang betul?

1) Sebaik saja sampai di tempat kerja kita, bersosiallah dengan kawan-kawan lain sekadar perlu, terus ke meja dan mulakan kerja.

2) Kumpulkan + longgokkan kerja yang sama untuk dibuat sekali harung. contohnya, kumpulkan semua panggilan keluar yang perlu dibuat hari ini dan buat semua sekali.

3) Kurangkan mentaliti 'perfectionist'. buat kerja seterusnya apabila kerja pertama siap. Mentaliti perfectionist akan menyebabkan kita mengulang kerja yang sama berulang-kali.

4) Kenal pasti apa sebenarnya yang membuatkan kita kehilangan masa, dan berusaha keluar dari lingkaran ini.

5) kenal pasti masa kerja kita, masa sesi berkongsi nasihat (consultation hour), supaya masa kerja kita tidak diganggu, dan masa kita nasihat-menasihati juga tidak diganggu.

6) Belajar fokus pada satu-satu kerja dan belajar juga mengurangkan 'multitasking' yang tidak berapa perlu. Kajian terkini menunjukkan 'multi-tasking' menyebabkan peratusan kesilapan meningkat, berkadar langsung dengan masa dan kuantiti kerja 'multi-tasking'.

7) Bersosial sekadarnya.  banyak masa yang akan terbuang apabila kita bercakap lebih dari perlu, dan bercakap lebih dari bekerja.

8) Baikpulih- Buat template untuk kerja-kerja am yang selalu kita buat. Tetapkan masa untuk kerja yang telah kita buat sekali dua. Update list contact-person dan letakkan di tempat yang mudah diakses.

9) Kawal diri kita dari overuse + abuse komputer atau Internet untuk tujuan peribadi : kurangkan game, social network activity

10) Ulang langkah 1 hingga 9.

Selamat mencuba!

14 February 2011

Contest Entri Maulidur Rasul : Andai Dia Di Sisi

Maulidurrasul bukti kecintaan kita pada Rasulullah~

Kecintaan kita yang pada masa ini, kita mampu menyambutnya melalui cuti yang mampu diimarah dengan perarakan.. dengar kuliyah, atau apa saja =)

Kalau kita belum cukup rasa syahdu2 bila nampak banner Maulidur Rasul di mana2, atau tak terfikir apa2 bila radio dok pasang lagu nasyid tentang Nabi Junjungan kita., apa kata mari semarakkan lagi rasa cinta kita pada Rasulullah kita ini dengan join peraduan@Contest Blogger #1 saya: 

Andai Dia Di Sisi

Dalam pertandingan semudah ABCD ini, anda cuma perlu:
a)  Buat satu entri dengan tajuk di atas.
b) Tuliskan apa yang anda bayangkan, sekiranya saat ini Rasulullah ada di sebelah anda. Anda boleh tulis apa yang anda ingin beritahu, bualkan, dengan beliau... dalam bentuk paling kreatif.
c)  Download image di sebelah atas kanan blog saya, dan letakkannya dengan link ke blog saya di http://fahmimahat.blogspot.com.
d) Isikan form ini untuk detail berkaitan.

2 pemenang pertandingan ini (sorang laki, dan sorang perempuan) akan menerima
A :satu design header + banner pilihan.
B: banner pemenang contest.

Pertandingan dibuka sehingga 16hb Februari 2011, ditutup pada jam 10.00 PM waktu Malaysia Barat. Oh ya, selepas buat entri, tinggalkanlah jejak di ruangan komen untuk saya review postnya, mcm Azim ni,  =)

Apa tunggu lagi? Jom2 =)

Puisi Depan Tangga

Ketik-ketak aksara ini berbicara,
bicara tentang cerita kita semua,
bicara tentang apa yang tak pernah ada,
bicara tentang semua rasa suka lara,

bicara juga tentang apa di radio,
semua benda remeh pun nak dijadi isu,
cuba lari dari cerita tak bahagia,
cuba lari dari stress sini sana,

apa kau pura-pura tidak tahu,
atau kau cuma cuba tak mahu menipu,
bimbang kau kan terlepas cakap macam dulu,
silap cakap lain hari dah tak sebulu?

apa kau pura-pura buat buta,
orang dok cerita kau depan mata,
tapi kau duduk sengal senyum-senyum saja,
tahan marah dalam hati bagai nak gila...?


dasyat sungguh kita bermuka?
bukan lagi dua saja talamnya?
kawan makan kawan perkara biasa?
housemate kutuk ngumpat makan daging percuma?


macam mana kita nak jadi sebulu,
kalau duk bahan macam makan bahulu,
lepas satu habis ambil lagi lah satu,
tahu-tahu kenyang 'erp' wa blah dulu?


kalau tanya bukan sebab mahu jawapan
tapi tanya sebab sudah ada jawapan
kalau tanya bukan sebab mahu jawapan
tapi sebab nak hint 'pehal loading', kan?

ketik-ketak aksara nak berhenti dulu
harap lain kali kita berjumpa lagi
ambil iktibar jom mana-mana yang mampu
jadi baik bukan untuk cuma sehari

sekian terima kasih.

12 February 2011

Mencari Diri IV: Travelog Kundang Ulu

Kepergian ini, sungguh indah.

Mereka yang pergi, dirindui orang yang ditinggalkan.

Mereka yang pergi, telah menuju cinta yang dirindui.


Mereka yang .....

11 February 2011

Say It Better, But Still Couldn't

Perempuan masih bersalah bila bertudung :

1) dengan baju kurang kain pun kurang. bertudung cantik dah... tapi...

2) jarang. adoi, sakit kepala bila terpaksa follow dari belakang dalam jarak yang sungguh dekat dan tak dapat nak bergerak ke mana2 untuk elak, contohnya bila time naik escalator.

3) singkat. common sense. terlalu byk komentar dlm blog dan artikel majalah

4) nampak bentuk sanggul rambutnya. sanggul itu memang cantik. tetapi seeloknya sanggul itu disorokkan. kalau tak kisah, pendekkanlah sedikit rambut agar tak terlalu berbentuk sanggulnya...

5) tak tutup bentuk dadanya. perlu lah menggunakan ilusi optik penselempangan berbagai2 arah untuk menyembunyikan itu, supaya tak perlulah menutupnya dengan tudung yang labuh bergosok tetapi straight.. u know what i mean?

6) tetapi masih belum mampu menudungkan kelakuannya di hadapan mereka2 yang wajib ditudungkan kepala padanya (ayat stail kitab kuning mutho'al badrin darjah enam sek agama dulu ). pakai tudung elok dah, tapi ketawa mak aih....

Sarcasm speaks out hatred, rather than goodness, i know. As if we are that saint, never being once, ever, in sins. I would feel sorry if I am going to be hated for this. 

But I would feel a lot worse I did not actually say anything like this to you, when actually I loved you because deep down you, my friend, are such a wonderful and good person. When the love stops me from doing the right things, doing things right does not even matter. 

I'm sorry that I could not say it any better than this...

10 February 2011

Review Sahabat Blogger Episod 3


Ery >  http://lapinkyery.blogspot.com/


Or so it goes the name. =)

So, setelah katanya saya memenangi offer untuk menontong wayang percuma (2nd time dapat tgk free nih) tanpa sebarang contest, teruslah kita set masa nak jumpa.

Mak oi, jalan nak ke Puncak Jalil sangat ...stress. okay? XD

Pada awalnya cadang jumpa di KLCC, tetapi akhirnya... kami telah menonton di Mines instead, atas sebab2 yang tidak disangkakan tidak dapat dielakkan. Tak dapat Shaolin, Yogibear pun okay aje. =)

Ery orangnya baik2 aje. Amik course Kimia di UKM., final year final sem (pawa kut.. respek2 ).simple thinking person, to most extent. Tapi juga kritikal in some ways.

Ery dari gayanya tak suka cari pasal dgn orang, tapi kalau dengan orang yang suka menyakat dia, sila bersedia untuk dihempuk dengan barang yang dia tengah pegang. Klu currently at that moment dia tengah pegang barang mahal tu, mungkin la lambat sket nak kena.. haha =)

Bila tengok di blog, Ery juga seperti kebanyakan blogger di SB, menulis dari hati, bila ada bahan untuk dikongsi. Lately dia mengadu agak bosan so kurang nak update sangat.

Blog Ery ni juga memaparkan going-around (betul ke term ni haha) yang dia pegi merata2, juga review filem. Banyak la gambar2nya, korang baca jek. Syok gak. =)

ayat takleh dilupakan : Kau cakap beriya la weh, dengan bunyi + gaya tangan , perlu kee!~ (dengan nada tinggi yang annoyed) - reaksi : terkejut dan nak gelak kuat2 tapi tak jadi .... untuk 3 saat. bwaahaha

08 February 2011

Review Sahabat Blogger Episod 2



Satu nama yang unik. Orangnya pun manis.

Mula2 jumpa di Wangsa Walk hari tu, ingatkan beliau datang dengan Nisa. Oh. Silap. Rupanya itu Widya adiknya. Sebab dari jauh Widya dan Nisa nampak sama saya belum pernah jumpa lagi Nisa Kay.

Wirda yang saya kenal setakat ini, adalah seorang yang fotogenik, suka main bowling, dan off course sangat suka bergambar. lagi2 bila dengan KSP (hehe.... en BurungMan dan FH sila jangan jeles dengan mereka okay LOL).

Wirda orangnya nampak hebat. Tapi bila dia senyum, macam boleh nampak apa yang ada jauh di sebalik senyum tu. Teringin nak tahu kenapa camtu, tapi .... nanti KSP jeles pulak, Wakaka lain kali lah kut. =)

Melihat kepada blog beliau, Wirda boleh dikatakan suka bercerita dan berbual. Tapi beliau tidak berbual sangat dengan saya, mungkin kerana saya penyegan orangnya [segankah sebenarnya aku? entahlah mungkin juga beliau yang segan].

Ayat tak boleh dilupakan: "Kahwin!" (bila KSP tanya pada Widya adiknya lepas SPM nak buat apa, dia tolong jawabkan) XD



Time kami turun dari tangga ke arah A&W, beliau dah melambai2 dari jauh ala2 kami kuar pintu airport KLIA ke tempat menunggu plak dah. Adoi.

CB ni memang mudah mesra sangat orangnya, belajar di KUIS (baru sampai ke KUIS beberapa hari lepas, jadi dah tak keliru da).

Juga suka wat2 tacing dan biarkan BFnya cemas. Nasib baik Syam ni cool orangnya gak, (siap offer nak coachkan KSP yang tak berapa nak main bowling , yeye jek... hehe. Tapi memang power pun, buat bola spin rileks jek) takdelah nak cemas mana =)

Blog CB, banyak cerita tentang diri sendiri, tentang apa yang ada dalam fikirannya juga. Biasa2, mungkin belum begitu kritikal =) Tapi header blognya cantik okayy... suka tengok =)

CB juga,dari luarannya, nampaknya memang peramah, mungkin ada hati yang sensitif tapi buat2 kuat, dan suka mengambil gambar dari diambil gambar. jadi en Syam, sila consider untuk hadiahkan DSLR ya! hehe

Ayat tak boleh dilupakan: "meh la wirda meh duduk sini meh.. ololo malu2 pulak" semasa offer Wirda duduk sebelah nya. Masalahnya Wirda sebenarnya nak duduk sebelah KSP haha tempat tu tak lah luas mana pun... =)

Gegar 1000 Blog oleh Ben Ashaari

Teringin gak nak post macam ini, bila tengok kawan2 dalam Sahabat Blogger ramai yang buat. lagipun tak susah mana pun. Hopefully tak terlambat lagi nak buat~

Kata nya Newbie, kita buat juga, moga2 banyak manfaatnya bila ada link ke blog2 lain, apatah lagi dari blog Ben Ashaari, insyaAllah =)

Tada!




"SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??"

butang Like Facebook di Blog kita

Kenapa butang Like on Facebook bila dipasang di blog, menyebabkan kesan viral pada traffic? dan apakah cara yang betul?

1) bila kita tambah butang like, kita letak di bawah post.
2) sebelum orang lain like, kita leh like dulu. kenapa?
3) bila kita like, frenlist dlm Facebook kita akan respon, sebab Like'ing akan juga dimasukkan dalam Home kita. Juga home mereka =)
4) orang lain dlm frenlist akan respon.
5) Ini belum kira lagi frenlist orang yang like post blog kita tadi.

6) apa pun, bila da pasang widget ni, kita wajib like page kita dulu. kenapa?
7) common sense, bila kita dah suka something, baru kita leh ajak orang lain untuk suka mcmana @ apa yang kita suka jugak . kan?

Selamat mencuba!

Review Sahabat Blogger Episod 1



Kirin ni masih belajar di Unisel cawangan Bestari Jaya (so siapa2 yang mahu terjah, sila cari beliau di Unisel yang betul yea... hehe). Berbekalkan ayat power + suara power, beliau menjadi popular dengan begitu cepat serta mendapat perhatian dari admin2 SB... juga gadis2 blogger yang agak hot juga. XD

Blog beliau banyak juga menyentuh tentang pendapat peribadi beliau tentang isu semasa, so sedikit sebanyak, frequency kami boleh dikatakan sama jugaklah =)

Sewaktu ditemui buat kali pertama di Wangsa Walk, Kirin adalah kategori manusia yang mudah mesra, bercakap + berfikir pantas, dan dari key suara nya ketika berbual kita mampu tahu dia antara pemegang aliran seni suara (baca: geng karok LOL). kan kirin kan... =)

Ayat takleh dilupakan : "aku tak pandai bowling dowh" , tengok2 dia strike dulu. cet. haha >_<



Kyerol adalah salah sorang student programming yang kewl, tak sangat macam budak yang terer computer, tetapi down to earth dan juga, seperti KSP, mudah mesra dengan orang yang baru dikenali. Beliau masih di dalam proses penyembuhan dari accident sejak 4 bulan lepas, dan katanya, sedang berjuang memenangi kes bulan 6 nanti. Mari kita doakan moga2 beliau menang kes tersebut

Kyerol memiliki suara yang bertenaga, personaliti yang atractive macam matahari (jap2, matahari attractive ke), dan kamera yang hebat... juga dibekalkan dengan rupa (baca: rambut dan mata bulat LOL)yang mampu menawan sukma gadis2 di luar mahupun di dalam SB. hehe.. (oi aku da puji ni, takkan xde pape kut)

Sewaktu ditemui buat kali pertama juga di Wangsa Walk, Kyerol lebih kurang macam dalam SB juga. So kita boleh andaikan beliau ini jujur orangnya, tak bermuka-muka sangat. Kita juga boleh andaikan, bila beliau memberi pujian, beliau bukan membodek, coz he's got nothing to lose, watpe nak bodek ye dak~ =) *thumbs up

Blog beliau, Kaif AMB, memiliki tarikan tersendiri. Lihat saja pada profile descriptionnya. Lihat juga pada Page2 di atas, kita akan tahu bahawa Kyerol adalah manusia yang hidup dengan seni dan dalam seni.

Dari blognya juga, kita juga akan tahu Kyerol adalah kategori manusia yang tahu mengenang kebaikan orang2 di sekelilingnya, juga menghargai ahli keluarga nya =) buat gadis2 juga, kalau nak tahu contoh lelaki yang baik, mereka akrab dan mesra dengan ahli keluarga sendiri.

Ayat takleh dilupakan : "Oi Fahmi, jom kita duet lagu Mawi, aku Mawi kau M Nasir" hahaha XD

07 February 2011

Sungguh Indah KetentuanNya

Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

Sebagai manusia, saya sangat2 merasakannya. Lebih2 lagi Sabtu dan Ahad lepas.

Siapa saja yang menyangka ketakpulangan saya ke rumah sewaktu CNY ini telah:
a) melindungkan saya dari bahaya tak dapat pulang semula ke UIA atas sebab jalan ke Pagoh terputus?
b) memberikan saya peluang dan makna hidup yang baru melalui rakan baru di Sahabat Blogger?
c) memberikan saya peluang terhebat sepanjang kehidupan untuk bertemu semula ustazah Saadiah dan ustaz Zatul Akmam yang sampai pernah termimpi2kan untuk berjumpa usai persekolahan dulu?
d) dan juga memberikan saya peluang duduk semeja bersama Sahibus Samaahah Ustz Tahrir?
e) menjumpakan saya dengan watak FB yang tak pernah langsung jumpa selama hampir 2 tahun tahu kewujudan masing2 dalam Fb list?

Allahu Akbar. Memanglah DIA sebaik-baik perancangan dan pelaksana perancangan =)

05 February 2011

HR into Practice Part 4: Dalam Teamwork Musti...

Teamwork yang baik biasanya musti mempunyai ciri gerak kerja yang baik. Kita boleh andaikan mobiliti teamwork sangat banyak bergantung kepada

Mesir dan Twitter Versi Baru

Dengan konflik di Mesir yang masih berterusan, kita mampu melihat episod konfrontasi antara askar dan rakyat di merata-rata.Antara kesan terhebat yang dapat dirasakan ramai adalah sektor media dan komunikasi, sebaik saja ISP Mesir diputuskan, — menyebabkan semua komunikasi ke luar terhenti.

Dalam usaha memperbaiki keadaan ini,

04 February 2011

Antara Tunisia dan Malaysia

...adalah Mesir.

=)

Kenapa tajuknya begini?

1) dari segi lokasi, Mesir memang di antara Tunisia dan Malaysia
2) dari segi sosioekonomi, Malaysia lebih baik dari Mesir dan lebih baik dari Tunisia. (tapi dari sosiopolitik belum tentu, mungkin lebih kurang sama, siapa tahu)
3) Bermula dari angin perubahan di Tunisia, ia merebak ke Mesir. Tidak mustahil ia akan sampai ke Malaysia.

Sebenarnya..

03 February 2011

just smiles

Solidarity of People Power







Isn't mine. Its' theirs. but trying to ease the users on the eyes so they stick to original objectives : solidarity of people power!

Retouched, before realizing it's already there in their album. >_<

So, here they are. You can choose to use either one for Facebook profile pics. It's the least that we can do.

[retouched with Microsoft Photo Manager]

Aku Bukan Nostradamus

Dan ketakutan ini,
ada asasnya,
ada pilunya..

di saat-saat ini,
ada rasanya,
tak mahu untuk...

ku biarkan terus kalam berlari
bimbang ku terus disalah erti
bimbang apa kan terjadi
bimbang ia terjadi dan terus terjadi...

aku bukan nostradamus (mencipta janji)
aku bukan nostradamus (membenar saksi)
aku bukan nostradamus (tuk diimani)
aku bukan nostradamus..


bukalah mata hatimu
dan sedarlah
masa ini bukan lagi sejarah
tapi bait bayangan pernah termadah

01 February 2011

Zuowei Wo

Zuòwéi wǒ lái shuō shì zuìdà de tiǎozhàn
Bùduàn xiàng qián, yīqiè dōu gǎo zá le
Yào jìxù dāng wǒ de shìlì huì biàn chéng shàngxià diāndǎo
Yào bǎochí zhènjìng, wǒ de píqì bàozào
Bǎochí wéixiào, dāng wǒ suǒyǒu de bēishāng
Xiǎngshòu zhēnzhèng de xìngfú, zhǐ lái le yīhuǐer

Dàn zhǐyǒu zhèyàng,
Zhèxiē jīngyàn jiàohuì le wǒ rúhé shēnghuó
Zhèxiē tiǎozhàn, shǐ wǒ gèng jiānqiáng nèi ér wài
Zhèxiē gùshì gěi le wǒ měi yīgè mìngyùn, nǐ shuō wǒ de shēngmìng lìliàng, wǒ de ruòdiǎn
Méiyǒu shé me gèng hǎo de, dàn zuì hǎo de!

Like this one so much! =) Nak tahu ini semua citer pasal apa?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header