3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

04 February 2011

Antara Tunisia dan Malaysia

...adalah Mesir.

=)

Kenapa tajuknya begini?

1) dari segi lokasi, Mesir memang di antara Tunisia dan Malaysia
2) dari segi sosioekonomi, Malaysia lebih baik dari Mesir dan lebih baik dari Tunisia. (tapi dari sosiopolitik belum tentu, mungkin lebih kurang sama, siapa tahu)
3) Bermula dari angin perubahan di Tunisia, ia merebak ke Mesir. Tidak mustahil ia akan sampai ke Malaysia.

Sebenarnya..
..ini bukanlah fokus utama post ini saya tulis. Saya tak tahu nak mula dari mana sangat. Sebab bagi saya, dalam menerangkan apa yang saya fahami tentang angin perubahan ini, ada dua perspektif:

perspektif A:

masyarakat benar-benar sudah tidak  boleh menerima kebobrokan pemerintah dan ekosistem pemerintahannya

perspektif B:

Semua perkara  yang terjadi adalah dalam master plan The Hidden Hand, dan kita semua duk nganga, dan kagum sebab depa semua berani buat dan lawan kerajaan tapi kita masih berharap dengan pilihanraya.

*****

perspektif A diterangkan dari asas teori pembangunan sosiobudaya manusia. apabila kerajaan telah mencapai tahap ketepuan minda dalam mengawal masyarakat (dari aspek ideologi, solusi terhadap permasalahan,) kuasa masyarakat yang lebih kuat akan membawa kerajaan ke tahap declination.

ketika ini, konsep 'elits minoriti dengan kuasa kepintaran dan kekayaan' mengawal 'majoriti dengan kuasa sumber' menjadi pincang.

Pincang kerana apa? kerana elits minoriti telah menggunakan kawalan kepada majoriti dengan cara yang sewenang2nya tanpa mempertimbangkan kebajikan majoriti.

perspektif B diterangkan dari asas master plan the Hidden Hand menjelang 2012, kesemua 'negara Islam' dari Timur akan dihancurkan dari dalam, dan disatukan semula menjadi 4 kawasan utama, Timur, Barat, Tengah dan Utara, sebelum dibahagikan kepada kuasa proksi utama yang menjayakan master plan mereka ini.

Master plan ini adalah lanjutan dari apa yang pernah dibincang dalam Knight Templars Round Table dulu2, sehinggalah ketika Perancis, Sepanyol, Europe berbincang tentang rancangan 500 tahun kolonialisasi Asia Tenggara.

****

Dari perspektif A dan B, kita masing2 boleh membawa pemikiran dan pemahaman dari sini.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails