3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 February 2011

HR into practice part 5: 10 Cara Mudah Mengatasi Pembaziran Masa


Semua orang mengadu kekurangan masa. Termasuk saya. Jadi apa yang kita harus buat supaya kita selalu mampu siapkan kerja pada masa yang betul?

1) Sebaik saja sampai di tempat kerja kita, bersosiallah dengan kawan-kawan lain sekadar perlu, terus ke meja dan mulakan kerja.

2) Kumpulkan + longgokkan kerja yang sama untuk dibuat sekali harung. contohnya, kumpulkan semua panggilan keluar yang perlu dibuat hari ini dan buat semua sekali.

3) Kurangkan mentaliti 'perfectionist'. buat kerja seterusnya apabila kerja pertama siap. Mentaliti perfectionist akan menyebabkan kita mengulang kerja yang sama berulang-kali.

4) Kenal pasti apa sebenarnya yang membuatkan kita kehilangan masa, dan berusaha keluar dari lingkaran ini.

5) kenal pasti masa kerja kita, masa sesi berkongsi nasihat (consultation hour), supaya masa kerja kita tidak diganggu, dan masa kita nasihat-menasihati juga tidak diganggu.

6) Belajar fokus pada satu-satu kerja dan belajar juga mengurangkan 'multitasking' yang tidak berapa perlu. Kajian terkini menunjukkan 'multi-tasking' menyebabkan peratusan kesilapan meningkat, berkadar langsung dengan masa dan kuantiti kerja 'multi-tasking'.

7) Bersosial sekadarnya.  banyak masa yang akan terbuang apabila kita bercakap lebih dari perlu, dan bercakap lebih dari bekerja.

8) Baikpulih- Buat template untuk kerja-kerja am yang selalu kita buat. Tetapkan masa untuk kerja yang telah kita buat sekali dua. Update list contact-person dan letakkan di tempat yang mudah diakses.

9) Kawal diri kita dari overuse + abuse komputer atau Internet untuk tujuan peribadi : kurangkan game, social network activity

10) Ulang langkah 1 hingga 9.

Selamat mencuba!

1 comment:

F_H said...

bab mase ni mmg selalu ke longkng..
aduh.. kene print n tampal kat dindinh ar.. boleh..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails