3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 January 2012

Primax 95 Xtra : Syiling Mencari Aku

Teka Teki:
Apakah minyak petrol yang paling menjimatkan?


Jawapan: Minyak petrol yang belum diguna lagi
#soritakkelakar
Syiling Mencari Aku



Sepanjang hidup, apa yang saya tahu, famili saya menggunakan Petronas RON 95. Dari abah, mak , dan currently, adik beradik lain yang juga punya kereta... kecuali saya.

Tegarnya mereka dengan Petronas, boleh saya katakan , separuh patriotik juga. Yelah, barang buatan Malaysia, kan?

(kenapa awak tak, Fahmi?)
Bagi saya, tinggal dalam kawasan kampus dan travel sebulan sekali mid-ranged distances, bermula tahun 2007 hingga akhir 2010, dengan kereta sewa, saya mengenali prestasi minyak jenis ron 95 yang saya pernah guna.

Dan waktu itu, yang teratas adalah Shell 95 Fuelsaver, diikuti Caltex Techron, dan Primax 95@Primax III..

Pada waktu itu, saya sedar, pada nilai wang yang sama, RM20 sekali isi, dan dengan gaya kawalan kereta yang hampir sama, Shell terasa lambat habis . Caltex pula memberikan pickup yang lebih, dan habis lebih cepat dari Shell. Primax paling cepat habis, meski terasa banyak dalam tank pada awalnya.

Namun itu semua berubah selepas saya gunakan Primax 95 Xtra yang baru, dari pertengahan tahun 2011 ni.

Saya tak sure bahan additif apa yang ditambah, tapi minyak kereta saya tahan lebih lama dengan takuk itu, dan pickup kereta terasa lebih 'menderu.'

Meski dengan jarak yang sama, dan purata berat kereta yang sama, Primax 95 Xtra nampaknya betul-betul membuktikan 'extra'nya. Tak disangka-sangka, kali ini inovasi Primax menjadi. =)

Shell 95 Fuelsaver, sorry. You have to have another additive type untuk regain top market.
Primax 95 Xtra, welcome into my kura-kura.

Haha. Tapi tu saya. Anda pulak bagaimana?

p/s: terasa nak tambah sebiji naftalena dan tengok apa jadi :P





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails