3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 January 2012

SOPA dan Hakcipta : Satu Alternatif

Salah satu perspektif yang mengatakan kenapa SOPA perlu dilaksanakan adalah, isu hakcipta dan pelanggarannya,apabila user download berlaku. Sebab, katanya, akan ambil hak dari harga yang sepatutnya dari pelakon, penyanyi, penerbit, dan semua-semua lah.

Namun, jika anda tanya saya, satu cara yang mungkin kontroversi, unorthodox, dan diluar kebiasaan untuk mengatasi piracy adalah dengan menjadikan kesemuanya muat turun.

Yup. KESEMUANYA.

(Hang gila ka, Fahmi?!)

Cuba kita lihat betul-betul.
Adakah ia mustahil jika SEMUA movie, lagu boleh dimuat turun?

Sebenarnya tak mustahil pun.

Sistem ekonomi berasaskan Kepintaran atau K-Ekonomi , tu cerita 8,9 tahun lepas. Sekarang ni dah bukan zaman K, tapi zaman E. (atau i?)

Dengan E-commerce, sistem fail sharing dan pelan pembayaran + sistem pembayaran yang wajibnya harus benar-benar mudah dan menguntungkan kedua belah pihak, SOPA sebetulnya takkan jadi serelevan sekarang.

(Macamana tu, Fahmi?)

Teori copyrighted piracy bermula dengan harga yang mahal untuk melindungi hakcipta asal penciptanya. Sebarang usaha untuk menjadikannya percuma , atau sebaran tanpa sebarang kos yang bakal kembali pada pencipta dan pengusaha, itulah yang mereka gelarkan sebagai lanun.

Harga yang mahal ini sebetulnya ada portion yang tertentu untuk setiap level dalam pengagihan media ke masyarakat, dari penciptanya.

(Ya ke, Fahmi?)

Cuba perhatikan.

Kalau movies, ada bahagian untuk pengarah. Ada bahagian untuk penerbit atau produser. Ada bahagian untuk pengedar. Ada bahagian untuk pawagam. Ada bahagian untuk lesen terbitan dalam syarikat televisyen. Ada bahagian untuk cukai kerajaan negara pengeluar movie.

Begitu juga kalau untuk lagu-lagu. Ada bahagian untuk pencipta. Ada bahagian (yang banyak) untuk syarikat pengeluar medium lagu tadi. Ada bahagian untuk pengedar. Ada bahagian untuk sistem radio (kalau tak, mana munculnya tradisi payola - bayaran agar lagu yang tak berapa semenggah tu dimainkan lebih banyak dari lagu orang lain?). Ada bahagian untuk cukai juga.


=============
Bila kita buat semuanya boleh dimuat turun, ada 3 perkara yang sangat penting perlu dijamin.

1) Tiada download yang secara mutlaknya PERCUMA.
Pengguna harus dididik bahawa langsung tiada perkara yang percuma dalam dunia. TAPI ADA PERKARA YANG MURAH, SANGAT MURAH dan HAMPIR TIADA KOS.
Untuk ini, bank boleh mengadakan roadshow , dengan kerjasama kementerian penerangan, kementerian hasil dalam negeri dan kementerian ekonomi luar negara dan domestik. Objektifnya adalah, bagi pengguna memahami, setiap yang dikatakan PERCUMA pasti ada kos lain (download free dari torrrent atau P2P, dan risiko dapat virus gila, file hilang, hard disc rosak, tu semua kos lain tu). Dan untuk mengelakkan kos lain yang belum tentu selamat untuk mereka, mereka perlu mengunakan download berbayar, dengan kerjasama bank.

2) Download haruslah dipecahkan ke dalam Multiple Volume.
Dengan pecahan dalam bentuk Volume, harga per volum boleh dikawal. Ini bakal menguntungkan pemprosesan download. Ia memberikan nilai tambah pada pembekal perkhidmatan Internet (ISP). Ia juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk download sendiri pada waktu mereka suka, pada masa mereka ada ruang pembayaran. Pengguna perlu download file yang kecil, contohnya , file dengan extension .001, dengan saiz lebih kecil dari 60MB. Atau cara lain, buat download berepisod.

3) Hakcipta Mutlak tetap Milik Pencipta Asal
Pendownload tetap mengetahui dan mengakui hakcipta media yang didownload. Untuk ini, ada dua cara boleh digunakan. Pertama, didikan dan asuhan tentang etika. Kedua, programmable code untuk media contohnya dengan WRM, jadi media yang didownload dimiliki oleh seorang sahaja, biarpun mampu ditonton atau didengar lebih dari seorang. 

4) Download yang Lengkap bermakna Pengalihan Pemilikan Produk, bukan Pengalihan Hakcipta Produk
Media yang didownload dimiliki atas rekod pembayaran, bukan penghasilan. Jadi, selain dari penggabungan media clips dalam mana-mana animasi, pengaturcaraan, atau mixing, pengguna hanya boleh didakwa atas akta hakcipta penghasilan, BUKAN atas akta hakcipta-sebab-ambil-yang-bukan-hak kau.

4) Sistem Rangkaian Fiber Optik yang Advanced
Rangkaian Internet seluruh negara, lebih-lebih lagi dari rangkaian yang offer produk content tadi, haruslah advanced dan robust, supaya file download tadi benar-benar sampai , tanpa sebarang isu berbangkit.

5) Sistem Pembayaran yang Super Mudah
Kalau kita mampu buat sistem touch and go untuk kebanyakan perkara, dari seremeh-remeh parking, kepada sebesar-besar Tol, kita tentu boleh cipta sistem pembayaran download. Dari sesimple phone reload deduction, direct debit ke akaun bank, ataupun pay-per-download, kita boleh buat semua ini. Kalau kita mahu.

6) Pelan Pembayaran yang Adil dan Saksama.
Pelan pembayaran ini perlulah melibatkan tiga pihak sahaja. Pencipta, pemproses download, dan pengguna download.
Untuk pihak yang lain, mereka yang perlu membeli lesen dari pencipta. Pengguna tidak perlulah menanggung kos atas nama mereka. Jadi harga downloadable medium tadi juga akan menjadi lebih kecil.
Contoh, movie. Pawagam dan pengedar DVD, mereka yang harus membeli lesen dengan kos mereka sendiri. Pengguna yang mahu menonton di pawagam dengan nilai tambah yang lain (contoh, discount coupon untuk movies di bawah syarikat pengeluar yang sama, 3D elements, dan sebagainya) akan membayar harga tiket mereka sendiri. Sebab, meskipun movie tadi downloadable, tidak ada masalah untuk cinema hasilkan pendapatan mereka dengan cara yang lebih menarik.

Dan, meskipun movie tadi downloadable, cerita tetap lebih seronok apabila ditonton beramai-ramai. Ini adalah fakta tentang kelakuan manusia.  Bayangkan tengok cerita seram Sumpahan Kum Kum sorang-sorang di rumah? Siapa nak tolong anda kalau anda pengsan ketakutan?  =_=

============
Jika langkah ini dipilih untuk dijalankan, confirm ada bahagian yang perlu dihilangkan dari alirannya.
Contoh, tak semua pengedar berbilang aras akan perlu ada. Contoh , Speedy Video. Ke mana pengedar ini perlu dialihkan? Jika anda tanya saya, mereka boleh menjadi pengedar kad charge download, mahupun bekerjasama dengan cinema, bagi tujuan merchandising, premiere screening. Jika mereka tak nak, mereka boleh tutup kedai mengubah pendekatan mereka. Kita tak perlukan aras-aras yang terlalu banyak yang menjadikan harga media asal itu mahal.

Tapi saya yakin ia lebih baik jika kita mampu lakukannya sebagai pilot project di Malaysia. Cuma, berani tak berani ajelah lawan arus. Sebab kita bukan Iran atau China. Kita ni negara ikut-ikutan.

=====

Paling penting,

Siapa kata hakcipta takkan terpelihara kalau semua orang boleh download?

Dan siapa yang kata, hakcipta terpelihara kalau semua orang dihalang dari download?

Siapa berani cakap, produser filem tak ada  tiru mana-mana cerita pun untuk hasilkan karya baru?
Itu bukan isu hakcipta?

Siapa berani cakap, komposer lirik dan musik tak ada tiru mana-mana bar lagu untuk hasilkan karya baru?
Itu bukan isu hakcipta?

Siapa berani cakap, story line games dan coding software tak pernah ditiru satu pun untuk hasilkan line up software dan games baru?
Itu bukan isu hakcipta?

Isu SOPA tak perlu ada andai kerajaan seluruh dunia berfikir sebentar tentang hakikat sebenar media dan hakcipta. (Apa hakikatnya tu, Fahmi?)

Media dihasilkan untuk mendidik masyarakat dengan nilai yang baik. Bukan mengkorupkan masyarakat.
Hakcipta dihasilkan untuk melindungi inovasi dan penciptaan, bukan untuk mengaut lebih banyak keuntungan. 

Ini semua kita boleh buat. Kalau kita mahu, lah.
Sebab, bila ada TAHU dan MAMPU, belum cukup, andai kita tak pernah ada MAHU.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails