3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 January 2012

Review Filem: the Tuxedo


Waktu rakyat Malaysia menggilakan dan menonton Money Drop, saya menonton Tuxedo di TV3 sebagai hiburan hujung minggu.

Usai menonton Tuxedo, saya tersedar beberapa perkara tentang Tuxedo.

(Apa dia, Fahmi?)



1) Ini adalah antara filem  terawal waktu penghijrahan Jackie Chan ke Amerika Syarikat atau lebih spesifik, Holllywood. Filem terawal nya yang lain termasuklah Shanghai Noon, Rush Hour.

2) Filem ini dihasilkan dalam 1998, dan pada tahun ini, teknologi eksoskeleton adalah teknologi khayalan lagi.

3) Teknologi eksoskeleton adalah satu teknologi penghasilan rangka luar dengan kelebihan dan ability tertentu, untuk tujuan ketenteraan.

4) Jepun mula-mula memasukkan teknologi khayalan ini dalam cerita kartun Macross, Gundam, 5, 6 tahun sebelum itu.

5) Teknologi neural suit adalah antara teknologi terkini yang melibatkan eksoskeleton , dan hubungan terus ke sistem saraf manusia.

6) Tony Stark atau Iron Man, dalam siri komiknya, pernah menghasilkan satu jenis suit Iron Man yang dihubungkan terus ke sistem sarafnya . Suit Ekso ini bakal muncul dari kulitnya mengikut kehendaknya sendiri, tanpa perlu membawa beg pertukaran (Iron Man suit versi Mobile) ke mana-mana.

7) Gambaran terkini tentang eksoskeleton boleh dicantumkan puzzlenya melalui
Cyberdyne : Tangan Cyborg yang mampu mengangkat berat 10kali berat asalnya
PowerLoad : Sistem yang membantu menambahkan kekuatan pergerakan manusia
Raytheon salah satu pengeluar sistem cyborg, pernah bekerjasama dgn Chrysler (sub division General Motors dalam bidang automotif , juga dalam bidang kenderaan ketenteraan )yang dikatakan telah berhenti mengeluarkan prototype, dan prototype terakhirnya disimpan sebagai kajian.

Cabaran eksoskeleton yang perlu diharungi oleh penciptanya adalah:
1) menghasilkan spinal movement yang lebih lancar dari sistem tulang belakang manusia, untuk pergerakan memutar paras pinggang, pergerakan membongkok ke hadapan dan ke belakang (tulang belakang manusia sangat unik, sila kagum sekarang!)
2) ringan, tapi berkuasa
3) sistem penjanaan kuasa yang benar-benar optima, dan tidak membebankan user. Takkan nak bawak batery rechargeable sebesar amplifier ke mana-mana, kan?
4) dan sudah tentu geran pinjaman dari kerajaan yang berpersepektifkan anti-terrorism yang benar-benar membantu.

Kita dah pun memulakan langkah langkah terawal di Malaysia menerusi contest Roboconn sejak 8 tahun yang lalu. Harapnya kita dah pun selangkah lebih dekat dengan sistem eksoskeleton sendiri untuk kegunaan tahun 2015 =)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails