3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 January 2012

Terbuka Malaysia Maybank Proton : Satu Sokongan

Assalamualaikum pembaca InilahFahmi hari ini~ =)

Terbuka Korea telah tamat. Terbuka Malaysia Maybank Proton masih berjalan. Jom kita sembang-sembang sikit tentang Badminton, jom?

Sukan Badminton kita menunjukkan ups and downs sepanjang tahun 2011. Namun  apa yang pasti, buat tahun 2012, prestasi Badminton kita masih belum dapat dinilai seadilnya.

(Kenapa Fahmi?)

Bagi saya, isunya adalah isu internal dan external.


Internal
Upsnya, ada pasangan dan pemain yang menunjukkan semangat juang dan daya saing yang sangat bagus. Itu tidak lagi saya sebutkan netkill dan trickshot yang fresh lagi menarik.

Lagi Fahmi?, Lagi, biarpun baru saja menghabiskan terbuka Korea, pemain kita masih menunjukkan keupayaan yang baik, melawan keletihan dengan usaha yang gigih.

Namun, downsya juga masih ada.

External
Negara lain yang bertatih dalam badminton ketika Malaysia menjuarai Piala Thomas tahun 92, kini semakin kuat mengasak Malaysia.

Isu strategi dan 'bye' bagi membolehkan pemain yang dikehendaki mereka berpeluang bermain, dan reaksi kita, masih sama seperti sebelum-sebelumnya. Yup, mungkin saja anda boleh kata saya tak faham sistemnya, tapi, takkanlah dah hampir 20 tahun kita masih mahu dikekang dengan perspektif ini?

Apa yang penting, pemain dapat pengalaman dan pendedahan. Pemain menang dan kekalkan ranking, sudah tentu itu bukan 100% bergantung kepada nature permainan dan konspirasi, tapi juga pada sikap pemain itu sendiri. Kan?

Apa pun, berbalik juga pada kekuatan minda pemain, jurulatih, pegawai yang terlibat. Andai pegawai badminton berparadigma seperti Jurulatih Bola Sepak Malaysia Ong Swee Kim yang protect minda dan hati pemainnya dari serangan media, sudah tentu ia akan lebih menbantu.

Bukan apa. Tapi apalah gunanya jika kita asyik dengan modal 'minda pemain harus kuat' sedang dalam masa yang sama, pemain diasak media bertubi dan pegawai + jurulatih memilih untuk defensively silent? We reap what we sow, kan? Kalau pegawai pun defensive + reaktif, macamana nak harap pemain mindanya kuat. Bukankah bila player gembira + sedih, orang yang pertama paling dekat adalah mereka juga. =)

Apapun, saya tetap setia menyokong pemain kita yang berdisiplin dan berdaya saing. Potensi yang ada perlu terus digilap. Masalah disiplin? Masalah apa aje yang tiada penyelesaiannya. =)

Agi idup, agi ngelaban. Biar Semangat Harimau Malaya tu kuat sekuat-kuatnya.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails