25 May 2012

Di sebalik Haramnya X Men

Northstar dan Aurora, kembar berkuasa.
Northstar, adalah satu daripada elemen LBGT yang muncul dalam komik kita hari ini.

Watak dalam siri X Men ini, dari volume tahun 1992 lagi menunjukkan ciri homoseksualnya yang tersendiri. Northstar, memiliki kuasa kelajuan dan penerbangan. Kuasa yang dicetuskan dari tenaga kinetik pergerakan molekul yang terlalu cepat dalam badan ini, turut membantunya menghasilkan cahaya seterang bintang (turut merujuk kepada NorthStar itu sendiri, bintang kejora) sebagai antara kuasa serangannya.

Dalam episode volume 1992, Northstar terharu kerana Colossus berjaga malam. menemaninya di wad  Northstar, yang ketika itu dirawat oleh Jean Grey, telah mengejutkan Colossus dengan soalan "adakah awak single, Colossus?", hingga Colossus bertukar mendadak menjadi besi.

Tidak lah keterlaluan jika , dengan status sosial sekarang ini, LBGT mahu dijadikan suatu yang tidak lagi taboo.

Mungkin bagi Marvel Comics, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka teruskan langkah 'menormalkan' homoseksual dalam masyarakat dunia. Yalah, jika mereka teruskan dari tahun 1992, di Malaysia, homoseksual dalam akhbar adalah suatu yang sangat janggal.

Namun, 20 tahun selepas itu, janggal benar kalau tak nampak isu2 seksual atau homoseksual di Utusan Melayu. #troll

19 May 2012

MusicPac : Trust Your Ear #eh

tutor TAIO yang tak menjadi, akhirnya kencang mencapai tujuan yang lain. =_=



Jemputlah bermain, ya! gunakan kebijaksanaan anda untuk menyusun notasi lagu anda sendiri.

Perhatian! Sila save file ini ke dalam computer anda terlebih dahulu! =)
Sila rujuk arahan di bawah untuk save


Anda juga boleh belajar mengenali bunyi muzik, dengan telinga anda. Jangan terkejut, kerana, memang ada artis yang hanya kenal note muzik dari telinga dan bukan dari kelas2 muzik. =)

Bagi yang advanced, dalam setup, anda boleh sambungkan wayar Line in, Aux, ke sumber lain, dan rakamkan lagu anda sendiri, yang anda minati, dengan klik -klik mana2 bunyi yang anda perlukan.

Malangnya, saya hanya mampu buat ia diclick menggunakan mouse. Teknik klik dengan keyboard belum saya dapat gunakan lagi dlm  codingnya.


ps/:tutor Piano ini, menggunakan nota dari c3 ke c4 sahaja.
p/p/s: Jika anda mahu bermain @ belajar selalu, dari link entry ini, dari Chrome , tekan icon 'gear' dan Save Page As, pilih Complete Web Page. anda akan boleh bermain piano ini , sebaik saja musicpac.swf masuk ke dalam computer anda nanti =)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kawan Kahwin

Klik Untuk Tumbesaran
Ziarah ke kenduri Aimir dan Azua di Setiawangsa pula hari ni.

Perjalanannya tidaklah begitu mencabar, namun agak spontan. Saya, kalau ikut perancangan, memang jalan sorang-sorang. Tapi mengenangkan kawan baik, saya pun ajak lah kawan-kawan gerak skali ke kenduri Aimir. boleh lah kami makan free ramai2 hari ini. :P

Rupanya memang ada jalan short cut kalau nak ke setiawangsa tanpa perlu lalu duke? Saya memang biasa kalau balik dari KL ke jalan tun razak dan tembus terus ke wangsa walk dari sana. Tapi saya memang tak tahu kalau dari wangsa walk pun boleh terus ke setiawangsa. Seronok nih. #eh?

Rasa yang Terhela

Mencuba menjadi lebih baik, dan mencapai lebih ramai orang dengan niat yang baik, pada waktu kita sendiri sebetulnya, dalam zaman yang berbeza, kadang-kadang buat saya rasa letih.

Terkadang rasa simpati pada diri sendiri.

Tak kurang juga, rasa keliru.

Yalah, dalam usia yang ini, yang kawan2 sudah pun berkeluarga, mencapai banyak cita-cita dalam hidup, saya masih lagi berdikit berdikari, senyum, menghampirkan diri pada kebaikan-kebaikan yang masih ada di sekeliling , juga dalam diri sendiri.  (biasalah, mood biasa lepas balik ziarah walimah kawan2.. tahniah Aimir dan Azua! )

10 May 2012

Sensasi Pemilikan

Sense of belonging, atau dalam bahasa Melayu nya, dipanggil rasa@sensasi dimiliki, atau memiliki, adalah salah satu dari pada asas kepada keperluan manusia yang perlu berkawan dan bersilaturrahim.

Kajian psikologi dalam teori triad motivasi manusia, menunjukkan manusia secara amnya memiliki 3 keperluan asas yang akan mendorong mereka menjadi motivated, untuk buat atau terlibat dalam satu perkara.

Keperluan tersebut adalah:
A) keperluan kepada kuasa
B) keperluan berinteraksi dan bersilaturrahim
c) keperluan kepada pencapaian

Dalam satu komuniti, baik online mahupun offline, T Shirt adalah salah satu daripada beberapa elemen penting yang mampu membuatkan peserta atau Geng komuniti merasa wujudnya 'keterikatan' antara sesama mereka.

T Shirt mungkin nampak remeh, atau pada setengah orang, nampak mahal. Tapi hakikatnya, proses penyediaan Tshirt dan natijah dari T Shirt tersebut membawa kita kepada kesan yang tidak mampu disangkal lagi : RASA KEBERSAMAAN.

Ini adalah peluang terbaik bagi komuniti-komuniti di luar sana, untuk mula serius dalam design tShirt bagi mewakili program dan komuniti setempat. Apatah lagi dengan harga yang sudah semakin murah, dan material yang semakin pelbagai, tidak seperti 8-10 tahun dahulu, T Shirt adalah satu bentuk promosi dan usaha mengeratkan hubungan sesama ahli yang baik.

Namun begitu, usaha 'menjelekitkan' ahli tidak lah harus berhenti di T Shirt sahaja. Program-program mini , contohnya gathering, masih harus diteruskan. :)

Terbaru, adalah T Shirt dari geng FB WeLoveArts. Saya baru sahaja terima tadi. Termasuk yang ini, setakat ini saya sudah ada tiga geng yang betul2 saya pernah dan masih pegang dalam hati.

Moga-moga saya terus kommit. InsyaAllah.

p/s: Jika anda mahukan design TShirt yang berkualiti dengan kain yang pelbagai, hubungilah saya di Facebook. Insyaaallah saya tolong takat mana yang mampu sampai anda puas hati. =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

09 May 2012

G.E.M.B.I.R.A

Perkara yang baik tentang hidup, adalah, ia tak seperti dalam filem, drama atau lagu-lagu pop.

Walaupun skrip di ambil dari jalan cerita dalam hidup, tapi ia takkan sama sepenuhnya.

Walau macamana bagusnya jalan cerita, ia tetap tidak sebagus jalan Takdir Allah.

Walau sedih mana cerita tu, ia tetap tak real, kerana, skripnya masih dibentuk ikut 'pasaran' semasa.

walau macamana happy ending cerita itu, ia tetap tak real, kerana, dalam hidup sebenar, TIDAK ADA GEMBIRA yang MUTLAK. Gembira di dunia ini tetap ada akhirnya. yang pasti, kita tidak akan tahu macamana ending kisah hidup kita.

05 May 2012

Demam Avenger : Trivia Lagi



Trivia Avenger kali ini, melibatkan makanan pula. Makanan tu, pula, bukannya makanan sembarangan, tapi makanan Arab.

(Makanan Arab?Biar betik, Fahmi??~!!!)

Yup, memang makanan Arab. Haha~

Dalam scene akhir sewaktu Iron Man disergah Hulk, dia ada sebut tentang shawerma. Dia ada ajak Captain America join sekali, makan dengan Hulk.

Kemudian dia tanya, 'eh, shawerma, shawerma tu apa sebenarnya?"

Ini masanya, untuk saya tolong bagitahu Iron Man (macam lah boleh, Fahmi. Haha) inilah Shawerma.

Nak tahu apa tu Shawerma?

02 May 2012

Demam Avengers : Trivia

Demam Avengers saya dah pun kebah. Tapi, Agak-agaknya, apakah lagi yang menarik tentang Avengers kali ini?

(apa tu, Fahmi?)



1) Anak Panah Hawkeye

sebenarnya, memang ada limit. :D Saya ingatkan anak panah itu memang tiada kesudahan atau infiniti, tapi sebenarnya, anak panah itu memang ada limit. Dan, anak panah itu cumalah satu alat untuk disambungkan kepada jenis kepala-kepala panah yang berbeza, mengikut butang yang ditekan pada busur Hawkeye. Busur ini nampaknya lebih canggih dari Green Arrow dalam DC.

Nak tahu trivia lain?

01 May 2012

Potret hati

Kadangkala, apa yang difikir tak sama dengan apa yang dikata.
Tapi, apa yang diimpi sekian lama boleh jadi permainan mengulit rasa.
Andai saja malam tak diam, dan siang tak hilang, bisa saja kelu ini kulukis jadi potret hati.
Bukan untuk diadili. Tapi cuma untuk diingati.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header