3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

19 May 2012

Rasa yang Terhela

Mencuba menjadi lebih baik, dan mencapai lebih ramai orang dengan niat yang baik, pada waktu kita sendiri sebetulnya, dalam zaman yang berbeza, kadang-kadang buat saya rasa letih.

Terkadang rasa simpati pada diri sendiri.

Tak kurang juga, rasa keliru.

Yalah, dalam usia yang ini, yang kawan2 sudah pun berkeluarga, mencapai banyak cita-cita dalam hidup, saya masih lagi berdikit berdikari, senyum, menghampirkan diri pada kebaikan-kebaikan yang masih ada di sekeliling , juga dalam diri sendiri.  (biasalah, mood biasa lepas balik ziarah walimah kawan2.. tahniah Aimir dan Azua! )


Terkadang jadi jahat. Terkadang jadi teruk. Terkadang jadi malas. Terkadang jadi sinikal.

Nak patah balik jadi lebih baik dari itu, selalu saja rasa lelah. Kalau tak kenangkan kawan-kawan yang baik-baik ni, memang selalu je rasa nak give up. =)


Nak buat macamana. Perjuangan orang, lain-lain, kan? #senyum

Mujur ada kawan-kawan di Facebook yang baik-baik, berkongsi status yang baik.

Dari Zamri Mohamad, dari kata-kata Prof Muhaya:
Cari Allah di mana kita berada dan apa kita buat. Lihat orang dengan penuh kasih sayang itu kita akan dapat.Apa kita taip itu melambangkan akhlak kita. Sama kita audit diri kita."

Dari Kayif
apa yang aku belajar dari pengalaman CINTA aku & kawan², kebanyakkan perempuan tak memilih rupa tapi lebih memilih hati orang yang mereka cintai, tapi hati² memilih hati kerana tak semua hati yang baik diawalnya akan baik diakhirnya ♥

Dari Sunah Mohamad
"dulu, kalau kita rotan diorang, mak bapak diorang tambah lagi rotan tu...sekarang, kalau kita rotan diorang, mak bapak bawak polis, peguam, jumpa kita..."

kata-kata seorang guru besar dalam sebuah drama bersiri...

em em em...susah tu nak mendidik anak-anak zaman sekarang...tahniah guru-guru yang berhasil menjadikan anak didik sebagai manusia berguna...




Kata orang, siapa kawan kita bakal mencerminkan siapa kita. hadith pun ada mention sesuatu yang lebih kurang macam tu, kan?

=)

Design terbaru :

blog header sitiatikah.com, waklusengal.blogspot.com dah disiapkan.
tempahan blogshop belum siap2 lagi.

p/s: rasa macam nak tutup kedai pun ada



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails