20 September 2010

are you Fadding into FAD?

"a fad is generally considered a fleeting behavior whereas a trend is considered to be a behavior that evolves into a relatively permanent change".

itu fad=trend. kalau FAD=Facebook Addiction Disorder ? :D

Do you know that aside from Facebook Addiction Disorder (FAD), there’s also a list of addiction in related to this. They are the following :

* Facebook Addiction Disorder (FAD)
* Youtube Addiction Disorder (YAD)
* Google Search Addiction Disorder (GSAD)
* Widget Addiction Disorder (WAD)
* Twitter Addiction Disorder (TAD)
* Blackberry Addiction Disorder (BAD)



07 September 2010

Ramadhan Kali Ini Ada Beza Tak?

Ditanya dengan soalan itu. Dan saya diam. Berfikir.

Belajar dari kebanyakan hal dalam hidup, ada perkara baik yang saya perolehi dalam tiap instances of life. Juga perkara yang sering mengingatkan saya: "itu masih belum cukup baik, namun yang paling penting, perubahan itu ada." Moga-moga perubahan itu akan kekal.

Bagi yang rasa kenal saya di institusi pengajian yang berbeza (sekolah, matriks, maahad dan Universiti), saya pasti walau ada rasa saya ini sama saja, saya pasti juga bahawa ada juga yang akan kata, saya ini tak sama dalam persepsi masing-masing.

Secara peribadi, keterpanggilan untuk berkongsi rasa bahawa perubahan saya masih boleh dikesan, bagi saya, adalah hakikat bahawa nurani saya masih mahukan saya berubah tiap masa, ke arah yang lebih baik.

Cuma, yalah, saya sangat jarang mengambil tindakan impulsif untuk berubah secara mendadak. Maka orang di sekeliling yang tidak mengenali saya sangat, mengatakan saya sebenarnya tidak berubah apa-apa. Kerana perubahan itu nampak terlalu perlahan, hingga tak berupa perubahan langsung.

Internally, lebih dari 10 perkara yang sudah berubah sepanjang Ramadhan lepas ke Ramadhan tahun ini.

Positif atau negatif perubahan itu, biarlah saya saja yang tahu.

Apa yang penting (bukan kerjasama, boring dah dengar) perubahan itu insyaAllah membantu saya di kemudian hari.

Doakanlah mudah-mudahan saya istiqamah.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header