26 January 2006

Hmm....

2 malam lepas, lepas makan, penulis terus ke depan, ke ruang tamu, tengok berita terkini. Penulis follow cerita pasal sisa toksik tu. Bila berbual dengan abah tentang pembuangan sisa toksik merbahaya di Sg Gatong, Labis, dan di Yong Peng (selalu nampak tempat tu waktu lalu highway nak balik rumah), abah rumuskan, kes ni terjadi sebab sikap. Atas sebab sikap yang tak betul, semata-mata untuk menyelamatkan RM 3.6 juta, syarikat tersebut menkontrakkan lelaki tu untuk buang sisa toksik dengan bayaran kurang dari sejuta. Dan, kini rakyat terpaksa menanggung bebannya, apabila RM 8 juta wang rakyat akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sikap manusia yang tak pernah puas, tak pernah rasa takut untuk buat kesalahan. Mmg itu sikap manusia sejak dari zaman Qabil dan Habil lagi.

Dari satu segi, penulis dan abah puji tindakan lelaki Cina tu untuk tampil ke hadapan dan bagitau pihak berkuasa mengenainya.

Tapi penulis terfikir, takkan setelah tiga kali urusniaga dijalankan, baru cina ni nak bagitau? adakah dia buat camtu disebabkan kelewatan pembayaran oleh syarikat? Mungkin juga. Mungkin sebab syarikat ni mmg nak kaut keuntungan lebih... mgkn juga diorang nak frame lelaki ni, dan lelaki ni sedar, dan terus bagitau pihak berkuasa.

Apapun, penulis puji tindakan Datuk S Sothinathan kerana tampil dengan idea untuk sediakan borang khas untuk pelupusan sisa toksik tu. Sekurang2nya dia cuba utk mengatasi masalah ni. seingat penulis, cerita tentang pengurusan sisa toksik ni dah mula penulis baca dalam akhbar sewaktu darjah 4 lagi. sampai sekarang tatau apa yang kerajaan dah buat untuk atasi. Harapnya langkah S. Sothinathan ni akan membantu sedikit sebanyak.

Tapi, S Sothinathan juga perlu siasat mengenai dakwaan pihak yang mengatakan terdapat "tangan ghaib" atau orang dalam yang terlibat. Harapnya kerajaan tak buat senyap, atau timbulkan isu lain untuk cover cerita ni dari diketahui oleh orang ramai. bukan nak kecam kerajaan, tetapi kerajaan kita banyak kali, danselalu polemikkan isu dan gunakan isu yang remeh temeh untuk cover main issue. macam kes ketuk ketampi yang cover main issue: kenapa terlalu ramai pelancong Cina di negara ini. Sampai sekarang issue utama tu tak de timbul lagi dalam paper. Hmm..

24 January 2006

Boleh kita fikir2kan, kan?

Penulis balik ke rumah dari UIA hari sabtu lepas menaiki bas Transnasional yang nampak baru dan cantik. Berjumpa dengan lecturer Matrik UIA, Miss Asmaa. Orang Iraq. Berusia 42 tahun. Penulis mengenalinya semasa penulis masih lagi student Engineering, dan terlibat dalam society Enginius. Selepas setahun tak jumpa, Miss Asmaa kata penulis dah lain. "you are getting more pretty... (smiles)"..(blushing2...hehehe). Macam biasa, Miss Asmaa ke kota tinggi untuk rawatan homoepathynya. Miss Asmaa ada masalah sendi kaki.

Semasa berbual, Miss Asmaa sentuh tentang malaysia.. Tentang PR, nationality.. Dan yang paling penting, pandangannya mengenai orang Melayu, Cina dan India di sini.

Miss Asmaa cerita, dulu, stay di Malaysia selama 6 tahun, dah boleh apply PR. Tapi, 2 tahun lepas, syaratnya dah jadi 10 tahun. (dan saya tak terkejut kalau lagi 2 tahun dorg tukarlagi jadi 15 tahun.. Sebab sekarang dah tahun ke 8 Miss Asmaa berada di malaysia).

Dari satu aspek, mmg kita patut bersyukur, sebab ini adalah salah satu daripada cara kerajaan buat untuk kurangkan populasi rakyat asing di negara kita.

Dan dari aspek lain, mmg diorang patut bersykur, at least diorang dapat PR.

Masalahnya, masa yang perlu diorang lalui sebelum dapat PR adalah terlalu lama, jika nak dibandingkan dengan negara lain.

Keduanya, dan yg paling penting, ialah tentang pandangannya megnenai orang Melayu, Cina dan India di sini.

Kata Miss Asmaa, apabila negara kita menerima penduduk cina satu masa dulu, jumlah mereka hanya sedikit. Sekarang katanya dah jadi majoriti, lebih dari melayu. Jika India tiada, nescaya perbezaan ekonomi akan jadi terlalu jauh. Sebab cina sangat berjaya dalam penguasaan ekonomi dan melayu cuma jadi pengguna. 70% dari orang cina terlibat dalam perniagaan dan 90% daripadanya dah jadi orang yang lebih kaya dari orang melayu.

Solutionnya, kata Miss Asmaa, adalah dengan ajak orang lain masuk Malaysia, supaya cina tak jadi majority lagi. Kata Miss Asmaa lagi, di amerika syarikat, ada jugak cina, tapi mereka tak leh pegi jauh sebab ada banyak lagi kaum di sana, dan cina tak dapat jadi majority di sana, apatah lagi nak monopoli ekonomi AS.

Penulis tak kata penulis setuju atau tak setuju tentang idea ajak orang masuk negara kita untuk kurangkan penguasaan certain race dalam M’sia. Cuma, idea tu idea yang bagus juga nampaknya. Boleh kita fikir-fikirkan, kan?

05 January 2006

penulis tak suka bercakap tentang hati dan perasaan, kerana rasa lemah setiap kali cakap pasal ni.

Sebab penulis bkn seorang yang expert dan boleh hurai macam-macam. takutnya bila terlepas cakap yang kurang tepat, orang yang dengar ikut cam tu je... dapat lah share yang tak diundang tu.

Sebab bila penulis cakap tentangnya, hati penulis sendiri rasa lain macam. kadang2 rasa mcm terlalu ideal, atapun terlalu skeptical.

Cuba untuk jadi terbuka dalam soal ni, tak menjamin hati sendiri tak terbuai. Dengan angan2 dan rasa nak memiliki....

Maaf. Entri kali ni mgkn baunya agak personal sikit. tulis pun tak banyak. sekadar nak bagitau yang blog ni masih aktif. cuma entri nya saja yang tak aktif. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header