30 August 2008

Troubleshooting dan Registration Wireless IIUM Community

kepada kawan2ku yang masih belum boleh masuk ke iium-community walaupun dah register, boleh jumpa daku di ITD female lab isnin - khamis dan di ITD male jumaat petang. Tetapi, anda akan hanya dilayan sekiranya:

1) anda register pada short sem 07-08 dan CAC's 30 & 31 July. jangan suka buat cerita. klu saya dapat tahu anda tak register tapi buat mcm dah register dan meracau2 kat situ macam orang tak masuk U, saya akan mempersilakan anda dengan segala hormatnya untuk meninggalkan ITD lab.
2) laptop anda menggunakan vista + XP - saya tak belajar lagi linux dan mac OS setting untuk wireless. maaf yer~
3) anda pandai menghormati orang lain. Kalau dah memang laptop anda bermasalah (memang tak lepas setting untuk wireless+virus+dsb), sila dengar arahan selanjutnya yang saya atau support lain bagitau, dan cuba buat + respek arahan tersebut.

okeh, later~ :)

29 August 2008

Langkah Kian Panjang

Berjalan melihat jalan

Yang tercengkam

Kerana dua halangan

satu keegoan dua
kesempitan

Pahit kita tempuhi bersama

Tiada pernah dipinta

pernah dengar lagu ni? hmm... Nowseeheart, berjalan melihat dan mentafsir :)

Semalam, seharian berjalan mencari kembara diri, pada dua keegoan dan dua ketakutan (yang ni takde kaitan dengan lagu di atas, hehe), membuatkan saya akur pada kuasa Tuhan pada hambanya... alhamdulillah. :)

dua keegoan:
1) nak cari self - esteem 2) nak set new records for myself - record are meant to broken :P

dua ketakutan:
1) takut accident - bawak keta orang yg disewa 2) takut tak sampai awal dan tak dapat nak buat midterm - midterm arab kul 8.00 pm sharp

Saya bergerak pukul 10.30, setelah selesai memulangkan laptop yg telah dibetulkan pada kawan SRC. Kereta Satria Kuning Am memecut pada kelajuan 130-160 kmj, sebelum sampai ke uitm sri iskandar pada jam 1.30. 3 jam dari gombak ke sri iskandar (dekat2 dgn lumut, agak2 laju ke x ya? saya pun x tahu.)

Dalam perjalanan, saya sempat memikirkan beberapa perkara yang terlintas di fikiran saya.

1) kepenatan: barulah saya dapat rasa macamana penatnya orang travel dengan kereta. Dan baru saya tahu, betapa penatnya abah bawa kereta selama ni. Kesiannya.

2) keseronokan kelajuan: memandu dengan laju memang merbahaya, tetapi kenapa ramai orant buat? kerana ia buat kita rasa seronok dan lebih fokus pada pemanduan. Apa? tak percaya? hehe :P mestilah lebih fokus. Sebabnya, kalau bawa laju tapi tak fokus, tu la yang jadi bahaya.

3) budi bahasa: pentingnya berbudi bahasa dalam memotong dan memandu. Walaupun saya memandu di lorong paling kanan (sebab nak cepat), bila nampak kereta kat belakang dah rapat, kita masuk ler ke lane kedua sekejap. Tak elok buat orang marah, hehe~ :) then, bila nak potong, bagi la signal. Kan kan. :)

4) koordinasi mata dan tangan : baru saya dapat praktikkan apa yg saya belajar dulu - bila bawak kereta, mata kena selalu jeling 3 benda : a) meter (untuk maintain speed supaya x byk pakai minyak sgt) b) line kiri kanan jalan (allignment keta dengan jalan/lane, tak tgh atau tak tepi sgt) c) cermin sisi dan cermin belakang. (ni paling penting kut~)

5) fokus: bila mata dah fokus di jalan, deria lain kalau boleh tak diganggu sangat. Macam saya, bila pasang lagu, mesti pasang lagu yang saya boleh dengar, tapi takleh nyanyi (sbb tak hafal liriknya :p ). Bila tak leh nyanyi, kita akan just dengar tapi mata still boleh fokus pada jalan.

Saya gerak balik ke gombak start pukul 3.00 dan sampai kul 5.40. huhu~ >_<

petua2 nak kurangkan penggunaan minyak (petua jahat dan baik,ehehee) :

1) ikut belakang orang (ni serius jahat). Dengan ikut belakang orang, keta depan akan potong angin lebih, dan dia akan makan minyak lebih. Sebabnya, aliran angin untuk kereta dia akan jadi lebih panjang. Wahaha, jahatnya aku

2) constant speed. (petua baik) 120 kmj untuk first bar, klu constant speed and tahan sangat lama,boleh pergi sangat jauh. Cubalah. Saya cuba untuk 120kmj dan 140kmj. (tapi obviously yang 140 kmj tu lebih sekejap dari yang 12o kmj, sbb speeding kut~)

3) kurangkan berat kereta.

4) isi angin secukupnya.

5) nak buka tingkap, bukalah tingkap seminima mungkin. ini boleh kurangkan rintangan angin.

Hmm, tu je kut. :P

Dan malamnya pula, saya jawab midterm arab dengan mata yang mengantuk dan kaki yang lenguh mcm apa. Nasib tak guna kaki untuk menjawab, huhu~

Later. :)

20 August 2008

Allah, tottemo arigatou~

For the first time in my life, this is the day when winter will look like a summer~ :)



Kenapa begitu optimis dan gembira?



Kerana saya begitu seronok dan rasa sangat berguna untuk diri sendiri. Satu rasa yang saya dah lama tidak rasakan sejak april tahun 2003~



Pagi tadi, dalam kelas statistik 1, saya telah berjaya menyelesaikan soalan probability sebaik saja soalan tersebut siap disalin di papan putih.. dengan contengan konsep tak semena2~



Sebaik saja soalan siap disalin, saya juga selesai mengira. Dan untuk kepastian, saya menyusun soal..



"Sir, is it 0.4?"



Kelas menjadi agak hingar.



Pada mulanya beliau hesitate, dan melihat jawapan dan jln kerja saya.



"No it's wrong."



Saya tergamam. Oh, salah ke, takpelah.



Then, dia menuliskan jawapan di dpn.



2/5.


Dalam hati, " laa, kan sama ni? "



"Sir, i believe 0.4 and the answer written is the same."

"oh, really? yeah2, sorry, it's 0.4"



Alhamdulillah.. syukur pada Dia kerana memberikan rasa itu~



di petangnya pula, dalam kelas counseling, kami mengadakan role playing untuk attentive listening.



Saya adalah "counselor". Dan saya, mengaplikasikan apa yg saya pelajari selama 2 tahun dalam PGG, dan mencernakan melalui skil 'tingkah perhati' dalam role playing tersebut.



Hasilnya, Observer grup kami, memberi pandangan ini:



pro:

1) saya sangat calm

2) saya mampu handle topic jumping

3) saya mampu kawal keadaan

4) saya ada attentive listening skill yg agak bagus

5) body language : Ok

6) facial expression: sesuai

7) vocal tone : ok

8) keseimbangan respon: 80 client 20 counselor (peratus masa clien bercakap dan caunselor bercakap)

9) pausing and silencing at the right moment, anticipating what question next from client

kontra:
1) tersilap menyusun soal
2) terlepas facial expression yang pelik~ huhu

thanx to sham~ :)

Subhanallah, sekali lagi dirahmat rasa ini.. thankyou Allah, tottemo arigatou ~ harap2nya lidah tak berhenti bertahmid, dan hati tak lagi keras merintih~ :)

19 August 2008

Pisang dan Duit Pisang~


Pisang, buahnya dimakan
Digoreng,
Dimulus bersama tepung
Dan dicecah bersama sambal.

Pisang, daunnya membalut
Nasi lemak,
Pulut, tapai,
Kuih muihku.

Duit pisang?

Apa ertinya duit pisang
Sekiranya sudah ada duit kertas

Sama juga soalnya
Apa ertinya bayangan duit pisang
Pada maujudnya si abang biru
Dan ketuknya tukul sang adil?

Jutaan duit pisang
Tak mampu membeli si Campro
Kan?

Begitu jugalah..
Jutaan si abang biru
Dan puluhan tukul sang adil
Takkan mampu lagi membeli percaya
lembaga ahli fikir : rakyat


18 August 2008

Dari Malam Lowyat ke Putra Gombak~

Malam semalam, saya telah ke lowyat untuk menghantar motherboard sekali lagi untuk damage waranty claim. Alhamdulillah, masih ada baki lagi sebulan, klu tak, ai, abis ler duit sekali lagi untuk satu lagi motherboard X2.

Dalam perjalanan pulang dari Kl Sentral ke Terminal Putra gombak, saya secara tak semena2 ditegur oleh 3 orang aunties (2 indian, one chinese).

"Hi, you tau tak sekarang itu national badminton player single sudah berapa? tadi kami tgk dia sudah kalah 21-7."

Huh? sapa plak ni? (gumam saya dalam hati). "Yes aunty? Do you mean Chong Wei? I pun tak tahu la aunty, i just arrived from Imbi Plaza Monorail Station, and straightly goes to LRT section. Tak tengok pulak skrin TV tu."

"oh, ya kah? boleh ke you check from your phone?" (sebab time tu saya tengah sibuk mesej dgn yang tersayang).

"Haa? oh, phone saya bukan line maxis, takde TV function. Takpe, saya tanya kawan saya jap yer aunty."

saya mencari nama Zaim kwn saya, UIA badminton player, kut2 dia tgh tgk juga..

"salam zaim, ko tgh buat apa? nak tny, tadi chong wei second set berapa? sapa leading?"
"ws, fahmi, alamak, chong wei kalah la bro. 21-8"

"Alamak, aunty, chong wei kalah la. 21-8"

"Oh, RM 1 million, already gone!"

Sorang lagi aunty menyahut, "silver got RM300,000 still, better than nothing apa"

(oh, baru saya tahu... :P )

Dan baru saya tahu, untuk kemenangan pingat emas, atlet akan menerima pencen RM 5000 sehingga mereka menjadi mendiang/arwah. Banyak gak tu~

Dan baru saya tahu, rupanya yang duduk di sebelah saya adalah former Malaysian Badminton Player. Dan sekarang menjadi Dr, di private sector.

Saya rasa honoured to be sitting next to her, dan saya nak bergambar dgn dia dan letak di blog, supaya kita sama2 kenal dia. tapi dia pulak y tak mahu diambil gambar. haha :P Banyak juga yang kami bualkan, sebelum mereka bertiga turun di Jelatek. Atas permintaannya, saya tidak akan menyiarkan apa yang kami bualkan. :)

Namanya Dr Ajit. Saya tak tahu sama ada ni nama gelaran atau nama sebenar. Sebabnya, saya masih sedang mengoogle dan masih belum ketemu :P

Later :)

16 August 2008

Kalau Takleh Guna Limewire~

ITD wireless IIUM 1st phase dah hampir ke penghujungnya. setiap minggu, 2 hingga 4.30 petang, berkerumun orang2 kat dpn ITD foyer, untuk trouble shoot wireless. Troubleshoot akan berlangsung sehingga tamat ogos. menurut director wireless, registration telah tamat, tetapi anda boleh datang ke SRC dan menulis nama di list untuk registration wireless. Jika lebih dari 100 orang memohon, ITD dgn budibicaranya akan membuka booth registration. boleh rujuk kepada SRC untuk keterangan lanjut, dengan berjumpa wakil2 atau email mereka di src@iiu.edu.my.

Kebanyakan yang troubleshoot, masalahnya adalah virus2 yang menghalang mereka dari memasuki network wireless IIUM. Tak kisah samada technically (virus block dari tgk IP atau install skrip wireless) atau virus sgt banyak hingga menyebabkan laptop terpaksa diformat (network akan disconnect connection by force bila virus + trojan ada dlm network).

Bila diselidik, rata2 mengakui mereka menggunakan Limewire dan Torrent untuk mendapatkan movie, lagu, dan berbagai2 lagi downloadables dari Net.

Mereka mungkin, sama ada tau atau pun tidak, memang tidak menyedari risiko menggunakan P2P seperti nama yang saya sebut tadi.

P2P memang menyeronokkan, tapi ia tidak stabil, dan tidak selamat. Paling penting, ia tidak selamat. Kerana apa?

Virus yang ada dalam komputer pembekal download (seed) akan merebak terus ke dalam komputer penerima (leech), sebaik saja connection dimulakan. Keadaan lebih gawat bila komputer leecher tidak dimuatkan dgn antivirus yang diupdate ke latest definition.

Lantas, apa pilihan anda untuk mendownload, sekiranya wireless tidak menerima installasi P2P seperti limewire?

Bagi saya, saya mencadangkan anda mengambil langkah untuk mula membuka akaun master prepaidcard/debit card sendiri + paypal.

Kemudian, topup master prepaidcard tersebut, dan beli satu akaun rapidshare untuk sebulan. Sekarang, harganya dalam lingkungan RM35. Boleh kongsi dengan kawan2 dalam dua tiga org, dan gunakan waktu yang berasingan untuk download. Ini adalah akaun premium, bukan free download yang berjam2 menunggu downloadnya.

Rapidshare adalah platform pemudah download untuk escape p2p. Bayangkan rapidshare sebagai lesen kereta, dan mastercard prepaid sebagai kereta anda. Anda dengan lesen ini pula, pergi ke kedai untuk membeli barang (d0wnload anything yang ada link rapidshare.)

Untuk mencari file rapidshare, hanya perlu google, dan taipkan site:rapidshare.com nama_fail di search box. Anda akan ketemu file yang diperlukan. Masa download paling lama, 20 minit, bergantung kepada connection strength, dan juga "pecahan" yang anda buat di download manager. Saya menggunakan 16 pecahan, laju sedikit dari 8 pecahan.

Fikir2kanlah. lebih berbaloi RM 35, sebulan, daripada mengambil risiko mendownload virus2 yang bukan2 dari sambungan P2P, yang akan mengambil banyak masa anda untuk menguruskan masalah2 tersebut.

So, sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah emailkan ke fahmi.mahat AT gmail DOT com, atau tinggalkan saja komen di sini :)

10 August 2008

tag ke ni~

TaG DR iN

1.nama-nama timangan oleh org tersayang

+adik beradik panggil Along, dak2 kecik panggil alongfahmi, dak2 bawah umur dlm support group panggil abgfami,
yang trsayang~? panggil aku abang la, apa lagi, hihihi (gatalnya aku)



2.anda seorang yang...

+kononnya low profile, tapi keadaan slalunya memang membuatkan daku menonjol

+mudah memulakan bicara2 dan kata2.

+sweet~ (orang la kate, aku tak kate)

+metabolisme agak tinggi. so, kurus gak ler



3.insan teristimewa. describe apa yg membuatkan dia terlalu istimewa di

mata anda.

+alamak... rahsia2 hehe



4.makanan favourite anda

+tomyam+nasi putih+telur mata
+nasi ayam kat kafe kolej aku, pergh!!

+maggi asam laksa

+maggi goreng indomie hijau


5.favourite color

+blue, dark blue, light blue

+green flurouscene

+dark turqoise, dark magenta

6. sikap yg membuatkan anda stress

+orang naik kenderaan lawan arus kat jalan yang satu hala. apa punya mangkuk punya org

+org yang jumpa kita bila susah jer



7. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

+handbag? kejadahnya aku nak pakai handbag muahahahah


8. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

kali terakhir? entah. maleh nak ingat, sakit hati



9. tag 5 rakan anda

saya takde kawan, hihihi .. haa. yelah2..
+mirakimura
+mel
+izmil (s0ri la bro, skali lagi kena main menda ni, bleh hlangkan stress per)
+ajil
+farahani KICT SRC huhu

09 August 2008

Lagi-lagi Combo~

Combo seterusnya:

Jalan2 cari Cinta _ dari Kuantan ke Kota Bharu

Berjalan2 dgn si buah hati dalam jarak yang paling jauh, dalam hikmah kembara dua hari satu malam. Siang Jumaat yang sibuk, saya sampai di greenwood dan bas terus sampai. Fuh, nasib tak tertinggal bas ke Kuantan. (Saya memang ada fobia tertinggal bas. Psikologist Malaysia kena buatkan satu lagi fobia, atau kalau tak, kena jadikan fobia ni cross cultural :P )

kul 3.30 dari Greenwood, sampai la kul 7.30 di Kuantan, saya berbual (sila baca:membebel) dengan orang di sebelah. Fidah namanya, belajar tahun pertama di MMU Cyberjaya. Sebelum tu belajar di KIPSAS Pahang, diploma, dalam jurusan IT. Berbual2 sebab saya tak boleh nk tido dalam bas, x macam wktu di sekolah menengah dulu. :P

Sampai di Kuantan, solat dan termenung jap. Tak lama kemudian, dapat mesej suruh turun. Kami bergerak ke East Coast Mall. Dalam perjalanan ke situ pun, boleh membebel lagi pasal pembangunan yang tak berapa betul (mengikut kaca mata seorang sosialis, hehehe) di Kuantan.

Shopping Mall yang bersepah2 di merata Kuantan, tetapi kedai2 kecil di tepi2 tidak pun dibangunkan. Jalan2 masih sama. Parking berbayar banyak, tapi dengan sistem non kupon, agak menyusahkan juga, tak seperti di Johor. Bayangkan kalau perlu ke 3 shopping complex utk mencari barang yang berlainan, tapi terpaksa bayar harga parking utk sejam utk ketiga2 shopping complexes? fuh, bengkok maa~

Tidak ada pertambahan jejantas di jalan yang semakin sibuk. Apalah gunanya membangunkan shopping complex kalau prasarana asas tidak begitu ditumpukan?

Jam 11.00 bertolak ke Kota Bharu. Wah, naik bas bersama selepas 4 bulan x jln jauh bersama2 :) Tido sepanjang jalan. Oh ya, saya berkenalan dgn office matenya. Azwan. Orangnya lebih kurang saya juga.. manis :P Kami sebenarnya ke Kota Bharu untuk kenduri kahwin adik kepada Bos tempat buah hati bekerja. Juga bersama Jack, nama sebetulnya Zaki. (mengingatkn saya pada Gila2, Jaki Jipang. :P )

Jam 6.00 pagi sampai di Kota Bharu. Solat, dan berjalan kaki ke rumah Dr Nizan, bosnya. Wah, berjalan sakan kami. Sarapan nasi berlauk yang bagi saya sangatlah sedapnya. Then, berjalan ke Pasar Siti Khadijah. Saya membeli songket yang cantik dan pada saya agak sukar untuk diperolehi pada harga RM 50 di tempat lain. :)

Jam 1, makan kenduri, juga yang tersedap pernah saya makan sepanjang saya hidup di bumi Malaysia. :)

Jam 3, bertolak pulang ke Kuantan. Sampai jam 11. Terus ke rumah buah hati saya, tumpang bermalam (sebelum menumpang kasih, gatalnya aku). Esoknya, surprise baru menanti. Saya dimin untuk menjadi pemandu pelancong jalan ke sime darby convention center, damansara. Nasib ingat bagaimana jalannya, sebab dua bulan lepas , saya menghantar ibu ke headquarters Kementerian Belia dan Sukan di Damansara jua.

Sampai di kualam Lumpur, jam 12, terus masuk ke dewan. Fullamak, grand macam apa. Hadiah iringan pun bekas kayu yang berukir, siap ada selak mangga lagi, dan di dalamnya Ferrero Roche dua butir. Sedap tak terkata~

Makanannya pun grand juga. Siapa yang kahwin? LUpa nak bagitau pulak. yang kahwin adalah pakcik mira, anak kepada Datuk Pardas Senin, target="_blank">CEO UEM, dan CEO yntuk beberapa company lagi. Nama anaknya ... erk, lupa :P

Saya berhantar ke UIA gombak. wahwahwah~

Kerja Baru: Laptop Troubleshooter

Atas tiket lab assistant ITD di UIAM, saya mendapat kerja baru - merepair laptop student. Biasanya masalahnya berkaitn dengan antivirus dan virus, atas sebab, sekarang ini UIAM sedang dalam fasa pertama wireless. Polisi UIAM memerlukan sebuah laptop bebas dri virus sebelum connect ke community. Kalau tak access laptop akan disekat. :) Maka, kerana saya pun jadi support utk wireless, saya pun diberi kepercayaan untuk troubleshoot ketika wireless registration - dan selepas itu juga. Setakat ini saya sudah format baru 6 buah laptop, dan juga trouble shoot wireless laptop sekitar puluh2 juga. Alhamdulillah, harap2nya saya jadi bermanfaat untuk orang lain. Cari makna hidup dengan menyumbang. PUn, dapat praktis ilmu yang digoogle :P

Fasi untuk SSP cyberjaya
SSP cyberjaya


Program baru abis tadi siang. Bermula dari petang Jumaat juga yng masih sibuk, saya ditugaskan untuk menyelia group dua belas. Ahli2nya yang saya ingat masih, adalah mekna, akmal, kautsar, hajar, marahaini, nurul, fa'as, achie, ella, dan ... alamak lupa la. sori dik~

Wah, dorang ni happening macam apa. Bagus betul. Yang penting, diorang semua memang bersemangat untuk berjaya, satu ciri yang identikal dalam rata2 SBP Malaysia. PMR 2008? 8A!!!!! :) (oh, terlupa juga nak bagitau, sebagai fasi yang paling ganteng, dapat la juga daku bergambar dengan puluhan student SSP, dan memenatkan tangan menyain autographic hikmatized verses (kata2 hikmah berautograf dan beremel) :P

Sekian. Later~ :)

04 August 2008



Jumaat, 1/08/08





Jumaat yang kalut. Jam tiga menyaksikan seorang budak lelaki terkedek2 berlari dari area Masjid ke ITD untuk mengambil excuse letter untuk absence from class untuk dua hari (rabu dan khamis). Kemudian budak lelaki ini, (masih terkedek-kedek, dengan dua beg merah, satu di depan dan satu di belakang), bergegas pula ke library motorcycle parking (mencari orang yang boleh ditumpang). Hatinya smakin berdebar2, kerana 3.45 bas akan bertolak dari Greenwood.




Plus minus, akhirnya jam 3.50 ptg, budak lelaki ini, (masih terkedek2 lagi ) sampai ke Greenwood.


Dan selamat menaiki bas transnasional. Kuantan, here I come!!!!


Sampai ke kuantan jam 7.45. Turut bersama sampai ke sana adalah kawan baru, Zul, Engineering Mecha. Solat, dan turun makan di kafe mamak :P




Jam 8.00, berjalan2, di East Coast Mall bersama yang tercinta :P




Banyak bangunan baru yang dinaikkan, sejak kehadiran saya ke sini beberapa bulan yang lepas. Seperti ayahnya, mira juga mengomel tentang pembangunan di Kuantan yang tidak begitu menarik untuk tidak dikongsikan bersama.




Shopping complex dibina tidak kira tempat. Sedang aspek pembangunan lain tidak pula diambil berat. Memang lah parking space ada, tapi berbayar. Dan, untuk apa dilambakkan pelbagai shopping complex di bandar kuantan, sedang di kawasan luar bandar, banyak lagi jalan raya yang tidak berlampu?


Kami bergambar di dalam East Coast Mall. Hehe, macam2 gaya pun ada :P







Setelah puas berjalan ,sekitar jam 11.30, kami bertolak ke Kota Bharu pula. Ni la gambar2 dalam bas Mutiara :)






Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header