09 August 2008

Lagi-lagi Combo~

Combo seterusnya:

Jalan2 cari Cinta _ dari Kuantan ke Kota Bharu

Berjalan2 dgn si buah hati dalam jarak yang paling jauh, dalam hikmah kembara dua hari satu malam. Siang Jumaat yang sibuk, saya sampai di greenwood dan bas terus sampai. Fuh, nasib tak tertinggal bas ke Kuantan. (Saya memang ada fobia tertinggal bas. Psikologist Malaysia kena buatkan satu lagi fobia, atau kalau tak, kena jadikan fobia ni cross cultural :P )

kul 3.30 dari Greenwood, sampai la kul 7.30 di Kuantan, saya berbual (sila baca:membebel) dengan orang di sebelah. Fidah namanya, belajar tahun pertama di MMU Cyberjaya. Sebelum tu belajar di KIPSAS Pahang, diploma, dalam jurusan IT. Berbual2 sebab saya tak boleh nk tido dalam bas, x macam wktu di sekolah menengah dulu. :P

Sampai di Kuantan, solat dan termenung jap. Tak lama kemudian, dapat mesej suruh turun. Kami bergerak ke East Coast Mall. Dalam perjalanan ke situ pun, boleh membebel lagi pasal pembangunan yang tak berapa betul (mengikut kaca mata seorang sosialis, hehehe) di Kuantan.

Shopping Mall yang bersepah2 di merata Kuantan, tetapi kedai2 kecil di tepi2 tidak pun dibangunkan. Jalan2 masih sama. Parking berbayar banyak, tapi dengan sistem non kupon, agak menyusahkan juga, tak seperti di Johor. Bayangkan kalau perlu ke 3 shopping complex utk mencari barang yang berlainan, tapi terpaksa bayar harga parking utk sejam utk ketiga2 shopping complexes? fuh, bengkok maa~

Tidak ada pertambahan jejantas di jalan yang semakin sibuk. Apalah gunanya membangunkan shopping complex kalau prasarana asas tidak begitu ditumpukan?

Jam 11.00 bertolak ke Kota Bharu. Wah, naik bas bersama selepas 4 bulan x jln jauh bersama2 :) Tido sepanjang jalan. Oh ya, saya berkenalan dgn office matenya. Azwan. Orangnya lebih kurang saya juga.. manis :P Kami sebenarnya ke Kota Bharu untuk kenduri kahwin adik kepada Bos tempat buah hati bekerja. Juga bersama Jack, nama sebetulnya Zaki. (mengingatkn saya pada Gila2, Jaki Jipang. :P )

Jam 6.00 pagi sampai di Kota Bharu. Solat, dan berjalan kaki ke rumah Dr Nizan, bosnya. Wah, berjalan sakan kami. Sarapan nasi berlauk yang bagi saya sangatlah sedapnya. Then, berjalan ke Pasar Siti Khadijah. Saya membeli songket yang cantik dan pada saya agak sukar untuk diperolehi pada harga RM 50 di tempat lain. :)

Jam 1, makan kenduri, juga yang tersedap pernah saya makan sepanjang saya hidup di bumi Malaysia. :)

Jam 3, bertolak pulang ke Kuantan. Sampai jam 11. Terus ke rumah buah hati saya, tumpang bermalam (sebelum menumpang kasih, gatalnya aku). Esoknya, surprise baru menanti. Saya dimin untuk menjadi pemandu pelancong jalan ke sime darby convention center, damansara. Nasib ingat bagaimana jalannya, sebab dua bulan lepas , saya menghantar ibu ke headquarters Kementerian Belia dan Sukan di Damansara jua.

Sampai di kualam Lumpur, jam 12, terus masuk ke dewan. Fullamak, grand macam apa. Hadiah iringan pun bekas kayu yang berukir, siap ada selak mangga lagi, dan di dalamnya Ferrero Roche dua butir. Sedap tak terkata~

Makanannya pun grand juga. Siapa yang kahwin? LUpa nak bagitau pulak. yang kahwin adalah pakcik mira, anak kepada Datuk Pardas Senin, target="_blank">CEO UEM, dan CEO yntuk beberapa company lagi. Nama anaknya ... erk, lupa :P

Saya berhantar ke UIA gombak. wahwahwah~

Kerja Baru: Laptop Troubleshooter

Atas tiket lab assistant ITD di UIAM, saya mendapat kerja baru - merepair laptop student. Biasanya masalahnya berkaitn dengan antivirus dan virus, atas sebab, sekarang ini UIAM sedang dalam fasa pertama wireless. Polisi UIAM memerlukan sebuah laptop bebas dri virus sebelum connect ke community. Kalau tak access laptop akan disekat. :) Maka, kerana saya pun jadi support utk wireless, saya pun diberi kepercayaan untuk troubleshoot ketika wireless registration - dan selepas itu juga. Setakat ini saya sudah format baru 6 buah laptop, dan juga trouble shoot wireless laptop sekitar puluh2 juga. Alhamdulillah, harap2nya saya jadi bermanfaat untuk orang lain. Cari makna hidup dengan menyumbang. PUn, dapat praktis ilmu yang digoogle :P

Fasi untuk SSP cyberjaya
SSP cyberjaya


Program baru abis tadi siang. Bermula dari petang Jumaat juga yng masih sibuk, saya ditugaskan untuk menyelia group dua belas. Ahli2nya yang saya ingat masih, adalah mekna, akmal, kautsar, hajar, marahaini, nurul, fa'as, achie, ella, dan ... alamak lupa la. sori dik~

Wah, dorang ni happening macam apa. Bagus betul. Yang penting, diorang semua memang bersemangat untuk berjaya, satu ciri yang identikal dalam rata2 SBP Malaysia. PMR 2008? 8A!!!!! :) (oh, terlupa juga nak bagitau, sebagai fasi yang paling ganteng, dapat la juga daku bergambar dengan puluhan student SSP, dan memenatkan tangan menyain autographic hikmatized verses (kata2 hikmah berautograf dan beremel) :P

Sekian. Later~ :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails