3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

16 August 2008

Kalau Takleh Guna Limewire~

ITD wireless IIUM 1st phase dah hampir ke penghujungnya. setiap minggu, 2 hingga 4.30 petang, berkerumun orang2 kat dpn ITD foyer, untuk trouble shoot wireless. Troubleshoot akan berlangsung sehingga tamat ogos. menurut director wireless, registration telah tamat, tetapi anda boleh datang ke SRC dan menulis nama di list untuk registration wireless. Jika lebih dari 100 orang memohon, ITD dgn budibicaranya akan membuka booth registration. boleh rujuk kepada SRC untuk keterangan lanjut, dengan berjumpa wakil2 atau email mereka di src@iiu.edu.my.

Kebanyakan yang troubleshoot, masalahnya adalah virus2 yang menghalang mereka dari memasuki network wireless IIUM. Tak kisah samada technically (virus block dari tgk IP atau install skrip wireless) atau virus sgt banyak hingga menyebabkan laptop terpaksa diformat (network akan disconnect connection by force bila virus + trojan ada dlm network).

Bila diselidik, rata2 mengakui mereka menggunakan Limewire dan Torrent untuk mendapatkan movie, lagu, dan berbagai2 lagi downloadables dari Net.

Mereka mungkin, sama ada tau atau pun tidak, memang tidak menyedari risiko menggunakan P2P seperti nama yang saya sebut tadi.

P2P memang menyeronokkan, tapi ia tidak stabil, dan tidak selamat. Paling penting, ia tidak selamat. Kerana apa?

Virus yang ada dalam komputer pembekal download (seed) akan merebak terus ke dalam komputer penerima (leech), sebaik saja connection dimulakan. Keadaan lebih gawat bila komputer leecher tidak dimuatkan dgn antivirus yang diupdate ke latest definition.

Lantas, apa pilihan anda untuk mendownload, sekiranya wireless tidak menerima installasi P2P seperti limewire?

Bagi saya, saya mencadangkan anda mengambil langkah untuk mula membuka akaun master prepaidcard/debit card sendiri + paypal.

Kemudian, topup master prepaidcard tersebut, dan beli satu akaun rapidshare untuk sebulan. Sekarang, harganya dalam lingkungan RM35. Boleh kongsi dengan kawan2 dalam dua tiga org, dan gunakan waktu yang berasingan untuk download. Ini adalah akaun premium, bukan free download yang berjam2 menunggu downloadnya.

Rapidshare adalah platform pemudah download untuk escape p2p. Bayangkan rapidshare sebagai lesen kereta, dan mastercard prepaid sebagai kereta anda. Anda dengan lesen ini pula, pergi ke kedai untuk membeli barang (d0wnload anything yang ada link rapidshare.)

Untuk mencari file rapidshare, hanya perlu google, dan taipkan site:rapidshare.com nama_fail di search box. Anda akan ketemu file yang diperlukan. Masa download paling lama, 20 minit, bergantung kepada connection strength, dan juga "pecahan" yang anda buat di download manager. Saya menggunakan 16 pecahan, laju sedikit dari 8 pecahan.

Fikir2kanlah. lebih berbaloi RM 35, sebulan, daripada mengambil risiko mendownload virus2 yang bukan2 dari sambungan P2P, yang akan mengambil banyak masa anda untuk menguruskan masalah2 tersebut.

So, sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah emailkan ke fahmi.mahat AT gmail DOT com, atau tinggalkan saja komen di sini :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails