17 October 2005

...Kalau Diberi Peluang..

Kawan dan sahabat sudah semestinya dua konsep yang berbeza. Apatah lagi jika "kawan" tersebut didefinisikan sebagai "kawan istimewa".. "special friend", atau istilah kita sekarang ni, iaitu "coupling", yang sudah semestinya memang takkan dijumpai dalam mana-mana kamus English, baik English-Melayu, atau English-English, apatah lagi English-France.

Kawan sudah semestinya bukan lawan,
kerana kawan adalah teman,
yang bermulanya dengan sekadar kenalan..

sahabat..
adalah permata berkilauan,
sentiasa bersedia menghulurkan bantuan,
dan memberikan harapan,
tika semua hati dah pun beranggapan
tiada apa mampu dilakukan..

Tapi, dari level kawan kepada sahabat, ada banyak ujian yang perlu dilepasi. Ada banyak perasaan yang perlu ditapisi dan dicurigai. Sebab bukan semua kawan mampu jadi sahabat.

Masalahnya, bila dari sahabat, nak jadi kawan istimewa.. tentu ramai yang skeptis tentang perkara ini. Mampukah taraf kawan istimewa "membunuh" taraf sahabat?

Dalam banyak artikel yang ditulis mengenai "shifting" dari sahabat ke kawan istimewa bermula dengan penerimaan. Kita terima dia sebagai seorang yang "lebih dari sekadar sahabat."

Maka jadilah ia lebih dari sekadar sahabat.

Dalam hal ni, penulis banyak berdolak-dalih dan berbolak-balik dengan "sendiri punya diri." Dengan "sendiri punya hati". kerana penulis pernah bercinta dengan sahabatsendiri, dan bila putus, kesannya amat tragis baik kepada penulis atau kepada ex penulis sendiri. Kami dah tak mampu baik nak tersenyum kepada diri masing-masing, apatah lagi nak menegur.

Jadi sekarang penulis dah serik nak buat shifting tu lagi.. kalau diberi peluang. Lebih baik bertegas sekarang dari kehilangan persahabatan yang baru dibina. Kita tak pernah dan tak akan tahu masa depan persahabatan kita sendiri. namun, kita punya hati kita sendiri yang boleh menentukan hala tuju persahabatan tu.

Maaf teman...

05 October 2005

Bagus dah tuu...

Pilihanraya tak dijalankan di UIA. Penulis agak terkejut, dan bertambah terkejut bila tau yang kawan penulis sendiri menyaman UIA. Wah, hebat. Sejarah baru dalam dunia mahasiswa; mahasiswa menyaman universiti... ;)
Jadinya semua yang masuk menang tanpa bertanding.
Bagi yang opportunist, time ni lah kita dapat menyerlahkan potensi kemencapapan dalam diri.. Yalah, dah takde saingan2 hebat dan berkarisma. Ape lagi, peluang beb!!
Penulis dah terbayang muka kawan penulis yang jadi presiden SRC untuk sessi berikutnya dalam poster SRC.. Muhahahaha..
Yang penulis tak dapat nak tahan tu (geram pun ada jugak sebenarnya, nanti ko Radziq!!) boleh pulak dia sindir2 penulis.
Waktu tu penulis baru lepas amik wudhu di bawah. Dan mencari port yang bes sebelu solat, dengan harapan dapat jumpa kengkawan, kenalan dan sahabat yang jarang sekali ketemu kerana tak semahallah dan tak secourse. Maka ternampaklah sang Radziq dan Imad sedang bersantai di tiang kanan berhampiran saf ketiga.. di saat waktu berhenti, penulis ingin melabuh sila panggung, tiba tiba kedengaran kata-kata yang sangat janggal bunyinya pada pendengaran penulis..
"kita kena pastikan siapa yang duduk sebelah kita ni... muahahaha..." gelak radziq pada imad,sambil melihat saja penulis duduk di sebelahnya.
Penulis kehairanan. Dah kenapa pulak si Radziq ni..?
"Lah, apehal pulak ni brader? siapa yang duduk sebelah kita? " tanya penulis, masih belum mengetahui perkara sebenar..
Imad pun tersengih2 sambil berkata..
"sebenarnya dia nak suruh kita cakap camtu.."
"kenapa?"
"sebab dia dah jadi presiden SRC!!"
!!!!!!!! Ooh, patutlah..
"Oo.. amik kesempatan pulak eh?"
"Biasalah... bukan, kita mesti mengambil kesempatan atas kemaslahatan ummah UIAM ni... tak pe, kita akan pastikan yang kita amik berat pada mahasiswa kita ni. Segala masalah akan kita bawak ke atas, dengan telus.."
"hehehe, memang senangkan cakap?" (direct je sound.. muahahaha)
"Cakap memang senang. Sebab tu kena cakap, supaya kita boleh buat apa yang kita cakap. kalau tak nak cakap, jangan buat." (radziq menggoreng.. yah, goreng2..)


Apa2 ajelah. Semoga aspirasi beliau tercapai. Malas penulis nak amik tau pasal SRC ni sebenarnya. Asalkan mereka jalankan tugas dengan baik (kalau tidak sempurna, baik pun dah cukup), bagus dah tu...

01 October 2005

aduh, susahnya... :)

Kalau masa boleh dijadikan pengukur kepada kejayaan, sudah tentu orang yang lebih tua dikira lebih berjaya dari orang muda. Remaja lebih berjaya daripada kanak-kanak, dan orang dewasa lebih berjaya daripada remaja. Dan begitulah seterusnya.

Hakikatnya tidak begitu. Lalu, muncullah soalan-soalan provokatif. (Atau intuitif? Ape-ape ajelah.) Seperti ini..

Kita ni apa? Atau, siapa?

Kita remaja atau dewasa?

Penulis beranggapan bahawa pelajar universiti kebanyakkannya, termasuklah penulis sendiri, terletak antara 2 kelompok ini.

Kelompok pertama, remaja lewat umur.
Kelompok kedua, dewasa tertahan umur.

salah satu definisi dewasa bagi penulis, adalah, seorang yang sudah bekerja dan memiliki pendapatan sendiri, dan dapat menguruskan pendapatannya dengan baik, sekurang-kurangnya kalau tidak dapat sempurna. Jadi, penulis anggap, sekiranya kita ini sudah dewasa, spatutnya kita sudah bekerja, dan merasa pegang duit sekarang ni.

Duduk dalam universiti "paling islamik" ni (menceduk dari ayat mastika keluaran september), lebih membuatkan penulis rasa kita jadi remaja lewat umur dari dewasa tertahan umur. Apa definisi remaja?

Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kadang-kadang remaja lebih matang dari orang dewasa sendiri. Lihat saja Hang Nadim dan Memanda Menteri Temasik (rujuk sini untuk melihat cerita dari perspektif lain.

Masalahnya, itu kadang-kadang. Macamana pula yang selalunya?

Dengan studi yang tak terurus (studi last minute, nota tak tersusun, tuang kelas, improper preferences over lecturer [I.P.O.L]), ketakseimbangan masa libur dan masa studi, ini tidak termasuk lagi dengan hantu-hantu Naruto, Bleach, One Piece, FMA, dan lain lain anime serta manga yang sewaktu sekurun dengannya.. tak termasuk lagi yang kantoi studi sebab pressure kena tinggal ngan balaks-balaks atau aweks-aweks...

Kawan-kawan yang dah bekerja dan dah seronok dapat rasa pegang duit tak dapat masuk IPT atau IPTS, merasa rendah diri nak berkawan dengan budak-budak U. Ye ke? Betul ke pendapat ni? Penulis percaya sebenarnya ayat ni ayat terbalik.

Ramai je member-member penulis yang dah keje lebih matang pemikirannya dari penulis dan kebanyakan kawan-kawan penulis. Kehidupan mereka lebih bermakna. Tapi tak bererti kehidupan kita, pelajar-pelajar universiti ni, tak bermakna. bukan begitu maksud penulis.

yang penting, adalah pengurusan matlamat dan impian.

Ramai orang berangan-angan. Dan ramai juga orang yang berimpian.

Tapi tak ramai yang sanggup korbankan apa saja (yang sepatutnya lah, bukan yang tak sepatutnya..) untuk gapai impian dan capai matlamat mereka.

Tak ramai yang nak membayar harga sebuah impian. (Tetiba rasa mcm nak buat lagu bertajuk harga sebuah impian..heh.)

Akhirnya, penulis menyimpulkan, kemahuan nak membayar harga sebuah impian inilah yang sebenarnya menjadikan kita ni dewasa tertahan umur. Atau remaja lewat umur.

Aduh.. susahnya nak jadi orang dewasa.. ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header