3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 January 2006

Hmm....

2 malam lepas, lepas makan, penulis terus ke depan, ke ruang tamu, tengok berita terkini. Penulis follow cerita pasal sisa toksik tu. Bila berbual dengan abah tentang pembuangan sisa toksik merbahaya di Sg Gatong, Labis, dan di Yong Peng (selalu nampak tempat tu waktu lalu highway nak balik rumah), abah rumuskan, kes ni terjadi sebab sikap. Atas sebab sikap yang tak betul, semata-mata untuk menyelamatkan RM 3.6 juta, syarikat tersebut menkontrakkan lelaki tu untuk buang sisa toksik dengan bayaran kurang dari sejuta. Dan, kini rakyat terpaksa menanggung bebannya, apabila RM 8 juta wang rakyat akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sikap manusia yang tak pernah puas, tak pernah rasa takut untuk buat kesalahan. Mmg itu sikap manusia sejak dari zaman Qabil dan Habil lagi.

Dari satu segi, penulis dan abah puji tindakan lelaki Cina tu untuk tampil ke hadapan dan bagitau pihak berkuasa mengenainya.

Tapi penulis terfikir, takkan setelah tiga kali urusniaga dijalankan, baru cina ni nak bagitau? adakah dia buat camtu disebabkan kelewatan pembayaran oleh syarikat? Mungkin juga. Mungkin sebab syarikat ni mmg nak kaut keuntungan lebih... mgkn juga diorang nak frame lelaki ni, dan lelaki ni sedar, dan terus bagitau pihak berkuasa.

Apapun, penulis puji tindakan Datuk S Sothinathan kerana tampil dengan idea untuk sediakan borang khas untuk pelupusan sisa toksik tu. Sekurang2nya dia cuba utk mengatasi masalah ni. seingat penulis, cerita tentang pengurusan sisa toksik ni dah mula penulis baca dalam akhbar sewaktu darjah 4 lagi. sampai sekarang tatau apa yang kerajaan dah buat untuk atasi. Harapnya langkah S. Sothinathan ni akan membantu sedikit sebanyak.

Tapi, S Sothinathan juga perlu siasat mengenai dakwaan pihak yang mengatakan terdapat "tangan ghaib" atau orang dalam yang terlibat. Harapnya kerajaan tak buat senyap, atau timbulkan isu lain untuk cover cerita ni dari diketahui oleh orang ramai. bukan nak kecam kerajaan, tetapi kerajaan kita banyak kali, danselalu polemikkan isu dan gunakan isu yang remeh temeh untuk cover main issue. macam kes ketuk ketampi yang cover main issue: kenapa terlalu ramai pelancong Cina di negara ini. Sampai sekarang issue utama tu tak de timbul lagi dalam paper. Hmm..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails