31 May 2007

Salam Terakhir... Untuk bulan May. huhuhu :)

Salam semua. Maaf sebab dah lama tak update blog. banyak perkara yang difikirkan, dan banyak juga perkara yang tak dapat dihuraikan. Banyak juga perkara yang telah terjadi, sepanjang dua bulan ni.

Pertamanya, saya dah pun terlibat secara total dalam bisnes door-to-door. Keduanya, saya dah pun mendaftar domain dan hosting. Jadi lepas ni akan menyambung langkah yang terputus sejak dari sekolah menengah dulu, untuk memiliki laman web sendiri (untuk tahun 2007, ditambah: yang mampu menjual).

Ketiga, saya akan berkahwin dengan yang tercinta pada tahun 2008 Disember. InsyaAllah. Jadi sekarang banyak perkara yang perlu diselesaikan :)

doakan yang terbaik buat saya. Dan saya pun mendoakan yang sama buat semua.

Kepada Aridz, xfahmix, erna, muslim, ajil, aisya humaira, awan badai, mekasih untuk lawatan korang ke rumah saya :)

sekian dulu. ketemu di kelapangan lain. :)

03 May 2007

Awak Runsing?

Runsing adalah salah satu juga fungsi hati. Sebagaimana gembira, runsing juga adalah satu daripada reaksi hati, terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Manusia yang normal, akan merasa runsing pada perkara yang sepatutnya. Manusia yang tidak normal, akan runsing pada kebanyakan perkara.

Tidak dapat tidak, runsing penting bagi kemandirian dan survival manusia. Dengan perasaan ini, manusia berjuang untuk memperbaiki kedudukan dan status kehidupannya.

Cuba kita bayangkan kalau hidup di dunia ini cuma penuh dengan gembira..

Maka gembira itu akan jadi malar.. mungkin juga hilang nilainya. Kerana kita cuma merasakan gembira setiap masa.

Tetapi bila ada sedikit runsing, bila ada sedikit kecewa, barulah gembira menjadi satu nikmat yang bernilai.

Jadi, kawallah kerunsingan itu. Jangan biarkan runsing itu terlalu menguasai fikiran. Runsing itu, biarlah sekadarnya. Dan gembira pun, biarlah sekadarnya.

:)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header