31 December 2011

Cerita Hati (English Version)

On one gloomy night in the darkest desert storm coming, Envy creeps out of the darkness, planning to go meet Heart. When she's nearly there, she's stopped by Patience, Kindness and Anger.


Envy threatened, "Anger, Kindness, Patience, you guys won't be able to stop me now, so, back off, or else, I'll kill all of you and I'll stay with Heart no matter what!"

Patience calms Envy, and says, "I know you want Heart TO HAVE EVERYTHING, but to tell you the truth, you can only stay within Heart when we're together."

Kindness continues,

29 December 2011

Atasilah Tekanan Anda

Assalamualaikummm  pembaca-pembaca InilahFahmi, apa khabar anda hari ni semuanyaaa~ :D

Harap-harap anda pembaca tak ada sangat yang tengah dalam tekanan ni.

Tekanan ni memang diperlukan dalam hidup, untuk membolehkan kita adapt dan memacukan perubahan hidup kita untuk pilihan lebih baik. Bukan apa, tekanan ni normal, setiap masa akan ada tekanan. Tapi ..kalau terlebih tekanan dan kita pulak time tu tak berapa nak sihat, atau ok, nanti jadi lain pula~

Sebelum tu, bagi readers + bloggers yang belum lagi join segmen FiveFave sempena akhir tahun 2011 ni, jom kita meriahkan sharing moment kita dengan entri kita  ni OK! =) Sambung semula cerita tentang tekanan~

28 December 2011

Segmen: FiveFave

Assalamualaikum pembaca-pembaca InilahFahmi hari ni~ =)

Sebelum Disember melabuhkan tirainya mengensot menuju 2012, sebenarnya saya teringin sangat nak buat entri stail segmen, tapi nak kata segmen sangat pun tak tahulah ya ke tidak.~ Kalau ikut, direct translation 'segment' boleh jadi 'bahagian-bahagian'. Macam tak sesuai pun ada. Ntah lah labi~

Objektif entri ni, saya nak tahu bagi anda, apa dia 5 perkara yang penting, 5 tempat yang baru saja anda sampai, dan 5 orang penting yang baru anda kenali tahun 2011 ni. boleh , kan?

Semoga kita semua dapat sharing-sharing, dan juga dapat kenali kawan-kawan lain, dan tahu apa yang penting bagi mereka, sepanjang 2011 ni.~ =)

Sekurang-kurangnya pulak, bloggers akan ada point lebih untuk tulis entri malam ni pula~ =)




Segmen: FiveFave

Sepanjang 2011, senaraikan 5 perkara bes @ penting @ paling baik yang jadi, 5 orang baru yang sangat bermakna dan baru dikenali, 5 tempat baru yang anda sampai.
Boleh copy dan letakkan gambar atas tadi pada entri, tapi tak wajib pun, ~ =)

Sedia?  Saya mulakan dulu ok? :)

Bijak WiFi


Assalamualaikum buat pembaca InilahFahmi hari ini. Jom, hari ni, ramai-ramai, kita belajar newstuff tentang WiFi with specific reference pada Streamyx okay! =)

Kecurian WiFi atau Wifi piggybacking, saya lihat seumpama pembuangan sampah merata-rata walaupun depan ada tong sampah.

(Kenapa pula Fahmi?)

25 December 2011

HIkmah Kembara : Penghujung Asia

Salam alaikum buat semua pembaca Inilah Fahmi sekalian. Harapnya malam anda di sana seceria malam - malam sebelumnya. Sana hujan tak? hehe.. di sini sangat lebat.

(Di mana yang hujan lebat sangat tu, Fahmi? =) )

23 December 2011

Mission Impossible Ghost Protocol


Dalam satu kesombongan, bakal ada banyak kepayahan dan sedikit kebaikan. Namun, dalam satu kemaafan, bakal ada banyak kebaikan dan peluang, andai kita mahu benar-benar memahami, bukan hanya sekadar mendengar dan menghukum.
Quote di atas takde kaitan pun dengan tajuk sebetulnya. :D

Antara francais sekuel Mission Impossible , Mission Impossible : Ghost Protocol, personally, bagi saya, adalah siri MI yang tidak berapa berjaya.

(Kenapa ya, Fahmi?)

Standard  Mission Impossible yang saya pernah tontoni, ceritanya amat sci-fi dan thriller. Tapi Ghost Protocol kali ini menyebabkan 40% dari standard tadi berubah.~ =_=

MI kali ini kelakar dan santai. Kurang action-packed dari MI sebelumnya. Jadi saya tak rasa ia se'umph' MI yang dulu.

Overall, bagi saya , MI kali ini:

21 December 2011

Gathering Blogger Selatan Pengkalan Balak Disember 2011

Assalamualaikum pembaca InilahFahmi sekalian. Apa khabarlah anda semua hari ni yea :)
Kita mulakan hari ini dengan quote positif, mudah-mudahan hari ini hari yang lebih baik buat kita semua.
Jika kejayaan adalah satu rencana besar rahsia Tuhan, kegagalan pula adalah kesilapan insan yang dibiar berterusan. 
Mungkin ada yang maklum dan mungkin ada juga tidak maklum tentang nature blogger. Blogger rata-ratanya, adalah manusia yang keterlaluan menghargai spontaneous moment, instant gratification, dan juga lebih bersifat impromptu atau 'buat-mende-dan-dan-tu-jugak'.

(Okay... boleh cerita lagi, Fahmi?)

20 December 2011

Header Flash Hitam

Assalamualaikum pembaca + follower InilahFahmi yang dihormati. =)

Di sini saya sertakan Lagi update (direct translation : More About. #SengettlaKaoFahmi) tentang Flash dan Flash content :)

(macamana tu, Fahmi?)

15 December 2011

Antara Etika dan Hormat

Etika adalah satu bentuk hikmah, atau courtesy, yang mungkin kita sering terlepas pandang.

Kita mungkin rasa kita sudah betul menghormati orang lain dengan etika yang kita pelajari, tidak kira dalam mana aspek hidup sekalipun.

Etika berbicara.
Etika berbisnes dengan strangers , juga dengan orang yang dikenali.
Etika mencari ilmu
Etika melayan tetamu, musuh, kawan dan teman pada kawan.

14 December 2011

Jangan Makan Sebelum Tidur

Bagaimana caranya untuk mengurangkan tempoh berjaga yang tak perlu pada waktu malam, aka, insomnia?

Kebarangkalian untuk tidur lewat boleh dikurang sekiranya kita ada routine tidur, dan kurangkan high glisemic indexed food sebelum tidur. =)

Hasil dari kajian ke atas diri sendiri (yang mungkin bias juga), tahukah anda, mengambil air manis + kurma sebelum waktu tidur biasa, memang mampu mengubah kimia dalam kepala otak membuatkan anda berjaga.

tapi apa yang penting tentulah apa yang berlaku esoknya. :D


(what happened to you, Fahmi?)

13 December 2011

Bila Perasaan Tepu

Apakah yang dikatakan ketepuan?
Ketepuan bakal terjadi apabila suatu objek (cecair atau separa pepejal) contohnya A, mencapai tahap keterlarutan maksimum dalam cecair B.

Dengan objek A yang dimalarkan (ditetap atau dikonstantkan) suhu, dan jumlah molekulnya, anda mampu mengubah ketepuan dengan beberapa cara,
1) mengubah jumlah pelarut cecair B : Tambahkan cecair B
2) mengubah suhu pelarut cecair B : panaskan cecair B
3) mengubah pergerakan molekul cecair A : kacau molekul objek A secara menggila



Saya pula melihat perubahan perspektif sebagai satu konsep mengubah ketepuan perasaan.
(Macamana tu, Fahmi?)

11 December 2011

Tahukah Anda : Gerhana

Assalamualaikum pembaca sekalian =) Tentu ramai juga yang berkesempatan tengok gerhana malam tadi, kan? Bagi yang berada di pantai, tentulah lebih cantik. Tak kurang yang tag photo di Facebook untuk Gerhana.

Tahukah anda, kaitan antara gerhana dan purnama?
(Apa dia , Fahmi?)

10 December 2011

Insan Yang Lupa

Manusia memang namanya manusia. dari Insan. Kata asalnya na-si-ya yang bermaksud lupa. Bila digabungkan dengan alif dan nun, dalam wazan if'aalun, ia jadi 'sangat-sangat lupa'.


Lupa. Melupakan. Lupa diri. Lupa kebaikan orang. Lupa pernah buat salah.

Yang selalu dia ingat adalah:

09 December 2011

Belahan Hati : Genting

Aktiviti bersama di Genting adalah satu perkara yang sangat mengujakan. Yelah, walaupun bertahun-tahun spend masa belajar di area Kuala Lumpur, baru tahun ini saya sampai ke Genting.

(kesian Fahmi, losernya kao! - hey mulut , sekali wa sengat baru tau :D )

Apa saya buat di Genting?

07 December 2011

Bukan Salah Ais

Ais di Antartika. Sumber dari Google Getty Image
Buat pembaca yang baru sampai, saya nak kongsikan sesuatu.

Mulai hari ni, selain dari post tentang design, saya berazam dan akan fokus pada post berlabel "tahukah anda", "review movie", dan "review buku" .

"Tahukah Anda" akan banyak menyentuh isu atau idea yang mungkin kita pernah nak tahu, tapi tak tahu nak tanya atau bincang dengan siapa. Ia mungkin akan bermanfaat bagi pembaca yang gemar berfikir dan dapatkan input-input baru.

Bagi pembaca yang tak berapa gemar, mungkin label entry yang ini, akan membantu anda sedikit sebanyak dalam assignment atau kerja rumah sekolah anda. (Huiyo, bestnya!! - yup, memang best)

Kadang-kadang kita mungkin terfikir,sebetulnya, kalau ais di kutub utara dan selatan mencair, benarkah paras air laut akan naik? Kalau anda nak tahu, memang bukan anda seorang yang fikir begitu. Sebab saya masih berfikir jawapan untuk soalan yang sama sejak 2 tahun lepas.

Baru hari ini saya belajar, rupanya , bukan pencairan ais yang bakal menaikkan paras air laut Bumi.
Kenapa?

06 December 2011

Puss In Boots : Bukan Kucing Serius


Bercerita tentang cerita, memang aneh bunyinya. Lagi-lagi bila ia melibatkan Fables, iaitu kisah yang dicipta untuk temani tidur anak-anak kecil.

Pengarahan Puss In Boots, yang dimulakan secara prequel melalui SHREK, membolehkan fables ini dipopularkan semula.

Puss In Boots, seperti Shrek, turut menggabungkan watak dalam fables yang lain, antaranya, Jack and Jill, Humpty Alexander Dumpty (dah macam Lex Luthor pun ada). Saya tak tahu pula tentang Kitty Soft Paws.

Kini kita tahu kenapa Puss In Boots jadi sangat 'lagend' dalam Shrek. Beliau digambarkan seolah Zorro dari San Ricardo. :D

( ye ke , Fahmi?)

Yup ! Malas cakap lagi, jom, terjah review ni!

Filem Ombak Rindu: Karya Cincai

Ombak Rindu adalah satu karya yang baik. Ditulis sekitar 90an, karya ini menampilkan isu kejutan budaya (yang amat signifikan pada waktu-waktu itu), isu pernikahan tanpa pengetahuan parent (juga isu yang penting buat dua tiga tahun selepas novel ini ditulis,) dan juga benchmark baru dalam plot cerita novel : waris konglomerat yang berkahwin dengan orang kebanyakan.

Saya tak puas hati dengan cerita kali ini. (Kenapa Fahmi?)

01 December 2011

Spontaneous Thursday

Kemenangan dan kekalahan adalah adat pertandingan.
Tapi umpatan dan cercaan belum tentu kita mampu terima andai kita berada di tempat mereka. Kan lebih elok Sokong Seratus Sepuluh Peratus? :D



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header