23 December 2011

Mission Impossible Ghost Protocol


Dalam satu kesombongan, bakal ada banyak kepayahan dan sedikit kebaikan. Namun, dalam satu kemaafan, bakal ada banyak kebaikan dan peluang, andai kita mahu benar-benar memahami, bukan hanya sekadar mendengar dan menghukum.
Quote di atas takde kaitan pun dengan tajuk sebetulnya. :D

Antara francais sekuel Mission Impossible , Mission Impossible : Ghost Protocol, personally, bagi saya, adalah siri MI yang tidak berapa berjaya.

(Kenapa ya, Fahmi?)

Standard  Mission Impossible yang saya pernah tontoni, ceritanya amat sci-fi dan thriller. Tapi Ghost Protocol kali ini menyebabkan 40% dari standard tadi berubah.~ =_=

MI kali ini kelakar dan santai. Kurang action-packed dari MI sebelumnya. Jadi saya tak rasa ia se'umph' MI yang dulu.

Overall, bagi saya , MI kali ini:

Jalan Ceritanya Simple
Melibatkan kecurian teknologi seperti biasa, MI berlegar sekitar isu mendapatkannya semula. Bezanya, kali ini, agen MI difitnah dan IMF iaitu organisasi yang mendokong mereka telah dinyahaktifkan dengan protocol ' ghost.' Sebagai mana idea 'ghost' dalam teknologi digital, contohnya ghost partition, ia melambangkan entiti yang dinafikan kewujudannya, walaupun ia masih berfungsi..

Ia bermakna, agen Mission Impossible melakukan misi untuk menebus maruah dan nama baik mereka, dalam masa  yang sama mendapatkan kod pengaktifkan peluru berpandu nuclear.

Ia bermakna, mereka melakukannya sendiri, tanpa perlu bergantung kepada unit sokongan dari IMF.

Penjahat yang Licik Tapi Tak Kejam 
Saya teringat penjahat-penjahat dalam MI kebanyakannya adalah penjahat yang bukan saja licik tapi kejam. Mungkin professionaliti penjahat ini dalam bidang akademik asal mereka menjadikan mereka hanya setakat licik tetapi tidak nampak begitu kejam, tidak seperti penjahat siri sebelumnya.

Gadget yang Terbaik
Seperti biasa, Mission Impossible memaparkan teknologi gadget khayalan yang terbaik dan terbaru.

Antaranya adalah contact lens yang dimuatkan dengan teknologi pengecaman berbilang identiti. Dalam dunia realiti, contact lens ini beberapa tahun masih jauh dari penciptaanya. Ini kerana fungsi camera dan feed yang agak bulky untuk dimuatkan pada contact lense.

Paling cool adalah sistem layar projektor dengan pemetaan imej secara langsung kepada retina sasaran. Cool gile!

Begitu juga dengan sarung tangan berpelekap (versi beta) dengan pengesan tekanan.

Elemen Emosi Flashback
Kali ini Ghost Protocol menyentuh elemen emosi , contohnya emosi kekeluargaan dan rasa ke'serbasalah'an sebagai bahagian yang memacu motif agen MI. Baru kita tahu Renner jadi field analysis dan berhenti dari ajdi agen, slepas diburu rasa serbasalah.

Beliau percaya isteri Ethan Hunt mati atas kesilapan dirinya. Sedangkan berita kematian isteri Ethan itu cumalah satu propaganda agar musuh berhenti mencari isterinya.

Lawak yang Simple
Banyak lawak yang simple, namun tetap mampu difahami. Cuma ia buatkan saya rasa kekok sebab Mission Impossible tak sepatutnya kelakar dalam banyak moment. Walau satu momen sekalipun, Mission Impossible dah tak sama standardnya dengan Mission Impossible sebelumnya, contohnya Mission Impossible 3.

Mungkin juga kerana lakon  aksi atau stunt dah tidak boleh dilakukan terlalu banyak atas faktor umur dan fizikal Tom Cruise (Ethan Hunt )  yang tidak seperti dulu, lalu mereka putuskan untuk memasukkan elemen lawak.

Mungkin juga kan. =)

Mungkin jug sebetulnya sebab saya tonton dalam keadaan penat.~ =J




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
huhu,, mungkin alasan yang last tu ada betulnya~ menonton dalam keadaan penat~ huhu ^_^
tp MI 4 still ok la for me~ ^_^ heee~
My recent post Mission : Kembali Pulang
1 reply · active 693 weeks ago
hmmm... y elah kan, tgk dlm penat, mana nak betul2 rasa okay nya kan.. tengok pun beberapa masa lepas balik gath pun kan. =)
siri sebelumnya aku tak pernah tngok,, tp yg ghost protocol ni, aku rasa best ja,,,takde lawak tak best la
My recent post Tutup Aurat ke Bungkus Aurat?
1 reply · active 693 weeks ago
hehe... tu lah safwan,aku minat gile dari aku kecik francais citer MI ni, aku tengok gaklah semua2 yang dari 1st smpi skrg. tu yang aku rasa MI4 ni dah tak seberapa lahhh~

tp gadget still canggih wooo~ aku suka gila layar projector dia tuu~
yang sebenarnya, tom cruise dah tak tafff... aku lagi taff... hahahaha. :P
My recent post PETRONAS Structured Interview at UTP
1 reply · active 693 weeks ago
hahahaha.. aku tau ko mmg taff.... tu yang ramai suka je bila ko .. err.. lupakanlah. =_=

:D

psst~ apa cer t shirt? ko da beli da kan?

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails