3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 December 2011

Bila Perasaan Tepu

Apakah yang dikatakan ketepuan?
Ketepuan bakal terjadi apabila suatu objek (cecair atau separa pepejal) contohnya A, mencapai tahap keterlarutan maksimum dalam cecair B.

Dengan objek A yang dimalarkan (ditetap atau dikonstantkan) suhu, dan jumlah molekulnya, anda mampu mengubah ketepuan dengan beberapa cara,
1) mengubah jumlah pelarut cecair B : Tambahkan cecair B
2) mengubah suhu pelarut cecair B : panaskan cecair B
3) mengubah pergerakan molekul cecair A : kacau molekul objek A secara menggila



Saya pula melihat perubahan perspektif sebagai satu konsep mengubah ketepuan perasaan.
(Macamana tu, Fahmi?)
Di sinilah anda akan lihat kaitan antara fizik dan psikologi.

FYI, teori psikodinamik juga diambil dari hukum thermodinamik, dan ini bukanlah yang pertama. Dari hukum thermodinamik (keseimbangan terma atau tenaga haba), teori fight-and-respond diwujudkan dalam psikodinamik. Jom, baca!

Mungkin satu masa kita betul-betul rasa 'tepu'. Bagi anda yang terlalu sering dilanda tekanan, anda akan rasakan tertekan, dalam banyak masa.

Sampai satu masa, anda akan rasa tepu. Numb. Tak dapat rasa apa2 lagi yang positif melainkan semuanya negatif.

Atau, bagi anda yang sering rasa anda terlalu memberi dalam satu2 perhubungan, dan penat kerana asyik memberi, sampai masa anda akan rasa penat, dan tak mampu lagi memberi apa2.

Apa kaitan ketepuan dan perspektif, Fahmi?

Mungkin lebih senang andai kita terangkan melalui contoh dan cerita.Melalui contoh perasaan di atas tadi, apa yang perspektif akan buat ketepuan rasa itu berubah?

Perspektif mengubah rasa

Seorang wanita, A bekerja di bahagian layanan pelanggan MAS. Dengan masalah MAS dan VSS yang bakal dilaksanakan di deparmentnya, wanita ini sangat tertekan.

(bayangkan apa rasanya bila kita mengharap kenaikan pangkat dan gaji untuk 5 tahun, hanya perlu setahun lagi untuk mencukupkan 5 tahun, VSS sudah diura2kan buat kita. )

Satu hari, dia, A,  yang baru pulang dari tempat kerjanya tepat jam 6.00, bergegas ke stesen komuter Serdang, dan bersesak-sesak. Sehinggalah jam 6.30 barulah komuter sampai. A ini masuk ke dalam gerabak pink untuk wanita.

Dalam gerabak tadi, seorang anak perempuan kecil berusia sekitar 6 tahun, yang menjerit-jerit, melalak, menyanyi menangis mencari perhatian ibunya di sepanjang perjalana. Seorang wanita Muslimah yang bertudung, di sebelahnya, yang nampak seperti ibunya, hanya diam, memejam mata.

Wanita A, dengan tekanannya sendiri, merasakan tekanannya dari isu VSS tadi masih belum usai, tapi , A terpaksa menghadapi suasana bising koc tadi. Andai budak kecil itu anak saudaranya sendiri, sudah tentu A akan melempang, paling tidak, mencubit budak kecil itu.

Semakin lama anak perempuan kecil ini semakin bising. Tetapi wanita Muslimah ini masih diam, memejamkan matanya.

Kerana tidak tahan, A mendekati wanita Muslimah tadi, sambil pura-pura bertanya khabar.  Niat di hatinya mahu menyindir , 'pandai buat anak, tak pandai ke jaga anak?"

"Assalamualaikum , kak. Ni, anak akak  ya?"

Wanita Muslimah tadi membuka mata, menyua salam pada A, dan menjawab salam. "Ye dik, anak akak ni, (sambil tersenyum lirih.) maafkan akak ya.. dia bising sangat. "

A terdiam sebentar.

Wanita Muslimah tadi menyambung. " maaflah ya, akak dan anak akak ni baru saja pulang dari hospital. .. sebenarnya tadi kami baru saja uruskan update maklumat di Hospital Serdang."

A diam lagi. Wajahnya tampak rasa ingin tahu.

"Suami akak kemalangan... meninggal di tempat kejadian. Dan malam ni, (diam) akak akan tidur seorang diri. Selalunya, anak akak, akak ,dan suami tidur sekali."

Wanita Muslimah ini tadi terhenti bicara. Memejam mata. Agak lama, mungkin cuba menahan air mata dari tumpah lagi.

A nampak tergamam. Matanya sedikit berkaca.. mungkin naluri wanitanya tersentuh, kah?

"Maafkan akak, ye , adik. Akak belum tahu lagi nak buat macamana untuk malam ni, untuk kami."

A lantas memeluk Wanita Muslimah ini dengan erat, sambil tersedu- sedan merintih di bahu akak tadi "maafkan saya, maafkan saya... maafkan saya." suasana hingar di Koc Pink tadi berubah tiba-tiba. anak kecil tadi juga tanpa sebab, diam, dan memeluk ibunya..

Adakah anda sedar apa yang berlaku?

A , sebenarnya juga merupakan anak kepada single mum. Ayahnya juga pergi meninggalkan mereka atas sebab kemalangan, dan sejak itu, A lah yang menanggung perbelanjaan rumah dan adik beradik mereka.  A juga mampu melihat kesan dari perginya arwah ayah kepada perkembangan adik kecilnya juga yang berumur sekitar anak perempuan tadi.

Atas sebab itu, ketepuan rasa A tentang VSS tadi, berkurang sedikit, akibat perubahan perspektif yang berlaku. A sedar, bahawa perspektif asalnya tentang wanita Muslimah tadi yang tidak mampu menjaga anak, berubah, sebaik saja A mampu meletak dirinya dan perspektifnya terhadap wanita Muslimah dan anak kecil tadi yang melalui kehilangan yang sama, sepertinya, dahulu.


Begitulah perspektif mampu mengubah ketepuan rasa.

Tauladan dari Islam
Atas sebab yang sama, melalui kisah tauladan, Sahabat, dan kisah al Quran, Islam sering berfokus pada pengubahan @ pembetulan niat, iaitu pilihan dan tindakan dari hati. Islam sangat menghargai niat, lebih dari tindakan. Jika anda perhatikan, anda akan nampak dari bagaimana sistem merit pahala dan dosa, berkaitan dengan niat.

perkara baik yang terlebih dahulu dibayangkan dan diniatkan, mendapat 1 pahala. Apabila dilaksana, 10 pahala didebitkan.
perkara yang kurang baik yang dibayangkan dan diniatkan terlebih dahulu, belum dikira. Apabila dilaksana, 1 dosa didebitkan,

Cukup 10 perkara kurang baik dibuat, barulah 10 pahala yang didebitkan tadi, hilang, atau dicreditkan dari akaun.

Itulah penghargaan Islam pada niat, perspektif, dan bayangan minda yang baik.

Paling penting, apabila ketepuan rasa dikurangkan, dengan perubahan perspektif, anda akan rasa, Allah masih ada dengan ada. Apapun yang anda rasakan sedang melanda anda, anda akan tahu, masalah itu masih besar, tapi rahmat Allah itu lebih besar.

Dan pastinya akan anda sedari, banyak lagi perkara positif yang mendepani anda dalam masalah asal tadi . =)

p/s: Pssst. Siapa yang tahu sebenarnya wanita Muslimah tadi adalah pengurus bahagian Human Resources Air Asia? Untungkan, A? ;)






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails