3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 December 2011

HIkmah Kembara : Penghujung Asia

Salam alaikum buat semua pembaca Inilah Fahmi sekalian. Harapnya malam anda di sana seceria malam - malam sebelumnya. Sana hujan tak? hehe.. di sini sangat lebat.

(Di mana yang hujan lebat sangat tu, Fahmi? =) )

Pernah dengar bandar penghujung benua Asia?

Yup, saya berada di Pontian. Dulunya sebelum tsunami terbesar di Acheh, bandar Pontian menempatkan Tanjung Piai iaitu destinasi paling hujung dalam benua Asia.

Perjalanan saya ke sini, bukanlah semata-mata syok sesaja. Tapi saya sampai dan bermalam di sini, berulang alik ke JB menenangkan + meneman insan istimewa dan keluarganya , atas satu musibah yang berhikmah, kepergian atok yang beliau sayangi.

Dalam hikmah kembara kali ini, saya buat pertama kalinya :

1) Mengalami sensasi drifting secara real-time
Selama ini , saya sangat menggilakan drifting dalam Siri Need For Speed. Dalam siri Carbon, saya sanggup mengambil alih bahagian drifting Canyon dan membiarkan kawan baik memainkan baki permainan yang lain. Dalam siri Underground 2, menyiapkan game drift  berbaki dalam setiap Stage dan World adalah kerja masa lapang yang saya minati lagi-lagi bila idea design habis atau stuck.

Hari ini, saya mengalami Wet Drift di Cengkih Jalan menuju ke Hospital Sultanah Aminah, first hand, dengan saya di bahagian pengemudi kenderaan. Allah masih menyayangi kami sekeluarga, nasib baiklah tak de apa apa yang serius berlaku.

Alhamdulillah ada asas memandu extreme yang sempat dipelajari dari game NFS dan juga pakcik kepada Reena Tan dulu. =)

2) Mengalami situasi brek hilang daya cengkam
Pernah anda alami situasi ini?Membawa kereta sejauh hampir 70km dengan handbrake tidak terturunkan, dengan kelajuan hampir 90 - 100 km/j?  Kesannya, brek kereta saya hilang tekanannya, dan saya terpaksa berhenti sambil menghidupkan enjin kereta selama hampir 15 minit, untuk mengembalikan  tekanan master pump brake.

3) Mengalami situasi klac + pertukaran gear gagal sepenuhnya
Kali ini memang sukar. Bila brek tidak berfungsi , kita masih boleh gunakan handbrake. Tapi bila klac tidak berfungsi, mana lah boleh kereta bergerak lagi kan?

4) Menyaksikan situasi tenat + menenangkan keluarga
Pertama kalinya saya belajar mengajarkan syahadah pada seseorang yang bakal pergi. Menyebut sepatah-sepatah dengan rasa sebak. Terbayang kalau lah itu ahli keluarga saya sendiri.

5) Menaiki kereta yang sedang ditunda
This Best Bro! Mungkin orang yang melihat akan pelik, tapi kami sekeluarga berada dalam kereta yang ditunda kira-kira 35km juga dari lokasi kejadian klac breakdown.

6) Memecut dengan kelajuan lagi 15km/j sebelum mencecah kelajuan maksima kereta 

Kelisa saya dengan tiba-tibanya menghasilkan daya pickup yang luarbiasa walaupun dengan muatan 2 orang, satu pencapaian yang agak pelik. Sebabnya, buat pengetahuan pembaca, kelajuan itu biasanya hanya mampu saya capai andai saya cuma memandu berseorangan. =) Err... mungkin juga sebab ECU malam sebelumnya dah blink-blink.~ :D

Sekian dulu buat masa ni ~ jumpa lagi di entri seterusnya, okay!~ =)


p/s: Buat pembaca Muslim yang berkesempatan, doakanlah dan sedekahkanlah fatihah pada Mohd Yassin bin Salim, atok kepada Amalina Zainal yang baru saja tiba ke alam kedua jam 7.45 malam tadi, 24/12/2011. Terima kasih in advanced ya!~ =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails