06 December 2011

Puss In Boots : Bukan Kucing Serius


Bercerita tentang cerita, memang aneh bunyinya. Lagi-lagi bila ia melibatkan Fables, iaitu kisah yang dicipta untuk temani tidur anak-anak kecil.

Pengarahan Puss In Boots, yang dimulakan secara prequel melalui SHREK, membolehkan fables ini dipopularkan semula.

Puss In Boots, seperti Shrek, turut menggabungkan watak dalam fables yang lain, antaranya, Jack and Jill, Humpty Alexander Dumpty (dah macam Lex Luthor pun ada). Saya tak tahu pula tentang Kitty Soft Paws.

Kini kita tahu kenapa Puss In Boots jadi sangat 'lagend' dalam Shrek. Beliau digambarkan seolah Zorro dari San Ricardo. :D

( ye ke , Fahmi?)

Yup ! Malas cakap lagi, jom, terjah review ni!


Visual yang Sangat Cantik
Seperti biasa, Dreamwork menghasilkan Puss in Boot  sama cantiknya dengan Shrek. Kita lihat bandar imaginasi San Ricardo yang diwujudkan sama atau lebih kurang dengan bandar asal Zorro. :D


Jalan Cerita yang Best
Kait mengait antara Humpty si Telur dengan Angsa Emas Rasaksa dari Istana Kayangan adalah.... Humpty rupanya telur emas angsa yang hidup di muka bumi? Hahaha... nice~ :D

Kita juga tahu apa sebetulnya punca Humpty dan Puss bergaduh, berantakan. Disebabkan silap Humpty dan juga silap Puss (yang masih percaya kawan baiknya itu  masih baik), Puss telah dikambinghitamkan dan menjadi pelarian seumurhidupnya.

Rupanya mereka dibesarkan dari tempat yang sama, iaitu di rumah anak yatim... #punbolehhh

Mesej yang Baik
Sebagai kawan baik , Puss mempercayai Humpty ke akhirnya , kerana beliau rasa Humpty tetap ada sekelumit kebaikan dalam hatinya. Ini memang sikap kawan yang baik dan positif.

Susah nak cari , akhir zaman ni, kan?

Tarikan Utama
Tarikan utama cerita ini tentulah sejarah Puss in Boots, yang seolah Zorro~ =) Selain itu, banyak juga dialog nya yang menarik.
Antaranya adalah:
1) Seniorita~
2)You do not want to make the cat angry
3) I know you are better than this

:D

Siapa yang belum sempat tengok lagi, silalah berkunjung ke pawagam berdekatan  okay! :D





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails