(kesian Fahmi, losernya kao! - hey mulut , sekali wa sengat baru tau :D )
Apa saya buat di Genting?
Pertama sekali, saya tak ke genting berseorangan, (alahai, tak syoknya main game sorang-sorang), tapi berseENAMan, bersama dinda tersayang dan Famili nya~ :D
Kalau pergi berdua, cuma SeRonok. Yelah, sebab seorang teman kita, kan?
Tapi kalau berenam, tentulah jadi beronok-ronok. Sebab lebih dari satu, kan? #apelah #rosakBMaku
di Genting, kami :
1) off courselah berkabel-caran.
Di cable-car pun dah mula bergambar bagai. Memang terpaku tengok Lembah Klang di bawah tapak kaki kami. Sumpah, memang lawa!2) Main segala flying things yang ada!
Dari sesempoi buaian-ke-tepi tah apa-ke-nama-pakcik-da-lupa, Space Shots (kalau gayat memang konfem baik), CorkScrew (gabus tutup botol yang memang takde rupa gabus), Flume dan Flying Coasters, muka tetap mantain seronok, tu yang penting.~ :D
Sesuai dimainkan oleh semua golongan, lagi-lagi yang gayat , tapi ada limit ketinggian untuk tiap-tiap permainan. Yelah, langkah berjaga-jaga,kan?
3) Go Kart.
Memang rasa macam bawa Kelisa, cuma takde gear. Haii... menyelit-nyelit sesuka hati pun ada. ~ :D
yang syoknya, potong orang yang potong-line-saya-dengan-tak-malunya-duduk-di-kereta-yang-saya-dah-berdiri tepinya. Errr, Faham, kan?
Dinda kesayangan pun geram sebab dipotong dua kali. katanya, "bukan nak ajak jalan sama-sama, erh! " Adik angkat pun sama. Dia kata "Abg Fahmi memang gila, potong kat selekoh tajam!"
Haha, sabar jelah!! :D
4) Flying Coasters yang superduperbest!
Flying Coaster! Saya paling kiri - credit ke www.amalinazainal.com |
Memang cool habis! Ada satu part tu, memang kita boleh bayangkan penerbangan yang dialami oleh pilot waktu mereka training~ ^^
5) Asam Laksa yang sedap sangat3!
Tak tahulah, mungkin jarang makan asam laksa, (rasanya tahun 2006 pernah makan Asam Laksa dalam Wangsa Maju, macam dah takde aje kedai tu), tapi memang kali ini sangat sedap!
6) Kayuh-basikal-air tak hengat dunia!
errr.. self-explanatory kan? :D
p/s: gambar akan ditambah selepas ini, nanti kita tengok sama-sama yea!
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!