10 December 2011

Insan Yang Lupa

Manusia memang namanya manusia. dari Insan. Kata asalnya na-si-ya yang bermaksud lupa. Bila digabungkan dengan alif dan nun, dalam wazan if'aalun, ia jadi 'sangat-sangat lupa'.


Lupa. Melupakan. Lupa diri. Lupa kebaikan orang. Lupa pernah buat salah.

Yang selalu dia ingat adalah:


Diri sendiri yang asyik dilupakan orang lain.

Mengingati perkara yang tak mampu dilupakan : kemarahan, dendam, kesalahan.

Ingat kesalahan orang.

Ingat yang dia sangat baik, dan mahu orang jadi baik seperti dia.

Hakikatnya,
Manusia tidak dibentuk untuk lupa semua perkara, tetapi manusia juga tidak dicipta untuk mengingati semua perkara.

Sebab itulah datangnya Islam yang menjadi nasihat.

Nasihat yang membantu manusia lupakan perkara yang tidak perlu.

Nasihat yang membantu manusia lupakan perkara yang tidak menyihatkan.

Nasihat yang membantu manusia lupakan perkara yang tidak membantu mereka dalam jangka panjang.

Nasihat yang membantu manusia mengingati perkara yang lebih perlu.

Nasihat yang membantu manusia mengingati perkara kebaikan.

Nasihat yang menghasilkan diam yang berfikir.

Sebab bila manusia berfikir, dia fokus.

Bila dia fokus, dia kurang kebarangkalian untuk lupa.

Dan dia akan fokus pada perkara yang dia perlu lupakan, dan fokus pada perkara yang dia perlu ingati.

Dengan Islam, bergunanya manusia yang Muslim adalah dengan nasihat yang baik.

Maka dengan nasihat yang baik sesama Muslim, kita mengingatkan tentang perkara yang perlu diperingat, dan berpesan tentang perkara yang harus dilupa dan dilepaskan.

Di mana kau lihat silap aku, ingatkanlah aku dengan sebaiknya.

Di sini. Sekarang. Pesankanlah pada aku.

Wassini ♪

p/s: Pengecut boleh dilayan, tapi bukan dengan cara pengecut. Allah ada, Dia yang pegang hati kita kan? Kecik-Besar-Kecik-Besar ajelah nanti Dia tengok. Sorang-sorang kena.

p/p/s: Ada rahsianya kenapa Allah samakan dunia dengan sebelah sayap nyamuk.

p/p/p/s: Kalau nak tunggu jadi baik dan sempurna baru boleh menegur dan ditegur, Mufti Malaysia pun belum tentu lepas. Sebab dia bukan maksum macam Nabi.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
betul! sangat setuju. Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Selalu mahukan yang lebih dan lebih. Selalu memandang serong dan dengki dengan kejayaan orang lain. Kenapa? Sebab.. Mereka tak pernah cuba untuk munculkan positive-me dalam diri mereka. Kita memang manusia biasa, sering melakukan kesalahan, tapi itu tak bermaksud kita tak boleh cuba memandang sesuatu itu dengan situasi yang lebih baik #betulkeayatdindani#
Plus, orang selalu akan nampak kesalahan orang lain bila mereka ada masalah hati dimana mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan dan hanya menyalahkan keadaan tanpa melihat kepadda kesalahan diri mereka sendiri.
Manusia hebat juga pernah membuat kesalahan. Sebab, kita hanyalah manusia biasa,..

#sori panjang sangat#
My recent post Tempahan Harga Runtuh! ^_^
2 replies · active 695 weeks ago
memang panjang, tapi takpe, sebab bermakna komen dinda .. dari A smpi Z~ =)

kanda suka yang ni,
manusia hebat juag pernah buat kesalahan. Sebab kita hanyalah manusia biasa~ =)
Heee~ dinda cuma meluahkan apa yang dinda rasa je ^_^ macam kanda meluahkan apa yang kanda rasa ^_^
sebiru laut's avatar

sebiru laut · 695 weeks ago

dmana kau lihat silap ku..ingatkanlah aku dgn sbaiknye....ma suka y ni...n ma suka smua...klu ma lupa ingat2kn mama....:)
1 reply · active 694 weeks ago
tq ma... =) haih, rajinn mama ke blog saya yea.. terima kasih bbyk ye ma.. =)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails