Sebelum Disember melabuhkan tirainya mengensot menuju 2012, sebenarnya saya teringin sangat nak buat entri stail segmen, tapi nak kata segmen sangat pun tak tahulah ya ke tidak.~ Kalau ikut, direct translation 'segment' boleh jadi 'bahagian-bahagian'. Macam tak sesuai pun ada. Ntah lah labi~
Objektif entri ni, saya nak tahu bagi anda, apa dia 5 perkara yang penting, 5 tempat yang baru saja anda sampai, dan 5 orang penting yang baru anda kenali tahun 2011 ni. boleh , kan?
Semoga kita semua dapat sharing-sharing, dan juga dapat kenali kawan-kawan lain, dan tahu apa yang penting bagi mereka, sepanjang 2011 ni.~ =)
Sekurang-kurangnya pulak, bloggers akan ada point lebih untuk tulis entri malam ni pula~ =)
Sepanjang 2011, senaraikan 5 perkara bes @ penting @ paling baik yang jadi, 5 orang baru yang sangat bermakna dan baru dikenali, 5 tempat baru yang anda sampai.
Boleh copy dan letakkan gambar atas tadi pada entri, tapi tak wajib pun, ~ =)
Sedia? Saya mulakan dulu ok? :)
5 Perkara Paling Baik dalam Hidup, Sepanjang 2011
Sepanjang 2011, saya rasa, antara perkara-perkara baik yang jadi, 5 perkara ini sangat bermakna untuk saya:
1) Buatkan Flash Header Amal Espraza
Bermula berkenalan dalam Sahabat Blogger, buatkan saya percaya, bakat kreatif berFlash saya sebenarnya memang boleh dibawa ke Internet.. bukan semata-mata montaj program kampus. :D dan seterusnya memberikan saya peluang-peluang lain
2) Mengenali Mohd Fathull Najmi
Kawan yang baik, adalah nikmat hidup di dunia yang boleh membawa kita sampai ke akhirat, bila kena caranya. Tq Mi~ :)
3) buatkan Flash Header Amalina Zainal
bermula dari Flash Header, kini saya mampu meyakini belahan hati saya. #jiwangnyamamatneh
4) Diterima dalam keluarga angkat
Seronok bila mampu menumpang kasih dan perhatian mereka yang mampu terima kita, kan?
5) Membantu Mengendalikan Gathering
Biar apapun yang terjadi, pengalaman yang sangat bermakna, membawa blogger kenal sesama mereka. Itu lebih baik, dari biar mereka kenal secara on9 semata-mata =)
5 Orang yang Sangat Bermakna , Baru Dikenali, 2011
1) Amalina Zainal - Belahan Hati ^_^
2) Mohd Fathull Najmi - dah lama kenal di Fb, tapi ke pertengahan tahun 2011 baru betul-betul mengenali.. ~ =)
3) Saidah Taqiyah - baik orgnya, moga dia ni selalu sukses dan lebih assertif =)
4) Nor Fatiah Yadz - blogger Johor pertama dikenali
5) Dr Miszairi - Student Affairs , Human Sciences Faculty, IIUM - Manusia Berhati Mulia ^_^
5 Tempat Baru Sampai 2011
1) Tapah, Perak - Setiawan, dan Tapah, juga Teluk Batik, memori bersama blogger-blogger Perak. vanggey vanggey!~
2) Rambah, Pontian - Open Air Gym~ :D
3) Kg Teluk Kerang, Pontian - Destinasi cinta
4) Seremban Dua - Jusconya OK juga!
5) Jusco Bandaraya Melaka - Karaoke, Cinema, memang bes di sini, food court pun okay!
Okay, cukup takat ni dulu, nak sambung kerja pulak nih~ Siap kerja, nanti saya baca entri semua yang ada! Selamat malam, selamat membaca, selamat layan segmen ok! =)
p/s; Psstt3.... kalau ramai join, saya nak hadiahkan flash header barang sebijik dua, hu2~
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!