Kita mulakan hari ini dengan quote positif, mudah-mudahan hari ini hari yang lebih baik buat kita semua.
Jika kejayaan adalah satu rencana besar rahsia Tuhan, kegagalan pula adalah kesilapan insan yang dibiar berterusan.Mungkin ada yang maklum dan mungkin ada juga tidak maklum tentang nature blogger. Blogger rata-ratanya, adalah manusia yang keterlaluan menghargai spontaneous moment, instant gratification, dan juga lebih bersifat impromptu atau 'buat-mende-dan-dan-tu-jugak'.
(Okay... boleh cerita lagi, Fahmi?)
Keperluan yang mendesak untuk mencipta situasi flow program tidak terganggu, memerlukan satu perancangan yang stabil, tetapi tidak mengongkong.
Pengalaman saya bergathering memperlihatkan pengurusan masa dan sumber, yang agak leweh dan kadangkala semberono, mengakibatkan gathering drag masa lebih lama dari yang dijangka.
Selama ini, saya mengalami gathering sebagai peserta sahaja. Ini termasuklah gathering SB di WangsaWalk, Taman Tasik Kepong, dan juga gathering BP di Teluk Batik. Kali ini, saya diberi peluang untuk mengacarakan gathering pula.
Sudah tentu ini memberikan pengalaman terpenting dalam hidup.
Saya belajar menguruskan flow program, melayan karenah dan keperluan, mengejar antara masa dan ruang, juga mencari peluang untuk memperbaiki masalah yang mungkin mengakibatkan ketidaklancaran flow program.. meskipun ia mungkin bermaksud
Alhamdulillah, Gathering Hipi2 Blogger Selatan diakhiri juga. Bertempat di Pengkalan Balak, berhampiran Masjid Tanah, Melaka, gathering kali ini menghimpunkan blogger yang rata-ratanya menetap , belajar di area Selatan.
Blogger dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, tak kurang juga yang turut datang dari arah pantai Timur, KL sama-sama berkumpul menyertai nya.
Buat pengetahuan pembaca juga, plan gathering ini telah dimulakan seawal akhir Oktober lagi. Perbincangan asal dilakukan bersama Amalina Zainal dan Nor Fatiah Yadz selaku pengaturcara program dan pengurusan penginapan, serta pendaftaran, Maira Queen dan Kunci Locker selaku pencetus idea terawal.
Ini adalah antara kerjasama sulung kami menghasilkan event yang
Banyak kenangan pahit manis dan pengalaman yang saya sempat pelajari sepanjang gathering.
Paling penting, objektif utama untuk mengumpulkan dan memberi peluang kepada blogger-blogger yang selama ini hanya berkawan di MukaBuku telah tercapai. Juga untuk memberi mereka merasa Nasi Goreng Kampung air tangan saya, dan BBQ air tangan Amalina. Personally, bagi saya, itulah rasa gembira yang hadir. =)
Ramai yang menolong menyiapkan BBQ dan Nasi Goreng sebenarnya. Antaranya adalah:
Nasi Goreng
Aman Firdaus | Amanz.My | Tukang Potong Kacang Buncis
Joey Hernandez | Tukang Kacau Nasi
Ai Sis | CrazeeMe.blogspot.com | Tukang Kacau Nasi +Tukang Buat Perencah
LutfiSyafiq | Allmydreaming.blogspot.com| Tukang Kacau Nasi + Tukang Potong Fishball
AlongXP | www.AlongXp.com | Tukang Buat Perencah + Tukang Potong Bawang Putih dan Merah
HafizHafizol | HafizHafizol.blogspot.com | Tukang Kacau Nasi
Yazid Torpedo | YazidTorpedo.blogspot.com | Tukang Potong Bawang Putih dan Merah + Tukang Blender Perencah
BBQ
Ady Budika | www.AdyBudika.com
Ini Acul | Blogginglife.my
Haru Elie
Along Xp | www.AlongXp.comYazid Torpedo | YazidTorpedo.blogspot.com |
Air Balang (Oren)
S Aydah Ahmad | http://aydahaishiteiru.blogspot.com/
Blogger lain yang hadir termasuklah:
Fairosza - www.fairosza.net
Siti Noraien http://azien-ilalalaaa.blogspot.com
Eyda Syahida http://insanberlagakmatang.blogspot.com -
SheyPull http://sheypull.blogspot.com/
Cik Tyee - http://jemarikumontel.blogspot.com
Farrah Yong Fauzi http://farrahyong.blogspot.com/
Yazid Torpedo http://yazidtorpedo.blogspot.com
Celoteh Si Alya www.alyaesprezzo.com
Aina Aimi www.diaryaina.com
Harapan saya, blogger-blogger yang hadir telah menemui gembira dengan cara mereka sendiri. Terima kasih sebab sama-sama meriahkan gath kita. Jangan serik bergathering lah ya! =)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!