22 August 2012

Luahan Syawal

Memilih untuk terus (menamatkan) belajar ketika mampu menghasilkan pendapatan sendiri bukan satu pilihan yang mudah.

Apatah lagi jika ketika itu, situasi yang membolehkan pendapatan tersebut dihasilkan, memberikan peluang yang baik untuk kita terus dalam keadaan 'stress-free', situasi yang penting bagi mereka yang sedang menyembuhkan parut emosi dan mental.


Peluang, tidak semuanya datang dengan cara yang baik. Belum tentu juga menguntungkan.

Meneruskan belajar dalam keadaan banyak perkara yang menekan, bukan pilihan yang tepat.

Namun ia diteruskan demi menjaga nama famili. Tak ramai famili , saudara, yang mahu tahu seseorang itu belajar tak habis.

(Mungkin jadi satu aib?)

Tapi , kesan dari itu, banyak perkara yang snowballed.

Tekanan meningkat. Kapasiti pengeluaran Header Flash menurun. Marketing dah tak serancak dulu.

Cubaan untuk joinventure dengan Flash Header Designer lain tak mampu menghasilkan impian yang diharapkan.

Then the turbulence came within. Two at one time.

Kepergian orang yang disayangi atas kekurangsabaran sendiri. Dek tekanan-tekanan ini.

Dan kapasiti kreatif terus menurun. Namun saya gagahi juga dengan design yang lain. Termasuklah website design. Printing. Dan lain lain lagi.

Server flash mula offline kerana payment issue yang tidak dipolisikan dengan baik waktu awal-awal design dahulu. (Client berpendapat bayaran one shot adalah untuk design dan space selama-lamanya. Sedangkan kita tahu, maintenance hosting untuk setiap tahun tidak pernah turun. silap saya tak bagitahu awal-awal, kan?)

Pengalaman ini mengajar. Lepas ini, saya cuma akan mengambil hosting plan dengan billing setahun, bukan lagi bulan-bulan. Biarlah RM350 setahun pun.

Asalkan client header puas hati dapat tengok hasil nya di blog dan web. Cuma , saya akan pastikan client faham harga itu adalah harga design bersekali dengan kos ruang di hosting untuk SETAHUN sahaja.

Saya minta maaf kerana 4 bulan terkebelakang ini, tak sekali yang bertanya di email, phone, mahupun facebook profile page, kenapa header mereka tak keluar.

Begitu juga untuk design lain yang tertangguh. Ini bukan isu duit semata-mata, tapi isu harga X masa bekerja yang bakal dibahagikan dengan pemalar bernama (profesionalism X persahabatan).

Inilah isu yang biasa dihadapi oleh freelance. Jalan yang tak semua mahu lalui.  :)

Salam Syawal buat semua yang masih di sini.

*Flashfave.com baru diaktifkan semula. InilahFahmi telah pun ditutup. IShutterSix akan diubah pelan pembayarannya (design percuma + pengalihan ke server domestik).




Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header