29 August 2009

Satu Malaysia: Pengangkutan Awam Kita.. Sighs

1) Apabila dinaikkan tambang teksi, tambang bas pun akan naik juga. Seperti tahun 2003. ya, anda mungkin dah lupa. bukan Melayu saja yang mudah lupa, tapi manusia memang mudah lupa.
"Tambang teksi naik, kami pun boleh naikkkan tambang bas kami juga." Ya, despite of kita masih terkesan dengan economic recession. Apa, takkan kerajaaan yang meluluskan ni dah lupa?

2) Kalau tambang bas dinaikkan atas dasar maintainance yang semakin mahal, apa lagi yang orang awam seperti saya, anda dan mereka akan gunakan? kita gunakan pengangkutan awam kerana ia sepatutnya lebih murah daripada memiliki kenderaan persendirian; kereta, motorsikal apatah lagi motorbot. Maka apa ke halnya bila tambang dari Gombak ke Wangsa Maju Perhentian al Haramain saya dari RM1 sehari pergi balik selepas ni akan jadi RM4? Naik sehingga 400% untuk jumlah pengunaan bulanan? (Syarafuddin Sulaiman, personal communication, 28 August 2009)

3) kenapakah kenaikkan tambang tidak didasarkan pada Dasar Pengangkutan Awam? Atau, kita tak pernah ada Dasar Pengangkutan Awam? Dasar ini sepatutnya mengutamakan orang ramai sebagai pengguna perkhidmatan awam. Bila orang ramai diutamakan, ia bermakna pengangkutan awam tidak sepatutnya menjadi profit oriented.

4) Agar pengangkutan tidak menjadi profit oriented, selain subsidi petrol kepada pengangkutan awam, mungkin kita patut mempertimbangkan pemberian fixed amount of money, sebagai gaji kepada ahli-ahli pengangkutan awam, contohnya pemandu dan konduktor. Dengan ini, apabila pendapatan mereka tidak bergantung 100% kepada jumlah penumpang dan jumlah trip dalam sehari, kita boleh mengawal kenaikan kos pengangkutan awam yang ditanggung penggunanya kepada tahap paling minimum.
Dengan ini, jumlah trip dan jumlah penumpang dalam sehari kini adalah tanggungjawab pembekal pengangkutan awam, dan bukannya punca pendapatan utama.

So?

22 August 2009

COMBO

1) Membaca entri terbaru Izmil kembali mengingatkan saya tentang hal yang saya cuba buat tak tahu. Dan saya rasa sedih dengan apa yang terjadi.

Dan langkau entri sebelumnya membantu meletakkan saya kembali di jalan fikir saya sebelumnya dalam entri blog sebelum ini.

2)Mungkin sepatutnya saya beri ruang pada diri sendiri untuk bersendiri. Juga beri ruang pada mereka untuk bersendiri. Tapi, entahlah, sukar betul rasanya apabila kita tahu apa yang kita mahu, tapi kita tak dapat sampaikan pada mereka bahawa kita mahu mereka tahu kita mahu ambil tahu tentang mereka.

(pening?)

Ada yang cadangkan, untuk jadi kawan on the basis of being able to be a good listener, you are supposed to listen when they ask you to listen. You do not simply search friend to share and offer your ear(s).

Saya jadi tersentak jap dengan definition tu. Dan rasa down juga. Itukah yang saya lakukan selama saya berkawan~?

Saya harap ia cuma hipoglisemik di bulan puasa. Bukan status minda yang sebenar.

16 August 2009

PGG Outdoor: Bowling di Selayang Mall

Menjatuhkan bowling pin adalah suatu yang menggembirakan. Tetapi apa yang lebih menggembirakan adalah perasaan yang dirasai bila kita berhasil membantu kawan membina skill jatuhan pin bowling yang lebih baik, seterusnya membantu dia membina keyakinan dan potensi dirinya.


Itulah makna bowling bagi saya, hari ini. :)

Bowling sebagai Outdoor Game
Grup berempat vs grup berempat di sebelah kanan. Memang mengujakan, tiap kali sorakan diajukan kepada setiap bowler. Lagi-lagi bila bowler tersebut spare. Kalau Strike lagi la kuat sorakannya. "Kalau longkang?" Hm, ia tak jadi sorakan, tetapi saranan agar "try and error" untuk jatuhan pin akan diteruskan.

Bowling sebagai Ice Breaking
Berkenalan dengan ahli kumpulan, saya memerhatikan beberapa perkara sama yang berlaku dalam grup saya dan grup di sebelah. Tanpa bias kepada sesiapa, saya cuba mengaplikasikan coaching skills untuk mengelakkan konflik "nak enjoy dgn member tapi tak nak segan sangat bila tak capai target". Ice breaking dicipta melalui positive reinforcement bagi menggalakkan skil jatuhan dicapai step by step. Contohnya: vocal gestures, tepukan semangat, dan juga sekadar senyuman ringkas. :)

Bowling sebagai Terapi
Bowling menjadi salah satu medium untuk "exit" perasaan negatif. Bayangkan bola bowling di tangan adalah masalah, dan lontarkan ia sejauh mungkin. Fokuskan bahawa pin2 yang sepuluh itu adalah "grinder" untuk perasaan tadi. Siapa tahu anda boleh strike lebih baik dengan cara ini.

Bowling sebagai Networking Skills
Bowling mampu menghubungkan dua manusia yang tidak berapa rapat antara satu sama lain, melalui teknik sorakan, dan positive reinforcement, galakan untuk skil jatuhan pin yang lebih baik.
Bagi yang telah saling mengenali, bowling adalah antara medan terbaik bagi menambah keakraban dan kesalingfahaman.
Bowling juga adalah antara peluang terbaik bagi kita sebagai fasilitator, bagi mengenalpasti kelebihan dan kekurangan kelompok sasaran yang boleh ditransformasikan menjadi potensi ke arah keyakinan diri yang lebih baik.

In a nutshell,
16.08.09, PGG 28 BATCH OUTDOOR:Bowling. Bukan sekadar bowling. ;)

p/s: tahniah kepada korang yang dapat hamper. Wah2, ada yang sampai dapat hamper dua kali. ;)

p/p/s: cik Noni, tahniah untuk improvement anda!~ Begitu juga untuk rakan segrup saya, Ainul dan Meha. Don't give up tau :) Farid, awesome curvy strike! :D

p/p/p/s: Adam, kita share no 7 sama ekk.. ;)

05 August 2009

SatuMalaysia:Wabak Pemula Satu Malaysia?

Sedikit fakta di situ dan di sini tentang H1N1. Saya cuba bercerita dari video SuperVirus yang diperoleh dari seorang kawan.

(terlebih dahulu, tolong maafkan saya untuk short form dan rojak.)

Virus H1N1 adalah salah satu dari pelbagai virus. Asasnya, virus adalah kod genetik yang disalut dengan kulit protein.
Bila masuk dlm sel, virus akan blend into the cell, dan lepaskan satu RNA. ribonukleik acid. (one unit of DNA. RNA+RNA infiniti = DNA)

Bila RNA tadi masuk dalam sistem cell, dia akan generate code baru dlm nukleus cell tadi. mcm overwrite data dlm nukleus tadi. lepas siap process ni, cell ni akan jadi host untuk virus ni.

Sebelum cell tadi fully converted into host, it will release an emergency code. enough for calling the MASH team. MASH consists of macrophages.

Macrophages fungsinya makan apa saja microscopic aliens inside the blood stream.

For H1N1, ia akan hijack skali macrophages ni.sblm macrophages completely compromised, it will emit an emergency call for higher authority backup.

For the whole 12 hours, semua perkara ni terjadi.

Ketika ini, ia cuma ada simptom dan jangkitan minimum.

Apabila patient yang dijangkiti bersin,lalu lap hingus di baju, dan bila hingus tu kering, ia akan masuk jadi habuk ke dalam udara.

Skrg, udara dah tercemar dgn habuk virus H1N1.


Selepas 48 jam, tanda serangan virus ni akan kelihatan.

First, ia akan batuk2 dan rasa sakit di kebanyakan bahagian badan.

Seterusnya, dalam masa beberapa jam selepas itu, badan akan bertindak untuk lawan virus ni dengan sisa kekuatan yang masih ada.

Effect dari battle ni, adalah suhu badan yang semakin meningkat.

Sbb , makin tinggi suhu bermakna, makin kuat battle antara virus dan pertahanan badan yang masih ada.

Virus akan masuk pula ke bahagian paru2...

Yang telah dijangkiti sepenuhnya. (akibat hidu udara yang kaya dgn virus)

Bila natural killer sampai, (sel pembunuh asli dlm badan, wujud untuk bunuh cell yg dah corrupted), dia akan melekat kat bahagian cell yang dah compormised. kod genetik baru akan dikeluarkan. kod ini akan arahkan cell yang rosak ni, untuk self destruct.

Self destruct sepatutnya bagus, tapi ia jadi tak bagus sebab cell yang self destruct ni akan mengakibatkan liang paru2 jadi berlubang.

Bila liang paru2 jadi berlubang, cecair yang tak sepatutnya akan masuk. dan ia boleh mengakibatkan radang paru2. atau medical namenya pneumonia.

Sepatutnya, sel T limfosit akan datang tolong. tapi ia cuma datang dalam masa 4-5 hari selepa jangkitan.

Dan mgkn waktu tu dah terlalu lambat. sbb h1n1 serang sangat cepat.

Dalam masa 30 jam selepas pesakit dapat all the simptom, dia mgkn dah sampai tahap kritikal.

Klu spanish flu, pesakit akan bersin campur darah. sebab paru2 dah rosak, and cecair dlm paru2 bercampur dgn darah.

Makin lama makin susah nak bernafas. sebab cecair dlm peparu2 tu makin byk. melemaskan.

5 hari selepas dijangkiti. 3 hari selepas menunjukkan simptom, pesakit boleh mati.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header