30 July 2009

Andai Mereka Tahu.

"do you think you can find it... better than you have it?"

__________________________

Bermula dengan isu evolution deceit, sedikit demi sedikit, Dr Malik Badri mengungkapkan kaitannya dengan Darwinism, dan seterusnya mencakupkan horizon pemikiran kami ke dalam teori psikologi semasa. Bagaimana teori survival of the fittest telah menjadikan manusia melawan fitrahnya sendiri, dan berbunuhan sesama sendiri, sejak teori Darwinism diterima pakai. Violence di sana sini. Bagaimana juga saintis sosial Barat sekarang keliru untuk menolak evolutionist view atau tidak, kerana asas sekularisme dan saintifik mereka bertitik tolak dari Darwinism.

Dan ia berakhir dengan isu keibubapaan. Bagaimana kisah Dr mengenai seorang clientnya di UK yang menghantar bapanya ke rumah warga tua. Membohongi si ayah agar bersiap, kerana ingin membawanya bersiar-siar. Si ayah sangat ceria, berhias dengan pakaian tercantiknya, sementara si anak meminta isteri dan anaknya senyap-senyap mengemaskan pakaian ayah ke dalam bagasi.

Selepas puas berjalan, sesampainya di lorong rumah warga tua, si ayah diturunkan. "Ayah tunggu sini, saya dan isteri nak beli barang untuk ayah. tunggu ya?" Ayah dengan gembira dan sabar menunggu. Anak yang ditunggu langsung tidak kelihatan. Tetapi jururawat menyambut tangan si ayah dan memimpin ayah yang terpinga-pinga ke dalam rumah warga tua.

Dan hadis Nabi s.a.w mengenai keibubapaan.

Sahabat bercerita kepada Nabi s.a.w tentang kasihnya dia kepada bapanya, hinggakan dia mendokong bapanya kemana saja. Apabila bapanya ingin membuang air, di tengah kepanasan padang pasir, kerana takut testicle bapanya sakit kepanasan, ketika bapanya membuang air, dia menyangga testicle tersebut dengan kasih sayang.

Dan sahabat ini bertanya kepada Nabi, "adakah itu sudah cukup untuk ku untuk membuat Allah gembira?" Nabi masih mengatakan tidak, dan menambah, seorang bapa berbuat perkara yang sama dengan penuh harapan bahawa anak itu akan membesar. Tetapi seorang anak mungkin akan berbuat perkara yang sama dengan menunggu kematian bapanya sebagai titik akhir ia berbuat begitu."

Dan saya berfikir dari satu aspek yang lain.

"Ada hikmah yang besar yang ditinggalkan oleh Sang Kekasih Mulia atas ketiadaan ibu bapanya sehingga baginda wafat."

"Ia bukan bakal sekadar menafikan pengaruh ibu bapa dalam pengaruh, karisma dan keupayaan baginda, tetapi, lebih dari itu, hikmah dan keibubapaan adalah suatu perkara yang perlu dicari dalam setiap zaman."

"Tanpa penghormatan dan keperluan kepada ibu bapa dan ilmu keibubapaan, sebagai Muslim, tak kira Melayu atau bukan Melayu, kita merendahkan hati kepada kesedaran bahawa, ibu bapa masih perlu dihormati walau macamana caranya sekalipun."

"walaupun baginda hilang ibu bapa sewaktu kecil lagi, kita masih perlu mencari faktor keibubapaan dalam Quran dan Sunnah."

"Sebagai contoh, penggunaan 'inda' dalam ayat al-isra 23 menunjukkan faktor kebersamaan anak dan ibu bapa yang sudah tua. lebih dari sekadar nahu, it trys to imply that, ayat tersebut lebih efektif dalam tafsirnya, bila dikaitkan dengan kebersamaan anak dengan ibu bapa yang berusia (dan menjadi kanak2 semula). 'inda = di sisi, ma'a = bersama. Di sisi lebih akrab maksudnya dari bersama, bukan?"

"Ketika ini, Muslim perlu berusaha sebaik dan seikhlasnya untuk "menjadi ibu bapa" kepada ibu bapa mereka."

"ketika inilah, satu "uff" pun sudah tidak relevan langsung untuk mereka."

"Dan kita memelihara mereka dengan usaha dan Doa, moga sifat Rahim Allah diterjemahkan dalam kesabaran dan kesungguhan kita menjaga mereka sehingga mereka berlepas ke alam selepasnya."

walaupun Nabi s.a.w tidak punya ibu bapa, namun, kerana Quran adalah akhlaqnya, maka, Quran itulah yang menterjemahkan tindak tanduk nabi s.a.w, dan hadis nya juga.

Maka ayat itulah tindak tanduk nabi, contoh terbaik bagi yang mahu mengikuti.

Dan kesemua ini menghanyutkan saya keluar kelas, hingga ditegur oleh Dr, "Where are [you] our general soldier, today?"

Sesungguhnya, saya rasa bersalah, dan rasa bersalah ini berbalah-balah dengan rasa diperlukan. Dan sungguh, masih saya rasa bersalah. Andai mereka tahu.

29 July 2009

Satu Malaysia:Mencari Titik Mula dalam Shariah dan Pelaksanannya

Minum alkohol hingga mabuk : satu kesalahan
Minum alkohol di khalayak ramai : satu kesalahan.

Hukuman sebat 6 kali untuk kedua-dua kesalahan: satu kesalahan(?)

Apabila pensyarah saya membuka ruang diskusi mengenai model beragama Islam yang diwar2kan akan dihukum sebat 6 kali kerana kesalahan minum arak di khalayak ramai, ada di antara classmate yang mempertikaikan :

a) hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dikenakan.
b) kenapa dia je yang kena.
c) kenapa hukuman tidak diberikan kepada oranglain yang lebih teruk jenayahnya, e.g zina, dadah, ragut, dsb

Ada juga yang mengatakan bahawa, nasihat perlu diberikan sebagai pilihan pertama, sebelum pesalah dikenakan hukuman berat.

Ada juga yang mengatakan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana environmental factor yang tidak menyokong pelaksanaannya.

Jika anda mengajak saya berbincang, nescaya, saya tidak akan salahkan sesiapa seratus peratus.

Tetapi bagi saya, hukuman minum alkohol di khalayak ramai, bukanlah sesuatu yang qat'ie atau fixed seperti hudud. In fact, setahu saya, hukuman untuk ini, termasuk dalam hukuman ta'zir.

Hukuman ta'zir, adalah bentuk hukuman untuk jenayah selain dari yang dimasukkan dalam kategori jenayah hudud.

Dalam Islam, ada hudud, qisas, dan ta'zir.Hudud dan qisas fixed, tapi ta'zir tidak.

Ta'zir, ia lebih flexible, kerana ia bergantung kepada autoriti komuniti Islam, atau majlis agama Islam, atau pegawai penguatkuasaan Islam, (dalam hal ini, jabatan agama Islam) untuk menentukan hukuman apa yang akan dikenakan kepada pesalah.

Tidak timbul isu standard-hukuman-patut-atau-tidak-patut dalam hal ini, kerana ia lebih bergantung kepada kebijaksanaan yang berautoriti untuk menentukan hukuman mana yang lebih mendidik individu atau masyarakat secara keseluruhan.

Jadi, kalau ada yang mengajak saya berbalah mengenai bilangan sebatan, pendapat jumhur ulama mengenai minum alkohol itu termasuk dalam hudud atau ta'zir, saya sudi mendengar. Tetapi, kalau anda mahu saya berpihak kepada mana yang lebih "betul", anda salah cari orang.

Bagi saya, ini adalah :
a)peluang bagi yang kurang memahami shariah Islam untuk mula mendalami apa itu undang-undang islam. (peranan Muslim educators)
b) peluang bagi implementasi sebahagian kecil undang-undang Islam yang boleh membawa kepada pelaksanaan yang lebih baik di masa akan datang.(peranan pihak berautoriti dalam Islam, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam tempatan, JAKIM dsb)
c) peluang bagi yang arif, untuk memahamkan mereka yang kurang tahu, tentang Islam dan kod undang-undangnya (peranan student LAW IIUM mungkin, Fiqh @ UsulFiqh IIUM)

Yang penting, janganlah kita emosi hingga kita tak nampak apa yang sebenarnya patut kita nampak. Sekadar pandangan.

24 July 2009

SATA II atau SATA?

Alhamdulillah, ada student minta saya repairkan laptopnya. Kalau tidak, mungkin sampai hari ni saya masih tak arif2 lagi tentang Sata dan Sata II.

Untuk pengguna komputer yang memerlukan data transfer yang tinggi ,dan assume SataII drive boleh bantu transfer lebih cepat, mungkin anggapan anda perlu dibetulkan.

Speed transfer SATA II hanya akan jadi lebih cepat bila ia dibantu oleh dua faktor:

1) speed Processor : commonsense.

2) motherboard anda natively support SATAII. Disebabkan SATAII adalah backward compatible, ia masih boleh berfungsi dengan sistem motherboard SATA. Tetapi, ia hanya akan berfungsi pada separuh keupayaan transfer speed. SATAII speednya 300mb/s. SATA 150mb/s. Jadi, kalau anda baru beli hard disc SATAII, dan perasan takde beza pada transfer rate, the fact is, anda tak silap tengok, dan anda tak kena tipu. It's just, anda tak perasan. It's ok. Bukan salah anda sorang juga, don't worry. :)

3) the power of RAM module.

entri forum yang mungkin boleh membantu:
1) overclock.net
2) cddriveinfo

p/s:Entah sempat ke tak nak ke lowyat mencari hard disc petang ni. hopefully boleh luangkan masa.

17 July 2009

Suatu Pemergian

Lagu dari Sony E berkumandang melalui headset bass true reflex. Setelah hampir 2 jam melekat, tiba-tiba, lagu Decade menusup ke gegendang. Pudin? Jarang sangat dia call..

"Fahmi, ********* dah meninggal." Suatu suara yang sangat dikenali di hujung talian dalam nada yang tersekat dan sebak, seakan menghentikan gelombang otak dan ritma jantung saya.

Innalillah.

ya Allah, masukkanlah arwah dalam golongan yang kau rahmati kelak.

Berita pemergian sahabat rapat, biarpun baru sekali ini saya dengar, (sebab saya tak ramai sahabat yang benar-benar rapat), menyentak-nyentak hati.

Aduhai, semester lepas saya duduk makan semeja dengannya. Dia mengatakan lupusnya masih terkawal, dan ubatan yang dia ambil, tidak pernah tertinggal walau sehari pun.

Sehingga post ini ditulis, otak saya masih rasa kewujudannya. Tapi hati saya rasa terperosok.

p/s: sahabat, kalau kau sayangkan dia, doakanlah dia dalam setiap hujung solatmu. Kerana kita semua pasti pergi akhirnya.

15 July 2009

An Emoted Morning

A blessing in disguise.

A chance to relive the life.

A hope anchored, sky high.

Who knows what tomorrow promises?

----------------

"Awak ni bestlah."

"Kenapa? apa yang bestnya kak?"

"Jarang akak jumpa student yang readmission boom and bersungguh-sungguh macam awak."

"Terharunya (isk3.. dengan aksi mengelap spek.) Doakanlah saya ya kak."

-----------------


Dalam suka ada duka,
dan dalam duka ada suka.
MANA YANG KITA AKAN PILIH UNTUK RASA DAHULU?
Saya pilih untuk positifnya dalam kedua-dua rasa itu.

13 July 2009

Selamat Datang Semester 1 09/10

Alhamdulillah. It feels really great to be "home."

....................

"Home? bukankah awak dah kat UIA?"
"Iya. Saya rasa saya lebih "belonged" kepada UIA dan tempat belajar saya yang lain berbanding rumah sendiri."
"Kenapa? Awak tak seronok duduk di rumah? Bukankah lebih akrab dengan famili sendiri?"
"Seronok. Tapi saya lebih seronok di tempat belajar. Sebab.. saya dekat dengan sumber yang saya perlukan. "
"contohnya?"
"saya dekat dengan library. Saya dekat dengan bilik kawan-kawan yang saya selesa berkawan. Saya dekat dengan ITD.."
"Dan....?"
"Dan saya dekat dengan awak. Itu ke ayat yang awak nak saya sebut? Haha. Gurau. Maksud saya, ... dan saya lebih akrab dengan semua tu dari rumah saya sendiri. buatkan saya rasa saya wujud. Rasa minda saya berkembang. Rasa dihargai. Bagi saya, itu yang paling penting."

.......................

I'm more then ready to continue the momentum. Yosh~!

p/s: Pedulikan mata-mata yang sinis. Pedulikan mulut-mulut yang mengata. Yang penting, saya tahu ini masanya untuk menebus apa yang pernah hilang.

05 July 2009

Michael Jackson dan P Ramlee. TGNA?




Tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab kenapa kita perlu menyukai P Ramlee.

Tidak sukar juga bagi kita untuk tidak menerima bahawa Michael Jackson adalah lagenda.

Kedua-dua mereka menerima penghargaan dan penderitaan dalam kehidupan mereka. namun mereka lebih dihargai oleh generasi mereka dan generasi selepas mereka, atas nama karya seni, selepas kematian mereka.


namun, kita semua tahu, aslinya hati manusia itu, memang hanya akan mengenang bila orang yang dikenang sudah pergi.


Abaikan saja apa yang pernah berlaku, tetapi, apabila orang ini pergi meninggalkannya buat selama-lamanya, barulah kenangan yang mengetuk itu, membuatkannya tersedar, "dia memang istimewa buatku."


Applicable bukan saja dalam dunia seni, tetapi, dalam dunia sebenar. Dunia manusia. Lumrah hidup berkeluarga, berteman, dan berkawan.


Oleh itu, sebelum terlambat, hargailah mereka seadanya, sebaiknya - tidak kira siapa pun mereka pada anda.


Pandangan hati saya merasakan tingkahlaku yang sama akan diambil oleh pihak yang baru minggu lepas menyebut-nyebut seorang pimpinan Islam sebagai bukan pejuang Islam sebenar. Tuhan itu Maha Kaya. Kita lihat saja siapa yang mula-mula akan menangis berteriak apabila pimpinan ini pergi bertemu kekasihnya.


p/s: populariti murahan "Michael Jakcson dan orang Malaysia" sudah begitu menjengkelkan saya. Stail lama media kita dari 20 tahun dulu. Entah bila mereka akan berhenti.

02 July 2009

Quran dan pengajarannya

Apakah kaedah pedagogi yang sesuai untuk pengajaran al quran?

Adakah kaedah montessorian perlu diaplikasikan seawal mungkin untuk memudahkan keintiman anak dengan al quran?

Apakah ciri-ciri alat bantu yang sesuai untuk membantu kanak-kanak mengenali pembacaan
Quran yang betul?

Mungkinkah pembelajaran al quran yang betul mampu menambahkan pemahaman al quran?

Apakah yang kita kehendaki dari kebolehan membaca quran di peringkat kanak-kanak?tumpuan pada aspek memori? Atau apa?

Bagaimanakah kita menyesuaikan atau mewujudkan kemahiran yang serupa dengan 3m dalam objektif kurikulum al quran?

Paling penting, kenapakah ia perlu kompleks seperti ini?

Antara penekanan terhadap aspek fushah (kefasihan) dan tajweed, dan kepada kefahaman ayat
Quran dan pengamalannya dari peringkat kanak-kanak, perlukah kita menambah lagi polemik yang belum pernah dijawab oleh mana2 insititusi kefahaman al quran?

Dengan mengukur kebolehan kanak-kanak dengan lingkungan umur tertentu dalam life span perspective of development, mungkin kita perlu untuk mewujudkan skill tertentu dalam pedagogi al quran, bagi setiap lingkup umur.

Untuk ini, kita mungkin perlu pengkhususan untuk setiap peringkat umur yang diajar dalam kelas quran kita.

Persoalannya, mampukah @ mahukah @ bersediakah guru-guru quran mengubah metodologi yang diwarisi dari guru-guru mereka untuk generasi quran yang lebih baik?

P/s: saya kurang senang.sebenarnya.mengajar quran untuk kefahaman tak sama macam mengajar
Quran untuk kelancaran. Namun, ia lebih lagi tak sama macam mengajar subjek sejarah, geografi atau kemahiran hidup.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header