3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 July 2009

Michael Jackson dan P Ramlee. TGNA?




Tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab kenapa kita perlu menyukai P Ramlee.

Tidak sukar juga bagi kita untuk tidak menerima bahawa Michael Jackson adalah lagenda.

Kedua-dua mereka menerima penghargaan dan penderitaan dalam kehidupan mereka. namun mereka lebih dihargai oleh generasi mereka dan generasi selepas mereka, atas nama karya seni, selepas kematian mereka.


namun, kita semua tahu, aslinya hati manusia itu, memang hanya akan mengenang bila orang yang dikenang sudah pergi.


Abaikan saja apa yang pernah berlaku, tetapi, apabila orang ini pergi meninggalkannya buat selama-lamanya, barulah kenangan yang mengetuk itu, membuatkannya tersedar, "dia memang istimewa buatku."


Applicable bukan saja dalam dunia seni, tetapi, dalam dunia sebenar. Dunia manusia. Lumrah hidup berkeluarga, berteman, dan berkawan.


Oleh itu, sebelum terlambat, hargailah mereka seadanya, sebaiknya - tidak kira siapa pun mereka pada anda.


Pandangan hati saya merasakan tingkahlaku yang sama akan diambil oleh pihak yang baru minggu lepas menyebut-nyebut seorang pimpinan Islam sebagai bukan pejuang Islam sebenar. Tuhan itu Maha Kaya. Kita lihat saja siapa yang mula-mula akan menangis berteriak apabila pimpinan ini pergi bertemu kekasihnya.


p/s: populariti murahan "Michael Jakcson dan orang Malaysia" sudah begitu menjengkelkan saya. Stail lama media kita dari 20 tahun dulu. Entah bila mereka akan berhenti.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails